en
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Open in Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Khairul Hakimin Muhammad

Channel Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 35 199 subscribers, ranking 278 in the Marketing & PR category and 898 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 35 199 subscribers.

According to the latest data from 01 October, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -268 over the last 30 days and by -14 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 8.66%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects N/A% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 0 views. Within the first day, a publication typically gains 0 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 02 October, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Marketing & PR category.

35 199
Subscribers
-1424 hours
-817 days
-26830 days
Posts Archive
1. Add / request friends bermaksud menghantar permohonan mahu berkawan. Kalian boleh terima dia, sekiranya dia memang kawan kalian. Tak kenal, elok tak accept dan sebaiknya bukalah butang follow. Butang itu memberi fungsi yang baik kepada semua. Sekiranya posting itu hanya untuk friends, maka follower tak boleh baca. Posting public sahaja akan dibaca oleh semua. 2. Accept friends bermaksud kalian menerima dia sebagai kawan di media sosial. Sama ada dia kawan sebenar atau tak, kalian dah terima. Ia mesti sebuah penerimaan ke dua-dua belah pihak yang ingin membaca ke dua-dua belah wall. 3. Unfriend berlaku apabila salah satu pihak tidak memenuhi kehendak satu lagi. Boleh jadi postingnya: Menyakitkan hati, Mengganggu, Buat tak selesa, Tak aktif (tidak memuat naik status dalam waktu yang lama) dan sebagainya. 4. Unfollow berlaku apabila kita mahu dia masih berada dalam senarai kawan namun tidak mahu lagi membaca / melihat wall mereka. Keadaan ini disebut sebagai “menjaga hati.” 5. Block berlaku apabila kita sudah tak selesa diganggu dan membuat kita bimbang, resah serta risau mereka masih melihat wall kita. * Kawan-kawan, kita adalah apa yang kita baca, kita juga adalah apa yang kita muat naik. Friends, Unfriend di media sosial bukan bermakna kita juga hilang kawan di arena kehidupan sebenar. Jika mahu kekal duduk di kalangan orang positif, maka kalian juga perlu positif, perlu muat naik hal baik-baik, bukannya 1 pihak sahaja yang berusaha namun kalian banyak berdiam dan muat naik perkara tak baik. Kita putuskan #content apa yang kita nak. Dan itu mesti membawa manfaat kepada yang lain. Jika sekadar beritahu kemesraan suami isteri, meraih simpati mengadu domba dan sebagainya, ketahuilah kalian akan hilang “circle” positif itu dengan amat mudah. Sosial media medan interaksi yang bawa manfaat. Bukan “show off” perkara yang tak sepatutnya. Ia semuanya membawa aura negatif dan menghancurkan keselesaan bermain di medan ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, All is well. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Bagaimana nak hadapi setiap hari dengan positif? Aha, ini antara teknik bagus untuk kalian buat sendiri. Ia akan beri kalian
Bagaimana nak hadapi setiap hari dengan positif? Aha, ini antara teknik bagus untuk kalian buat sendiri. Ia akan beri kalian aura, tenaga serta banyaknya cas-cas baik kepada diri kalian sendiri. Baca selanjutnya di : https://khairulhakimin.com/mari-jadi-positif/

