INSKEN Official Channel
Open in Telegram
Channel ini ditubuhkan bagi tujuan pemakluman dan komunikasi program latihan dan bimbingan keusahawanan INSKEN
Show more2 655
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-1330 days
Posts Archive
Program Bimbingan Usahawan Permulaan- Start-Up Coaching Bakeri 2023
INSKEN telah membuka pendaftaran bagi Program Bimbingan Usahawan Permulaan (Start-Up Coaching) INSKEN ā Industri Bakeri untuk tahun 2023. Program bimbingan ini akan memberi peluang kepada usahawan permulaan untuk mempelajari teknik & amalan terbaik industri bakeri untuk memulakan perniagaan dalam bidang bakeri.
Peserta akan mendapat bimbingan intensif secara fizikal daripada Pakar Industri & Kaunselor Perniagaan yang mempunyai pengalaman luas selama 5 kali untuk tempoh 6 bulan secara bersemuka. Antara komponen program yang akan Tuan/Puan perolehi adalah seperti berikut
1. Workshop pengenalan industri selama 3 hari 2 malam secara fizikal.
2. Sesi Case Study Visit - 1 kali secara fizikal.
3. Penilaian diagnostik perniagaan yang menyeluruh untuk mengenal pasti tahap ketersediaan perniagaan semasa
4. Latihan Khusus Teknikal Perniagaan ā 2 kali secara fizikal.
5. Sesi bimbingan sebanyak 5 kali secara fizikal bersama pakar industri & kaunselor perniagaan
6.Akses kepada aplikasi IPRO bagi tujuan pemantauan jualan selama setahun.
Yuran Penyertaan adalah RM500.00 sahaja yang telah merangkumi kos penginapan, makan, minum dan bimbingan sepanjang 6 bulan program
Syarat untuk menyertai program ini:
1. Perniagaan berstatus aktif dan sepenuh masa
2. Telah beroperasi tidak melebihi 1 tahun
Tatacara Mendaftar:
1. Sila tekan pautan : https://rebrand.ly/Start-Up_Coaching2023
2. Jawab soalan saringan selengkapnya.
3. Peserta yang layak akan dihubungi oleh pegawai INSKEN bagi sesi interview. Hanya peserta yang memenuhi kriteria sahaja yang akan dipilih bagi program ini.
4. Pihak INSKEN akan memaklumkan senarai peserta yang terpilih untuk tujuan pembayaran
Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh berhubung terus dengan Puan Farrah (0383148867), Encik Zuhairi (0383148814) atau Encik Fattah (0383148800). Kami bersedia untuk membantu
Tempat adalah terhad kepada 25 orang peserta sahaja. Daftar segera!! Terima kasih Tuan/Puan.
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
Kursus Asas Industri Gerai Makanan & Penjaja bukan sahaja memberi penekanan kepada latihan asas dan tips bisnes. Malah anda juga akan dapat pelajari:
1. Pengiraan kos & peralatan asas permulaan perniagaan
2. Persediaan untuk berniaga di Bazar Ramadan
3. Teknik Pemasaran Berkesan semasa Bulan Ramadan
4. Pengurusan kewangan bisnes
Jangan lepaskan peluang ini kerana banyak lagi yang akan dikongsi oleh pakar industri.
Tarikh: 24-26 Feb 2023
Tempat: Lembah Klang
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2023_Penjaja
BERITA BAIK BUAT USAHAWAN YANG BERADA DI SEKITAR PULAU LANGKAWI, KEDAH!
INSKEN dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan mengadakan program BizClinic di Kompleks LADA, Pulau Langkawi, Kedah pada 25 Januari 2023.
Anda berpeluang untuk mendapatkan konsultasi bisnes secara percuma dari BisKaunselor INSKEN.
Sesi ini akan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Jadi, cuba aturkan masa untuk hadir sebelum sesi berakhir.
Jangan lepaskan peluang ini, terus daftar di https://rebrand.ly/BizClinic_Langkawi
Jumpa di sana !
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
Anda sedang menjalankan perniagaan F&B?
Tapi buat bisnes tak ada SOP?
Main redah je?
Seriouslah?
Sudah tiba masanya untuk korang belajar untuk menghasilkan SOP bisnes F&B supaya bisnes korang lebih teratur dan sistematik.
