en
Feedback
KMUKM 2024/2025

KMUKM 2024/2025

Open in Telegram

Channel ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

Show more
5 936
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-5230 days
Posts Archive
🔥 MALAM BANGKIT PALESTIN 🔥 This is not just a night — it’s a students' movement. Berabad lamanya luka ini terbuka. Peritnya
+1
🔥 MALAM BANGKIT PALESTIN 🔥 This is not just a night — it’s a students' movement. Berabad lamanya luka ini terbuka. Peritnya dirasai sehingga hari ini. Hampir sedekad berlalu, generasi berganti generasi. Tapi kebisuan itu masih diwarisi. Sekarang giliran kita menjadi saksi-saksi kekejaman yang terjadi. Pilihan di tangan kita— menjadi orang dewasa yang tidak peduli dan bisu, atau bangkit, bertindak dan bersuara mendedahkan kezaliman🇵🇸 📍 Masjid UKM 📅 28 Mei 2025 (Rabu) 🕗 8:30PM – 10:30PM 🇵🇸 Tema pakaian: Warna bendera Palestin (Hijau, Merah, Hitam, Putih) ✊ Perarakan konvoi & demonstrasi untuk nyalakan semula kesedaran dan solidariti mahasiswa. “Dari kampus ke Al-Quds, Palestin kan ku tebus. Dengan harta dan kudrat, aku janji berjihad!” Turun padang, bawa kawan — kita gerak, kita lawan! #SuaraMahasiswa #MalamBangkitPalestin #FromCampusToAlQuds #UKMforPalestine #RiseOfTheGeneration #jil2025

𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐅𝐄𝐏 & 𝐅𝐒𝐓 💡 𝐒𝐚𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧! 📅
+2
𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐅𝐄𝐏 & 𝐅𝐒𝐓 💡 𝐒𝐚𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧! 📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 26 Mei 2025 ⏰ 𝐌𝐚𝐬𝐚: 2:00 PM – 5:00 PM 📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: Atrium, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Adakah anda mempunyai cadangan, isu atau pertanyaan untuk disuarakan kepada KMUKM? Sertai kami di Jelajah Temu Siswa KMUKM untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan kehidupan dan hak anda sebagai mahasiswa UKM! Semua pelajar dijemput untuk berkongsi pandangan demi mewujudkan suasana kampus yang lebih baik. 🔗 Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di @kmukm1970 di platform instagram “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵" 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐅𝐀𝐊𝐔𝐋𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐊𝐀𝐔𝐍𝐓𝐄𝐑 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐌𝐔𝐊𝐌: 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 Salurkan Suara Anda untuk Perubahan! 📅 Tarikh: 21 Mei 2025 ⏰ Masa: 9:00 ma
𝐊𝐀𝐔𝐍𝐓𝐄𝐑 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐌𝐔𝐊𝐌: 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 Salurkan Suara Anda untuk Perubahan! 📅 Tarikh: 21 Mei 2025 ⏰ Masa: 9:00 malam – 10:00 malam 📍 Lokasi: Kafe Kolej Pendeta Za’ba Adakah anda mempunyai cadangan, isu atau pertanyaan untuk disuarakan kepada KMUKM? Sertai kami di Kaunter Aduan KMUKM: Fasa 2 dan kongsikan suara anda demi kampus yang lebih progresif dan inklusif. Semua pelajar dijemput hadir bagi menyuarakan pandangan, kerana setiap suara anda penting untuk perubahan. Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di Instagram: @kmukm1970 “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐏𝐉𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 & 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐔𝐑 𝐒𝐘𝐀𝐌𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐉𝐀𝐌𝐒𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐈
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐔𝐑 𝐒𝐘𝐀𝐌𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐉𝐀𝐌𝐒𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙 𝐐𝐀𝐖𝐈𝐘𝐘𝐔𝐍 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Saudari Nur Syamilah binti Jamsari atas pencapaian cemerlang meraih Tempat Ketiga dalam Kategori Juzuk 30 Pertandingan Huffaz Qawiyyun bersempena Program Mahrajan Hijrah Insan anjuran Kelab Iqra’, Kolej Ungku Omar. Kejayaan ini mencerminkan usaha gigih, kecekalan, dan komitmen beliau dalam memperkukuh kecemerlangan ilmu al-Quran dalam kalangan mahasiswa. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga UKM untuk terus membina sahsiah dan kecemerlangan holistik demi mengharumkan nama universiti tercinta. Teruskan menyinar dalam mengangkat syiar Islam dan membentuk generasi belia berjiwa rabbani! “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐖 𝐙𝐈 𝐗𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍�
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐖 𝐙𝐈 𝐗𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Saudari Saw Zi Xuan atas pencapaian gemilang meraih Naib Johan dalam Kategori Individu Wanita sempena Anugerah Perdana Belia Negara 2025 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan keunggulan dan dedikasi beliau, malah menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga mahasiswa UKM untuk terus berusaha cemerlang dalam memartabatkan nama universiti di peringkat nasional dan antarabangsa. Teruskan menyinar, mewakili suara dan semangat belia Malaysia! “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍: 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐌𝐀𝐄 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐓𝐀 𝐙𝐀’𝐁𝐀 Dimaklumkan bahawa pihak Kesatu
𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍: 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐌𝐀𝐄 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐓𝐀 𝐙𝐀’𝐁𝐀 Dimaklumkan bahawa pihak Kesatuan Mahasiswa UKM dengan kerjasama pihak Maybank akan mengadakan promosi pembukaan akaun MAE by Maybank2u secara percuma kepada warga UKM yang berminat, seperti ketetapan berikut: Tarikh: 19 – 23 Mei 2025 Tempat: Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) Insentif: RM30 akan diberikan kepada pelanggan baharu yang mendaftar menggunakan kod promosi JOMMAE30 Tiada caj tambahan dikenakan Mahasiswa adalah digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini sebagai salah satu usaha ke arah pengurusan kewangan yang lebih bijak dan teratur. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55 UKM Jubli Zamrud UKM 1970–2025 18 Mei 2025 Seluruh warga Kesatuan Mahasiswa UKM sesi 24/2
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55 UKM Jubli Zamrud UKM 1970–2025 18 Mei 2025 Seluruh warga Kesatuan Mahasiswa UKM sesi 24/25 mengucapkan selamat menyambut ulang tahun Universiti Kebangsaan Malaysia ke-55. Lima dekad setengah yang gemilang. Daripada sebuah gagasan anak bangsa kepada menara ilmu yang disegani dunia Universiti Kebangsaan Malaysia terus berdiri megah, memacu kecemerlangan, menjulang warisan kebangsaan. 55 tahun membina negara melalui ilmu. 55 tahun melahirkan pemimpin, pemikir dan pewaris bangsa. 55 tahun menabur bakti untuk Malaysia dan dunia. Semoga UKM terus menjadi benteng ilmu yang meneraju di persada antarabangsa "REJUVENASI DEMI KESATUAN" KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

