en
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Open in Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Khairul Hakimin Muhammad

Channel Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 36 264 subscribers, ranking 283 in the Marketing & PR category and 908 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 36 264 subscribers.

According to the latest data from 23 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -379 over the last 30 days and by -8 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 9.20%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.02% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 0 views. Within the first day, a publication typically gains 734 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 24 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Marketing & PR category.

36 264
Subscribers
-824 hours
-987 days
-37930 days
Posts Archive
Salam semua keluarga besar KHM. Semoga kita semua sentiasa disayangi Allah dan dikasihi Para Nabi. Sekadar nak share, saya ada beberapa buah syarikat. Yang kalian nampak dan biasa saya sebut ada 3. Abuain Kitchen Studio KHM Content Success KHM Foodies yang membawa brang OneCookies. Abuain Kitchen Studio ialah studio masak yang mengajar orang memasak, baking dan sebagainya. KHM Content Success pula bab mengajar content. Dan KHM Foodies pula sekarang duk sibuk menjual kuih raya. Kami pengilang biskut. Setakat ini ada 4 buah, 2 di Selangor, 1 di Pahang dan 1 di Kelantan. Ini perniagaan yang saya suka sebarkan. Kalau ada yang kata saya tak ada bisnes, beritahu inilah bisnes saya. Gituh. Salam perkenalan semua! Nah ❤️ #KHM

Setiap kali dalam kelas #content saya akan bertemu dengan mereka yang duk sebut nak kaji dulu, nak teliti dulu, nak begitu na
Setiap kali dalam kelas #content saya akan bertemu dengan mereka yang duk sebut nak kaji dulu, nak teliti dulu, nak begitu nak begini sebelum bermula. Dan mereka ini jauh ketinggalan dari yang lain. Orang lain sudah cecah 10,000 follower, dia baru kata nak cuba sikit-sikit. Orang lain dah cecah 25,000 follower, dia akan beri alasan dia belum bersedia. Orang lain dah cecah 100,000 follower, dia akan cakap itu rezeki orang itu. Apabila kita tengok di wall dia, dia tak buat apapun. Sekadar sembang kencang sahaja. Kawan-kawan, dalam apa sahaja urusan, rancang 20% sahaja, berbuat 80%. Jika 80% itu tak berbuat, tak bermula dan tak bekerja, maka tak akan dapat hasil. Jika tak bermula, kalian takkan belajar mana betul mana silap. Hanya yang buat akan lalui kesilapan, dan di situlah pelajaran paling besar dalam apa sahaja benda kita nak buat. Orang rajin cari jalan, orang malas banyak alasan. Nak berhasil, mulakan walau kecil. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Take action!

Sedapnya biskut OneCookies KHM ni gaissss! Semua jenis kita kalau dah makan, tak boleh berhenti okeeeh. Confirmlah kena beli
+2
Sedapnya biskut OneCookies KHM ni gaissss! Semua jenis kita kalau dah makan, tak boleh berhenti okeeeh. Confirmlah kena beli berbalang-balang kalau gini. Gais, beli lekas. Stok dah tak banyak. Penghantaran pun dah bermula! Lekassss! Habis sahaja stok tu, next batch ialah selepas raya. Baik tempah sekaranggg! Klik link segera, jangan tunggu-tunggu lagi okey! https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Ia boleh sembuh. Namun semua itu tak perlu jika kita bijak tanganinya. Teruskan senyum dengan ujian, hanya dengan cabaran, ha
Ia boleh sembuh. Namun semua itu tak perlu jika kita bijak tanganinya. Teruskan senyum dengan ujian, hanya dengan cabaran, halangan serta banyaknya bersilat akan buat kita kuat. Cedera sikit, tak apa. Jika parah, mintalah bantuan. Allah ada kawan, keluarga ada, kawan ada. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/cedera-sedikit-tak-apa/ .

Content mesti beri impak positif. Sama ada teks atau video atau bergambar, mesti ada kesan ini: 1. Apabila orang baca atau tonton, orang faham. 2. Apabila orang baca atau tonton, orang buat terus (ikut terus atau tiru terus). 3. Apabila orang baca atau tonton, orang beli terus. Itu kekuatan bermain media sosial. Kalau tidak beri kesan, ia bukan #content. Contohnya: Kisah kita bukan tentang kita susah, kita payah, namun ia mesti beri kesan dalam bentu tips, kaedah, cara untuk bangkit semula. Mesti ada teknik supaya orang boleh belajar. Jika kisah itu sekadar untuk simpati tanpa ada apa-apa yang boleh dipelajari, maka ia bukan impak positif. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

3 prinsip hidup yang kena ada dalam diri: 1. Jika kamu tak kejar apa yang kamu nak, kamu takkan dapat perkara itu. 2. Jika kamu tak pernah bertanya tentang sesuatu ilmu atau perkara, jawapan dalam kepala kamu adalah sentiasa “tidak”. 3. Jika kamu nakkan perubahan, bangun dan melangkahlah sekarang, kalau tidak, kamu masih di berada tempat yang sama. #KHM

Apa yang menyebabkan #Follower anda naik di Facebook? Jawapannya ialah #SHARE. Buat posting #content yang konsisten tentang sesuatu yang anda mahir, suka, minat, power, hebat. Konsisten bermaksud, wajib ada 3 atau 4 kali seminggu tentang hal tersebut. Posting yang hanya banyak like dan komen, hanya menaikkan engagement. Namun posting yang ada share, akan beri double engagement. Kejar Share okey!

