en
Feedback
Tips Lelaki Segak

Tips Lelaki Segak

Open in Telegram

Kita kongsi macam-macam supaya boleh jadi #LelakiSegak

Show more
2 512
Subscribers
No data24 hours
-107 days
-2230 days
Posts Archive
Benda baru yang aku buat semua dia reject. Peninglah macam ni! Nak masuk 2026, nak buat idea-idea baru, tapi takutlah. Nature human being memang akan reject benda baru atas 2 sebab: 1. Kita takut benda yang kita tak tahu 2. Kita selesa duduk di tempat selesa Dalam training yang saya buat, inilah benda yang selalu leader hadapi pada anak buah. So apa nak buat? Gunakan konsep ACTA. 1. Adopt - beri situasi, cadang idea baru dan justify 2. Confirm - dapatkan buy-in dan persetujuan serta ketetapan rutin 3. Test - beri tempoh mencuba, cuba sikit-sikit dulu 4. Adjust/Apply - jadikan standard atau rutin baru Contoh, kita nak bina rutin baru membaca dalam keluarga. Perbualan antara sepasang suami isteri. (ADOPT) L - “Sayang, kita ni tak ada habit membaca. Ramai orang di luar sana, orang hebat, mostly ada rutin membaca. Nabi pun pesan untuk Iqra. Kita mula rutin baru nak?” P - “Eh abang ni. Kita ni mana ada masa. Tak naklah,” (CONFIRM) L - “Tak apa, kita cuba dulu pelan-pelan. Kita cari masa untuk dia. Sama macam kita solat. Ada je masa. Kita cuba dalam 2 minggu dulu?,” P - “Hmmm, oklah. Kita cuba,” (TEST) L - “Ok, kita try sebelum tidur 1 ms sahaja, apa-apa buku ilmiah. Ok?” P - “Ok. Kita try,” Dan APPLY apabila kita dapat rentak. Kalau tak, kita ADJUST. Dapat sesuatu? Like dan Share ya.

photo content

Pemimpin yang bagus: Letakkan kejayaan pada bahu pasukan dan letakkan kesalahan pada bahunya.

Kalau korang tak minta, jawapan “NO” confirm 100%. Kalau korang cuba nego, buat permohonan atau cuba apply, jawapan “YES / NO” adalah 50-50. Lebih baik mencuba daripada tak cuba langsung. #lead2win

Benci betul kalau orang reject cadangan kita! Tapi yang tak boleh blah, kita sendiri buat kat orang lain, reject mentah-mentah! Last-last keluarlah ayat rejection kita seperti: “Saya tak nak idea tu. Bagilah lain,” “Takkan itu je bro? Kamon, bagi yang best,” “Tak bagus benda tu. Buat apa macam tu,” Dan seumpamanya. Perasan rejection ni benda yang tak best dan ada disusuli dengan unsur downgrade orang lain? So jangan buat macam ni! Meh sini saya share tips mudah ayat-ayat yang bagus nak meraikan cadangan orang lain walaupun bunyinya begitu bengong sekali. “Pandangan tu bagus juga. Ada cadangan lain?” “Menarik juga poin tu. Lagi?” “Weh, saya setuju cadangan tu. Ada lagi tak?” Once kita ada ayat-ayat seolah-olah ‘kita setuju’, percayalah, kita dah bina satu level of trust dalam perbincangan. Tak caya? Cubalah! #lead2win

Dalam situasi kepimpinan, kita ni bukan sekadar membina organisasi, tapi kita sedang membina generasi. Apa yang kita buat hari ini, boleh jadi memberi kesan berpuluh tahun akan datang. Kalau benda tu baik, selagi digunakan ilmu itulah kita akan terus menerus dapat pahala dan manfaat. Kalau benda tu jahat dan tidak elok, sepanjang itulah kita dapat dosa dan keburukan. #lead2win

