Wiser MY
Open in Telegram
1 773
Subscribers
-124 hours
-17 days
-130 days
Posts Archive
1 773
Selepas 33 tahun menerajui NVIDIA sejak penubuhannya pada 1993, Jensen Huang secara rasmi meletakkan jawatan sebagai CEO dan Presiden, berkuat kuasa serta-merta.
Colette Kress kini dilantik sebagai CEO interim sementara syarikat mencari pengganti tetap.
https://wiser.my/jensen-huang-letak-jawatan-nvidia-lantik-ceo-interim
1 773
SoftBank Group dilaporkan merancang pelaburan bernilai AS$50 bilion dalam sektor teknologi di Malaysia.
Kuching, Sarawak serta beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti untuk pembangunan projek teknologi tersebut.
https://wiser.my/softbank-rancang-pelaburan-as50-bilion-dalam-teknologi-di-malaysia-pm-anwar
1 773
Akhirnya, Apple memberikan peningkatan besar kepada iPad mini dengan skrin OLED, cip A20 Pro dan reka bentuk lebih nipis. Harga bermula RM2,999.
https://wiser.my/ipad-mini-baharu-rasmi-dengan-skrin-oled-cip-a20-pro-harga-rm2999
1 773
MyKad rosak, cip tak berfungsi atau hilang buat kali pertama? Kini korang boleh mohon gantian terus melalui aplikasi MyGOV Malaysia.
Tak perlu lagi hadir ke kaunter JPN untuk memulakan permohonan. Semua urusan permohonan dan pembayaran boleh dibuat secara dalam talian.
Bagaimanapun, MyKad baharu masih perlu diambil sendiri di cawangan JPN yang dipilih.
https://wiser.my/cara-ganti-mykad-melalui-aplikasi-mygov
1 773
Dah cuba aplikasi TuJu tetapi fungsi navigasinya bermasalah?
Pihak pengurusan TuJu mengakui gangguan yang dialami pengguna sejak beberapa hari lalu dan memohon maaf atas kesulitan tersebut.
Pasukan teknikal kini sedang menjalankan kerja pemulihan bagi memastikan fungsi navigasi dapat beroperasi dengan lebih stabil dan lancar.
https://wiser.my/fungsi-navigasi-tuju-alami-gangguan-kerja-pemulihan-dijangka-selesai-selewatnya-6-november
1 773
Maxis Broadband bakal mengambil alih aset perniagaan Astro Fibre menerusi urus niaga bernilai sehingga RM83 juta.
Perjanjian tersebut melibatkan keseluruhan pangkalan pelanggan Astro Fibre, selain aset, peralatan dan sistem berkaitan perkhidmatan jalur lebar itu.
Bagaimanapun, urus niaga tersebut masih tertakluk kepada kelulusan dan dijangka selesai menjelang suku kedua 2027.
https://wiser.my/maxis-broadband-bakal-ambil-alih-aset-perniagaan-astro-fibre-nilai-sehingga-rm83-juta
1 773
Waze menafikan dakwaan bahawa aplikasi navigasinya mengumpul maklumat sensitif kerajaan atau membolehkan pihak tertentu mengeksploitasi data peribadi pengguna.
https://wiser.my/waze-nafi-dakwaan-kumpul-maklumat-sensitif-kerajaan
1 773
Penipu kini menyamar sebagai TNG Digital dengan menawarkan βBantuan TnGβ, tetapi sasaran sebenar ialah akaun Telegram korang.
Menurut MyCERT, laman palsu tersebut meminta pengguna memasukkan nama penuh, nombor telefon, kod log masuk Telegram lima digit dan kata laluan pengesahan dua langkah (2FA).
https://wiser.my/mycert-scam-bantuan-tng-menyamar-sebagai-tng-digital-sasar-ambil-alih-akaun-telegram
1 773
Kerajaan kini memperjelas bahawa larangan penggunaan Waze hanya terpakai kepada penjawat awam ketika menjalankan tugas rasmi, bukannya untuk kegunaan peribadi atau orang awam secara keseluruhan.
Bagaimanapun, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) turut menggalakkan penjawat awam menyahpasang aplikasi tersebut sebagai langkah keselamatan tambahan.
https://wiser.my/kerajaan-perjelas-larangan-waze-untuk-penjawat-awam-ini-yang-perlu-tahu
1 773
Pengguna Android di Malaysia kini menjadi sasaran malware baharu dikenali sebagai LongKong yang mampu mencuri maklumat perbankan dan mengawal telefon dari jarak jauh.