ADUAN TERHADAP PELANGGARAN PERATURAN KOLEJ MELIBATKAN JUAL BELI BILIK KEDIAMAN OLEH PIHAK LUAR Assalamualaikum dan salam seja
ADUAN TERHADAP PELANGGARAN PERATURAN KOLEJ MELIBATKAN JUAL BELI BILIK KEDIAMAN OLEH PIHAK LUAR Assalamualaikum dan salam sejahtera, Borang ini disediakan bagi mengumpulkan maklumat berkaitan aduan berkenaan pelanggaran peraturan kolej melibatkan jual-beli bilik kolej kediaman yang berlaku dalam kalangan mahasiswa/i di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tujuan pengumpulan maklumat ini adalah untuk membantu pihak berkaitan dalam mengambil tindakan yang sewajarnya serta memastikan sistem penempatan kolej dijalankan secara adil, telus dan berintegriti, demi kebajikan semua mahasiswa/i UKM. 📌 Sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan aktiviti ini, kami amat menghargai kerjasama anda untuk mengisi borang aduan di pautan berikut: [https://forms.gle/2Geuv1kgMSpKJdUt8] “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐏𝐉𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 & 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐓𝐀𝐊𝐖𝐈𝐌 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓 Dengan segala hormatnya dimaklumkan ba
𝐓𝐀𝐊𝐖𝐈𝐌 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Takwim Rasmi Kesatuan Mahasiswa UKM sesi 2024/2025 kini telah diterbitkan untuk rujukan umum. Takwim ini menghimpunkan perancangan program dan aktiviti sepanjang tahun yang merangkumi aspek akademik, kebajikan, kesukarelawanan, kepimpinan serta pembangunan sahsiah mahasiswa. Semua pihak dijemput untuk menyemak takwim ini serta merancang penglibatan dalam program yang bersesuaian. Takwim boleh diakses melalui pautan berikut: https://shorturl.at/zkT9I “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 Kesatuan Mahasiswa UKM merakamkan setinggi-tinggi peng
𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 Kesatuan Mahasiswa UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Canselor dan para pewakaf atas sumbangan sebuah LCD TV untuk kegunaan ramai di bilik KMUKM. Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong kelestarian ruang mahasiswa yang lebih kondusif, inklusif dan berinformasi. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐀𝐖𝐋𝐈𝐘𝐀 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐅𝐀𝐔𝐙𝐈 𝐃𝐈 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐀𝐖𝐋𝐈𝐘𝐀 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐅𝐀𝐔𝐙𝐈 𝐃𝐈 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐃𝐁𝟎𝟔) Kesatuan Mahasiswa UKM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Awliya bin Muhammad Fauzi atas pelantikan sebagai Perwakilan Dewan Belia Perak Sidang 5 Tahun 2025/2026 (DB06). Pelantikan ini membuktikan keupayaan dan keyakinan terhadap suara mahasiswa dalam membawa aspirasi belia ke peringkat negeri. Semoga terus konsisten mengangkat isu belia dan menjadi inspirasi buat seluruh warga kampus. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐍
+2
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐍𝐈𝐅𝐎𝐑𝐌: 𝐈𝐒𝐔 𝐀𝐍𝐉𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐈𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐔𝐊𝐌 KMUKM memandang serius isu anjing liar yang mengancam keselamatan warga kampus. Hanya 5 ekor berjaya ditangkap sehingga April 2025, berbanding 65 ekor pada 2022 — satu penurunan yang membimbangkan. KMUKM turut menggesa agar hebahan berterusan kepada mahasiswa dilaksanakan, antaranya melalui: • Operasi Khas Anjing Liar oleh MPKj dan pihak universiti • Kenal pasti kawasan panas dan tangkapan bersepadu • Papan tanda amaran dan hebahan media sosial • Aduan pantas melalui aplikasi UKM Siswa Kami menyeru kerjasama semua pihak demi kampus yang lebih selamat dan kondusif. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 : 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝟓𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐉𝐔�
𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 : 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝟓𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐉𝐔𝐁𝐋𝐈 𝐙𝐀𝐌𝐑𝐔𝐃 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sempena ulang tahun ke-55 penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat akan diadakan sebagai simbol kesyukuran atas pencapaian dan kejayaan universiti sebagai sebuah institusi watan yang unggul. Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) dengan sukacitanya menyeru seluruh warga UKM untuk hadir dan memeriahkan majlis ini yang penuh dengan nilai spiritual dan kebersamaan. 📅 Tarikh: 16 Mei 2025 (Jumaat) 🕛 Masa: 12.00 tengah hari 📍 Tempat: Masjid UKM Majlis akan diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan tertinggi universiti dan dipimpin oleh Pengarah Pusat Islam UKM dalam bacaan Yasin serta doa selamat. Sekian, terima kasih. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 : 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (K
𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 : 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 dengan kerjasama Perwakilan Mahasiswa Cina UKM dan Persatuan Graduan Muda Malaysia (GRADUAN), serta rakan kolaborasi Gawai Cultural Bridge, mengalu-alukan sumbangan anda dalam Kempen Sumbangan Buku bagi membina sebuah perpustakaan mini untuk komuniti rumah panjang di Sarawak. 📚✨ 📍 Lokasi Sumbangan : Ruang Legar Bilik KMUKM, UKM Bangi 🗓 Tarikh Sumbangan : 18 Mei 2025 - 22 Mei 2025 (Dibuka 24 jam) Kami menyasarkan untuk mengumpul lebih daripada 4,000 buah buku demi menyemai benih ilmu kepada anak-anak Sarawak. Sumbangan buku bacaan tambahan, buku cerita, atau buku rujukan pembelajaran yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah amatlah dialu-alukan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 📞 Lim Kee Zun: +60 11-6054 8876 “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐆𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐊 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍 Kesatuan Mahasiswa Univ
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐆𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐊 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tragis yang berlaku pada 13 Mei 2025 di Teluk Intan, Perak. Insiden yang meragut nyawa ini amat menyayat hati dan menjadi peringatan buat kita semua mengenai pentingnya keselamatan di jalan raya. Semoga roh mangsa-mangsa yang terlibat dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Bagi yang masih menerima rawatan, kami mendoakan kesembuhan yang segera. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan menitipkan doa buat mangsa serta keluarga yang terkesan. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐋𝐈𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐁𝐈𝐋. 𝟏𝟖/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇, 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀�
+2
𝐏𝐄𝐊𝐄𝐋𝐈𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐁𝐈𝐋. 𝟏𝟖/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇, 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 (𝐏&𝐏) 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈, 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 Berikutan sambutan: 📌 Pesta Keamatan | 30 – 31 Mei 2025 (Jumaat – Sabtu) 📌 Hari Gawai | 1 – 2 Jun 2025 (Ahad – Isnin) 📌 Hari Keputeraan SPB YDPA | 2 Jun 2025 (Isnin) 📌 Hari Raya Aidiladha | 6 Jun 2025 (Jumaat) Pihak Pengurusan UKM bersetuju memberikan pelepasan kepada pelajar yang terlibat, tertakluk kepada kelulusan Fakulti/Institut/Pusat (F/I/P) masing-masing, yang meliputi: ✅ Pelepasan kuliah ✅ Aktiviti P&P secara dalam talian atau hibrid ✅ Penangguhan sebarang bentuk penilaian Semoga semua pelajar selamat dalam perjalanan dan terus menjaga keselamatan serta kesihatan. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