Kalau kita stuck untuk plan 2026 especially bab kepimpinan, meh sini saya share 1 format mudah untuk fikir apa nak buat next. Kita pecahkan kepada 3 bahagian sahaja. 1. Pandai pimpin diri sendiri 2. Pandai pimpin orang main 3. Pandai pimpin organisasi Utamakan nombor 1 dulu. Yang 2 dan 3 tu boleh develop bersama apabila nombor 1 tu dibuat. So nombor 1 tu, kena bina 5 habit utama: 1. Habit untuk jadi pandai (berkaitan tuntut ilmu; baca buku, tonton youtube, dengar podcast) 2. Habit untuk jadi sihat (berkaitan makan sihat dan exercise konsisten) 3. Habit untuk spiritual dan moral (berkaitan integriti dan hidup ketuhanan) 4. Habit untuk membina hubungan (berkaitan komunikasi dan emosi) 5. Habit untuk kesedaran diri (berkaitan kenal kekuatan, kelemahan, motivasi serta situasi semasa) Kita pelan-pelan bikin benda ni, trust me, within 3-6 months, kita sendiri akan rasa kita ni orang lain. Imagine rutin ni dibuat 3-5 tahun. You will be the next leader yang naik dengan matang dan berkelayakan. #lead2win

Tahu kenapa bos tak suka korang? Sebab korang datang kat bos bawak masalah semata-mata, lepas tu harapkan bos tolong selesaikan semuanya. So, apa cara bagus nak hadap bos kalau ada sebarang masalah? Senang je, korang bawa sekali format masalah+cadangan+tindakan. Konpem bos sayang rapat kat korang. Contoh ayat: “Bos, kita punya barang dah habis, tak sempat nak topap,” (ni ayat masalah) “Saya cadang kita beli terus stok sekaton sebab boleh tahan 2 minggu,” (pilihan cadangan) “Atau yang urgent kita beli 2 je dulu, boleh terus guna,” (pilihan cadangan) “Bos prefer mana? Atau kita buat dua-dua? Saya boleh pi beli terus,” (tindakan segera) #lead2win

Kita pemilik syarikat, kasik sokong himpunan tanda solidariti sebagai salah satu aktiviti syarikat. Rakyat Malaysia 12 orang sudah ditangkap oleh Issewel! Sangat melampau! Moga kita semua dipermudahkan urusan dan kita panjatkan doa untuk Sumud Nusantara. 🤲

photo content

Urus orang ni, kena pandai cari dan faham the “underlying message” yang diberikan. Contoh soalan untuk dapat kepastian: “Saya nak faham perspektif tuan, boleh jelaskan apa maksud tuan tadi?” Cara ini valid digunakan kepada keluarga kita, team kita, pasangan kita, even anak-anak kita. #asnawiyusof #komunikasi #executivegrowth

photo content

Saat awal kejatuhan kita adalah apabila kita mula stagnant dan merasa kita dah berada di ‘peak level’ in life. Maka akan datanglah perasaan ego dan ‘terpaling’ dalam hari-hari kita. Terpaling hebat, terpaling baik, terpaling bagus. Maka, sedarlah diri bahawa banyak benda lagi kita boleh improve especially apabila kita bertemu orang yang lagi hebat, lagi baik, lagi bagus. So, bergaullah dengan ramai orang dan rendahkan diri untuk menuntut ilmu dan menambah baik diri ke tahap lebih baik. #asnawiyusof

photo content

“Tuan, dah badan saya memang bongkok macam ni. Saya nak buat apa sebenarnya?,” Badan kita ni dah dibiasakan dengan satu-satu postur badan. Kalau daripada kecil kita biasa dah membongkok, maka tanpa sedar, kita akan membongkok. Kerana itu, sekali sekala, semak postur badan. Dan jika perlu, latihlah badan supaya posturnya berada dalam keadaan baik. Jangan sesekali pandang remeh gaya duduk dan cara kita berdiri. Ada beza orang yakin dan orang yang tidak yakin dengan diri. Realiti kita, bahasa tubuh adalah antara perkara yang utama orang nampak. Sebelum kita bercakap, gaya pakaian dan juga postur kita dah “bercakap”. 3 tips mudah nak mula upgrade: 1. Bahu tegak, tapi tak keras — tanda yakin dan bersedia. 2. Sentiasa beri kontak mata bila berinteraksi — tanda hormat dan fokus. 3. Elakkan terlalu banyak gerak tangan dan badan tanpa tujuan. Nampak menggelabah. So gais, ubah sikit cara bawa diri, kita akan perasan diri kita mula berbeza dan orang lain juga akan layan berbeza. #executivegrowth #asnawiyusof #imejprofesional