Sertai Program Membina SOP Untuk Perniagaan F&B yang akan diadakan pada:
Tarikh: 7-8 Februari 2023
Tempat: Lembah Klang
Yuran: RM300 (Kos latihan, penginapan & F&B)
Daftar di sini ā¬ļø
www.rebrand.ly/SOP_2301
#inskenofficial
TAHUN BARU NAK DATANG!
Pendaftaran Latihan Asas Keusahawanan (KAK) untuk tahun 2023 kini dibuka!
Anda ingin mempelajari perkara asas dalam perniagaan?
Ingin mendapat gambaran awal mengenai bisnes yang bakal dijalankan?
Atau ingin memperbaiki perkara asas dalam perniagaan anda?
Ya! Latihan Asas Keusahawanan (KAK) adalah untuk anda!
Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui 8 modul yang akan memberi manfaat untuk perniagaan anda.
Ilmu yang anda perolehi dapat membantu kelangsungan bisnes anda dan melebihi daripada nilai pelaburan untuk menyertai program ini.
Daftar segera kerana tempat adalah terhad!
1) Latihan Asas Keusahawanan
Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh: 28-29 Januari 2023
Pautan pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2301
#inskenofficial
#insken
#inskenprihatin
BERITA BAIK BUAT USAHAWAN YANG BERADA DI KUANTAN, PAHANG!
INSKEN akan mengadakan Bimbingan Percuma BizClinic di Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang bermula pada hari ini hingga 4 Disember 2022.
Anda berpeluang untuk mendapatkan konsultasi bisnes secara percuma dari BisKaunselor INSKEN .
Sesi ini akan berlangsung selama 3 hari dan akan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.
Sila aturkan masa anda untuk hadir sebelum sesi berakhir.
Jangan lepaskan peluang ini dan segera mendaftar di https://rebrand.ly/BizClinic_Pahang
Jumpa anda di sana !
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
Rebut peluang keemasan ini dan menangi 3 hadiah onz!
Hadiah Utama: Percutian di Langkawi (3 hari 2 malam)
Hadiah Kedua: Playstation 5
Hadiah Ketiga: Samsung Tab
Hantarkan penyertaan Peraduan Daftar & Menang #AKUINSKEN sekarang!
Caranya mudah sahaja!
1. Daftar maklumat peribadi di portal MyINSKEN (jika belum daftar)
2. Like & Follow INSKEN di Facebook atau Instagram
3. Kongsi foto atau video menarik anda sebagai usahawan/testimonial/review bersama INSKEN beserta kapsyen kreatif #AKUINSKEN
Tunggu apa lagi? Pastikan hadiah yang diimpikan menjadi milik anda! Peraduan ini terbuka untuk semua termasuklah bukan usahawan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.insken.gov.my/akuinsken
#AKUINSKEN
#Peraduan
#peraduanmalaysia #contestmalaysia
#inskenofficial
Ada gambar bersama INSKEN? Jangan lupa letak #AKUINSKEN untuk menang hadiah onz!
Jom join Peraduan Daftar & Menang #AKUINSKEN sebelum 30 November 2022.
Caranya mudah sahaja! Kongsi foto atau video menarik anda / testimonial / review bersama INSKEN beserta kapsyen kreatif dan #AKUINSKEN.
Tunggu apa lagi? Pastikan hadiah yang diimpikan menjadi milik anda! Peraduan ini terbuka untuk semua!
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.insken.gov.my/akuinsken
Ada gambar bersama INSKEN? Jangan lupa letak #AKUINSKEN untuk menang hadiah onz!
Jom join Peraduan Daftar & Menang #AKUINSKEN sebelum 30 November 2022.
Caranya mudah sahaja! Kongsi foto atau video menarik anda / testimonial / review bersama INSKEN beserta kapsyen kreatif dan #AKUINSKEN.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.insken.gov.my/akuinsken
Ni nak khabor, hujung minggu ade Karnival Usha Niaga Keluarga Malaysia anjuran Uda Holding!
Ate moh ler ghame-ghame yang mane-mane berkelapangan tu untuk datang memeriahkan Karnival Usha Niaga Keluarga Malaysia ni.
3 hari je, senang nak atur masa ke jadual ke. Bermula dari 4 November hingga 6 November 2022, jam 10 pagi hingga 10 malam di Angsana Ipoh Mall, Perak.
Pelbagai aktiviti menarik haa ada di sini! Segala booth semua ada! Meriah!
Masuk Percuma!
Geng INSKEN pun ada disana! Boleh tanya deme nak menang peraduan #AKUINSKEN macam mana!
Moh Kome!
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