Sekiranya kalian nak positif, tulis perkara baik, sentiasa dalam keadaan yang elok dan bagus untuk membangunkan #content di media sosial, maka kalian memang kena buat semua perkara ini. Medan ini memang banyak negatifnya. Luahan hati, tak puas hati, perli, benci, jahat dan carut, semua ada. Nak tukar segala itu, buat rutin kecil ini, ia adalah: 1. Apa yang kalian buat pada setiap pagi. 2. Apa yang kalian cakap kepada diri sendiri. 3. Apa yang kalian baca. 4. Apa yang kalian tonton. 5. Siapa yang ada akses kepada kalian. 5 perkara ini jika ada negatifnya, maka itulah hidup kalian yang sebenar juga begitu dalam media sosial. Begitu juga jika semuanya baik dan positif. Kita tentukan siapa kita, kita yang boleh kawal diri kita. Nak sentiasa bersangka baik, maka buat yang baik-baik 5 perkara di atas. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Tulis sahaja. Tak perlu tunggu lengkap, cantik, tersusun, baru nak up. No, up sahaja. Belajar berbuat silap. Itu normal. Kita
Tulis sahaja. Tak perlu tunggu lengkap, cantik, tersusun, baru nak up. No, up sahaja. Belajar berbuat silap. Itu normal. Kita semua ada blind side. Kita dah rasa okey, maka terus tekan post. Jika #content dah lengkap 4 perkara tersebut (fakta, emosi, bahasa dan impak positif) maka up sahaja. Kena ada keyakinan yang tinggi. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/semuanya-ada-impak/

photo content

photo content

Di media sosial atau mana-mana lapangan pun, jadi manusia yang “real”. Berhenti tipu orang lain dan diri sendiri. Bangunkan #content yang memang kita sendiri lalui. Apa yang kita buat, kita suka, kita mahir, dan sekiranya ia bermanfaat maka tulis dan kongsikan sahaja. Itulah maksud pembangunan content. Sekiranya kalian adalah orang yang sama seperti kehidupan di luar media sosial, biasanya kalian akan ada kawan yang sama, circle yang sama. Ia taklah besar dan bersifat cukup. Circle itu terdiri dari para guru (guru kita sendiri), kawan rapat tempat nak bersembang dan berkongsi idea, keluarga serta mentor yang sering boleh tegur salah silap kita. Namun jika kalian hidup dengan posting yang menipu, sentiasa up perkara tak perlu, tak sama dengan kehidupan sebenar, boleh jadi circle kalian juga adalah dikalangan penipu, cakap besar, sembang beriya dan suka ambil kesempatan terhadap orang lain. Ingat, circle yang kecil biasanya tulus, hati mereka sama, dan apa sahaja yang kita bangunkan di media sosial, mereka faham, mereka tahu dan mereka tak menilai ke arah keburukan. Mereka tahu kita siapa luar dan dalam, dan mereka support jatuh bangun kita. Itulah orang real. Nak hidup dengan stress yang bagus, tak mahu down lama-lama, mahu sentiasa bermotivasi, hiduplah dengan kesungguhan hati dan jiwa. Selagi kalian menipu, selagi itu kalian sentiasa dihantui dengan perasaan serba salah, bimbang, resah dan murung. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangunkan content ikut apa yang kita suka, mahir dan selalu buat, berkawan dengan mentor dan sering bersembang tentang idea. Nak tips lagi ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Kembalikan kuasa ekonomi kepada diri kita sendiri. kerja keras, penat lelah dan sebagainya pada setiap hari, mencium isteri d
Kembalikan kuasa ekonomi kepada diri kita sendiri. kerja keras, penat lelah dan sebagainya pada setiap hari, mencium isteri dirumah untuk pergi kerja, kemudian pulang memeluk anak hari ini adalah untuk membina empayar bagi membantu dan memberi peluang 1,000 lagi anak melayu untuk berjaya. Itulah yang kita kena berbuat. Berhenti marah, berhenti melompat dan memaki. Ini masa kita bangkit dan berdaya saing. Masa membaca dan masa mengubah diri sendiri. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/orang-rajin-cari-jalan-orang-malas-banyak-alasan/

