en
Feedback
KMUKM 2024/2025

KMUKM 2024/2025

Open in Telegram

Channel ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

Show more
5 936
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-5230 days
Posts Archive
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025, ingin merakamkan ucapan t
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025, ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan Allahyarham Muhammad Arief Ilman Bin Mohd Arizam, mahasiswa Tahun 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐏𝐄𝐀𝐊𝐄𝐑: 𝐊𝐌𝐔𝐊𝐌 𝐆𝐄𝐒𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐘
+2
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐏𝐄𝐀𝐊𝐄𝐑: 𝐊𝐌𝐔𝐊𝐌 𝐆𝐄𝐒𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 Pada 20 Jun 2025, Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM) menerusi Pejabat Speaker tampil memberikan kenyataan rasmi susulan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes SIS Forum (Malaysia) dan lain-lain, yang menyatakan fatwa hanya boleh dikuatkuasakan ke atas individu, bukan organisasi. KMUKM menghormati keputusan tersebut, namun menekankan kepentingan untuk memperkukuh institusi Mahkamah Syariah agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan bebas menjalankan fungsinya tanpa campur tangan Mahkamah Sivil. Antara gesaan utama yang dikemukakan: 1. Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Mahkamah Syariah melaksanakan kuasa semakan kehakiman. 2. Peningkatan peranan Mahkamah Syariah dalam menguatkuasakan undang-undang Islam secara lebih menyeluruh. 3. Komitmen politik dan sokongan majoriti Parlimen untuk meluluskan pindaan yang diperlukan. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐂𝐀𝐍𝐒𝐄𝐋𝐎𝐑 Pada 15 Jun 2025, satu pertemuan rasmi telah berlangsung melibatkan Kesatuan Mahasiswa, Majlis Eksekutif Pelajar dan Persatuan Mahasiswa Fakulti bersama Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Islam UKM. Sebanyak enam perkara utama telah dibentangkan yang memerlukan perhatian dan tindakan segera: 1. Keperluan penambahan kapasiti dan penambahbaikan perkhidmatan bas kampus KL–Cheras. 2. Penstrukturan semula yuran PMUKM, khususnya melibatkan pelajar pascasiswazah. 3. Penyelenggaraan dan turapan semula jalan raya di sekitar kampus. 4. Cadangan pengurangan yuran bagi mahasiswa yang menjalani Latihan Industri. 5. Ketelusan dalam dasar kemasukan pelajar antarabangsa ke UKM. 6. Penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur kolej kediaman. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

🌟 UKM SARONG 1.0 🌟 Free tak malam ni? Bersiap sedia untuk merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan! UKM Sarong 1.0 aka
+2
🌟 UKM SARONG 1.0 🌟 Free tak malam ni? Bersiap sedia untuk merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan! UKM Sarong 1.0 akan hadir di Pesta Ralit Market di sebelah Panggung Seni pada malam ini! Tarikh: 13 Jun 2025 (Jumaat) Masa: 9 malam - 11 malam Tempat: Parkir Kecil, Panggung Seni UKM Tema: Tradisional Aktiviti: 1. Bacaan Sajak dan Puisi 2. Permainan Berpapan 3. Kerusi Berirama 4. Perang Pisang Goreng 5. Kad Permainan Battle of Bomoh & Politikus Jom sertai kami untuk malam penuh budaya, keseronokan, dan penuh warna-warni! Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi dan berseronok bersama rakan-rakan. Jumpa di sana! 🎉 #RejuvenasiDemiKesatuan #UKMSarong #sarong

MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT | DOA BUAT MANGSA KEMALANGAN BAS DI JALAN JELI-GERIK Sebagai tanda solidariti dan doa bersa
MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT | DOA BUAT MANGSA KEMALANGAN BAS DI JALAN JELI-GERIK Sebagai tanda solidariti dan doa bersama, Kesatuan Mahasiswa UKM Sesi 2024/2025 menjemput seluruh warga UKM untuk menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat khusus buat mangsa kemalangan bas yang melibatkan mahasiswa UPSI di Gerik baru-baru ini. 📅 Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis) 🕗 Masa: Selepas solat Maghrib 📍 Tempat: Masjid UKM Marilah kita bersama-sama mengangkat tangan memohon kepada-Nya agar semua mangsa yang terlibat diberi kesembuhan, kekuatan serta ketabahan. Sesungguhnya doa seorang mukmin untuk saudaranya amat besar maknanya. Rebut pahala, hadirkan hati, panjatkan doa. Kerana luka mereka, adalah luka kita bersama. REJUVENASI DEMI KESATUAN KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

