en
Feedback
Amar Samsuri Official

Amar Samsuri Official

Open in Telegram

Misi saya adalah nak membantu lebih ramai sahabat agar “Hidup Bersama Quran, Hidup Bersama Keberkatan” Selamat Menuntut ilmu di sini! ☺️❤️ ~ Ustaz Amar Samsuri ~

Show more
1 853
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-430 days
Posts Archive
“Aku dah tak ada siapa lagi…” Tapi, kita lupa.. Ada Allah yang sentiasa ada😭 Manusia akan lupa, sibuk, bahkan pergi. Tapi Al
“Aku dah tak ada siapa lagi…” Tapi, kita lupa.. Ada Allah yang sentiasa ada😭 Manusia akan lupa, sibuk, bahkan pergi. Tapi Allah tak pernah. Dia tak perlukan kita, tapi kita memerlukan Dia setiap saat. Allah berfirman: اللَّهُ الصَّمَدُ bermaksud Yang menjadi tempat bergantung segala sesuatu (Tafsir Ibnu Katsir). Ketika semua pintu dunia tertutup, pintu-Nya tidak pernah terkunci. Jangan tunggu hati hancur baru mencari Tuhan. Buka mushaf, kenali nama-nama dan sifat Allah. Setiap huruf Qur’an adalah ubat untuk jiwa yang letih. Belajarlah faham Quran, kerana di dalamnya kita akan temui As-Samad : tempat bergantung yang tak pernah mengecewakan.🤲

Tiap hari sebut Allah…Tapi pernah tak kita perasan cara sebut tu tepat atau tidak? Huruf لـ dalam kalimah Allah tu… ada waktu dia tebal, ada waktu dia nipis. Kalau tak belajar, kita ulang silap yang sama… dalam nama Tuhan kita sendiri.Sebab tu belajar tajwid bukan pilihan… tapi keperluan. Untuk jaga kehormatan kalimah suci, ALLAH. #QuranReconnect #Tajwid #NgajiOTATA #BelajarQuran

Nampak kecil, tapi bila salah berulang hari-hari?😱 Sebab itu, kembalilah mula dapatkan ilmu Quran, insyaAllah sempurna bacaan Fatihah kita. Dah ready untuk buat perubahan? #NgajiOTATA #Quran #tajwid #QuranReconnect

Kalau satu huruf = 10 pahala… dan kita tinggal huruf ‘ra’ dalam surah al-Qadr setiap kali baca, berapa pahala kita dah terlepas? Sebab tu kena mula belajar Quran. Nak dapat pahala full mark tak untuk setiap huruf? #QuranReconnect #Tajwid #Iqra #Quran #NgajiOTATA

WAJIB baca Fatihah dengan betul dalam solat, sebab tu penting belajar tajwid Quran. Dah ready belajar Quran untuk baiki solat? #NgajiOtata #TajwidQuran #BelajarQuran #SolatSempurna

"Bila kita takut, risau, atau rasa berat nak berubah dan mula belajar Quran, Allah dah janji, Dia ada bersama." "Dah ready untuk mulakan?

Salam Aidiladha! 🐏✨ Rasulullah ﷺ bersabda: "Setiap daging yang tumbuh dari korban, maka sesungguhnya ia akan datang pada har
Salam Aidiladha! 🐏✨ Rasulullah ﷺ bersabda: "Setiap daging yang tumbuh dari korban, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya." (Sahih Muslim, no. 1965) Korban ini bukan sekadar amalan ritual, tapi lambang kesyukuran dan ketaatan kepada Allah. Semoga setiap titisan darah qurban menjadi wasilah kita mendekatkan diri kepada-Nya. #NgajiOTATA #AidilAdha2025 #Qurban

Sedia untuk HARI ARAFAH di Malaysia🤲 6 Jun 2025, bersamaan 9 Zulhijjah 1446H 📝 Apa yang boleh kita lakukan dengan doa ini:
Sedia untuk HARI ARAFAH di Malaysia🤲 6 Jun 2025, bersamaan 9 Zulhijjah 1446H 📝 Apa yang boleh kita lakukan dengan doa ini: Ulang sebanyak-banyaknya sepanjang Hari Arafah, terutama antara Zohor hingga Maghrib. Jadikan pembuka dan penutup doa panjang kita. Selitkan di antara permintaan-permintaan khusus kita, seperti: “Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau...” → Kemudian mohon: “...ampunkan dosaku, lapangkan urusanku, beri aku rezeki yang berkat...” → Ulang semula zikir tadi sebagai penutup. #NgajiOTATA #HariArafah #DoaMustajab #DoaArafah #Quran #Aidiladha

“Zulhijjah datang, Jumaat pun ada, Kita nak buat apa?” Bulan Zulhijjah ni… Allah buka peluang buat pahala tak masuk akal bany
“Zulhijjah datang, Jumaat pun ada, Kita nak buat apa?” Bulan Zulhijjah ni… Allah buka peluang buat pahala tak masuk akal banyaknya. Campur pulak dengan hari Jumaat, hari raya mingguan umat Islam. ➡️ Nak buat amal? Inilah timing dia. ➡️ Nak minta doa makbul? Inilah masanya. Kalau sekarang kita masih tak mula buat apa-apa… Rasa-rasa, bila lagi kita nak mula? ➡️ Jom kita ajak geng, baca Surah Kahfi sama-sama ➡️ Cuba puasa sunat Zulhijjah, walau sehari ➡️ Solat Dhuha 2 rakaat pun dah kira join 'team amal' Yang penting: kita usaha. Allah yang kira. #NgajiOtata #Zulhijjah #HariJumaat #MasaUntukBeramal #PahalaBerganda

