KMUKM 2024/2025
Open in Telegram
Channel ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
Show more5 936
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-5230 days
Posts Archive
5 936
HIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Persatuan Mahasiswa Islam UKM serta Gerakan - Gerakan Mahasiswa UKM yang terdiri daripada Pendaulat UKM, Inspirasi Varsiti UKM, Watan UKM dan Demokrat UKM akan mengadakan Himpunan Solidariti Palestin peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 April 2025 bersamaan hari Jumaat.
Berikut adalah butiran himpunan:
Tarikh: 18 April 2025 (Jumaat)
Masa: Selepas solat Jumaat
Tempat: Hadapan Perkarangan Masjid UKM
Merit dan Istar disediakan
Justeru itu kami ingin mengajak semua rakyat Malaysia khususnya mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia tidak mengira bangsa dan agama untuk bersama-sama hadir ke himpunan kali ini demi menyatakan sokongan kita yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dan menolak Kekejaman Zionis Israel Laknatullah.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 24/25
5 936
πππππ πππππππ
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 merakamkan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat negara. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.
Jasa dan kepimpinan Tun yang berteraskan kesederhanaan, integriti dan perpaduan akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.
Jasamu tetap hidup dalam lipatan sejarah tanah air.
Al-Fatihah.
βπΉπ¬π±πΌπ½π¬π΅π¨πΊπ° π«π¬π΄π° π²π¬πΊπ¨π»πΌπ¨π΅β
ππππππππ πππππππππ
ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ
ππππ ππππ/ππππ
5 936
+1
KENYATAAN MEDIA | SALAM TAKZIAH: TRAGEDI PUTRA HEIGHTS
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) menzahirkan salam takziah kepada semua mangsa tragedi Putra Heights. Tindakan segera telah diambil dengan penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Sukarelawan bersama HEP-UKM.
Seramai 40 sukarelawan UKM digerakkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk membantu mangsa, termasuk lima mahasiswa UKM yang terkesan.
Terima kasih diucapkan kepada YAB Perdana Menteri dan YBM KPT atas keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa.
REJUVENASI DEMI KESATUAN
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
[ππππππππ πππππππππ πππ ππππππππ ππππππ πππππππππ ππ πππππ πππππππ]
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) sedang melakukan tinjauan mahasiswa yang terkesan akibat kebakaran yang berlaku di Putra Heights. Tujuan pelaksanaan tinjauan ini bagi mengumpulkan maklumat mahasiswa/i yang terkesan serta mendapatkan gambaran keperluan bagi membantu mereka yang memerlukan di pihak Jawatankuasa Kebajikan & Kemanusiaan KMUKM & Unit Kebajikan Pelajar HEP-UKM.
Mohon kepada pelajar UKM yang terjejas untuk mengisi Form dibawah:
https://forms.gle/oXG6CGmMq11rj5xr5
Segala Pertanyaan Dan Aduan Boleh Menghubungi:
PJK Kebajikan & Kemanusiaan KMUKM
- 018-351 0993 (Aisy Hafiy)
Pegawai Kebajikan HEP-UKM
- 011-3253 2820 (En Hamiduddin)
π Yang telah bergraduan adalah tidak layak mengisi form ini.
Sekian, Terima Kasih.
πΉπ¬π±πΌπ½π¬π΅π¨πΊπ° π«π¬π΄π° π²π¬πΊπ¨π»πΌπ¨π΅
ππππππππππππ πππππππππ & πππππππππππ
ππππππππ πππππππππ
ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ
ππππ ππππ/ππππ
5 936
[ πππππππ ππππ ππππ ππππππ
ππππ ]
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga kampus yang meraikannya.
Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan mempereratkan silaturahim sesama kita. Raikanlah hari yang mulia ini dengan penuh kegembiraan, dalam semangat perpaduan dan keharmonian.
