en
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Open in Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Khairul Hakimin Muhammad

Channel Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 36 291 subscribers, ranking 285 in the Marketing & PR category and 907 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 36 291 subscribers.

According to the latest data from 21 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -382 over the last 30 days and by -14 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 8.91%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.02% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 0 views. Within the first day, a publication typically gains 734 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 22 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Marketing & PR category.

36 291
Subscribers
-1424 hours
-967 days
-38230 days
Posts Archive
Pelajari teknik bagaimana influencer buat jualan di media sosial. Kalian nampak terus, macamana nak buat jadual posting, maca
Pelajari teknik bagaimana influencer buat jualan di media sosial. Kalian nampak terus, macamana nak buat jadual posting, macamana nak besarkan empayar media sosial. Segala-galanya di sini. Daftar segera gais. Kelas esok malam. 8.30 hingga 11.00 malam. Tekan link ini: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti/591

Masa saya aktif menulis di Facebook tahun 2014-2015, tak berenti saya diganggu. Saudara ke, kawan, ke entah siapa-siapa di office atau di kilang, pasti akan perli sana perli sini. “Main FB boleh buat duit ke?” “Apa yang kau boleh dapat eh tulis tulis gitu?” Hari ini, orang yang sama cakap ini minta bantuan untuk anaknya kerja dengan kami. Saya pun cakap semula kepada beliau apa yang beliau cakap kepada saya dulu. Beliau ketawa. Saya tak. Saya terus cakap “Encik *** hantar resume anak dulu ke email saya. Nanti saya tengok, saya tak janji boleh dapat ke dak.” Dia angguk tanpa cakap apa-apa. Dulu, Allah uji saya untuk ketahanan diri saya. Hari ini Allah uji saya sama ada saya perlu sombong ke tak. Saya cakap nanti saya panggil interview, barulah dia senyum dan cakap “anak aku ni suka menda online, aku nak dia belajar. Maaf sangat Rul aku cakap gitu dulu kat kau.” Saya pula angguk dan bersalam. Kami berpisah di situ. Kawan-kawan, Ada orang tak pandai depan mata, tapi dia berusaha, tak usah perli dia. Bangunkan dia. Ada orang tak belajar tinggi mana, tapi dia nak sangat buat itu buat ini, tolak dia sampai dia berjaya. Kita tak rugi sesen pun dengan membina dan membantu orang. Namun kalau kalian perli, hina, sindir, boleh jadi kalian pula yang kena sindir nanti. Semasa kita besar, bantulah. Semasa kita kecil, sabarlah. Itu memang tempatnya. Kalau beralih jadi benda jahat, siap sedia untuk terima habuan dari Allah terus. Saya bukan orang baik pun, dalam hati memang berbuku dan berbekas, namun dapat cakap baik-baik tadi alhamdulillah sebuah kepuasan. Solat pun tenang, nak tidur karang pun insya-Allah lena. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Orang beri cuka, kita balas madu. Gituh.

Kelas ini padat dengan strategi dan teknik influencer buat jualan di media sosial. Menaikkan nama, membina kepercayaan orang
Kelas ini padat dengan strategi dan teknik influencer buat jualan di media sosial. Menaikkan nama, membina kepercayaan orang dan paling best meluaskan empayar! Hasilnya jualan mencecah jutaan ringgit dan dapat beri manfaat kepada orang ramai. Team saya, Kapten Hamk akan ceritakan segala-galanya di sini. Kelas hari Rabu, 8.30 malam hingga 11.00 malam. Lekas daftar, peluang gini tak selalu kami buka: https://bykhm.onpay.my/order/form/234 https://bykhm.onpay.my/order/form/234 https://bykhm.onpay.my/order/form/234

