en
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Open in Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Khairul Hakimin Muhammad

Channel Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 36 323 subscribers, ranking 286 in the Marketing & PR category and 908 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 36 323 subscribers.

According to the latest data from 19 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -386 over the last 30 days and by -19 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 8.67%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.02% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 3 151 views. Within the first day, a publication typically gains 734 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 20 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Marketing & PR category.

36 323
Subscribers
-1924 hours
-997 days
-38630 days
Posts Archive
photo content

Sebelum mula tulis #content, pastikan #profile kalian itu sudah tersusun dengan elok. Nak beri orang percaya, nak orang dekati, nak orang follow, ia mesti ada elemen orang suka. 1. Nama. - mesti nama orang. Tak kisah nak guna nama samaran, nama komersil atau nama timangan. Janji nama orang. Contoh nama sebenar Fatimah Awang, dia guna nama Tim Awang. Ha boleh sahaja. Tak boleh nama yang bergabung dengan syarikat atau produk. Memang tak ada siapa nak berkawan dengan kita apatah lagi nak follow. Contoh salah ialah Fatimah Coway. Aduhlah janganlah. 2. Gambar Profile. - Mesti guna gambar sendiri dan seorang diri. Tak perlu gambar dengan suami / isteri. Letak sahaja tanpa prejudis. Biar jelas dan terang ia adalah gambar kita. Juga tan perlu pakai kot, pakai smart-smart, ini media sosial, tenang-tenang aja kawan-kawan. 3. Gambar Cover. - Ramai yang berusaha letak business card, gambar produk, gambar syarikat, gambar dapat award dan hadiah. Itu semua akan menyebabkan ramai orang berundur dan merasakan kalian ini akan menjual menjual menjual. Letak sahaja gambar kehidupan biasa seperti gambar pergi makan-makan, dengan keluarga, dengan kawan, gambar pergi travel semua. Itu semua gambar yang beri kepercayaan tinggi. 4. Text Bio. - Yang bahagian kecil untuk kita tulis tentang diri kita. Elakkan tulis “Ejen Produk A, CEO Syarikat B.” aiyo, itu semua pengenalan yang patut ditulis di bahagian About - Working. Di sini letak minat, suka, hobi dan sebagainya, baru tulis apa yang kalian buat. Kalau follower dah 25,000 orang ke atas, dah boleh tulis kerjaya. Selagi itu, jangan dulu. Kasi orang percaya dulu gais. 5. About - Working. Ini antara titik kepercayaan tinggi audien kepada kalian. Tulis sahaja di mana kalian pernah bekerja dulu dan sekarang. Orang akan nampak kalian itu sebelumnya apa, sekarangnya apa. Jika dulu Eksekutif di Ingress, maka tulis sahaja. Jika sekarang dah jadi CEO Syarikat, tulis juga. 6. Features Photo- Yang ini boleh letak sampai 9 gambar sekarang. Boleh sahaja campur-campur. Yang penting ia adalah gambaran kepada kehidupan kalian. 7. Web / Link - Ha letak sahaja link website atau Instagram kalian di bahagian bawah itu. Semua akan menjadi baik-baik sahaja. 8. Dan tolonglah Publickan profile tersebut jika memang nak kumpul follower. Kalau tak nak, tak apa. No hal. * Habis itu bagaimana nak menjual? Menjual di posting. Bukan di profile. Ia adalah “rumah kalian”. Kena ingat. Setting rumah mesti kemas, mesti elok dan mesti friendly. Biar orang suka datang tengok dan beri kepercayaan tinggi. Jika setting kalian seperti “kedai”, orang akan takut-takut nak klik add, takut juga nak follow. Serba salah kerana bimbang sangat kita akan sering menjual. Susun posting selepas siapkan profile. Barulah mula bermain dengan content. Mana untuk kehidupan, mana untuk jana kewangan. Bila dah elok, ada posting yang viral, orang akan klik profile, eh dia suka, terus dia tekan butang follow. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Menulis, Memasak, Mengembara. Nak tips lagi terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Kawan-kawan, mari amalkan ini: 1. Saat mulakan sesuatu, sebut Bismillah. 2. Saat kagum, sebut Masya-Allah. 3. Saat selepas solat, sebut Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu akhbar. 4. Saat diberi kebaikan, hadiah atau apa sahaja ganjaran, sebutlah Jazakumullah khairan. 5. Saat diberi kebaikan, ujian atau kemudahan, lekas-lekas sebut Alhamdulillah. 6. Saat terlupa sesuatu, sebutlah Allah humma solli ala saidina Muhammad. 7. Saat mahu menyelesaikan sesuatu, sebut insya-Allah. Mari sama-sama kita mula hari ini. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita sama-sama jom.