βπΉπ¬π±πΌπ½π¬π΅π¨πΊπ° π«π¬π΄π° π²π¬πΊπ¨π»πΌπ¨π΅β
ππππππππ πππππππππ
ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ
ππππ ππππ/ππππ
5 936
MAJLIS IFTAR BERSAMA MAHASISWA ASNAF
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(KMUKM) dengan kerjasama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan UKM Real Estate akan mengadakan sebuah Majlis Iftar Bersama Mahasiswa Asnaf untuk meraikan bulan Ramadan dan mempererat ukhuwah pada 26 Mac 2025 bertempat di Dewan sutera, Kolej Ibu Zain, UKM.
Semoga majlis ini membawa keberkatan dan manfaat kepada semua yang terlibat.
REJUVENASI DEMI KESATUAN
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 24/25
5 936
SEMARAK QASEH RAMADAN KMUKM: SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA KUALI CAFE
KMUKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kuali Cafe atas sumbangan sebanyak 1,400 pek makanan sepanjang bulan Ramadan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan di bulan yang mulia ini.
Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong kebajikan mahasiswa serta memastikan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Semoga kerjasama ini terus berpanjangan dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti UKM.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
TAHNIAH SAW ZI XUAN MEWAKILI UKM KE MISI SUKARELAWAN SISWA 2025
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Saw Zi Xuan, Pengerusi Jawatankuasa Jaringan Luar dan Pengantarabangsaan KMUKM sesi 2024/2025 atas pemilihannya mewakili UKM ke Misi Sukarelawan Siswa 2025.
Semoga pengalaman ini memberi inspirasi serta membawa impak positif kepada komuniti yang dibantu.
REJUVENASI DEMI KESATUAN
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+4
KENYATAAN RASMI MEDIA DAN INFORMASI | PEMANTAPAN SISTEM KOMUNIKASI: EMEL RASMI KESATUAN MAHASISWA UKM
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) kini mengimplementasikan penggunaan emel rasmi (siswa.ukm.edu.my) bagi semua portfolio kepimpinan, termasuk Pejabat Presiden, Pejabat Speaker, Pejabat Setiausaha, Pejabat Bendahari, Pengerusi Jawatankuasa serta Jawatankuasa Semak dan Imbang Kesatuan. Inisiatif ini bertujuan memastikan penyampaian maklumat yang lebih sistematik, meningkatkan tahap profesionalisme, dan memudahkan komunikasi rasmi.
Segala urusan rasmi KMUKM akan dijalankan melalui emel kmukm@siswa.ukm.edu.my, manakala senarai penuh emel rasmi setiap portfolio boleh dirujuk dalam lampiran yang disediakan.
Semua pihak disarankan untuk menggunakan saluran ini bagi menjamin keberkesanan komunikasi serta kelancaran urusan rasmi.
REJUVENASI DEMI KESATUAN
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
ππππππππππ : ππππππ πππππ πππππ πππππππ ππππππππ ππππ ππππππ πππππ πππ ππππ
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan,
Kesatuan Mahasiswa UKM mengalu-alukan kehadiran semua warga UKM untuk bersama-sama menyertai KEMPEN DERMA DARAH sempena Karnival Hari Palang Merah UKM 2025 yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 17 Mei 2025,
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Aras 6, Pusanika.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) menyeru semua mahasiswa/i untuk mengambil peluang ini berbakti kepada masyarakat dengan menderma darah.
Daftar sekarang melalui pautan berikut:
https://forms.gle/uDk1uycumATyfrhP6
Sertai Group WhatsApp : https://chat.whatsapp.com/Hyvj23ouhCABRvULhiXhiZ
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada:
π Hakim (010-6593963)
π Puteri (011-19436244)
βπΉπ¬π±πΌπ½π¬π΅π¨πΊπ° π«π¬π΄π° π²π¬πΊπ¨π»πΌπ¨π΅β
ππππππππ πππππππππ
ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ
ππππ ππππ/ππππ
5 936
ππππππππππ : πππ π
ππ πππ ππππππππ ππππ ππππππ πππππ πππ ππππ
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan,
Kesatuan Mahasiswa UKM mengalu-alukan semua warga UKM untuk bersama-sama menyertai program π±ππ ππ¨π‘ π₯π¨π‘ sempena Karnival Hari Palang Merah UKM 2025 yang akan diadakan pada ketetapan berikut.
