en
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Open in Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Khairul Hakimin Muhammad

Channel Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 36 339 subscribers, ranking 285 in the Marketing & PR category and 912 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 36 339 subscribers.

According to the latest data from 18 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -381 over the last 30 days and by -13 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 8.44%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.02% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 3 069 views. Within the first day, a publication typically gains 734 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 19 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Marketing & PR category.

36 339
Subscribers
-1324 hours
-987 days
-38130 days
Posts Archive
Soalan: Bagaimana ingin dapatkan "story" seperti tuan dapat? Jawapan: Perlu mencari. Caranya ialah: 1. Mengembara / Travel. Tak kisah dalam negara atau luar. Paling mudah ialah dengan menaiki pengangkutan awam. Apabila sampai mana-mana perhentian, keluar dan cari spot untuk bersembang dengan sesiapa. Perlu sangat kuat deria observation. Melihat dan memandang perlu seiring. Kena ingat, ada orang melihat matahari hanya kerana beri panas. Ada orang memandang matahari lalu silau dan melihatnya sebagai pembantu kepada kegelapan. 2. Banyak membaca. Apabila sudah berjumpa dengan banyaknya perkataan, apa sahaja yang dapat dilihat, disentuh, ditutur serta diperbuat akan dapat dibantu oleh perkataan tersebut. Ia akan memudahkan story ditulis. 3. Banyak mendengar dari banyak berbual. Apabila sudah berjumpa dengan sesiapa, pastikan hanya bertanya 3 soalan sahaja. Dan biarkan orang yang ditanya bercerita sampai habis. Tidak potong percakapannya, tidak juga sibuk nak bercerita. Ingat. Dengar 10 kali, baru cakap 1 kali. #RahsiaPenulisanBerpengaruh #KHM Khairul Hakimin Muhammad

10 Tabiat kecil ini akan ubah diri anda kepada lebih baik dalam tempoh setahun. Ia adalah: 1. Jam berapa anda bangun setiap pagi. 2. Bagaimana anda habiskan masa pagi tersebut. 3. Bagaimana anda bersyukur pagi tersebut. 4. Bagaimana anda bercakap kepada diri sendiri pada pagi tersebut. 5. Apa yang anda baca setiap hari. 6. Siapa yang anda jumpa dan bercakap setiap hari. 7. Siapa yang anda berikan tenaga setiap hari. 8. Siapa yang ada akses kepada emosi dan hal peribadi anda setiap hari. 9. Apa yang anda lihat dan dengar pada hari itu. 10. Doa apa yang anda panjatkan pada hari tersebut selepas anda bersedekah dan memberi hadiah. Kalian pilih. Semua ini ada baik atau buruk. Jika pilihannya negatif, maka setahun ini negatiflah hidup kalian. Jika positif, entah-entah dalam setahun ini kalian sudah jadi jutawan, dermawan, hartawan dan seorang yang budiman. Kita yang kawal diri kita. Bukan orang lain. Jadi, mari berubah sama-sama. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jom.

Bulan terakhir Kelas Content & FB Writing berharga RM65. Bermula bulan hadapan, ia kembali ke harga asal RM180. Ampun maaf semuaaa. Kelas terdekat 24hb Ogos ini. Mari join, klik sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo

Kita dah setkan apa yang kita nak tulis, maka hanya tinggal nak susun sahaja. Ini yang kita perlu buat: Contohnya topik yang kita nak tulis ialah hal berkebun, kita memang suka berkebun dan itu adalah aktiviti setiap hari atau setiap minggu. Manakala bisnes kita ialah bisnes tudung, telekung dan blouse. Cara susunannya ialah: 1. Pecahkan topik besar kepada topik kecil. Topik Besar: Berkebun. Topik kecil: Cara tanaman, jenis baja, tips siraman, bunga, buah, daun, serangga, jenis tanaman, pasu, bekas simpanan barangan, peralatan, benih dan sebagainya (ini sudah dapat 13 topik kecil). Kemudian, pecahkan ikut topik kecil berapa posting yang boleh dibuat: Contoh, dirumah memang ada pokok bunga ros, orkid, pokok pagar, maka untuk bunga ros, bagaimana cara nak jaga (1 posting), bagaimana nak buat tut (1 posting), bagaimana nak kasi dia berbunga lebat (1 posting), jenis baja nak guna (1 posting), kalau nak siram, apa yang perlu (1 posting). Nampak tak boleh dapat 5 posting? Susun sahaja kawan-kawan. Akan jadi sangat banyak posting untuk ditulis. Apabila posting ini dikongsikan, akan ada orang klik butang #share. Maka kalian akan mula dapat follower. Kalau viral, itu bonus. Jadi, sekitar dua atau tiga jam memuat naik posting educate di atas, buat posting iklan untuk produk kalian. Jika ada 20 jenis tudung, up 1. Jika ada 5 jenis telekung, up 1. Selang selikan. Crowd (follower dapat), Sales (duit pun dapat). Kita yang kawal kita punya media sosial untuk tulis apa, selagi ia bermanfaat kepada orang, selagi itu ia akan jadikan Allah menambah-nambah rezeki untuk kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jumpa di Kelas Content & FB Writing 24hb ya! Klik sini https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo

Untuk kekalkan momentum menulis di media sosial, syaratnya hanya 1 iaitu berilah impak positif kepada audien. Setiap kali kalian beri tulisan dalam bentuk pembelajaran, pemberitahuan dan inspirasi, dan ianya boleh dibuat kembali oleh sesiapa yang membacanya, maka itulah yang dinamakan sebagai impak positif. Tulis tentang sedap makan di sebuah kedai, beritahu lokasinya - ia membolehkan audien pergi beli terus. Tulis tentang bagaimana menyimpan duit, beritahu kaedahnya dengan terperinci, supaya audien boleh juga lakukannya sendiri di rumah. Tulis tentang bagaimana memasak, beritahu langkah demi langkahnya, supaya audien boleh cuba masak sendiri. Iya kawan-kawan, media sosial bukan sekadar perkongsian tentang diri sendiri sahaja. Jika ia boleh beri impak kepada orang lain, maka ia bagus sekali dimuat naik. Kemudian orang save dan share. Ingat kawan, apa yang baik kepada orang lain, kemudian orang itu buat dan cuba. Dan kemudiannya ia memudahkan orang itu, ketahuilah Allah akan balas balik kepada kalian. Beri kebaikan, Allah pulangkan kebaikan itu kepada kalian. Begitulah. Mari tulis perkara positif. Khairul Hakimin Muhammad, #TipsKHM dan #TipsMenulisContent di Media Sosial.

Hari ke-5 masih belum ada berita tentang Khairina. Beliau seorang OKU dan tidak pernah keluar sendirian. Hilang pada 13/08/2022 di Kuala Lumpur. Sama mencari dan bawa ke balai berdekatan jika jumpa. #HelpKhairina #Pray4Khairina (Mohon copy paste tulisan di atas dan letak di wall masing-masing).

Soalan: Apa pendapat tuan kalau ada yang kita tulis, orang kata kita poyo? Jawapan: Berhenti fikir apa yang orang fikir atau cakap. Jalan terus. Tulis kebaikan dan sebarkan, biarkan dia nak cakap apa, kita tak boleh kawal dia. Kita hanya boleh kawal diri kita sahaja. Fokus. Memang ya, nak sampai ke puncak paling tinggi, kena lalu denai yang banyak batu, kemudian nak kena pegang pokok kiri kanan, capai akar dan tarik perdu. Dah separuh jalan, jumpa pula babi, lari menyorok, dia dah pergi, kita jalan lagi perlahan-lahan. Kadang-kadang jumpa air terjun, kita melepak sekejap, makan-makan kemudian teruskan perjalanan. Dan nak sampai puncak, waktu itu hujan pula, berteduhlah sekejap. Ingatkan boleh sampai sejam dua, rupanya ambil masa sampai berpuluh hari. Namun akan sampai juga. Beginilah kita yang menulis #content di media sosial, apa yang kita sampaikan, ada yang suka, ada yang tak, semua itu kita tak boleh kawal, kita hanya boleh fokus kepada apa yang kita rancang. Ada ujian, hadap, berundur sikit? Boleh. Nak patah balik dan putus asa, rugi. Jadi jalan terus sahaja! Hadam semua ujian, inilah yang akan kuatkan kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ada banyak lagi tips di sini https://t.me/ContentKHM

Posting kehidupan yang ada content bermaksud: 1. Pergi kedai makan, jika sedap, bersih dan selesa, maka cerita menu yang dimakan (subjek) kemudian beritahu sedapnya tahap mana, bersihnya bagaimana, dan letak lokasinya dengan detail. Terus masuk dalam kategori posting “To Inform”. 2. Masuk meeting, tup-tup bos ada beri beberapa ayat motivasi. Terus ambil itu sebagai subjek di dalam posting. Contohnya bos cakap “teamwork adalah kerja berpasukan, kau buat bahagian kau, aku buat bahagian aku, kemudian kita bersatu dalam kerja-kerja kita, itulah pasukan.” Tulis ia dari siapa, mengapa dia cakap begitu dan apa perasaannya dapat kata-kata begitu. Maka ia akan jadi posting “To inspire.” 3. On the way nak balik rumah, teringat nak pergi Daiso nak beli barang. Sampai sana terjumpa beberapa organizer untuk simpan mainan anak-anak. Terus ambil gambar dan apabila dah balik buat step by step bagaimana nak asingkan mainan anak-anak. Posting ini terus masuk sebagai “To Educate.” 3 jenis posting ini akan buat orang klik butang share. Dan apabila share bertambah, maka follower juga bertambah. Ia dinamakan sebagai posting umpan. Selepas 3-4 posting begini, letak posting iklan produk kalian pula, kasi tebar jala! Sosial media mesti bersifat kehidupan individu yang memberi impak positif kepada audien. Jika kita tak habis-habis up iklan, wall kita akan mula jadi kedai, dan ia akan buat audien semakin menyampah. Begitulah. Selamat mencuba. Khairul Hakimin Muhammad, #TipsContentKHM. #KHM Kelas Content Terdekat ialah pada 24hb Ogos. Klik sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo

Buat ini hari ini: Minum 9 cawan air. Kerja 8 jam sehari. Tidur 7 jam malam ini. Bantu 6 orang hari ini. Jangan tinggal solat 5 waktu ya. Siapkan 4 posting bermanfaat di media sosial. Bantu 3 kerja isteri / suami di rumah. Baca 2 helai mana-mana buku. Bersenam 1 jam hari ini. Pastikan 0 stress okeh! Ha gituh. Nak manfaatkan 86,400 saat sehari, kena rancang untuk sentiasa beri manfaat kepada diri sendiri dan orang lain ya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Soalan: Mengapa apabila tuan tulis sesuatu, mesti ada yang menangkap emosi. Jawapan: Setiap emosi perlu digambarkan (divisualkan). Bukan sekadar menggunakan 1-2 perkataan sahaja. Contoh: 1. Saya happy betul dapat parking hari ini. - orang tak nampak dia happy macam mana. Tak tergambar. Tak tervisual. 2. Saya gembira hari ini datang kerja tak perlu berebut parking. Sampai rasa nak melompat bintang hahaha. gembira = emosi. Melompat bintang = gambaran (visual) kepada kegembiraan. Orang akan terbayang-bayang. #RahsiaPenulisanBerpengaruh. #KHM

Atap cakap fokus benda tinggi. Kipas cakap kena sejuk selalu. Jam cakap setiap saat itu bermakna. Cermin cakap kita kena sent
Atap cakap fokus benda tinggi. Kipas cakap kena sejuk selalu. Jam cakap setiap saat itu bermakna. Cermin cakap kita kena sentiasa tengok diri. Pintu cakap kita sentiasa ada peluang. Kalendar cakap kita kena susun semua. Tingkap cakap kena tengok luar. Bantal cakap kena cukup tidur. Buku cakap masuklah ke dunia aku. Dinding cakap kalau susah, bersandarlah. Kawan cakap biar gila-gila janji berjasa. Kesayangan cakap kita hingga hujung nyawa. Emak abah cakap jadilah orang berguna. Cikgu cakap berusaha jangan putus asa. Duit cakap rajinlah bersyukur. Makanan cakap berhenti sebelum penuh. Nabi cakap terus buat baik. Sejadah cakap sujudlah selalu. Quran cakap, bacalah aku. Dan Allah cakap “Siapa yang mendekati Aku sejengkal maka Aku dekatinya sehasta.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 20 perkara wajib kita dengar dari lihat, pandang dan hidup. Kredit Gambar: Chikimm.

Soalan: Saya tengok wall Puan Ainon, dan nak jadi seperti beliau. Namun apabila saya tulis, 10 like pun tak ada, share lagilah. Kenapa ya tuan? Jawapan: Kita idolakan Puan Ainon, kita juga sangat suka tips dan ilmu yang beliau beri. Namun kita kena ingat, beliau sudah dikenali sebelum adanya Facebook. Jadi liga kita berbeza. Kita boleh ikut cara beliau, namun tak boleh samakan hasil beliau dengan hasil kita. Yang kita perlu buat sekarang ialah pasang strategi untuk dikenali. Apabila kerusi kalian sudah tinggi dan semakin dikenali, maka buatlah tips seperti itu dan lihatlah hasilnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Masih ikuti perkembangan ilmu Puan Ainon sampai sekarang, beliau terbaik! Kelas terdekat Content Marketing & FB Writing adalah pada 24hb Ogos ya. Klik sini https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo

Saya buat paid review kedai makan, produk makanan, dengan buat video sekarang. Saya post di TikTok, Insta dan Facebook saya. Saya cas RM250 sahaja. Lalu kena marah orang kata saya cas murah sangat. Siap tuduh kata sailang dan buang harga. Ada yang suruh saya buh RM1,500/review. Huhu. Setakat ini masih sama gais RM250. Siapa ada kedai makan, bakery, restoran, gerai, produk makanan, boleh Whatsapp saya ya. 0122117994. Cakap nak review. Saya nak tengok lokasi dulu, baru deal okeh.