Rupanya saya sendiri jadi tenang. Pergi kerja, okey. Urus restoran, okey. Customer datang, okey. Keluarga pun semakin okey. Sekarang, inilah! Alhamdulillah!” Saya angguk sahaja. Habis makan, saya bayar, bersalam dan beredar. Saya duk fikir apa benda dendam tak selesai sampai susahnya saya nak buat sales. Sampailah esok pagi saya lalu di tepi McD, baru saya ingat inilah dia. Saya masih terbayang wajah wanita yang marah dan angkat jari tengah tersebut. Pagi itu, saya tekad, masuk pejabat, duduk atas kerusi diam-diam, pejam mata dan cakap saya dah maafkan dia. Saya cakap juga dalam hati semoga dia mendapat keampunan dari Allah. Masa solat zohor, saya buat ikut apa yang abang itu cakap, solat hajat supaya Allah bantu tenangkan hati. Dan sungguh memang berjaya. Hasilnya, semasa ebook Personal Branding dan Penulisan Viral keluar, kami 8 orang buat sales, dan saya bukanlah orang yang paling ramai follower yang ada. Namun Allah bantu saya untuk dapat jadi nombor 1 dalam challenge tersebut. Sales 5 hari adalah yang diluar jangka. Syukur sangat. *** Sungguhlah kawan-kawan, Kadang-kadang kita rasa kita dah berusaha nak jadi baik, namun Allah uji kita dengan benda yang kita rasa tak sepatutnya. Lalu hati kita bertitik hitam hanya kerana nak sangat bencana datang kepada orang itu sedangkan kalau benar kita baik, kita akan doakan kebaikan untuk dia. Kita takkan jadi sama macam dia kalau kita bertindak baik. Dan itu antara punca bagaimana kita nak dapat ketenangan. Aura itu bermula dari hati. Dibawa ke wajah dan perlakuan kita semua. Lalu Allah menyapa dengan angin, hujan, panas dan banyaknya makhluk yang membawa kebaikan kita itu naik ke langit. Ia untuk dicurahkan rezeki atau dihantar kesusahan kepada kita. Rupanya, kita yang pilih semua itu sama ada sedar atau tidak. Sudah tersentak, ubahlah. Untuk diri, untuk semua yang tersayang di sisi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari merdekakan diri dari dendam.

Tulisan 3 tahun lepas masih segar dalam ingatan: Saya tinggalkan kawan nak masuk ke McD, katanya ada barang nak diambil dari kawannya yang makan di situ. Jalan di situ kecil dan saya pun terus sahaja meluru untuk masuk ke kawasan parking. Elok sahaja di tengah-tengah perjalanan, ada sebuah kereta masuk dari arah depan dan menghon saya suruh saya berundur, sedang di belakang ada 2 kereta lagi mengikuti saya. Dia keluarkan tangan dan lambai cara menghalau, suruh undur. Saya pun buat benda sama suruh dia undur kerana dia sebuah sahaja manakala kami ada 3 kereta bersusun. Dia keluar dari kereta dan marah saya. Cakap “undurlaaaahhh! Bodohlah bawa kereta besar perangai macam babi!” Saya tergamam. Saya pun masuk gear undur dan syukur sangat kereta lain ikut undur. Ikutkan jalan itu 2 hala, namun orang parking kiri kanan menyebabkan hanya 1 kenderaan sahaja boleh lalu pada satu-satu masa, Kami semua berjaya undur dan wanita itu menunjukkan jari tengah apabila berjaya lalu di situ. Saya marah sendirian. Masuk parking dan terlepas cakap “semoga orang begini lekas-lekaslah mati azab kena langgar ke, kena panah petir ke.” Kawan saya call dan tanya saya di mana saya pun beritahu saya diparking. Kami teruskan perjalanan dan cerita itu habis begitu sahaja namun setiap pagi lalu McD nak pergi ke office, saya pasti akan teringat kisah itu dan masih mendoakan wanita itu yang buruk-buruk. Selang beberapa minggu, saya duk perhati jualan kami tak cantik. Di office tegang sesaja. Kalau di rumah, ada sahaja benda tak best. Saya tak tahu apa punca, ramai orang kata cek solat, cek sedekah, cek emak ayah, cek keluarga, cek kebaikan, cek hati. Saya duk termenung apa bendalah yang tak ok kali ini. Sampailah itu hari pergi makan kedai, jumpa owner sebuah restoran. Rupanya beliau follower tegar saya. Beliau minta izin nak duduk sekali memandangkan saya sedang makan seorang diri. Saya tanya beliau sales berapa dalam sehari, katanya boleh dapat RM11-13k. Bergantung juga tengok waktu. Time gaji boleh dapat sebanyak itu. Kalau tak, dalam RM4k-RM7k. Saya ternganga. Bestnya ada restoran yang sentiasa orang datang. Dia cakap, “Setiap hari, maafkan semua orang Encik Khairul. Konsep mengampunkan orang ini, walau kita betul, walau kita tak salah, walau kita kena dera, walau kita kena khianat, walau kita kena teruk dengan berbagai hal, adalah konsep ketenangan ya membawa kepada banyaknya rezeki. Contoh mudah, saya pernah kena sihir. Hanya sebab saya berhentikan dia kerja kerana dia mencuri. Saya tak boleh bangun 2 minggu, macam-macam benda keluar dari badan, kedai saya busuk, hancing, badan saya busuk, kerja tak boleh, bergaduh sana sini, partner saya pasang cctv, dapat tengok jelas budak ini setiap hari without miss dia akan kencing depan dan belakang kedai, kemudian akan gantung kain yang dibuat macam tali di pili depan dan belakang. Kami pernah tertanya kain apa halus yang diikat begitu. Semua tak tahu. Apabila jadi sakit berpanjangan, berubat, baru tahu kena sihir. Saya fokus berubat. Semua orang nasihat kasi sihat dulu baru bisnes. Namun dalam hati dendam sangat kuat. Walau dah sihat, orang itu pun dah tak ada apabila kami buat report polis dan pasang alarm serta lampu yang ada sensor, dia dah tak buat, hati saya tak keruan selagi orang ini tak kena bala dari Allah. Sales teruk, orang makin kurang, kerap sangat bergaduh dengan staff, sampai ke tahap chef-chef lari. Dekat rumah, ada ja benda tak kena. Salah sana salah sini. Satu hari, partner saya cakap, “bersihkan hati kau. Kau banyak dendam sangat. Tu semua menjauhkan rezeki. Macam mana Allah nak bagi kita lebih kalau kita tak boleh nak maafkan orang. Kau betul, kau baik, namun kau kena maafkan. Bab dia jahat, dia celaka, Allah akan sediakan bala serta hukuman untuk dia. Kau tak payah fikir benda itu, itu Allah dah ada janji-janjinya.” Dan akhirnya saya pun bangun malam, solat tahajjud 2 rakaat, solat taubat 2 rakaat dan solat hajat supaya segala gelisah, semua benda dendam serta kesumat itu Allah hilangkan dalam hati. Serta terus memaafkan segalanya.