Tarikh : 17 Mei 2025 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 3.00 petang
Tempat : Pusanika, UKM.
Yuran Penyertaan : RM50
Pendaftaran akan ditutup pada 11 April 2025.
Daftar sekarang di pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdydcpAc9d4HWqPMyvRR-hW5M99a06I8-NZ_qd6S7IGqjzxlw/viewform?usp=sharing
Yuran penyertaan boleh dibayar ke :
Maybank
562263591276
Kelab Kebajikan Petugas Perubatan & Kebajikan Bangi
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada:
Azilah: +60 17-319 2427
Salmi: +60 19-345 0740
βπΉπ¬π±πΌπ½π¬π΅π¨πΊπ° π«π¬π΄π° π²π¬πΊπ¨π»πΌπ¨π΅β
ππππππππ πππππππππ
ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ
ππππ ππππ/ππππ
5 936
TINJAUAN HEP-UKM BAGI MAHASISWA YANG MENGHADAPI BENCANA BANJIR
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) sedang melakukan tinjauan keberadaan mahasiswa yang menghadapi bencana banjir di kawasan tempat tinggal atau sekitar. Pelaksanaan tinjauan ini bagi mengumpulkan maklumat mahasiswa/i yang terjejas serta mendapatkan gambaran keperluan bagi membantu mereka yang memerlukan di pihak unit kebajikan (HEP-UKM). Segala pertanyaan dan aduan boleh menghubungi
Pegawai Kebajikan HEP-UKM
011-32532820 (Dud)
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan & Kemanusiaan KMUKM
018-3510993 (Aisy Hafiy)
Mohon kepada pelajar UKM yang terjejas untuk mengisi Form dibawah:
https://forms.gle/3dZyrDbxmP3Zpb448
Sekian, Terima Kasih.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (HEP-UKM) |
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
SALAM NUZUL AL-QURAN 1446H
17 Ramadan merupakan hari bersejarah bagi umat Islam, di mana Al-Quran diturunkan sebagai panduan hidup yang penuh dengan hikmah dan petunjuk. Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi sumber ilmu, ketenangan, dan pedoman dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Sebagai mahasiswa, marilah kita mengambil iktibar daripada ajaran Al-Quran dalam menuntut ilmu, berakhlak mulia, dan berusaha menuju kejayaan dunia serta akhirat. Semoga kita semua terus berusaha menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
SELAMAT KEMBALI DAN MENJALANI SESI AKADEMIK SEMESTER II 2024/2025
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
KMUKM mengucapkan selamat kembali ke UKM dan selamat menjalani Semester II Sesi 2024/2025 kepada semua mahasiswa/i.
Semoga semester ini membawa peluang baharu, pengalaman berharga, dan kejayaan dalam perjalanan akademik anda. Teruskan usaha dan capai impian anda!
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
RAIKAN HARI RAYA: TAWARAN ISTIMEWA MHEXPLORER
KMUKM menghargai inisiatif Malaysia Airlines dalam menawarkan diskaun eksklusif sempena Hari Raya untuk ahli MHexplorer, termasuk tambang tetap dan tambahan 5% diskaun ke Sabah & Sarawak.
Nikmati juga keistimewaan lain seperti diskaun penerbangan hingga 30%, elaun bagasi percuma 45kg, ganjaran Enrich Points, dan promosi khas untuk keluarga serta rakan.
Tempah sekarang dan nikmati perjalanan Raya yang lebih bermakna!
