Majlis Perwakilan Pelajar UUM
Open in Telegram
Laman Telegram Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UUM https://t.me/mppuumofficial
Show more2 636
Subscribers
+10924 hours
+4537 days
+49930 days
Posts Archive
[SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1445H]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1445H kepada seluruh umat Islam.
Semoga tahun Hijrah yang datang kali ini membawa sinar kejayaan lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding sebelum ini.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[AUDIT HARGA BARANGAN DAN USAHA MEMPERLUASKAN CASHLESS CAMPUS]
Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Untuk makluman, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah menjalankan operasi audit harga barangan di kedai-kedai runcit sekitar UUM. Selain itu, operasi ‘Cashless Campus’ juga telah dijalankan bagi memastikan setiap kedai mempunyai QR Code bagi pembayaran selain tunai.
Semoga usaha ini dapat menjamin kebajikan mahasiswa sekali gus memastikan hasrat menjadikan UUM ke arah kampus tanpa tunai.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[5 INISIATIF EKSEKUTIF RESIDENSI DAN PENGANGKUTAN]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) di bawah Eksekutif Residensi dan Pengangkutan ingin memperkenalkan 5 inisiatif demi menjaga kebajikan para pelajar.
https://www.facebook.com/reel/503403748629816?s=yWDuG2&fs=e&mibextid=Nif5oz
1. Berjaya menambah 10 buah bas UUM
2. Berjaya melaksanakan inisiatif bas ke C-Mart
3. Berjaya mewujudkan talian hotline
4. Berjaya mewujudkan E-Aduan
5. Penambahbaikan sistem GPS bas
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#Pemerkasaan Mahasiswa
[INISIATIF SANTUNI SISWA]
Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Pada 8 Julai lalu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) bersama Sekretariat MPP UUM telah mengadakan inisiatif Santuni Siswa yang bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 6 (DKG 6).
Inisiatif ini berupa pemberian 150 pek sarapan percuma kepada para pelajar. Semoga dengan adanya usaha sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar tanpa mengira latar belakang.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[PENAMBAHBAIKAN JALAN RAYA SECARA BERFASA]
Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna
Hasil daripada laporan audit fasiliti mengenai penambahbaikan bagi kemudahan jalan raya di UUM.
Operasi Penambahbaikan Secara Berfasa ini telah dijalankan di Laluan C dan Sisiran Naib Canselor demi keselamatan dan keselesaan mahasiswa UUM.
MPP UUM berharap agar operasi ini akan diteruskan demi menjamin keselesaan kepada seluruh mahasiwa UUM.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[PERUBAHAN WAKTU: INISIATIF KEMUDAHAN PERKHIDMATAN BAS PERCUMA UUM-CMART CHANGLUN]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Sukacitanya, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin memaklumkan bahawa permohonan pihak MPP bagi mewujudkan perkhidmatan percuma bas UUM-C Mart akan mula beroperasi pada 23 Jun 2023.
Jadual adalah seperti ketetapan berikut:
[PAGI]
UUM - CMART: 10.00am
CMART - UUM: 12.00pm
[PETANG]
UUM - CMART: 3.00pm
CMART - UUM: 5.30pm
Semoga dengan adanya inisiatif ini dapat memberikan kemudahan kepada mahasiswa UUM.
Sekian, terima Kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[HOTLINE PANGGILAN KECEMASAN]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin memaklumkan bahawa Hotline Panggilan Kecemasan telah disediakan kepada mahasiswa/i.
MPP UUM ingin menegaskan bahawa jika terdapat sesuatu yang mencurigakan, kes kemalangan, dan peristiwa yang mengundang kepada bahaya boleh untuk laporkan ke talian hotline yang disediakan.
Akhir kata, MPP UUM berharap agar para pelajar boleh terus menghubungi talian hotline yang disediakan secara terus jika terdapat sebarang bahaya yang berlaku agar tindakan segera dapat diambil.
Talian Hotline Kecemasan: +604 928 3333
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[BICARA POLITIK : LENSA POLITIK ANAK MUDA]
Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Pada 6 Julai 2023, pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia dengan kolaborasi Persatuan Sains Politik telah menganjurkan satu Forum Bicara Politik : Lensa Politik Anak Muda yang *pertama sekali* di diadakan di universiti ini.
Forum ini telah dihadiri oleh YB Wan Ahmad Fayhsal (Ahli Parlimen Machang) , YB Amira Aisya (Adun Puteri Wangsa) dan , Dato’ Imran Tamrin (Bekas Adun Sungai Panjang). Forum ini memfokuskan aspek kepentingan politik dalam kalangan mahasiswa demi menyahut aspirasi pemerkasaan mahasiswa di Universiti Utara Malaysia.
Semoga program seumpama ini dapat diperbanyak demi membangunkan generasi yang lebih matang dalam berpolitik.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023.
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[PELAKSANAAN PENILAIAN KURSUS (e-CEvaS) SEMESTER KEDUA SESI 2022/2023]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Untuk makluman kepada para pelajar UUM, pengisian e-CEvaS adalah WAJIB bermula hari ini pada 2 hingga 27 Julai 2023*
Harap maklum
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023.
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[RESPONS TERHADAP HAL EHWAL AKADEMIK SEMASA]
Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Utara Malaysia,
Sesi 2022/2023.
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI AHLI MESYUARAT SENAT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna,
Tahniah diucapkan kepada saudari Inang Sayuri Jeffrie selaku Timbalan Naib Yang Dipertua I (Akademik) Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) atas pelantikan sebagai Ahli Mesyuarat Senat sesi 2022/2023.