"Mak suka. Katanya sedap." Anak-anak seronok apabila dapat gembirakan keramat hidup mereka. Hanya kirimkan kek buah bakar tan
"Mak suka. Katanya sedap." Anak-anak seronok apabila dapat gembirakan keramat hidup mereka. Hanya kirimkan kek buah bakar tanda ingatan kita kepada mereka. Nak kirim kepada orang tersayang? Klik sini terus: www.wasap.my/60136882949/chkekbuahbakar www.wasap.my/60136882949/chkekbuahbakar www.wasap.my/60136882949/chkekbuahbakar

Apabila kau jadi orang bisnes, elakkan bercerita yang kau sekarang: 1. Terlalu sibuk dengan job yang kau sedang dapat. Nanti akan sebabkan job lain yang patut kau dapat teralih kepada orang lain yang relaks di Facebook namun dia juga sibuk seperti kau. 2. Duk dapat banyak order, kemudian kau up di Facebook sekarang kau nak tumpu kepada order-order yang kau dapat. Audien akan beranggapan jika order dengan kau, lambat sampai. Jadi depa lebih sanggup order dengan orang lain yang sibuk seperti kau namun dia tak sembang pun di Facebooknya. Hati-hati guys. Sibuk dan kecoh kita sekarang ini, elok kita semua guna teori itik berenang. Nampak relaks je itik itu bergerak atas air. Namun kau tak tahu yang payahnya kaki dia mengayuh di bawah permukaan air tersebut. Cuba kau tengok wajah itik itu, ada dia beriya nak bising yang dia susah mengayuh? Tak. Dia kool sahaja. Namun dia buat kerja dan berusaha sampai ke destinasi yang dia nak tuju. Begitulah. Wahai kawan-kawan yang aku sayang, ketahuilah sibuk kita itu elok kita simpan. Kita sembang sesama kita sahaja. Supaya masing-masing kita ini alert kita semua sedang sibuk dan terus berkawan macam biasa. Namun kita tak payah up di media sosial. Kita up yang kita ada kehidupan bisnes relaks-relaks namun sibuk bikin wang dan bantu orang diam-diam! Khairul Hakimin Muhammad, Muah.

