cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

٠ ﷽ ٠ Hari ini kamu berjuang menghafal al Quran، Di Akhirat al Quran berjuang untuk menyelamatkanmu. Bangkitlah wahai Huffaz! Kenanglah selalu masa-masa sulitmu ketika menghafaz al Quran agar dirimu menghargai setiap masa yang ada untuk terus mengulang!

Show more
Malaysia29 429The language is not specifiedReligion & Spirituality52 322
Advertising posts
1 503
Subscribers
+124 hours
+17 days
-530 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Sebagaimana disebutkan di dalam kitab Taalīm al-Muta'allim:
"ومن تعظيم العلم تعظيم الكتاب"
Cara yang betul ketika memegang kitab, tidak boleh meletakkan kitab setara dengan punggung dan tidak boleh mengayunkan kitab ketika berjalan. Semoga Allah taala menjaga keikhlasan hati penuntut - penuntut ilmu. - Abdul Majid
Show all...
Al-QURAN DALAM SATU LEMBARAN MUKA SURAT Boleh tekan link ini dan zoom untuk download 🧐: https://drive.google.com/file/d/1Cp2DJXpak5is_SBOGwrrpaUQaQ9pg7Ad/view?usp=drivesdk Tekan link > buka guna Google Drive > "Make a copy" (untuk simpan dalam gdrive sendiri atau download pdfnya). - FB: AJAR -
Show all...
Jangan tinggalkan al-Quran. Sekurangnya kita baca 5 muka surat sehari. Setiap kali selepas solat fardhu, baca 1 muka surat sekurang-kurangnya. Sebelum tidur, ambil satu ayat untuk kita renung maksudnya. Jika ada guru atau bahan bacaan tadabbur yang bagus, boleh dibuat rujukan. Jangan biarkan hidup kita berlalu tanpa interaksi dengan al-Quran.
Show all...
9 April 2024, 29 Ramadan 1445H Alhamdulillah Allah izin kita senua sampai ke akhir bulan Ramadan 1445H, mudahan dipertemukan lagi dengan Ramadan² seterusnya. 🥹 --- Untuk melengkapkan posting AstroMommy yg lalu.. Astromommy upload kembali ‘Koleksi Penuh Mentari Terbit 10 Hari Terakhir Ramadan 2024’.
Buat sahabat² kenalan semua. Selamat Menyambut Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.
#info #pemburulailatulqadr
Show all...
Kepada sesiapa yang belum khatam al-Quran dan sedang berjuang nak tamatkan juga bacaan hari ini, semoga Allah mudahkan urusan kalian.
Semangat terus awak!
Tak lama lagi habislah bacaan 30 juz khusus untuk bulan Ramadan. Tahniah yang telah berjaya tamat! 😊❤️ Kepada sesiapa yang dah nak masuk khatam kali ke seterusnya, saya ucapkan “Mubarak Alaikum” juga buat kalian. 🤲🏻 Semoga semakin fasih lidah + cantiknya bacaan, semakin lembut hati dan berakhlak seperti mana akhlak al-Quran. Bawalah diri bersama hati yang sentiasa mengharapkan ampunan Allah, nescaya tindak-tanduk kita lebih berhati-hati selepas ini dan timbul rasa takut kepada Allah. Ubah diri bukan hanya pada Ramadan, kerana ini adalah bulan tarbiyyah diri. Fasa seterusnya adalah azam + cuba ISTIQAMAH.
Selamat maju jaya.
Show all...
من أسباب الفتوح انتظار الشيوخ “Di antara sebab mendapatkan futuh adalah menunggu kedatangan guru.”
Show all...
Doa seorang penghafal al-Quran ❤️✨
Show all...
🇺🇿🔠🅰️🔠🅰️🔠 🇺🇿 🇺🇿🔠🔠🔠🔠🔠 🇺🇿 🇺🇿🔠🔠🔠🅰️🔠🇺🇿
Show all...
