cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

Selamat datang ke channel Telegram Cikgu Shahzalina. Channel ini khas untuk kelas online, perkongsian bahan dan latihan subjek Sejarah Tingkatan 1 sahaja.

Show more
Malaysia33 200The language is not specifiedEducation67 993
Advertising posts
1 131
Subscribers
-324 hours
-67 days
-2330 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Yuran kepandaian: RM20 sahaja. Hubungi @CikguShah untuk pendaftaran dan pertanyaan. #easysejarahwithcikgushah
Show all...
Repost from Santaisejspm
Congrats and welldone leftenan muda Chan Ming Youn.👍
Show all...
👍 2
Mungkin ramai yang pernah menyangka manusia pra-sejarah (zaman paleolitik) adalah sejenis manusia gasar, suka menumpahkan darah dan berperang sesama sendiri. Hidup rimba seperti haiwan yang berbunuhan sesama sendiri bagi merebut makanan dan pasangan. Ini Thomas Hobbes sebut, "war of all against all" yang menjadi batu asas kenapa perlu adanya undang-undang dan pemerintah. Tetapi sebilangan sarjana berpendapat zaman pra-sejarah adalah zaman paling aman buat manusia dan hampir tiada pertumpahan darah sesama manusia, apatah lagi peperangan. Saintis anggarkan manusia mula mahir melukis sekitar 70,000 tahun lalu. Lukisan tertua yang ditemui berusia sekitar 44,000 tahun lalu iaitu lukisan lembu jantan di Indonesia. Kita kena tahu juga, saintis bukan menemui satu dua lukisan, tetapi sebanyak 350 buah gua ditemui mempunyai lukisan pra-sejarah di dinding. Itu pun hanya di Sepanyol dan Perancis. Nak beritahu manusia dah reti melukis lama dah. Gambar yang saya lampirkan ini merupakan antara lukisan dinding pra-sejarah. Dalam beratus-ratus lukisan, manusia banyak lukis gambar haiwan. Kadangkala gambar manusia yang sedang memburu. Lukisan seperti ini konsisten selama puluhan ribu tahun. Tetapi, semenjak Revolusi Pertanian 12,000 tahun lalu dan manusia mula mendirikan penempatan tetap, lukisan berbentuk pertempuran, keganasan dan peperangan sesama manusia semakin nampak (rujuk lukisan kolum kanan). Lukisan bertema ini tidak ditemui sebelum 12,000 tahun lalu, menandakan aktiviti pertempuran sesama manusia semakin kerap. Paling menarik sekali, fosil pembunuhan beramai-ramai (massacre) paling tua ditemui sekitar 12,000 tahun lalu. Ada beberapa faktor yang dicadangkan kenapa manusia pra-sejarah cenderung tidak berperang dan melakukan tumpah darah; 1. Manusia pra-sejarah hidup dalam kumpulan kecil. Mereka sedar persaingan dengan kumpulan manusia lain tidak akan menguntungkan mereka. Jika berperang atau menumpahkan darah, kadar kelangsungan hidup semakin rendah. Semakin ramai ahli mati, semakin susah untuk berhadapan dengan ancaman pemangsa, semakin susah juga untuk dapatkan sumber makanan. 2. Populasi manusia prasejarah jauh lebih sedikit berbanding manusia moden. Dengan budaya hidup berpindah randah, kadar untuk satu kumpulan manusia pemburu bertemu dengan kumpulan manusia pemburu lain adalah rendah. Menjadikan kadar persaingan sesama mereka turut rendah. 3. Manusia pemburu berkencederungan mengelak persaingan apabila betembung dengan kumpulan manusia lain. 4. Dengan budaya hidup berpindah randah, mereka tiada keperluan untuk membina kubu pertahanan. Tambah lagi, mereka tiada harta (rumah, tanah, tabung makanan, dll) untuk dipertahankan. Jika mereka berada di posisi yang lemah (disadvantages), mereka boleh pindah ke tempat lain. 5. Mereka hampir tiada hierarki, hidup egalitarian. Tiada ketua dalam kalangan mereka. Benda ini menjadikan tiada kesenjangan kuasa (power imbalance) dan kelas. Perkara ini menjadikan tiadanya pergolakan dalaman yang boleh membawa kepada pertumpahan darah dalam kumpulan sendiri. Tambah lagi, mereka mempunyai idea bahawa melindungi ahli lain dalam kumpulan sama dengan melindungi diri sendiri. Semakin kurang ahli, semakin terancam kelangsungan hidup. Manusia moden dedifinisikan sebagai manusia neolitik (sekitar 12,000 tahun lalu) hinggalah kini. Budaya hidup manusia moden sangat berbeza dengan manusia prasejarah. Manusia moden hidup setempat dan ada penempatan. Ada harta untuk dilindungi. Ada kuasa pemerintahan. Faktor-faktor ini semua menjadikan zaman moden adalah zaman paling kerap peperangan berlaku, baik peperangan antara dua tamadun berlainan mahupun peperangan dalaman kerana pergolakan kuasa dan kelas. Tulisan asal: Zamir Mohyedin
Show all...