photo content

Kita ni selalunya gelojoh apabila buat apa-apa perkara. Staf baru hire, tapi tak sampai seminggu kita expect dia dah power dan terer. Anak masih 5 tahun, tapi kita harap dia dah hafal 30 juzuk. Kahwin baru 1 tahun tapi dah fikir nak duduk banglo sama-sama. Semua ni pemikiran gelojoh yang perlu kita latih untuk tenangkan, dan latih untuk develop supaya bersedia dengan impian yang kita harapkan. Jadi, apa nak buat? 1. Buat persediaan ke arah apa yang kita harapkan. Kalau nak anak hafal 30 juzuk, kita kena bina suasana membaca Al-Quran sentiasa. Apabila dah kerap baca, barulah ada amalan untuk menghafal. Dan apabila menghafal, susunlah masa dan tempatnya serta perjalanannya. Kalau nak duduk banglo, susunlah perjalanan simpanan gaji, tahap gaji yang sesuai, tempoh tahun yang realistik untuk duduk di banglo. Kalau nak staf power, susun latihan, buat SOP, buat pantauan berterusan, buat review berkala. Dalam pengurusan, kita selalu sangat nak cipta konflik yang tak perlu. Kalau kita sebagai pemimpin tak jelas arah tuju dan perjalanan ke arah tujuan, orang bawah akan main agak-agak. Kalau kita tak spesifik apa nak disiapkan, jangan terkejut kalau hasilnya tak seperti yang kita bayangkan. Agak-agak kita ada buat plan yang agak terperinci tak kepada setiap impian yang kita ada? Cuba kongsi sikit plan korang di komen. #executivegrowth #asnawiyusof #pengurusanberkesan

“Dulu kau cakap tak nak jadi macam tu, tapi masa kau dah jadi bos, kau buat balik benda sama macam dulu. Apa cerita?” Antara
“Dulu kau cakap tak nak jadi macam tu, tapi masa kau dah jadi bos, kau buat balik benda sama macam dulu. Apa cerita?” Antara ketakutan besar sebagai seorang bos atau majikan adalah: 1. Staf tak ikut cakap 2. Takut nak hire orang 3. Takut staf blah Benda ni ada kaitan rapat dengan mindset kita. Kalau betul mindset kita nak develop team dan company, kita kena latih betul-betul mindset kita: Staf tak ikut cakap ❌ Staf follow SOP ✅ Takut nak hire orang ❌ Hire orang dan pantau ✅ Takut staf baru blah ❌ Susun perancangan staf tempoh 3-5 tahun ✅ Urus staf ni urus manusia. Nak urus manusia, kena tahu hadnya, keinginannya dan juga cara mengawalnya mengikut keperluan syarikat. Tiada orang akan kekal dengan kita selamanya, tapi selama mana dia berada dengan kita, tanggungjawab kita adalah develop dan latih dia sebaiknya. Kenangan team building bersama 180 orang pegawai universiti. Kita latih mengikut keperluan team. #executivegrowth #asnawiyusof #leadership #teamwork

Kita boleh pakai blazer RM2,000. Kita boleh pakai jam limited edition. Kita boleh pakai baju seluar dan kereta kemain mahal, sampai beratus ribu. Tapi bila orang tanya satu soalan, masa tu kita tergagap, tak bersedia, dan jawab ikut sedap rasa tanpa berfikir panjang. Nampak macam tin kosong. Nampak macam budak tak belajar dan suka sembang ikut tekak. Sebab tu, imej yang kuat mesti ada isi. Luar hensem, dalam pun hensem. Bukan hanya sekadar gaya macho, tapi juga pengetahuan dan kredibiliti juga macho. Dalam banyak-banyak training imej dan komunikasi yang saya jalankan, saya selalu pesan: Imej diri = Persepsi + Personaliti + Persiapan. Persepsi tu apa orang nampak dulu. Personaliti tu cara kita bawa diri, berinteraksi, merespon. Persiapan tu seberapa dalam kita faham peranan kita dan kewujudan kita Jadi sebelum sibuk cari baju atau penampilan luar, tanya dulu: 1. Saya nak bawa mesej apa sebenarnya hari ni? 2. Apa yang saya nak orang rasa bila mereka jumpa saya? Baru imej tu jadi kuat — dari luar dan dalam. Barulah lengkap pakej kita. Apa pandangan korang? Cuba komen sikit kat bawah. #executivegrowth #asnawiyusof #imejdiri

photo content