Soalan: Bang saya jual Takaful. Saya tak tahu bagaimana nak tulis #content apa di media sosial. Bila up pasal insuran, hal Takaful haram tak ada orang suka. Macam mana bang? Jawapan: Asingkan content untuk kehidupan dan juga untuk jana wang. Tak boleh semua posting itu tentang duit duit duit. Ia akan ubah mentaliti orang lain kepada akaun media sosial kita. Kalau hari-hari kita kemaskini tentang hal sama yang menjana duit, posting itu pula semuanya berbentuk iklan, maka orang akan kata akaun kita ini adalah KEDAI, bukan MANUSIA. Dan itu menyebabkan orang akan mula berundur perlahan-lahan. Akaun kita ini kita yang jaga. Dan kita kena jadi manusia biasa. Hal kehidupan, kita up content kehidupan. Tak perlu peribadi sangat. Sekadar kemaskini perkara yang orang boleh ikut dan faham terus. Dari situ akan naik rasa percaya. Dari percaya, terus kepada setia. Saat sudah setia, jual produk dan perkhidmatan. Di situ akan mula jana kewangan. Ingat kawan, Susun posting. Sekejap-sekejap kehidupan, sekejap-sekejap iklan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jual buku, kelas, biskut dan brownies. Hihihi. Nak tips content lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Sesekali dapat sembang dengan orang yang bergaji RM140,000 sebulan, saya tanya dia, dia buat apa dengan duit banyak begitu? Dia jawab, Sesudah semua hutang selesai (kecuali rumah), buat haji untuk diri, isteri dan ibu bapa, maka: 50% kebajikan = RM70,000. 20% saving = RM28,000. 10% perbelanjaan bulanan = RM14,000. 10% hutang rumah = RM14,000. 5% investment emas = RM7,000. 5% belanja sendiri = RM7,000. (Ini kiraan kasar saya sahaja lepas dengar beliau beritahu. Boleh jadi ada tolak KWSP semua). Saya tanya lagi, “biar benar 50% tu kebajikan. Maksudnya bagi duit ke orang? Mak aih banyaknya.” Dia jawab, “Sikit ja tu dari apa yang Allah dah beri kepada saya sekarang. Masa saya muda saya sibuk kerja. Nak sedekah kat masjid pun hari jumaat sahaja. Sekarang ada duit, bagi jelah. Duit tak habis pun. Lagi pun duit boleh cari dan habis. Pahala pula kekal jika kita tak buat jahat. Saya masih boleh menyimpan, boleh travel, boleh belanja cucu, itu pun duit masih ada. Alhamdulillah. Ingat ini Khairul, masa gaji kita RM1,000, kita rasa kecil sangat. Belajar beri RM100 untuk kebajikan. Masa gaji kita RM3,000, beri RM300. Mula ja dengan 10% dari gaji. Setiap 10 tahun umur kita meningkat, tambah lagi 5-10% untuk disalur ke badan kebajikan. Lepas itu tengoklah melimpah ruah kekayaan Allah beri. Sihat, anak cucu pun selalu ziarah, lebih dari itu bersepah rezeki lain yang mencurah-curah. Cuba buat, cuba mula hari ini. Jangan culas.” Huhuhu. Sentapnya Ya Allah. Sungguhlah, duit itu memang boleh ja cari. Namun balik-balik semuanya untuk kembali ke sisi Allah. Lain macam betul orang-orang kaya punya “pelaburan” untuk ke sana. Kita hanya nampak mereka pakai kot, berkereta mewah, namun kita tak pernah tahu disebalik semua itu ada “kerja” yang mereka usahakan. Patutlah makin kaya, ini resipinya. Huhu Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sorry gais, beliau tak kasi up nama dan gambar selfie 😭