"Pertempuran sebenar adalah pertempuran generasi." – Syeikh Ahmad Yassin Maka, kami jawab seruan itu. Kami bentuk generasi ya
+1
"Pertempuran sebenar adalah pertempuran generasi." – Syeikh Ahmad Yassin Maka, kami jawab seruan itu. Kami bentuk generasi yang bukan sekadar tahu, tapi bertindak. Kita bukan generasi yang lupa. Kita generasi yang celik isu, celik nilai, dan celik arah. Bersatu atas dasar kemanusiaan, bersuara atas nama keadilan. Kesatuan mahasiswa jadi nadi perjuangan — dari kampus, untuk dunia. Dari sudut surau ke dataran, Dari sharing kecil ke flashmob besar — ini suara kita. 📍 Mei 2025 UKM untuk Palestin. Dari minda ke tindakan. Dari kampus ke Al-Quds. Sila klik untuk pendaftaran: https://forms.gle/Bs6oJuZZHw3Dsyzs7 "𝐑𝐄𝐉𝐔𝐕𝐄𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍" 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

PERMOHONAN DANA MOBILITI PELAJAR UKM KE LUAR NEGARA Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) ingin memaklumk
PERMOHONAN DANA MOBILITI PELAJAR UKM KE LUAR NEGARA Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) ingin memaklumkan bahawa Pusat Hubungan Antarabangsa (UKM Global) telah mengemaskini Garis Panduan Permohonan Dana Mobiliti Pelajar UKM ke Luar Negara yang telah berkuat kuasa mulai 21 April 2025. Maklumat lengkap berkenaan permohonan dana ini boleh diakses melalui laman sesawang UKM Global di pautan berikut: https://www.ukm.my/pha/exchange/#mobility-funds?r=qr Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pertukaran Pelajar UKM Global menerusi: Emel: exchange@ukm.edu.my Telefon: Cik Azwin – 03-8921 4357 Pn. Aderrah – 03-8921 3271 Mahasiswa digalakkan untuk merebut peluang ini dalam memperluas pengalaman serta membina jaringan antarabangsa demi kecemerlangan peribadi dan institusi. “REJUVENASI DEMI KESATUAN” KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

[𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐁𝐔𝐋𝐈 : 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐍𝐘𝐀𝐖𝐀 & 𝐃𝐈𝐋𝐄𝐌𝐀] "𝙉𝙮𝙖𝙬𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙠𝙤𝙧𝙗𝙖𝙣, 𝙙𝙞𝙡𝙚𝙢𝙖 𝙗
[𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐁𝐔𝐋𝐈 : 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐍𝐘𝐀𝐖𝐀 & 𝐃𝐈𝐋𝐄𝐌𝐀] "𝙉𝙮𝙖𝙬𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙠𝙤𝙧𝙗𝙖𝙣, 𝙙𝙞𝙡𝙚𝙢𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 – 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 𝙗𝙞𝙡𝙖?" Buli bukan sekadar gurauan keterlaluan. Ia meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa, keluarga, dan masyarakat. Apakah nyawa yang terkorban masih belum cukup untuk kita bertindak? 🗓️Tarikh: Sabtu, 17 Mei 2025 🕐Masa: 10.00 A.M – 11.00 A.M 🏢Tempat: Aras 6, Pusanika, UKM Ayuh sertai forum khas ini untuk mendalami: 📌Kesan buli kepada individu – fizikal & emosi 📌Implikasi kehilangan nyawa mangsa terhadap keluarga dan komuniti 📌Dilema dalam menangani isu buli: Pencegahan atau hukuman? Pendaftaran: Walk-in sahaja – Terbuka kepada semua! 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐓 𝐈𝐒𝐓𝐀𝐑🌟 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐊𝐀𝐍 Mari buka mata dan hati — demi nyawa yang masih belum terlambat untuk diselamatkan #StepsForLife #LariDermaSelamatkanNyawa #BSMM #KMUKM #TeamSihatKMUKM 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐊𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

[ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓 ] Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bulan Sabi
[ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓 ] Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) dan PKU akan menganjurkan 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐊𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 seperti butiran berikut : 🗓️Tarikh : 17 Mei 2025 (Sabtu) 🕐Masa : 7.30 pagi - 3.00 petang 📍Tempat : Aras 5 dan 6 Pusanika UKM Pelbagai aktiviti menarik termasuklah: 1. Fun Run 3 km sekitar UKM. Penyertaan adalah percuma. Digalakkan memakai baju berwarna merah/putih. Refreshment disediakan kepada 300 peserta terawal. 2. Senamrobik 3. Forum kesihatan 'Buli: Antara Dilema & Nyawa' 4. Bengkel CPR 5. Derma Darah 6. Pelbagai Pameran Kesihatan Semua hadirin dialu-alukan untuk melawat ke pameran-pameran kerana anda berpeluang untuk memenangi CABUTAN BERTUAH!🎁 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐔𝐊𝐌 & 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐖𝐀𝐌 JUMPA ANDA DI SANA🎁✨ #LariDermaSelamatkanNyawa #TeamSihatKMUKM "𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵" 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