Kita semua berpeluang cari rezeki, tengok ini: 1. INSTAGRAM. Tempat utama menyimpan dan berkongsi gambar dan video hari ini tidak mempunyai produk kameranya sendiri. 2. AIRBNB. Pilihan utama penginapan bagi pengembara hari ini tidak mempunyai satu pun hartanah yang dimilikinya sendiri. 3. ALIBABA. Syarikat jual beli barangan terbaik dan terulung dunia langsung tidak mempunyai premis kedainya sendiri. 4. NETFLIX. Television network terbesat di dunia hari ini tidak mempunyai kabel atau syarikat tvnya sendiri. 5. FACEBOOK. Aplikasi Sosial media terbesar di dunia ini langsung tidak mempunyai contentnya yang tersendiri. Mereka hanya menguruskannya. Ingat ini kawan-kawan, Nak buka bisnes, tak semestinya ada kedai. Nak melangkah mencari rezeki, tak semestinya perlu modal. Yang penting ialah bijak ambil peluang. Mula dropship, jadi ejen, kemudian perlahan-lahan bina empayar! Semua boleh kalau rajin rajin rajin rajin rajin. Idea hanya boleh dilihat jika ia ada tindakan, berhenti fikir terlalu lama, bangun dan bertindak, masa tidak akan menanti, yang datang bergolek hanya selepas anda berada di tangga selesa sahaja. Selagi itu, melangkahlah tangga kesusahan itu demi mencari serasinya produk dan perkhidmatan yang kalian tawarkan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula dengan cuci dewan makan kolej.

#Content yang bagus pada #Sabtu dan #Ahad ialah yang memberi sedikit hiburan atau keselesaan kepada audien. Kebiasaan, pada hari cuti sesebuah negara, penurunan bermain sosial media juga dapat dilihat dengan jelas. Jika pada satu-satu masa, ada 200,000 orang sedang aktif, namun pada hari cuti, boleh jadi 160,000 orang sahaja yang masih aktif. Ia menurun kerana orang mahu rehat, mahu tenang, mahu bersama keluarga dan sebagainya. Oleh itu, apa yang kita muat naik pun mesti tidak terlalu berat, tidak bersifat terlalu panjang dan susah untuk difahami. Tips, step by step, petua, itu semua content yang bagus pada hari cuti. Jika mahu naikkan iklan, ia mesti padat dan ringkas, gunakan #ShowDontSell, pasti menjadi. Hari ini baru selasa, boleh rancang untuk letak apa ya pada sabtu dan ahad nanti! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Resipi apa eh hari ini.

Katelog Biskut Raya Paling Latest

Sesiapa yang berminat nak dapatkan biskut kami, terus ke www.onecookies.com ya! Ini kalatognya. Penghantaran dah pun bermula hari ini.

Untuk posting #iklan, #content boleh digunakan dengan: 1. Awareness. Biasanya bersifat menerangkan produk sahaja. Jarang dapat jualan namun posting ini memberi makna. Apabila semakin ramai yang tahu tentang produk, ia memudahkan posting iklan selepas itu. Sekiranya dapat jualan, ia bonus. Masa yang sesuai ialah 12 tengah hari. 2. Sales. Boleh dimuat naik secara terus hard sell atau soft sell. Tak jadi masalah. Apabila orang sudah tahu tentang produk, proses membuat jualan akan jadi “kacang!” Namun, di sini yang memberi cabaran ialah aktiviti closed sales. Mesti ada sistem yang lengkap dalam menerima tempahan seperti meletakkan link Whatsapp. Yang menerima tempahan pula kena laju, kurier kena cekap dan menerima rungutan dengan terbuka. Masa yang sesuai ialah 3.00 petang atau 5.30 petang. Dua perkara ini dibangunkan dengan content tersendiri, dan mesti selalu dibuat. Ingat, bukan semua posting kita adalah posting iklan. Ia tetap perlu disisip dengan posting kehidupan biasa. Kalau tidak, semua orang akan berundur dan merasakan kita ini hanya kedai, bukan manusia yang mahu bermedia sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka iklan pada 10.00 pagi, 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang.