"KUMPULAN TADARUS SAYA RAMAI BACA SALAH, TAPI TAKUT NAK TEGUR, NANTI KENA MARAH."
Sebelum kita pergi jauh, wajib faham dulu apa maksud tadarus? 📍 Secara mudahnya tadarus bermaksud kita saling belajar, diskusi dan saling perbetulkan dalam satu kumpulan. Macam yang kita buat sekarang ni lah, baca Quran bersama-sama. Ada ketua atau tekong yang dilantik untuk menegur bacaan peserta tadarus yang buat salah. Selesai saja bacaan 1 juzuk pada sesi tadarus tersebut, tutup dengan sedikit tadabbur makna ayat. Dapat sikit pun tak mengapa. Ini baru tadarus. 📍 Setiap kesalahan wajib ditegur, tak boleh dibiarkan begitu saja. Kalau ketua baca salah pun, peserta lain wajib tegur. Tak ada istilah segan atau malu. Tapi kalau kita baca saja, laju menonong begitu salah silapnya dibiarkan, semua macam buat tak tahu saja, ini tak dipanggil tadarus. Sesi tersebut dipanggil tilawah. Sebab masing-masing persembahkan bacaan dan yang lain sekadar dengar saja. Kemudian pindah kepada orang sebelah pula untuk sambung baca. 📍 Bila kita nak turut serta bertadarus, maka kita dah bersetuju dan wajib bersedia untuk ditegur. Jangan marah bila ditegur dan diperbetulkan. Sebab itulah proses pembelajaran yang sebenarnya. Bersyukur ada orang bantu betulkan salah kita. Kalau tak nak ditegur, boleh baca seorang diri di rumah.
"NANTI KALAU BANYAK TEGUR, LAMBAT PULA NAK KHATAM?"
Soalan di atas ni saya akan jawab juga dengan soalan. “Kenapa target nak khatam bulan Ramadan?” “Adakah boleh sambung pada bulan Syawal dan seterusnya?” Boleh saja sebenarnya. 📍 Matlamatnya ialah baca betul, bukan baca banyak. Kita berbangga baca banyak, tapi kita tak sedar bacaan yang banyak itu semuanya salah tajwidnya. Bila ditegur kesalahan, kita jadi tarik muka. Bahkan marah pula orang yang menegur.
Habis macam mana sekarang?
▶️ Teruskan bacaan yang ada, fahamkan ilmu asas dulu dan betulkan sikit-sikit, insya-Allah nanti bila kita dapat sebut huruf dengan baik, kita dah boleh baca laju sikit. Tak adalah Ramadan yang ke 38 pun masih buat kesalahan yang sama. ▶️ Cara terakhir sekali ialah, kalau susah sangat nak tegur orang yang baca salah ni, kita persembahkan saja bacaan kita yang terbaik dan kemas ni. Baca betul-betul dalam kumpulan tadarus tu. ▶️ Kemaskan sifat dan makhraj huruf, hukum tajwid dan kefasihan sebutan baris dan huruf semua bagi kemas dan sempurna. Dengan harapan, peserta tadarus lain pun akan belajar secara tak langsung dan tersentuh dengan bacaan betul yang kita baca tadi. Insya-Allah satu hari nanti, dia akan terdetik hati untuk sama-sama belajar betulkan bacaan Qurannya. Jangan ikut rentak orang lain baca salah. Kita tunjukkan bacaan yang betul. Kita buat sama-sama ya. Boleh? ☺️ - Bazli Zakaria Teruskan mengaji selagi tak dijemput ilahi. #TadarusRamadan
Show all...
Masyallah Dalam kitab ini banyak mutiara tajwid yang sayugia dipungut. Bagi mereka yang termasuk dalam kalangan ahli tajwid dan faham kitab arab, pasti terpegun melihat isi kandungan ini. Cukup menkagumkan isi kandungannya. - Ustaz Tirmizi Taha PTBR
Show all...