Soalan: Tuan, saya dah tak ada idea nak menulis. Pusing-pusing benda sama sahaja. Tuan tak boleh ke beri jalan bagaimana nak kembangkan idea? Jawapan: Itu disebut sebagai #Content #Mapping. Proses ini panjang, namun dibuat hanya sekali sahaja kemudian dirujuk bertahun-tahun. Ia bermula dari: 1. Pemilihan topik. Proses ini adalah yang paling sukar. Sekiranya tersalah, boleh jadi kita kekeringan idea. Ia bergantung kepada kekuatan pengetahuan kita terhadap topik tersebut. Jika berdegil masih nak pilih topik itu, masih boleh. Ada cara bagaimana nak atasi semuanya. 2. Kemudian mulakan mapping. Map ini dari kiri ke kanan. Ia dipecahkan mengikut layer by layer. Layer 1, topik besar. Layer 2, topik besar yang dibesarkan. Layer 3, topik kecil. Layer 4, layer 5, layer 6, layer 7 hinggalah habis. Dari situ kita boleh rujuk semuanya untuk bina content kita. 3. Proses plotting. Proses ini adalah membahagikan topik yang kita letak dalam mapping ke dalam matlamat posting. Ada 5 matlamat: To educate, To inform, To inspire, To entertain, To moneytize. Terus buat kiraan dan terus tahu ada berapa posting yang boleh dibina pada tahun tersebut. * Jika 1 mapping boleh keluarkan 500 idea posting, dan jika 1 hari 1 posting, maka kita dah dapat lebih 1 tahun content yang boleh disimpan. Bayangkan kalau 5 topik, total dalam 2,500 posting boleh dibina begitu sahaja. Itulah namanya blueprint content. Sebab itu pemain media sosial yang membangunkan teks atau video yang tersusun sentiasa ada apa yang nak dimuat naik. Kerana mereka ini semua ini. Ingat ini kawan-kawan, kita bina jalan kita, kita cipta masa depan kita, tak perlu tunggu orang lain atau guna jalan mereka. Kita sendiri juga boleh susun tar dan batu dan jadikan ia sebagai jalan kita sendiri. Yang penting, buat! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ada 5 mapping content. 80% posting saya adalah yang saya rancang. Nak tips lagi, klik sini https://t.me/ContentKHM

Sering kali kita perhati perkara ini berlaku; “Tulisan viral, namun follower tak naik.” Dan penulis akan tertanya-tanya kenap
Sering kali kita perhati perkara ini berlaku; “Tulisan viral, namun follower tak naik.” Dan penulis akan tertanya-tanya kenapa. Kita rasa semua kita dah buat dengan betul. Orang duk bercakap promote your profile, biar orang tahu kita ini siapa. Namun tak menjadi pun. Orang lain sekali viral, naik sampai 1,000 orang follower baru, kita tak. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/tulisan-viral-na…llowers-tak-naik/

Selamat Hari Wanita semua ahli keluarga KHM Channel!
Selamat Hari Wanita semua ahli keluarga KHM Channel!

5 perkara yang boleh buat kalian tidak fokus dalam membangunkan #content di media sosial: 1. Membandingkan tulisan atau pembinaan #posting kalian dengan orang lain. Boleh untuk rujuk dan baiki, bukan melihat tanpa belajar sesuatu. 2. Terlalu banyak berfikir tanpa berbuat. Selagi tak mencuba, selagi itulah kalian tak belajar. 3. Melihat jumlah like, share dan komen yang sedikit dan sentiasa merasakan ia sesuatu yang sukar nak dibuat. Sedangkan jika diperhatikan pertumbuhan, ia adalah perkara normal. Tak ada kejayaan yang datang dengan banyak sekaligus. 4. Merasakan orang tak like adalah tak suka. Sedangkan sosial media bersifat persepsi. Tulis sahaja, fokus dan konsisten. Jika kita tahu, suka, mahir tentang hal itu, post sahaja, lambat laun akan ada orang ikuti perkembangan kita. 5. Sentiasa dikelilingi oleh orang yang salah. Di alam realiti bersepah kawan suka kutuk, di media sosial pergi add entah siapa-siapa. Akhirnya terus mendapat komen dan reaksi yang menjatuhkan. Bina persahabatan yang menguat, positif dan saling percaya. * Pelajarannya ialah: - buat sahaja. - tak ok, repair dan buat lagi. - positif. - fokus. - disiplin. - konsisten. - bersungguh-sungguh berusaha. Semua ini ada 1 perkataan yang sesuai, ia adalah “kental”. Jika mahu bermain media sosial, kena ada perkataan tersebut. Hanya jiwa yang ada itu akan ramai follower, akan berjuta jualannya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Siapa yang berusaha, dia akan berjaya. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Sapura Holding dianggap sebuah kejayaan besar seorang anak Melayu yang lahir di dalam kemiskinan tahun sebelum Merdeka. Kisah
Sapura Holding dianggap sebuah kejayaan besar seorang anak Melayu yang lahir di dalam kemiskinan tahun sebelum Merdeka. Kisah melihat orang dipancung, kemudian kepala mereka disusun di pusat Kuala Lumpur menjadikan beliau hari ini seorang yang super berjaya. Segala yang perit, beliau telan dan hadam. Kemudian beliau melangkah perlahan-lahan dengan sabar dan hemah. Dari seorang yang dibayar $1 bekerja sebagai kedi, kini rumahnya berada di dalam resort golf antara yang termasyhur dalam negara. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/10-input-penting…ddin-abdul-kadir/ )