KENYATAAN RASMI PEJABAT SPEAKER KMUKM: “NYAWA MAHASISWA TIDAK WAJAR JADI HARGA KECUAIAN” Tragedi kemalangan bas UPSI yang men
+3
KENYATAAN RASMI PEJABAT SPEAKER KMUKM: “NYAWA MAHASISWA TIDAK WAJAR JADI HARGA KECUAIAN” Tragedi kemalangan bas UPSI yang mengorbankan nyawa mahasiswa bukan sekadar peristiwa tragis — ia harus menjadi titik tolak kepada reformasi keselamatan pengangkutan pelajar di seluruh institusi pendidikan. Kesatuan Mahasiswa UKM mengemukakan Cadangan Mekanisme Keselamatan yang komprehensif sebagai usaha konstruktif ke arah penyelesaian jangka panjang: 📌 Penetapan piawaian keselamatan terhadap semua kenderaan pelajar 📌 Pengangkutan institusi sebagai alternatif kepada sewaan luar 📌 Tapisan latar belakang dan kesihatan pemandu secara menyeluruh 📌 Tindakan undang-undang terhadap syarikat pengangkutan yang cuai 📌 Sistem data nasional pemantauan syarikat pengangkutan 📌 Pelan keselamatan menyeluruh untuk semua institusi pendidikan KMUKM menegaskan keselamatan mahasiswa perlu dipelihara melalui dasar dan pelaksanaan yang berkesan. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

🔒 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐒𝐂𝐀𝐌𝐌𝐄𝐑 | 𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐊𝐀𝐍, 𝐁𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍, 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 Kes penipuan atas
+2
🔒 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐒𝐂𝐀𝐌𝐌𝐄𝐑 | 𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐊𝐀𝐍, 𝐁𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍, 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 Kes penipuan atas talian atau scam semakin menjadi-jadi, dengan mahasiswa kini turut menjadi antara mangsa utama. Menyedari keperluan untuk bertindak segera, Kesatuan Mahasiswa UKM Sesi 2024/2025 melancarkan kempen ini sebagai usaha bersama untuk membanteras kegiatan scammer dalam kalangan warga kampus. 📌 Borang ini disediakan sebagai ruang aduan rasmi untuk melaporkan kes scam sama ada yang pernah anda alami sendiri atau yang anda ketahui berlaku terhadap individu lain. Pautan google form ruang aduan: https://forms.gle/Ghcu6MsHgVjCddkt9 📂 Segala maklumat adalah SULIT dan akan digunakan untuk tujuan keselamatan, penyelidikan dan advokasi kepada pihak bertanggungjawab. ✊ Jangan biarkan scammer terus berleluasa. Laporkan sekarang demi komuniti yang lebih selamat! #UKMTolakScammer #SiswaJanganTertipu “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 | 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓𝐒 (𝐈²) 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐊𝐌 dengan sukacitan
+3
𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 | 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓𝐒 (𝐈²) 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐊𝐌 dengan sukacitanya memaklumkan mengenai pembukaan penyertaan bagi Industry Insights (I²) 2025, sebuah program penemuan kerjaya tahunan anjuran International Council of Malaysian Scholars (ICMS). 𝐀𝐏𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐊? • I² Summit – Forum dan panel bersama tokoh industri ternama • Firm Visits – Lawatan eksklusif ke syarikat seperti Sunway & Maybank • Industrial Challenge – Cabaran dunia sebenar dengan hadiah wang tunai RM3000 𝐁𝐔𝐓𝐈𝐑-𝐁𝐔𝐓𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 📍 Tempat: Sunway University 📅 Tarikh: ▪️ 14 Julai – Sunway Firm Visit ▪️ 17 Julai – Maybank Firm Visit ▪️ 19–20 Julai – I² Summit 🕗 Masa: 8:00 pagi – 6:00 petang 🎟 Penyertaan adalah PERCUMA 👥 Terbuka kepada semua pelajar Malaysia (dalam dan luar negara) Pendaftaran: https://forms.gle/vnM6TfZnG9ESjASW6 Tarikh tutup: 15 Jun 2025 “𝐑𝐄𝐉𝐔𝐕𝐄𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