Menurut MyCERT, malware ini disebarkan melalui aplikasi palsu yang dipromosikan menerusi iklan media sosial dan pautan WhatsApp.
https://wiser.my/awas-malware-longkong-aktif-sasar-pengguna-android-malaysia-mampu-curi-maklumat-perbankan
1 773
ShopeePay kini meningkatkan had pegangan Money+ daripada RM20,000 kepada RM30,000 tanpa sebarang caj tambahan.
Dalam masa sama, pengguna berpeluang menikmati pulangan promosi sehingga 5% setahun bagi RM10,000 pertama yang dilaburkan, tertakluk kepada syarat kempen.
https://wiser.my/had-money-kini-naik-ke-rm30000-tawar-pulangan-sehingga-5-setahun
1 773
Dua pelajar dari Sarawak berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan robotik World Robot Olympiad (WRO) 2026 Open Championship Europe di Zagreb, Croatia.
Matthew Cheong dan Timothy Cheong mewakili Malaysia menerusi pasukan Malaysia Boleh dalam kategori RoboMission Junior.
https://wiser.my/dua-pelajar-sarawak-raih-tempat-kedua-dalam-pertandingan-robotik-wro-2026-di-croatia
1 773
Tandas pintar BMW-i pertama di Malaysia kini diperkenalkan di Dataran Putra, Putrajaya, bersebelahan Masjid Putra.
Dilengkapi pelbagai sistem automatik dan teknologi sensor, kemudahan ini bakal diperluas ke ibu negeri lain bagi meningkatkan standard kebersihan tandas awam.
https://wiser.my/tandas-pintar-bmw-i-pertama-malaysia-diperkenalkan-di-putrajaya-dilengkapi-sistem-automatik-bakal-diperluas-ke-ibu-negeri-lain
1 773
Facebook kini memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai Your Algorithm yang membolehkan pengguna menyesuaikan kandungan dalam Feed dan Reels mengikut minat sendiri.
https://wiser.my/facebook-perkenal-your-algorithm-pengguna-kini-boleh-sesuaikan-cadangan-kandungan-feed-reels
1 773
Apple kini memperkenalkan HomeView, skrin pintar 7 inci yang dikuasakan Apple Intelligence dengan Siri AI.
Peranti ini berfungsi sebagai pusat kawalan rumah pintar, selain menyokong FaceTime, Apple Music dan Apple TV.
https://wiser.my/apple-perkenal-homeview-skrin-pintar-7-inci-dikuasakan-apple-intelligence-dengan-siri-ai
1 773
Ini empat handheld PC yang masih menarik untuk dipertimbangkan pada 2026
https://wiser.my/4-handheld-pc-menarik-tahun-ini
1 773
KKM kini memperkenalkan MyLapor, sistem aduan digital yang membolehkan orang ramai melaporkan kesalahan berkaitan produk merokok.
Aduan boleh dibuat melalui tiga cara, iaitu aplikasi MySejahtera, kod QR MyLapor atau laman web rasmi yang disediakan KKM.
https://wiser.my/kkm-lancar-mylapor-aduan-kesalahan-berkaitan-produk-merokok-melalui-3-cara
1 773
Kerajaan bakal menyediakan tambahan 100,000 langganan AI percuma, termasuk ChatGPT, menerusi Belanjawan 2027.
https://wiser.my/belanjawan-2027-kerajaan-tambah-100000-langganan-ai-percuma-termasuk-chatgpt
1 773
Nak semak nombor telefon, akaun bank atau pautan yang mencurigakan sebelum membuat transaksi?
Menerusi Belanjawan 2027, kerajaan mengumumkan bahawa Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan membangunkan aplikasi berasaskan AI bagi membantu orang ramai mengesan potensi penipuan lebih awal.
https://wiser.my/nsrc-akan-bangunkan-aplikasi-ai-bantu-pengguna-semak-nombor-telefon-akaun-bank-pautan-mencurigakan
1 773
Pas perjalanan bulanan My50 akan diteruskan pada 2027, manakala pas baharu MyKomuter50 turut diperkenalkan untuk pengguna KTM Komuter.
https://wiser.my/ets-dan-ktm-komuter-terima-42-set-tren-baharu