Media sosial sering dikaitkan dengan minda separa sedar. Boleh jadi kita akan terikut dengan emosi buruk sekiranya kita membaca mana-mana posting dalam keadaan penat, resah, gelisah, muram dan murung. Untuk pembina #content, adalah sangat penting mengekalkan rasional di dalam posting-posting yang dimuat naik. Content yang ada sifat rasional: 1. Memberi banyaknya kesan positif di dalam ayat dan perkataan. 2. Jalan cerita jelas dan tidak menggunakan perkataan bombastik / kiasu / puitis yang melampau. 3. Memberi kefahaman di dalam menerangkan isu, bukan sekadar meluah sahaja tanpa memberi penjelasan yang sebaiknya. Ingat ini, orang rasional akan mendapat lebih ramai follower, lebih murah rezeki dan lebih tinggi kredibilitinya. Mereka ini tidak terganggu dengan posting negatif dan mereka sendiri juga sentiasa memuat naik posting positif. Rasional = selesa kepada follower = kesetiaan follower kepada kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus positif!

Media sosial boleh jadi baik, boleh juga jadi jahat. Nak buat benda yang bagus dan bermanfaat, ya ada teknik dan caranya. Nak kena banyak membaca, Nak kena teliti Nak kena tulis dengan ejaan betul, Nak kena pastikan ia adalah fakta, Kena visualkan emosi, Mesti beri impak positif. Semua ada cara dan kaedahnya. Sungguh, ada yang cakap cara ini susah. Namun kawan-kawan, percayalah. Jika kalian buat kerja senang, ia takkan bertahan lama. Apabila kalian buat cara betul, sama ada susah atau senang, kalian belajar banyaknya perkara. Pembelajaran yang kalian dapat itulah akan ubah cara kalian berfikir, berbuat kerja dan menekan butang post. Ayat susah-susah dahulu, senang-senang kemudian adalah salah satu pepatah yang kita sering guna. Namun jika dalam bentuk kerja, ia memberi maksud ambillah kerja yang susah namun betul, supaya kita boleh hidup senang kemudian. Begitulah Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

“Saya perasan yang doa anak saya tu sangat spesifik. Dan saya ambil doa dia jadi doa saya. Saya repair banyak benda. Terutama
“Saya perasan yang doa anak saya tu sangat spesifik. Dan saya ambil doa dia jadi doa saya. Saya repair banyak benda. Terutama hubungan dengan emak ayah, dengan jiran, dengan keluarga dengan isteri dengan anak-anak... Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/doa-daripada-seorang-anak/

Juz 4 - 4 Ramadhan 1Hari1Juz Assosiate with MommyHana Jum dengar dan baca sama-sama https://youtu.be/MxZiwyr4i0A

#content yang bagus tidak bersifat: 1. Merungut. - memberi tahu masalah, namun tidak memberi bagaimana ia boleh diselesaikan. 2. Membuka jalan berbahas. - menyebarkan kesilapan / kesalahan orang namun tidak memberi impak positif. 3. Membantah. - menulis untuk berbahas, namun hanya maklum apa yang tidak disukai, bukan memberi hujah fakta jelas yang ia boleh diperbaiki. 4. Membuka aib. - menyebarkan kesilapan orang lain, memburukkan dan bersifat menjatuhkan maruah orang. 5. Meroyan. - menulis sesuatu masalah itu dengan marah, benci dan maki dan fokus kepada hal itu sahaja tanpa memaklum bagaimana ia boleh selesai dengan membuat beberapa siri posting yang lebih kurang sama. Elakkan 5 hal ini ya kawan-kawan. Fokus beri impak positif! Khairul Hakimin Muhammad, Fokus posting kebaikan.

Ada yang bertanya nak belajar menulis dan bagaimana nak dapat idea menulis. Jadi saya buat kelas sempena bulan Ramadan ini. U
Ada yang bertanya nak belajar menulis dan bagaimana nak dapat idea menulis. Jadi saya buat kelas sempena bulan Ramadan ini. Untuk 200 orang terawal, RM49 sahaja. Kemudian terus ke harga RM99. Selepas itu naik ke harga asal. Kelas secara Zoom di dalam Group Facebook Khas. Boleh terus daftar di sini ya: Kelas Menulis di Sosial Media: Idea Content Mantul. https://bykhm.onpay.my/order/form/icmer https://bykhm.onpay.my/order/form/icmer https://bykhm.onpay.my/order/form/icmer

Juz 3 - 3 Ramadhan 1Hari1Juz Assosiate with MommyHana Jum dengar dan baca sama-sama https://youtu.be/lZWDXaMlid4

Nak buat duit di media sosial, kena fokus dan buang benda bukan-bukan dalam kepala. Kalau duk risau: 1. Orang tahu maklumat.
Nak buat duit di media sosial, kena fokus dan buang benda bukan-bukan dalam kepala. Kalau duk risau: 1. Orang tahu maklumat. 2. Orang hack. 3. Orang add pun takut. 4. Orang stalk. 5. Takut ada haters. 6. Takut keluarga cakap macam-macam. 7. Takut nanti kawan perli. Dan sebagainya, maka kalian tutup sahaja media sosial kalian. Nak buat, main dengan #content, kena fokus dan pasang pendiding kat telinga, mata dan jari. Kena kuat dan tak peduli apa sahaja anasir syaiton yang duk bermain dekat kita. Lantak orang nak fikir apa. Kita buat duit dan bayar bill sendiri. Orang lain bukan bayarkan untuk kita pun. Nak risau buat apa kan kan kan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jalan terus dan beranilah!