Jika setiap hari anda membuat purata 3 posting, maka anda telah berjaya memuat naik status di Facebook sebanyak 90 kali dalam sebulan. Dan dalam setahun, ia jadi 1,080 buah posting. Cuba kira semula berapa banyak posting kalian yang ditulis dengan baik, memberi impak positif kepada pembaca dan berapa banyak pula yang bertukar kepada jualan? Jika 10% (108 posting) dari posting tahunan (dari 1,080 buah posting) tersebut, menjana sekurang-kurangnya RM1,000 jualan, maka jualan setahun ialah RM108,000. Kita ambillah jadi dropshipper dapat komisen 25% maka bersih yang kita dapat ialah sebanyak RM27,000 setahun. Bahagi 12 bulan, dapatlah bersih RM2,250 sebulan. Dah sama macam gaji seorang eksekutif okeh. Itu kalau jualan RM1,000. Jika RM1,500? RM2,000? Semua boleh sahaja. Kawan-kawan yang baik, Gunakan media sosial sebaiknya. Jika kalian tulis perkara yang beri kebaikan dan impak positif kepada audien, maka audien akan klik butang share. Dan dari share itulah follower kalian akan meningkat. Kemudian, tebarlah jala dan buat jualan dengan berstrategi. Kalian akan dapat hasilnya. Hari ini, ramainya suri rumah sudah handal membuat jualan dan menulis banyaknya perkara kebaikan di media sosial. Dan bergaya duduk di rumah menjadi dropshipper yang menjana puluhan ribu ringgit sebulan namun langsung tak mengeluarkan sesen pun modal. Dan saya sebagai orang yang berkongsi hal penyusunan content, membina bagaimana cerita terbentuk serta bagaimana menulis dengan betul di media sosial, amat-amatlah bersyukur. Alhamdulillah. Dan kawan-kawan, Tak terlambat untuk mulakan hari ini. Gunakanlah media sosial ini dengan sebaiknya. Anda yang tentukan hasilnya bagaimana. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sekadar berkongsi ilmu #TipsContentKHM kepada kalian. Alhamdulillah. Kelas terdekat, di sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo

Siapa dekat sini dah mula main TikTok?
Anonymous voting

photo content

Gantikan habit toksik dengan: TV >> buku. Fast food >> masakan dari rumah. Kawan toksik >> guru. Tidur siang >> bersenam. Banyak merungut >> Banyak bersyukur. Menyalahkan orang lain >> tanggungjawab sendiri. Overthinking >> bangun dan bertindak. Gosip >> bekerja. Banyak bersembang >> Memberi idea. Spontan >> merancang kerja. Tak peduli masa >> punctual. Tidur lambat bangun lambat >> tidur awal bangun awal. Sengaja melewatkan solat >> menjaga waktu solat. Tak suka mandi >> sentiasa suka hal bersihkan diri. Bersepah >> suka mengemas. Rasa diri pandai >> pergi belajar dah hormat ilmu. Sentiasa rasa diri bagus >> sentiasa rasa nak belajar. Kedekut >> sedekah, hadiah dan zakat. Kawan-kawan, Ini baru sedikit. Ada banyak lagi habit toksik yang ada dalam diri kita yang kita tak perasan. Perhati dalam-dalam ya. Kemudian kita baiki diri kita ya. Buang perangai ini untuk pergi lebih jauh, nak naik lagi banyak tangga kena sentiasa ada rasa nak berubah ke arah lebih baik. Mula hari ini jom. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit!

photo content

Selfie tak penting? Wefie tak penting? Buat lawak tak penting? Wakaka. Dalam bermain dengan content di media sosial terutamanya FB ini, posting sampingan yang disebut sebagai posting side sangat penting. Ia ada matlamat besar iaitu nak maintain orang enggage dengan kita. Apa maksud enggage? - orang klik like - orang klik reaction seperti love, angry, sad, wow, happy. - orang klik share! (Posting side jarang orang share namun ada juga) - orang komen ramai ramai - orang tag orang lain di ruangan komen. Apabila orang enggage dengan kita, maka enggagement kita naik tingggiiii. Kemudiannya apabila enggagement kita bagus maka posting kita dalam tempoh 24 jam itu akan sentiasa naik dan tinggi reach. Jadi penting ke tak penting gais? Penting kannnn? Nota tulis content ada di Channel Telegram saya. Pi sana okeh. https://t.me/ContentKHM Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak kelas, tengok di ruangan komen ada linknya.

Geng suka berkebun, saya ada buat contoh bagaimana dari 1 topik boleh berkembang jadi 100 posting di media sosial. Klik sini, baru ja saya up posting ni: https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid025QYg4JJLXMH6RchtJPRjDV4SwQpKDKSeEArqMQvps1mtVg8fSts7SVUdZPou44Tnl/?d=n