Bukan semua dapat jadi jemaah haji,, tapi semua boleh rasa semangat haji — tenang dalam tawakal, tunduk dalam taat, lapang da
Bukan semua dapat jadi jemaah haji,, tapi semua boleh rasa semangat haji — tenang dalam tawakal, tunduk dalam taat, lapang dalam zikir. Ketika jutaan kaki melangkah ke Arafah, biarlah hati kita juga menuju Allah, walau dari jauh. 📿 Di bulan yang mulia ini, semua diuji… bukan dengan jarak, tapi dengan jiwa. 💭 Maka tanyalah diri: Kalau belum dijemput ke Kaabah, sudahkah hati ini bersedia menjadi tetamu Tuhan, di mana saja aku berada? #Zulhijjah #RinduHaji #Aidiladha #NgajiOTATA #Quran

Pagi yang penuh iman, petang yang penuh tenang. Apa kita isi di awal pagi, akan bawa kesan sepanjang hari. Isi dengan zikir,
Pagi yang penuh iman, petang yang penuh tenang. Apa kita isi di awal pagi, akan bawa kesan sepanjang hari. Isi dengan zikir, solat, doa dan syukur. InsyaAllah, petang nanti pun hati masih lapang. #NgajiOtata #PagiDenganIman #ZikirPagi #HatiYangLapang

“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari.” “Kalau hari Isnin kita semangat sebab permulaan minggu, kenapa tak treat Jumaat se
“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari.” “Kalau hari Isnin kita semangat sebab permulaan minggu, kenapa tak treat Jumaat sebagai hari ‘spiritual reset’? Bonus besar, pahala berganda, doa mustajab. It’s not just another Friday.” #NgajiOtata #SpiritualReset #PenghuluSegalaHari #HariJumaat

“Jangan mulakan pagi dengan keluhan” – Ali bin Abi Talib “Ali r.a pesan: 'Jangan mulakan pagi dengan keluhan. Ucapkan alhamdu
“Jangan mulakan pagi dengan keluhan” – Ali bin Abi Talib “Ali r.a pesan: 'Jangan mulakan pagi dengan keluhan. Ucapkan alhamdulillah, dan bersyukur atas peluang hidup hari ini.' Kadang kita lupa, semangat pagi tu datang dari rasa syukur. #NgajiOtata #MulakanDenganSyukur #PagiBermakna #PesanPagi

"Rasa stuck? Cuba baca Al-Kahfi." Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari ca
"Rasa stuck? Cuba baca Al-Kahfi." Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dua Jumaat.” Kalau minggu ni serabut, try hadiahkan diri dengan Surah al-Kahfi. Setiap ayat dia macam pelindung, pencetus refleksi. 🌟 Jangan skip, baca slow-slow. Hati akan rasa beza. #NgajiOtata #SurahAlKahfi #QuranTime #JumaatBarakah

☕️ “Zikir pagi lebih kuat dari kopi” - Pesanan Hassan al-Basri “Hassan al-Basri kata: ‘Zikir pagi lebih kuat dari kopi.’ Nak
☕️ “Zikir pagi lebih kuat dari kopi” - Pesanan Hassan al-Basri “Hassan al-Basri kata: ‘Zikir pagi lebih kuat dari kopi.’ Nak boost tenaga, jangan tinggal zikir pagi. Tenang, fokus, dan hati lapang sepanjang hari.” #NgajiOtata #ZikirPagi #MorningEnergy #PagiBarakah

Makhraj Halqi... ni sebenarnya tempat sebutan untuk 6 huruf dalam Quran. Ada yang duduk dekat atas tekak, ada yang lebih ke bawah. Semua ni berpusat di halkum, bahagian tekak yang kita jarang fikirkan! Kenapa penting? Sebab kalau kita salah sebut, boleh ubah makna bacaan kita! 😱 Huruf ha misalnya, kalau tak keluar dari tekak, bunyi jadi lain. “Huruf keluar dari halkum, bukan dari hati". Jangan salah tempat 😆 Nak tahu cara sebut huruf lain yang

🕌 “Sesiapa yang menjaga Subuh, Allah akan jaga dia” - Pesanan Abu Hurairah “Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Nabi bersabda: ‘S
🕌 “Sesiapa yang menjaga Subuh, Allah akan jaga dia” - Pesanan Abu Hurairah “Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Nabi bersabda: ‘Sesiapa yang solat Subuh, dia dalam jagaan Allah.’ Dalam dunia penuh cabaran ni, siapa tak nak perlindungan dari Allah setiap hari?” #SolatSubuh #JagaanAllah #PagiBarakah #DakwahSantai #RiseAndPray #NgajiOtata

“Cintai Dunia, Hati Jadi Berat” Nabi SAW pesan: “Cintailah dunia sekadar perlu, cintailah akhirat sepenuh hati.” Dunia ni tem
“Cintai Dunia, Hati Jadi Berat” Nabi SAW pesan: “Cintailah dunia sekadar perlu, cintailah akhirat sepenuh hati.” Dunia ni tempat singgah. Jangan sampai jadi beban. Lighten your heart, focus akhirat. Tu destinasi sebenar. #NgajiOtata #DuniaSementara #MenujuAkhirat #PesananNabi

Tak boleh gerak banyak kali dalam solat, macam mana nak kira harakat?😱😅 Ini jawapannya, dengar sampai habis taw... #NgajiOtata #Quran #Tajwid #solat

Apa yang kita nak tak semestinya baik. Tapi apa yang Allah beri, itu pasti terbaik, walaupun kita tak nampak hikmahnya sekara
Apa yang kita nak tak semestinya baik. Tapi apa yang Allah beri, itu pasti terbaik, walaupun kita tak nampak hikmahnya sekarang. #NgajiOtata #AllahLebihTahu #HikmahAllah #NasihatDiri