“Kau tahu tak depa ni tak berenti burukkan kau? Termasuk **! Dia ni bukan rapat dengan kau ke?” Saya diam, baca sahaja print screen yang diberi. Tak tahu nak cakap apa. Kemudian kawan seorang ini meneruskan pumpang pumpang pumpang cerita. Sampailah saya dan seorang lagi kawan cakap “ok ok dah dah, tukar topik gaisss.” Circle kita ini pusing-pusing sampai juga ceritanya. Pertama, kalau orang bawa cerita kepada kita, hati-hati. Boleh jadi cerita kita pun dia akan sampaikan kepada orang lain. Ke-2, lantak pi orang nak kata apa tentang kita. Bukan depa yang bayar bill, bukan depa yang tanggung keluarga, tanggung kakitangan, kerja keras syarikat dan sebagainya. Ke-3, ada orang memang takkan berhenti berharap kita tumbang, hancur dan hapus. Jika ia terjadi, alhamdulillah. Jika ia tidak terjadi, juga alhamdulillah. Kita hidup ada Tuhan gais, matlamat kita ialah kekal dalam akidah sama sampai kita mati. Kemudian dibangunkan semula untuk dihisab. Itu pasti. Ke-4, simpan aib orang kot macam mana pun. Dia burukkan kita dan apabila sampai berita itu ke telinga kita, perkara pertama yang syaitan buat ialah hasut kita tentang aib-aib yang dia pernah buat, dan kita tahu semua itu. Syaitan suruh kita sebar seperti dia hebah aib kita. Ini kena beringat, kau buat, kau sama sahaja dengan mereka. Waktu inilah nikmat sabar itu best gila! Ke-5, teruskan hidup. Gembira buat baik, lantaklah orang kata kita sibuk nak cerita kebaikan, udah memang itu yang disuruh. Kita tahu kita riak ke tak, kita tahu kita takabbur atau tak. Kita nilai sendiri bukan orang lain. Orang yang benci, semua benda dia nampak geli dan iri. Matlamat kita ialah sebar kebaikan supaya hal tersebut dapat dicontohi. Itu sahaja. Titik. Ke-6, depa boleh lawan hujah apa sahaja termasuk dengan kasar, kesat serta peribadi. Dan kita tak perlu lawan beriya. Fokus sahaja dengan apa yang kita ada. Posting kita, status kita untuk orang yang suka baca, yang tak suka baca, akan baca juga namun mereka akan pelik kenapa kita tak jawab-jawab. Lambat laun mereka akan diam. Ke-7, kita hidup bukan sebab orang yang benci kita. Namun untuk mereka yang sayang, suka, harap, serta sangat cintakan apa yang kita buat. Mereka ini adalah keutamaan. Kalau mereka nasihat, ambil. Kalau mereka marah, sayang. Kalau mereka tegur, peluk. Yang benci, hatinya membusuk tanpa sebab. Jarang lihat diri sendiri banyaknya rugi. Namun mata sering nampak kejahatan dan kelemahan orang lain. Tak nak belajar, tak mahu tundukkan hati. Asal kena tegur akan jawab jawab jawab, biar menang. Lalu sendiri murung, itu juga disalahkan Tuhan. Allah Yang Maha Esa itu tiada cela. Namun mereka ini menyalahkan sampai ke tahap lupa yang Allah itu bukan manusia, Allah itu Tuhan. Mereka ini lupa nafas yang dia hirup itupun hak Allah. Kalau terputus namun masih bernadi, entah siapalah yang mereka nak ingat. Berdiam insaf atau masih memuat naik posting memaki. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jalan terus gais!