Sungguhlah kawan-kawan, Kadang-kadang kita rasa kita dah berusaha nak jadi baik, namun Allah uji kita dengan benda yang kita
Sungguhlah kawan-kawan, Kadang-kadang kita rasa kita dah berusaha nak jadi baik, namun Allah uji kita dengan benda yang kita rasa tak sepatutnya. Lalu hati kita bertitik hitam hanya kerana nak sangat bencana datang kepada orang itu sedangkan kalau benar kita baik, kita akan doakan kebaikan untuk dia. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/mari-merdekakan-diri-dari-dendam-2/ .

"Tuan, saya taklah menjual sangat. Tapi sebab famili saya peminat biskut, anak-anak wajib kena ada biskut setiap hari, jadi s
"Tuan, saya taklah menjual sangat. Tapi sebab famili saya peminat biskut, anak-anak wajib kena ada biskut setiap hari, jadi saya daftar dropship hanya beli untuk diri sendiri. Terima kasih tuan, dapat murah bila jadi dropship rupanya. Biskut pun sedap-sedap!" ***** Iya kawan-kawan, kalau tuan puan bukan nak menjual sangat, namun nak beli biskut murah-murah, register sebagai dropship, kalian akan dapat beli biskut dengan harga diskaun siap-siap! Lekas daftar okeh! Klik sini, free ja! Boleh beli kuih raya murah-murah! https://khmonecookies.com/daftar/ https://khmonecookies.com/daftar/ https://khmonecookies.com/daftar/

Facebook tidak mengamalkan permusuhan. Malah, sekiranya kita diunfriend atau diblock, kita tak akan menerima notifikasi. Mereka tidak menyediakan notis itu untuk kita. Namun, jika ada yang follow atau mahu berkawan, kita akan terima notifikasi itu pada setiap masa. Facebook = medan berkawan. Dan ruang ini memang dibina untuk content positif, seronok dan banyaknya manfaat. Kita yang kawal apa yang kita nak tulis, mahu kongsi dan rasa patut diletakkan di sini. Ada 5 Epic Content yang kalian wajar tahu dalam membina hubungan baik: 1. Inform. - info yang sekadar beritahu / maklum. 2. Entertain - sesuatu yang kita tulis itu boleh menghiburkan kawan / pengikut. 3. Educate - sesuatu yang kita kongsikan itu boleh menjadi ilmu dan didikan. 4. Convert - sesuatu yang kita sampaikan itu boleh menukar kepada duit. Biasanya bersifat iklan atau jualan. 5. Inspire - kisah / cerita yang kita sampaikan itu menjadi sebuah inspirasi kepada pembaca. Begitulah. Selamat pagi dan selamat berkawan menggunakan content. Khairul Hakimin Muhammad, Kini jual biskut di www.onecookies.com. Bismillah.