[ PEMAKLUMAN ] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan. Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, Pengarah Pu
[ PEMAKLUMAN ] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan. Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, Pengarah Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia kini dipertanggungjawabkan untuk menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi berkuat kuasa mulai 9 Jun 2025 sehingga pelantikan rasmi TNC dimuktamadkan. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan atas kepercayaan yang diberikan. Semoga Prof. Dr. terus diberkati dengan kekuatan, kebijaksanaan dan kelancaran dalam melaksanakan amanah besar ini demi kelestarian kebajikan mahasiswa dan kecemerlangan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tulus ikhlas daripada Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. “REJUVENASI DEMI KESATUAN" KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

[PEMAKLUMAN] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan. Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Yaya
[PEMAKLUMAN] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan. Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Yayasan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia kini dipertanggungjawabkan untuk menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat berkuat kuasa mulai 9 Jun 2025 sehingga pelantikan rasmi TNC dimuktamadkan. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan atas kepercayaan yang diberikan. Semoga Prof. Ts. Dr. terus diberkati dengan kekuatan, kebijaksanaan dan kelancaran dalam melaksanakan amanah besar ini demi kelestarian kebajikan mahasiswa dan kecemerlangan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tulus ikhlas daripada Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. ”REJUVENASI DEMI KESATUAN” KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

KENYATAAN PEJABAT SPEAKER: KEMALANGAN BAS YANG MELIBATKAN MAHASISWA UPSI 🕊️ “Telur secangkah, pecah sebiji, pecah semua.” Tr
KENYATAAN PEJABAT SPEAKER: KEMALANGAN BAS YANG MELIBATKAN MAHASISWA UPSI 🕊️ “Telur secangkah, pecah sebiji, pecah semua.” Tragedi yang mengorbankan 15 mahasiswa UPSI bukan sekadar berita namun satu tamparan kepada semua pihak. Video yang tular memaparkan pelanggaran serius terhadap aspek keselamatan, menuntut siasatan menyeluruh dan reformasi sistem pengangkutan pelajar. Keselamatan mahasiswa tidak boleh dikompromi. KMUKM mendesak agar kerajaan menilai semula mekanisme sedia ada dan memperketat kawalan demi melindungi nyawa anak bangsa. “REJUVENASI DEMI KESATUAN” PEJABAT SPEAKER KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2024/2025

HEBAHAN | REPROALERT: LITERASI SEKSUALITI 2025 “Jangan normalisasikan yang abnormal” 📅 Tarikh: Sabtu, 21 Jun 2025 🕘 Masa: 9
HEBAHAN | REPROALERT: LITERASI SEKSUALITI 2025 “Jangan normalisasikan yang abnormal” 📅 Tarikh: Sabtu, 21 Jun 2025 🕘 Masa: 9.00 pagi – 5.30 petang 📍 Tempat: Bilik Seminar Kolej Keris Mas, UKM 💰 Yuran: PERCUMA! 👥 Sasaran: Mahasiswa/i UKM 💡 Antara slot menarik: 🦠 Penyakit Kelamin & HIV – Dr. Aishah ⚧️ Kekeliruan Gender (LGBT) – Prof. Dr. Rafidah (USIM) 📱 Bahaya Gajet & Pornografi – Dr. Azyati 🛑 Kawalan Nafsu & Abstinence – Prof. Madya Dr. Zaizul (UKM) 🎲 LDK Interaktif & Hands-on! 🎁 Apa korang akan dapat? ✅ Merit I-Star ✅ Makanan PERCUMA (pagi & tengah hari) ✅ Modul ReproAlert bernilai RM80! secara PERCUMA ✅ Ilmu kesihatan seksual & reproduktif daripada PAKAR ✅ Berpeluang menjadi trainer ReproAlert 📌 Anjuran bersama: KMUKM – Kerohanian & Pembangunan Sahsiah x I-Medik x Kongres Nasional 📲 DAFTAR SEKARANG: 👉 https://bit.ly/3HKaYrR 📢 Untuk sebarang pertanyaan, hubungi: +60 13-744 2158 (Muhsin)