"Seronok sangat posting saya dapat share tinggi lepas join workshop ni. Selama ni FB saya sendu je." "Alhamdulillah, terbaik.
"Seronok sangat posting saya dapat share tinggi lepas join workshop ni. Selama ni FB saya sendu je." "Alhamdulillah, terbaik. Banyak dapat improve cara tulis kat media sosial. Kapten HAMK pulun ajar sungguh-sungguh." Ini feedback peserta lepas gais. Di sini kalian kalian akan lihat macam-macam jenis copywriting. Ada untuk tarik followers, ada untuk naikkan jualan. Kalian siap boleh dapat akses untuk repair terus copywriting kalian yang lama-lama. Di situ, kalian boleh belajar, macamana nak susun ayat dan struktur penulisan berkesan. Segalanya akan didedahkan dalam Copywriting Power Workshop yang akan diadakan pada 28 Oktober 2021. Ada sesi petang dan malam. Harga pendaftaran adalah RM99.00. Namun kalian daftar terus hari ini, dapat harga RM79.00 sahaja. Lekas daftar cepat di link ini: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591

Soalan: Bagaimana caranya untuk terus kekal kreatif dan innovatif dalam membina #content di media sosial sekarang? Jawapan: Saya gunakan 8 langkah ini pada setiap hari. Sungguh, ia mesti pada hari-hari, jika tidak, kita akan lambat dari orang lain. 1. Pilih bacaan yang bermanfaat sahaja. Apa sahaja kebencian, keburukan, berita tak elok, semua tolak tepi dan berusaha elakkan dari ia masuk ke dalam kepala. Semua itu toksik. 2. Eksperimen selalu. Buat praktis tanpa orang tahu. Dalam dunia content, hanya tulis atau buat sesuatu yang berulang di mana-mana supaya ia kekal jadi tabiat yang bagus. Saya sendiri akan tulis sesuatu dalam folder “Just Do It” pada setiap pagi jam 8.50 pagi. Jika dulu, 100 patah perkataan boleh ditulis dalam 25-30 minit. Sekarang hanya 3 minit. 3. Perbanyak ambil catatan. Tak boleh duduk diam apabila mendengar atau melihat sesuatu. Mencatat atau rakam atau buatlah apa sahaja untuk didokumenkan merupakan perkara agung untuk terus kekal cerdas dalam berfikir. 4. Banyak-banyak gunakan mind-map. Ia sangat bagus dalam mencambah idea. Tulis atau guna mana-mana aps. 5. Mendengar sesuatu. Ikutlah kalian nak dengar apa, namun pilihlah yang boleh bangunkan diri. Al-Quran, ceramah, lagu, musik, semua boleh. Ambil sekitar 10-20 minit sehari untuk belajar mendengar. 6. Suka buat senarai (list to do) setiap hari sebelum mulakan apa-apa kerja. Terus buat jam 8.00am nak buat apa 9.00am nak buat apa Sampai 6.00pm. 7. Sentiasa bina hobi baru. Terus mencari supaya kita terus mencuba dan mencuba perkara yang indah dan buat kita kuat. Ada ramai jutawan dan hartawan mempunyai hobi yang gila-gila. 4x4, Travel keliling dunia, Aktiviti lasak, Diving, Dan berbagai lagi. Ini yang besar, yang kecil juga boleh contohnya cuba sketch sesuatu, lukis atau tulis perkara yang lebih mencabar. 8. Terus gembira dengan apa yang berlaku. Jika susah, atau berdepan dengan kesusahan, letak dalam kepala ia hanya sementara, kesenangan, juga sementara jadi kena berhati-hati dan terus kejar kejayaan yang lebih lagi. Ini semua mind set. * Kita nampak orang ramai follower dan ada kekayaan serta kejayaan hidup sama seperti kita. Namun ianya berbeza. Cara hidup, beza. Cara fikir, beza. Cara hadapi masalah, beza. Cara begitu begini, semua beza. Ia kerana mereka kreatif dalam banyak hal. Orang nak kata apa, lantakkan. Yang penting kita sendiri gembira dan bahagia. Ingat, tulisan di media sosial boleh jadi toksik, boleh jadi ubat. Jadi pilihlah yang mana nak baca atau nak tulis. Semua itu akan ubah diri untuk kita jadi apa hari itu. Begitulah, tulislah kebaikan! Buat video kebaikan! Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Saya terdiam. Ada rasa lain pula terdetik dalam hati. Yang sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, emak, ad
Saya terdiam. Ada rasa lain pula terdetik dalam hati. Yang sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, emak, adik juga keluarga ramai yang dah pernah nasihat. Tapi tak pernah masuk telinga. Ambil nak Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, tetapi penuh mesej yang amat berguna. Subhanallah. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/keluarga-tak-dapat-cari-lain/