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
Majlis Iftar Perpaduan UKM 2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UKM untuk bersama-sama menghadiri Majlis Iftar Perpaduan UKM 2025. Mari bersama-sama merasai nikmat berbuka puasa, mempereratkan ukhuwah sesama rakan tidak kira bangsa dan budaya bagi menyambut Ramadhan dengan penuh rasa syukur.
π
Tarikh: 20/3/2025
β° Masa: 5:00 PM - 8:30 PM
π Tempat: Masjid UKM
π Pendaftaran melalui G-Form
LINK: https://forms.gle/JEojsHDTCTwwvdag8
"Perpaduan demi Kejayaan" π€
πJika mempunyai sebarang pertanyaan,sila hubungi kepada:
π 010-2669680 (Shurendar)
π 016β341 7920 (Pavithran)
βREJUVENASI DEMI KESATUANβ
PENGERUSI JAWATANKUASA INTEGRASI & PERPADUAN KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
[πππππππππ
ππππππππππ ππππππ πππππππ ππππ ππππ ππππ ππππππ
ππππ]
Program Inisiati Pergerakan Pulang Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri adalah satu usaha oleh Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) bagi membantu pelajar UKM pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri dengan kos yang lebih menjimatkan dan perjalanan yang lebih selesa.
Melalui program ini, bas khas akan disediakan ke destinasi terpilih di beberapa buah negeri bagi memastikan pelajar dapat pulang dengan selamat dan tanpa beban kewangan yang tinggi. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan kos perjalanan pelajar serta mengeratkan hubungan antara komuniti mahasiswa UKM.
π
Tarikh Perjalanan:
27 Mac 2025 (Khamis)
28 Mac 2025 (Jumaat)
β³ Tarikh Tutup Pendaftaran:
π 16 Mac 2025
π Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
π Kampus Bangi β Fahim (013 5813481)
π Kampus KL & Cheras β Zafran (016 260 6039)
"πΉπ¬π±πΌπ½π¬π΅π¨πΊπ° π«π¬π΄π° π²π¬πΊπ¨π»πΌπ¨π΅"
ππππππππ ππππππππ
ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ
ππππ ππππ/ππππ
5 936
+5
RANGKUMAN KUNJUNGAN HORMAT KMUKM KE PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)
KMUKM telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke beberapa Pusat Tanggungjawab (PTj) di UKM bermula 9 Disember 2024 hingga 17 Februari 2025 sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik dan memperjuangkan kebajikan mahasiswa.
Sepanjang tempoh ini, pelbagai isu dan inisiatif telah dibincangkan, termasuk sokongan akademik, kebajikan mahasiswa, serta usaha meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih mesra mahasiswa. Sesi ini turut membuka ruang kerjasama lebih erat antara KMUKM dan pihak universiti dalam memastikan suara mahasiswa terus didengari.
KMUKM komited untuk terus menjalin hubungan baik dengan semua pihak demi memastikan kesejahteraan dan hak mahasiswa sentiasa menjadi keutamaan.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
SEMARAK QASEH RAMADAN KMUKM: SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA MALAYSIAN RELIEF AGENCY
KMUKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Malaysian Relief Agency atas sumbangan Pek Makanan Kering dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan kasih sayang di bulan Ramadan.
Sumbangan ini amat bermakna dalam membantu mahasiswa menikmati juadah berbuka puasa serta meringankan beban mereka yang memerlukan. Semoga inisiatif ini terus diberkati dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk terus menyumbang kepada kebajikan bersama.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
SEMARAK QASEH RAMADAN KMUKM: SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD (BPMB)
KMUKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) atas sumbangan berjumlah RM40,000.00 dalam menyemarakkan semangat kebersamaan di bulan Ramadan.
Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong kebajikan mahasiswa serta memastikan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Semoga kerjasama ini terus berpanjangan dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti UKM.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