𝑺𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑻𝑨𝑲𝒁𝑰𝑨𝑯 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑳𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑻𝑹𝑨𝑮𝑰𝑺 𝑫𝑰 𝑮𝑬𝑹𝑰𝑲, 𝑷𝑬𝑹𝑨𝑲 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangs
𝑺𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑻𝑨𝑲𝒁𝑰𝑨𝑯 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑳𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑻𝑹𝑨𝑮𝑰𝑺 𝑫𝑰 𝑮𝑬𝑹𝑰𝑲, 𝑷𝑬𝑹𝑨𝑲 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa serta semua yang terlibat dalam insiden kemalangan tragis yang berlaku pada 𝟎𝟗 𝑱𝑼𝑵 𝟐𝟎𝟐𝟓 di 𝑮𝑬𝑹𝑰𝑲, 𝑷𝑬𝑹𝑨𝑲. Insiden yang meragut nyawa ini amat menyayat hati dan menjadi peringatan kepada kita semua mengenai kepentingan keselamatan di jalan raya. Semoga roh mangsa-mangsa yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Buat yang sedang menerima rawatan, kami mendoakan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan. Marilah kita sama-sama menyedekahkan 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐇 dan menitipkan doa buat semua mangsa serta ahli keluarga yang terkesan. "𝐑𝐄𝐉𝐔𝐕𝐄𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍" 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Ma
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah Mari kita hayati makna sebenar Aidiladha dengan terus berbakti dan menyumbang dalam kapasiti kita sebagai mahasiswa yang berwibawa dan berintegriti. Aidiladha bukan sekadar ibadah, ia adalah simbol kekuatan umat. "𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵" 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑨𝑫𝑯𝑨 1446𝑯 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malays
𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑨𝑫𝑯𝑨 1446𝑯 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah Mari kita hayati makna sebenar Aidiladha dengan terus berbakti dan menyumbang dalam kapasiti kita sebagai mahasiswa yang berwibawa dan berintegriti. Aidiladha bukan sekadar ibadah, ia adalah simbol kekuatan umat. "𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵" 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 | 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐏𝐑𝐎𝐅. 𝐃𝐑. 𝐒𝐔𝐅𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐒𝐎𝐇 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 | 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐏𝐑𝐎𝐅. 𝐃𝐑. 𝐒𝐔𝐅𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐒𝐎𝐇 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2024/2025 merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Sufian Jusoh atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia berkuat kuasa mulai 5 Jun 2025 bagi tempoh dua tahun. Pelantikan ini mencerminkan keyakinan terhadap kewibawaan dan kepimpinan YBhg. Prof. dalam menerajui UKM ke arah pencapaian yang lebih gemilang di persada nasional dan antarabangsa. Semoga terus diberi kekuatan dalam menggalas amanah dan memacu kecemerlangan UKM sebagai universiti watan yang unggul. Tahniah dan selamat maju jaya, Prof. Dr. Sufian. "𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵" 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 | 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐏𝐑𝐎𝐅. 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐃𝐑. 𝐖𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐀�
𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 | 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐏𝐑𝐎𝐅. 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐃𝐑. 𝐖𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐉𝐀𝐍𝐈 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2024/2025 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Majani atas khidmat bakti dan dedikasi yang cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM bermula 2 Jun 2022 sehingga 2 Jun 2025. Jasa dan sumbangan YBhg. Prof. Dato’ dalam memacu kecemerlangan penyelidikan dan inovasi di UKM amatlah dihargai dan akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada pembangunan ilmu dan kemajuan universiti. Terima kasih, Prof. Dato’. Semoga terus maju jaya dalam segala urusan mendatang. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan. Kesatuan Mahasiswa U
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan. Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 02 Jun 2025 bersamaan 05 Zulhijjah 1446H. Semoga Allah SWT terus melanjutkan usia serta memelihara kesejahteraan KDYMM Tuanku, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, dan mengekalkan pemerintahan Baginda di atas takhta dengan penuh kebesaran, kemuliaan dan keadilan. Daulat Tuanku! “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” Sembah Takzim Daripada, 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 Kesatuan Mahasiswa Universiti Keba
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh warga UKM yang meraikannya, khususnya mahasiswa dari Sabah dan Sarawak. Kedua-dua perayaan ini melambangkan rasa syukur terhadap hasil tuaian, keakraban komuniti serta kekayaan budaya dan warisan masyarakat Kadazandusun, Dayak dan pelbagai etnik lain di Borneo. Semoga sambutan ini menjadi wadah memperkukuh semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian budaya, dan menyemai nilai keharmonian dalam komuniti kampus kita. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kaamatan kepada seluruh warga UKM yang meraikannya, khususnya mahasiswa dari negeri Sabah. Hari Kaamatan merupakan perayaan warisan budaya yang penuh makna dalam memperingati hasil tuaian serta menzahirkan rasa syukur kepada semangat padi, Bambarayon. Semoga sambutan ini terus memperkukuh semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian budaya, dan menyemai nilai harmoni dalam kalangan komuniti kampus kita. “𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵” 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