Syukur Alhamdulillah! Sudah ada yang dapat hasilkan copywriting dengan share tinggi! Mereka belajar dari Copywriting Power! W
Syukur Alhamdulillah! Sudah ada yang dapat hasilkan copywriting dengan share tinggi! Mereka belajar dari Copywriting Power! Workshop! Pembelajaran copywriting sangat details dan beri impak positif kepada ramai audience. Daftar sekarang. Kalian terus dapat emel akses kelas. Link di bawah: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/ https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/ https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/

Kalian akan dapat akses copywriting review selama 1 minggu bersama Team saya. Kalian hantar copywriting kalian, Kapten Hamk a
Kalian akan dapat akses copywriting review selama 1 minggu bersama Team saya. Kalian hantar copywriting kalian, Kapten Hamk akan review dan repair sesiap. Caranya, kalian daftar ke workshop ini. Tempoh review akan bermula sehari selepas workshop. Sempat lagi ni gais. Berlangsung pada petang ini Jam 2.30 petang. Jika tak sempat, boleh pilih terus 8.30 malam. Tempat terhad, terus tekan link di bawah: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw

“Hidup ini bukan untuk diri sendiri. Ianya adalah untuk orang sekeliling, segalanya. Untuk dia, untuk kau, untuk kamu, untuk
“Hidup ini bukan untuk diri sendiri. Ianya adalah untuk orang sekeliling, segalanya. Untuk dia, untuk kau, untuk kamu, untuk anda. Dan di situlah akan berjumpa kunci ikhlas. Kerana apabila kita hidup untuk mereka, kita akan sendiri hidup dengan cita-cita, Allah hadirkan kita di sisi sesiapapun, untuk berbakti, bukan sendiri. Lalu semasa kita mati selepas hidup nanti, segala apa yang pernah kita beri akan jadi doa, jadi harap dan jadi ingatan.” Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/ianya-untuk-orang-sekeliling/

Ramai tanya bila next workshop untuk Copywriting Power. Esok ada 2 sesi. Kalian boleh pilih nak mula Jam 2.30 atau Jam 8.30 m
Ramai tanya bila next workshop untuk Copywriting Power. Esok ada 2 sesi. Kalian boleh pilih nak mula Jam 2.30 atau Jam 8.30 malam. Kelas dibimbing sendiri oleh Team saya, Kapten Hamk. Tempat terhad, terus tekan link di bawah: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw

Beli laptop atau telefon baru, tak salah. Nak guna yang lama pun tak salah. Itu hak masing-masing, bab harga sama dengan umrah atau deposit rumah, semuanya sendiri punya keputusan. Namun, ada kegunaan laptop dan telefon untuk jadikan kalian jutawan, buktikan yang beli telefon atau laptop berharga RM6,000, boleh jana RM1,000,000 setahun. Ini yang kita boleh buat: 1. Tulis #content bermanfaat, 1 atau 2 penulisan yang educate orang, inspire orang, dapat lebih 100 share sehari. 100 share, boleh kot dapat 50-70 peningkatan follower sehari. 70 follower x 365 hari setahun = 25,550 follower setahun. 2. Susun posting iklan sekali sehari. Jika produk kalian itu berharga RM79.90, sehari kalian boleh jual 35 unit sahaja, maka RM79.90 x 35 unit = RM2,796.50 sehari RM2,796.50 x 365 hari setahun = RM1,020,722.50 3. Bagaimana nak capai jualan 35 unit sehari? Buat ini: - susun content penerangan produk. - buat iklan soft sell - buat iklan hard sell - contest - review produk - hype dan gimik - bayar ads Dan kalian pun jadi jutawan. ***** Cara kerja, beza. Cara fikir, beza. Masa jadi tak tentu, boleh jadi siang kalian pergi kelas (kalau kalian student), atau uruskan rumah (kalau kalian suri rumah) atau kalian kerja, nak jadikan ini sebagai part time, kalian hanya perlu susunkan posting ikut timing sahaja. 10 pagi - crowd 12 tengah hari - iklan 3 petang - crowd atau side. Settle! Sedangkan ada suri rumah boleh jana jualan sampai RM6,000 sehari, inikan kalian yang ada otak emas dan cergas, pasti lebih boleh! Kita kawal diri kita, guna media sosial untuk bikin sesuatu, bukan merugikan diri sendiri okey! Dah kaya, bawa keluarga emak ayah tunai umrah. Buktikan beli telefon harga RM6,000 boleh jana RM6,000,000! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kalau nak seribu daya.