Semoga ahli MPP UUM yang telah dilantik dapat menjalankan amanah ini dengan sebaiknya dan penuh dedikasi dalam membawa suara mahasiswa serta meningkatkan prestasi pengurusan dan kualiti pendidikan Universiti.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI AHLI MESYUARAT SENAT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna,
Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) atas pelantikan sebagai Ahli Mesyuarat Senat sesi 2022/2023.
Semoga ahli MPP UUM yang telah dilantik dapat menjalankan amanah ini dengan sebaiknya dan penuh dedikasi dalam membawa suara mahasiswa serta meningkatkan prestasi pengurusan dan kualiti pendidikan Universiti.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DALAM KPUM x LHAG MY MOOT COURT COMPETITION]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Advokasi dan Mut UUM yang telah dinobatkan sebagai Johan di dalam Pertandingan KPUM x LHAG MY Moot Court Competition serta dianugerahkan Penghujahan Bertulis Terbaik.
Pertandingan yang telah berlangsung di Brickfields Asia College dan Firma LHAG, Kuala Lumpur pada 24 hingga 25 Jun 2023 ini, menyaksikan pasukan UUM berjaya membawa pulang sijil, plak dan slot latihan praktikal LHAG.
Semoga lebih banyak lagi kejayaan sebegini dicapai pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[MPP UUM MELAWAT PELAJAR TERLIBAT KEMALANGAN]
Pada 1 Julai 2023, Wakil MPP UUM telah turun ke Hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani bagi menyantuni keluarga Alia Nurhani pelajar semester 2 yang terlibat dalam kemalangan.
Buat masa sekarang, Alia masih berada berada di Hospital dan masih ditidurkan untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Seluruh warga UUM mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan semoga seluruh keluarga Alia terus diberikan kekuatan bagi menghadapi ujian ini.
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENERIMA ANUGERAH ‘MOST DIPLOMATIC MINISTER’]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Saudari Emina Kulasic Bong Ei Min atas kejayaan menerima Anugerah ‘Most Diplomatic Minister’ dalam acara ASEAN Foundation Model ASEAN Meeting yang berlangsung di Siem Real, Cambodia.
Untuk makluman, Saudari Emina Kulasic merangkap Setiausaha Agung MPP UUM Sesi 22/23 ini juga telah bersama lima orang wakil Malaysia yang lain ke acara yang berlangsung selama tiga hari ini.
Kejayaan seperti ini membuktikan bahawa mahasiswa dari UUM mampu membawa nama Malaysia di peringkat lebih tinggi.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[KAD LAPORAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SESI 2022/2023]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Berikut merupakan Kad Laporan MPP yang merangkumi segala Inisiatif, Program serta Kunjungan Hormat yang telah dilaksanakan.
Fokus utama kami adalah untuk membantu mahasiswa daripada segenap aspek. Jutaan terima kasih juga kami zahirkan di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UUM akan terus lakukan yang terbaik bagi menjamin kesejahteraan Mahasiswa dan membawa nama baik Universiti ke arah yang lebih tinggi.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[PERUNTUKKAN RM400 JUTA eBeliaRahmah BAKAL MANFAAT 2 JUTA BELIA]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin memaklumkan bahawa pelajar yang memenuhi syarat kelayakan e-Belia Rahmah boleh mula mendaftar untuk menerima kredit e-tunai RM200 program eBeliaRahmah mulai 8.00 pagi pada Isnin, 26 Jun 2023.
Kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat pula boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023
Untuk maklumat lanjut mengenai eBeliaRahmah, layari https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.html
Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan di atas keprihatinan melaksanakan inisiatif ini yang bakal memberikan manfaat khususnya kepada golongan Belia dan Mahasiswa.
Sekian, Terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN DEBAT ASTAR KEBANGSAAN]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Muda Debat Bahasa Melayu UUM yang telah dinobatkan Tempat Ketiga dalam Pertandingan Debat ASTAR Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di Universiti Malaya pada 24 hingga 25 Jun 2023 lalu. Untuk makluman, seorang pendebat UUM iaitu Faris Daniel Rizal juga telah disenaraikan sebagai Pendebat Lima Teratas.
Semoga selepas ini akan lebih ramai lagi pendebat yang lahir dalam kalangan mahasiswa dan menyuburkan bumi UUM dengan bakat pengucapan awam mereka.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[AGIHAN PERABOT DI TAMAN PERUMAHAN UNIVERSITI SISIRAN SINTOK]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini telah dilakukan agihan perabot di Taman Perumahan Universiti iaitu Sisiran Sintok (SS) dengan kerjasama Pusat Penginapan Pelajar (SAC), MPP UUM dan Sekretariat Sisiran Sintok.
Proses agihan katil dari rumah ke rumah ini bermula di laluan 2B Sisiran Sintok. Dari masa ke semasa akan disusuli dengan meja belajar dan almari mengikut hari serta masa yang telah ditetapkan oleh kontraktor.
Akhir kata, MPP UUM berharap agar agihan perabot ini dapat memberi keselesaan sekali gus menjamin kebajikan mahasiswa/i di UUM.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
[KUNJUNG ZIARAH PEGAWAI KESELAMATAN UUM]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
MPP UUM telah berkesempatan untuk menziarahi pegawai keselamatan UUM yang sudah bersara. Dalam kesempatan ini, kami ingin merakamkan ucapan terima di atas perkhidmatan cemerlang beliau selama 20 tahun bagi menjamin kesejahteraan seluruh warga kampus.
Staf dan pengawai di UUM juga adalah sebahagian daripada warga kampus. Jadi, kami menyeru untuk kita teruskan budaya saling hormat menghormati dan mewujudkan suasana kampus yang harmoni.
Sekian, terima Kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023
#ForABetterUUM
#MPPUUM2023
#MPPPrihatin
#PemerkasaanMahasiswa