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • • Assalamualaikum★* 。 • ★Salam Sejahtera★ 。* • ° 。 ° ˛˚˛ * _Π_*。*˚ ˚ ˛ •˛•˚ * /___/\。˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門  | ˚ Pelita diletak diatas para, Hendak dinyalakan di tepi perigi, Pesanan dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di Aidilfitri. ⭐️🌙Selamat Hari Raya Aidilfitri🌙⭐️ ⭐️🌙Maaf Zahir dan Batin🌙⭐️ Kami mendoakan semoga selamat perjalanan pulang ke kampung halaman & dipermudahkan semua urusan. ☘️Ikhlas daripada Cikgu Shah & keluarga
Show all...
👍 2 2
Peristiwa Nuzul Quran yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan tanggal 6 Ogos tahun 610 Masihi ketika Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira adalah detik penting turunnya ayat pertama al-Quran kepada baginda Rasulullah. 'Nuzul' perkataan bahasa Arab bermaksud turun dan lima ayat Surah al-Alaq diturunkan oleh Allah SWT kepada baginda Rasulullah melalui Malaikat Jibril, menekankan peri pentingnya membaca dan belajar pelbagai ilmu supaya dapat menghapuskan kejahilan dalam kalangan manusia. Commitment to Excellence Berdisiplin - Berilmu - Cemerlang #smksetiaalamofficial #smksetiaalam
Show all...
👍 3 3
This is one of the only terracotta warriors that was found almost completely intact. Note the detail on the bottom of his shoe, showing that grip and traction were considered in footwear even 2,200 years ago. Each life-size clay warrior was crafted to be completely unique and there are no two terracotta warriors-among the 8,000 total-that are exactly the same. Shortly after the completion of the tomb in 210-209 BC, it was looted for weapons and burned, causing the roof to collapse, crushing the terracotta warriors. All the other terracotta warriors that are currently on display were painstakingly restored. What's even more remarkable is that the terracotta warriors were originally painted in bright colors by skilled artisans. Unfortunately, when they were exposed to air and sunlight during the excavation in the 1970s, the colors began to curl up almost immediately and disappeared within minutes. These terracotta warriors were put in place to guard the tomb of the first emperor of unified China--Qin Shi Huang. To this day, the tomb has yet to be opened. According to ancient historians, the tomb contains an entire kingdom and palace in which the ceilings are decorated with pearls to mimic the night sky. The tomb is also said to contain extremely rare artifacts and has been rigged with crossbows to shoot anyone trying to break in. To keep its location a secret, the workers were entombed with the emperor. The Han dynasty historian, Sima Qian, also mentioned that inside the tomb, "mercury was used to fashion the hundred rivers, the Yellow River and the Yangtze River, and the seas in such a way that they flowed." Modern tests have indicated extremely high levels of mercury in the surrounding soil. #terracotta #warriors #unique #tomb #excavation #emperor #China #QinShiHuang #kingdom #handynasty #ancient #history #historical #historians
Show all...
👍 6
The Sumerian city of Uruk is the oldest inhabited civilized city in the world 6000 - 4000 years before Christ, and from it the first written letter was launched to all parts of the Earth. From it came the first literary epic in history, which is the famous Epic of Gilgamesh, from which the name of Iraq was derived, and in which the first domestication of poultry was recorded. The establishment of the irrigation system Agriculture and Architecture was also recorded, and the first written writing in history is the Sumerian cuneiform script written on a clay tablet.
Show all...
👍 2