PENTING bagi yang plan nak menggunakan Highway KARAK malam ini.
PENTING bagi yang plan nak menggunakan Highway KARAK malam ini.

Jualan gudang masih berlangsung gais! Mari ke kilang kami di Bandar Baru Bangi. Ini alamatnya: KHM Foodies Sdn Bhd, Lot 6, Ja
+4
Jualan gudang masih berlangsung gais! Mari ke kilang kami di Bandar Baru Bangi. Ini alamatnya: KHM Foodies Sdn Bhd, Lot 6, Jalan 6c/13b, Kompleks Perusahaan SME, Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Beli secara online, hubungi team OneCookies Malaysia melalui link: https://OneCookiesHQ.wasap.my https://GudangOneCookies.wasap.my Potongan sehingga 33% okeh. Jemput datang! Boleh beli untuk raya haji terusss!

Jangan kurang tidur! Nanti sakit! - sesetengah usahawan akan kurang tidur kerana mahu siapkan perancangan tahunan. - hanya kurang tidur sekitar 1-2 hari dalam sebulan sahaja, bukan setiap malam. Jangan banyak sangat duduk! Nanti sakit! - sesetengah usahawan akan duduk di meja kerja lebih 12 jam sehari. Namun itu hanya berlaku sekitar 1 atau 2 kali sebulan sahaja untuk audit dan checklist kerja mereka. Jangan banyak sangat berfikir nanti stress! - sesetengah usahawan tak akan berhenti berfikir kerana mereka sangat suka stress. Hanya dengan stress mereka akan cari peluang, cari ruang dan cari jalan untuk menang. Ubah cara berfikir gais. Susah sedikit tak tidur sehari dua untuk dapat hasil jutaan setahun. Susah sedikit duduk tak bangun-bangun sehari dua untuk semak kesilapan supaya tak berulang dalam setahun. Susah sedikit untuk berfikir dan cari jalan supaya sentiasa kaya dan banyak bantu orang lain setiap hari. Ah kita pilih kita nak apa. Nak senang terbungkang depan tv tanpa masalah atau kita nak hidup lebih banyak beri erti dengan adanya cabaran, halangan, ujian dan keindahan dalam Allah memberi sentuhan kepada kita. Orang hebat, diberi ujian yang hebat-hebat. Tenang sahaja apabila ada nasihat itu ini kepada kita, mereka tak tahu apa kita lalui. Mereka hanya nampak kita beli rumah baru, belikan kereta untuk emak ayah dan isteri dan sebagainya, mereka tak tahu berapa banyak malam kita tak tidur, berapa banyak sakit kepala kita lalui. Relaks okey! Kita tahu Allah takkan sia-siakan orang yang berusaha. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit!

❤️
❤️

Untuk raya haji, stok dah masuk ke: (mall-mall ini sahaja, yang lain tak masuk) - Mydin Hypermarket USJ - Mydin Hypermarket T
+3
Untuk raya haji, stok dah masuk ke: (mall-mall ini sahaja, yang lain tak masuk) - Mydin Hypermarket USJ - Mydin Hypermarket Tunjong. - Mydin Hypermarket Kubang Kerian. - Mydin Hypermarket Kuala Terengganu. - Mydin Hypermarket Gong Badak. Yang lain tak masuk. Maaf belaka semua. Masih kekal harga lama RM50 untuk 6 balang. Biskut yang ada: - Chocolate Chips. - Oriyo White. - Cornflakes. Support kami okeh! Kali ini jenama "Syafinie". Bukan guna jenama OneCookies Malaysia. Kita follow Mydin guna jenama mereka. Tengok nama pengilangnya, KHM Foodies Sdn Bhd, Bandar Baru Bangi, ha itu kami. #BapaBiskutKebangsaan #BMF #OneCookies Khairul Hakimin Muhammad.