Nak cari kurma, biskut atau muruku, klik sini ya. https://khmonecookies.com/shop/000001 Saya yakin ramai support saya punya bisnes dan saya hargai sangat semuanya. Semoga Allah sentiasa menyantuni kebaikan hati kalian. Saya hargai setiap pembelian dan saya doakan kalian sentiasa murah rezeki, sentiasa dikelilingi orang-orang baik. 🥰🥰😘

photo content

Soalan: Tuan, hidup saya tak best pun. Tuan kata kena bangunkan #content melalui apa yang kita suka, kita mahir dan apa yang kita selalu buat. Masalahnya saya suri rumah tuan, hidup saya hanya dalam rumah sahaja. Bagaimana ya tuan? Jawapan: Ada banyak benda boleh dibangunkan dari dalam rumah. Semua sudut ada isinya untuk dikongsi. Jika posting #crowd: 1. Dapur: Resipi, berapa kali memasak setiap hari, tips makanan, organizer dapur, gadget memasak, deko dapur, susun atur peti ais, tips simpan, tips mudah memasak, tips dan petua yang ada kaitan dengan masakan. 2. Ruang tamu, dining hall: Tips susun atur, simpanan: Cara susun atur, cara kemas, teknik kemas, barangan, organizer. 3. Baju / Pakaian: Cara membasuh mudah, melipat dan menggosok paling agung. Tips mudah kerja. 4. Review buku, ipod, al-Quran, drama, filem yang biasa dibaca atau ditonton semasa anak-anak ke sekolah dan sudah siap segala kerja rumah. 5. Kisah santunan kepada anak-anak, tips belajar, dialog anak, bagaimana anak belajar dan sebagainya. * Untuk posting #RM: 1. Jadi dropsip atau affiliate sesiapa. 2. Bina iklan, tak perlu sama pun dengan content crowd. Jika cerita hal dalam rumah dalam bentuk content, waktu iklan, iklankan sahaja. 3. Tak jadi isu, cerita resipi, tips berkebun bagai namun nak jual ebook, nak jual balm, nak jual produk membangun kanak-kanak seperti Buku Audio dan sebagainya. 4. Posting ini disusun selepas 2 jam posting crowd di atas. * Kemudian bangunkan posting #side. Selfie, buat jenaka, contest dan sebagainya. Maka engagement di wall kalian akan jadi menarik dan sentiasa tinggi. Selesai! Apa yang tak ada contentnya? Hehe. Kawan-kawan, lihat balik. Content crowd adalah perkara rutin yang kita buat. Ada sangat ramai di sana yang tak tahu memasak, tak tahu berkebun dan sebagainya. Namun kita bangunkan tulisan kecil begitu dan dapat membantu orang lain. Kita rasa perkara itu terlalu nipis, malah kita ada perasaan yang tak ada siapa mahu baca, percayalah, kecil yang kita hulur, besar orang sambut. Mereka ini sentiasa nak ilmu. Dan Allah akan balas balik kepada kita semua itu. Percayalah, kita menulis apa yang kita ada, itu sahaja, kita tak travel, tak shopping, tak begitu tak begini, itu aja. Dan segala kudrat usaha kita itu sebenarnya kita sedang membantu diri kita sendiri. Konsepnya mudah sahaja, beri apa sahaja yang kita tahu, kita kongsi, ilmu itu tak akan habis. Allah akan tambah lagi dan lagi rezeki kita. Percayalah, saat kita membantu orang lain, kita juga sedang membantu diri sendiri. Janji buat sahaja, itu semua kebaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka share resipi, tips memasak, travel, kemanusiaan, kisah inspirasi dan tips menulis. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Ada beberapa pesanan guru dan mentor saya yang saya duk guna hari-hari supaya kehidupan penulisan saya bertambah baik. Walau
Ada beberapa pesanan guru dan mentor saya yang saya duk guna hari-hari supaya kehidupan penulisan saya bertambah baik. Walau datang juga ujian, alhamdulillah, dapat tangani dengan sebanyak-banyaknya hemah. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/buat-untuk-diri-dulu-baru-orang-lain/ .

Khairul Hakimin Muhammad - Statistics & analytics of Telegram channel @contentkhm