cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Islamic Quotes📚

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim) - Put Allah first, and you will never be last ♥ - Whoever you are, be a good 👍 - Allah always with us

Show more
Malaysia15 277The language is not specifiedReligion & Spirituality17 678
Advertising posts
5 297
Subscribers
+924 hours
+457 days
+15430 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته . بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Rasulullah SAW telah bersabda; "Sesungguhnya apabila seseorang hendak tidur maka bersainglah malaikat dan syaitan." Malaikat berdoa: "Ya Allah, akhiri orang ini dengan kebaikan." Syaitan pula mohon doa: "Akhiri orang ini dengan kejahatan." Orang yang berzikir dan berselawat sebelum tidur, akan dijaga oleh malaikat disepanjang tidurnya. Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. @Nota_nasihat
Show all...
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. TETAPLAH MEMBERI PERINGATAN....📌 Jangan sombong..merasa tinggi..merasa lebih dan merasa telah sempurna. Manusia itu sangat memerlukan nasehat dan peringatan. Kerana manusia adalah tempatnya salah dan lupa. Sebab itulah mengapa kita harus tetap saling mengingatkan. Mengingatkan bukan berarti kita yang paling mulia.. paling benar...paling suci. Tapi mengingatkan adalah merupakan bentuk peduli.. cinta dan perhatian. Kerana itu tetaplah memberi peringatan...walaupun terkadang sebagian orang ada yang meremehkan.. benci..dan tidak suka bahkan marah saat dingatkan. Tidak mengapa... Biarlah... Kerana tugas kita perlu mengingatkan. Bukan memaksa...tidak◇ Dan yang pasti...jika engkau menolak untuk diingatkan... maka akan ada orang yang lainnya yang akan menerimanya. ALLAH TA'ALA berfirman: وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين "Dan tetaplah memberi peringatan.. kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin. (QS Adz Dzariyat 55) Semoga Allah SWT melebutkan hati kita..menjadikan kita termasuk orang-orang yang tetap rendah hati...suka mendapat nasehat kebaikan dan mudah menerima peringatan dalam ketaqwaan..aamiin alhamdulillah.. masih lagi kita diberi kenikmatan nafas & hidup oleh Allah hingga saat ini.. Terimaksih Allah🤲 Moga hati dan diri makin dekat pada Ilahi! Menjauhi yang dibenci, menuju yang disukai'Nya...🤲 SelawatJom'❤️ اللهم صّلِ وسَلّمْ عَلۓِ نَبِيْنَا مُحَمد◇ اللهم صّلِ وسَلّمْ عَلۓِ نَبِيْنَا مُحَمد◇ @Nota_nasihat
Show all...
Sesiapa pun kamu yang diam-diam menahan sakit kerana belajar sabar semoga الله menguatkanmu. ❤️ @Nota_nasihat
Show all...
Apa-apa kebaikan kita lakukan niatkanlah ianya satu sedekah dan amal jariah Belajar tidak mengharapkan balasan walau sekecil balasan dari manusia. @Nota_nasihat
Show all...
 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم Bismillahirrahmanirrahim 🌹 Assalamualaikum dan Selamat Pagi اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya ••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈ Tetap Yakin dan Sabar Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286: "Allah tidak membebani manusia kecuali sesuai kemampuannya." Setiap ujian dan dugaan yang kita hadapi dalam kehidupan ini adalah sesuai dengan kemampuan kita. Allah tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggung. Keyakinan ini memberikan kita kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi setiap cabaran yang datang. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5-6: "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." Setiap kesulitan yang kita hadapi pasti diiringi dengan kemudahan. Allah SWT telah menjanjikan bahawa setiap ujian yang kita lalui akan disertai dengan jalan keluar. Oleh itu, kita perlu bersabar dan yakin bahawa setiap kesulitan akan berakhir dengan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Muslim: "Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman itu, sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya." Kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan bersabar dengan ujian yang menimpa. Kedua-dua sikap ini adalah tanda keimanan yang kuat. Dengan bersyukur, kita mengakui segala nikmat yang Allah berikan dan dengan bersabar, kita menerima setiap ujian dengan hati yang tenang. Sahabat, Tetaplah yakin dan sabar dalam menghadapi segala ujian hidup. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita dan Dia Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk kita. Setiap ujian adalah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah dan memperbaiki diri. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk tetap yakin dan sabar dalam menghadapi setiap ujian dan diberikan kemudahan dalam segala urusan. Ameen Semoga artikel ini memberikan motivasi dan kekuatan kepada kita semua untuk terus yakin dan sabar dalam menghadapi setiap ujian hidup. SEMOGA BERMANFAAT 🥰 •══◎◎♡◎◎══• رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر @quotephotovideo 🌸🌸🌸 46K374 @Nota_nasihat
Show all...
T.me/notatazkirah 💌 NOTA PAGI Jika kita merasa jika urusan yang kita hadapi terasa begitu berat, sehingga kita merasa tidak mampu menyelesaikannya, maka mintalah pertolongan pada Allah Swt. Dia  Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Kuasa, sehingga sangat kecilpun bagiNya boleh menolong dan membantu kita dalam menyelesaikan urusan kita. Berusaha, doa dan tawakkal. @Nota_nasihat
Show all...
🌺 NOTA TAZKIRAH 1🌺

Mari manfaatkan media untuk DAKWAH...📱

Di dalam kitab Madarij al-Salikeen, Ibn Qayyim rohimahullah menyatakan, "Rasa syukur itu mungkin wujud di dalam hati, pada ketundukan jiwa dan kerendahan hati, pada lidah, di dalam puji-pujian dan pengakuan, melalui perbuatan fizikal, dengan cara ketaatan dan penyerahan diri padanya" Semoga kita tergolong dikalangan hamba-hambanya yang bersyukur. ● Rahmat Ikhsan Official @Nota_nasihat
Show all...
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Utamakan akhirat dalam segala hal dunia kita bermula hari ini, sesungguhnya akhirat adalah permulaan kehidupan yang sebenar. - Ustaz Wadi Anuar - @Nota_nasihat
Show all...
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Kebahagiaan itu boleh dicapai dengan cara mensyukuri segala pemberian dan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. @Nota_nasihat
Show all...
 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Bismillahirrahmanirrahim 🌹 Assalamualaikum اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya ••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈ AZAM DAN NIAT RAMADHAN Pesanan daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid: [1] Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah RASULULLAH ﷺ semampu kita. [2] Niat untuk bertadarus, tadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali). [3] Niat untuk tahajud & qiamullail setiap pagi (sebelum sahur). [4] Niat untuk tunaikan solat sunnat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid / surau / rumah). [5] Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah & ada keberkatan dalam bersahur itu). [6] Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dsb. [7] Niat untuk dapat malam Lailatul Qadar. [8] Niat untuk perbanyak sedekah / infaq. [9] Niat jaga lisan, mata, telinga, mulut dll. [10] Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma. [11] Niat jadi hamba-NYA, umat RASULULLAH ﷺ, suami / isteri, anak, abang / kakak, saudara, ayah / ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini. InsyaALLAH. SEMOGA BERMANFAAT 🥰 •══◎◎♡◎◎══• رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر @quotephotovideo 🌸🌸🌸 46K971 @Nota_nasihat
Show all...