Bantu sahaja ahli keluarga terutama adik beradik. - sama ada mereka senang atau susah, bantu sahaja. - jika mereka orang kaya, hantar hadiah seperti makanan, pakaian untuk anak-anaknya. - jika mereka bukan orang senang, beri bantuan duit, makanan dan hadiah-hadiah. - walaupun jika mereka pernah sakitkan hati kita, bantu sahaja, berhenti rasa mereka tak perlu dibantu jika mereka buat perangai sekian-sekian. - bantu, dapat pahala. - bantu, dapat kelapangan jiwa. - bantu, Allah bantu lebih banyak kepada kita. Kunci rezeki ini tak ramai yang perasan. Membantu keluarga terlebih dahulu adalah kunci besar kepada banyaknya pintu rezeki. Buat terus hari ini kawan-kawan. Sekarang dah mudah, hanya klik-klik sahaja di mana-mana laman beli belah. Tanya diri sendiri, ada tak simpan alamat adik beradik? Jika ada alhamdulillah. Jika belum ada, tanya terus. Beritahu nak hantar sedikit makanan. Menggembirakan ahli keluarga akan meluaskan pintu rezeki. Buat terus jom. Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Keluarga adalah segalanya.

#CopyWritingKHM BAHASA LELAKI ATAU BAHASA WANITA? Klik sini https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad/videos/102270192
#CopyWritingKHM BAHASA LELAKI ATAU BAHASA WANITA? Klik sini https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad/videos/10227019212412138/?d=n

Bantu sahaja ahli keluarga terutama adik beradik. - sama ada mereka senang atau susah, bantu sahaja. - jika mereka orang kaya, hantar hadiah seperti makanan, pakaian untuk anak-anaknya. - jika mereka bukan orang senang, beri bantuan duit, makanan dan hadiah-hadiah. - walaupun jika mereka pernah sakitkan hati kita, bantu sahaja, berhenti rasa mereka tak perlu dibantu jika mereka buat perangai sekian-sekian. - bantu, dapat pahala. - bantu, dapat kelapangan jiwa. - bantu, Allah bantu lebih banyak kepada kita. Kunci rezeki ini tak ramai yang perasan. Membantu keluarga terlebih dahulu adalah kunci besar kepada banyaknya pintu rezeki. Buat terus hari ini kawan-kawan. Sekarang dah mudah, hanya klik-klik sahaja di mana-mana laman beli belah. Tanya diri sendiri, ada tak simpan alamat adik beradik? Jika ada alhamdulillah. Jika belum ada, tanya terus. Beritahu nak hantar sedikit makanan. Menggembirakan ahli keluarga akan meluaskan pintu rezeki. Buat terus jom. Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Keluarga adalah segalanya.

+1

photo content
+9

Jualan Gudang sedang berlangsung gaisss! Sempena raya haji dah nak dekat kami adakan jualan gudang dari kilang kami. Kalian b
+9
Jualan Gudang sedang berlangsung gaisss! Sempena raya haji dah nak dekat kami adakan jualan gudang dari kilang kami. Kalian boleh dapatkan banyaknya seleksi biskut dari kami okeh! KHM Foodies Sdn Bhd, Lot 6, Jalan 6c/13b, Kompleks Perusahaan SME, Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Waze: Use Waze to drive to KHM FOODIES SDN BHD, Jalan 6C/6, Bandar Baru Bangi: https://waze.com/ul/hw282g8s0d Buka setiap hari jam 10.00 pagi sampai 5.30 petang. Sabtu - ahad pun buka! Jemput datang okeeeeh! Yang nak kami hantar guna runner juga boleh! Atau nak beli secara online juga boleeh. Klik sini ya. https://OneCookiesHQ.wasap.my https://GudangOneCookies.wasap.my