Kelas malam ini sesuai sangat untuk kalian belajar strategi buat jualan tanpa perlu banyak iklan di media sosial. Team saya,
Kelas malam ini sesuai sangat untuk kalian belajar strategi buat jualan tanpa perlu banyak iklan di media sosial. Team saya, Kapten Hamk akan bimbing kalian 8.30 malam ini. Kelas melalui platform Zoom Meeting. Terus daftar di link ini ya : https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti

Saya pulang ke rumah. Rasa berat juga dapat cerita yang begini. Masa muda-muda dulu rajin buat begitu dengan emak abah. Dan e
Saya pulang ke rumah. Rasa berat juga dapat cerita yang begini. Masa muda-muda dulu rajin buat begitu dengan emak abah. Dan entah-entah dosa-dosa lama itulah menyebabkan hari ini diuji yang bukan-bukan. Kita rasa kita hebat dapat tolong, namun setiap yang kita tolong itu bersama dengan keburukan hati. Lalu Tuhan murka dan mencela kita dengan ujian yang kita sendiri tak boleh terima. O Allah. Itulah kami, selalu lupa. Maafkanlah. Dan untuk hari ini dan esok, kita berubahlah. Semoga kita berbaik sahaja dengan setiap yang kita bantu dan tolong. Dan itulah yang dinamakan sebagai ikhlas. Hari ini baru tahu, ikhlas juga adalah salah 1 dari pintu gerbang besar untuk rezeki masuk. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/keberkatan-berkeluarga/

Setiap hari, tetapkan dalam diri nak buat benda simple namun yakin Allah akan beri pahala. Antara perkara mudah itu ialah: 1. Sebelum isteri atau suami atau kawan bujang anda keluar dari rumah nak ke tempat kerja, doakan dalam hati "Ya Allah mudahkan urusan pasanganku (atau kawanku), semoga beliau mendapat dan memperoleh kerja, task dan pembelajaran yang baik hari ini." 2. Kita dah keluar rumah, masuk kereta atau naik motor, kita doakan jiran kita "Ya Allah peliharalah jiran-jiranku, semoga semua antara mereka ini dimurahkan rezeki dan saling menyayangi sesama kami di kawasan ini." 3. Ada kereta beri signal nak masuk laluan kita, kita perlahankan kenderaan dan beri dia masuk. Terus doa "Ya Allah semoga mereka ini selamat sampai ke destinasi." 4. Dah sampai tempat kerja terus berdoa "Ya Allah, berkati tempat aku bekerja, murahkan rezeki kami dalam mencari dan berusaha untuk diri kami, keluarga kami dan seluruh mereka yang bersama dengan kami." 5. Ada duit lebih sikit, beli kuih dan letak di pantry. Tulis sahaja di situ "jemput makan semua." * Benda mudah begini akan buat mind set kita tersusun. Nampak sesuatu, doa. Lihat sesuatu, doa. Beri suatu, doa. Semuanya akan kembali balik kepada kita. Doa kita itu ibarat kita sedang siram 1 pasu yang kita tanam benih pokok. Bayangkanlah sampai 1 hari kita jaga dia baik-baik, nanti kita akan dapat buahnya, hasilnya. Seronok benar kan. Ha begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Doakan saya juga ya. ❤️

Hari terakhir gais Sales Rentas Negeri! Beli apa sahaja dapat percuma KiddoBites yang berharga RM35/kotak. Ada banyak lagi po
Hari terakhir gais Sales Rentas Negeri! Beli apa sahaja dapat percuma KiddoBites yang berharga RM35/kotak. Ada banyak lagi potongan! Dahlah dapat free kurier! Lekas selagi stok masih ada, terus ke sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Ucapan Salam Maulidur Rasul buat semua. Sama-sama kita berselawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam ya.
Ucapan Salam Maulidur Rasul buat semua. Sama-sama kita berselawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam ya.