Himpunan Nota-Nota STPM
Koleksi nota2 senior aliran kemanusian😊. Bantulah sesiapa yg mmerlukn kita & prmudahkn ursn manusia. Nescaya 1 hari nnt bila giliran kita pula mghadapi kesukaran, akn hdr seorang utk bantu kita😉. Janji Allah itu pasti. Grp rasmi semua sbjk @SembangSTPM
Show more📈 Analytical overview of Telegram channel Himpunan Nota-Nota STPM
Channel Himpunan Nota-Nota STPM (@himpunan_nota_stpm_senior_cikgu) is an active participant. Currently, the community unites 28 495 subscribers, ranking 6 718 in the Education category and 1 199 in the Malaysia region.
📊 Audience metrics and dynamics
Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 28 495 subscribers.
According to the latest data from 26 August, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -493 over the last 30 days and by -19 over the last 24 hours, overall reach remains high.
- Verification status: Not verified
- Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 18.59%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects N/A% reactions from the total number of subscribers.
- Post reach: On average, each post receives 5 300 views. Within the first day, a publication typically gains 0 views.
- Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 54.
📝 Description and content policy
The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
“Koleksi nota2 senior aliran kemanusian😊. Bantulah sesiapa yg mmerlukn kita & prmudahkn ursn manusia. Nescaya 1 hari nnt bila giliran kita pula mghadapi kesukaran, akn hdr seorang utk bantu kita😉. Janji Allah itu pasti. Grp rasmi semua sbjk @Sembang...”
Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 27 August, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Education category.
Data loading in progress...
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 27 August | 0 | |||
| 26 August | 0 | |||
| 25 August | +1 | |||
| 24 August | 0 | |||
| 23 August | 0 | |||
| 22 August | 0 | |||
| 21 August | 0 | |||
| 20 August | 0 | |||
| 19 August | 0 | |||
| 18 August | 0 | |||
| 17 August | 0 | |||
| 16 August | 0 | |||
| 15 August | 0 | |||
| 14 August | 0 | |||
| 13 August | +4 | |||
| 12 August | 0 | |||
| 11 August | +2 | |||
| 10 August | 0 | |||
| 09 August | +1 | |||
| 08 August | 0 | |||
| 07 August | 0 | |||
| 06 August | +1 | |||
| 05 August | +3 | |||
| 04 August | 0 | |||
| 03 August | 0 | |||
| 02 August | +2 | |||
| 01 August | 0 |
| 2 | Pepatah berkata:
Bapa borek, anak rintik.
Akan tetapi, Raihan pula mengingatkan:
“Iman tidak dapat diwarisi daripada seorang ayah yang bertakwa.”
Maka, jagalah iman dan tingkatkan amalan. Sesungguhnya kita ini hanyalah menunggu giliran untuk kembali semula kepada Tuhan. | 5 300 |
| 3 | HORMATILAH GURU, WALAU HANYA MENCURAH SETITIS ILMU
Pada hari ini, kita bukan lagi ketandusan insan yang berilmu. Namun, apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan adab, khususnya terhadap guru, yang semakin kritikal dari semasa ke semasa.
Realitinya, masih terdapat pelajar yang tidur di dalam kelas, bermain telefon ketika sesi pembelajaran berlangsung, serta tidak amanah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
Akibatnya, lahirlah generasi yang kaya dengan ilmu pengetahuan, tetapi miskin adab dan kehilangan keberkatan dalam menuntut ilmu.
Kejayaan yang kita kecapi pada hari ini, terdapat doa yang tidak pernah putus daripada ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak didik mereka. | 16 576 |
| 4 | Assalamualaikum and Hello!✨
I’m Arif Sa’aroni from Bachelor of Industrial Psychology conducting a pilot study on The Relationship Between Imposter Phenomenon and Psychological Well-Being among Generation-Z Workers in Kuala Selangor. 💼🏢
If you are Gen-Z workers also working in Kuala Selangor, I would greatly appreciate your participation in my survey. All responses will remain confidential and will be used solely for academic puposes. 📔
Thank you in advance, your support means a lot 💖
🔗URL Link : https://forms.gle/UdHN4uboi68yduaq5 | 6 028 |
| 5 | SYIAR ISLAM DI BUMI SEPANYOL 🇪🇸
Juara dunia 2010, Sepanyol yang terkenal dengan corak permainan "tiki taka" ini sebenarnya pernah menjadi wilayah takluk Islam suatu ketika dahulu.
Sekitar tahun 711-1492M, Sepanyol atau pun dikenali sebagai Andalusia ketika itu berjaya ditakluki oleh Islam dan menguasai kota kota penting seperti Granada, Toledo, dan Cordoba.
Penaklukan tersebut dilakukan oleh panglima Islam, Tariq ibn Ziyad bersama sama 7,000 tentera Islam dan mengalahkan Raja Visigoth dalam Perang Guadalate.
Zaman kegemilangan Islam di Sepanyol terbukti melalui perkembangan pesat dalam bidang pendidikan, seni bina, perubatan, matematik, astronomi dan lain lain.
Namun begitu, kejatuhan empayar Islam pada 2 Januari 1492, apabila kerajaan Islam terakhir di Granada di bawah pemerintahan Muhammad XII (Boabdil) menyerah kalah kepada Ferdinand II of Aragon dan Isabella I of Castile.
Maka, berakhirlah pemerintahan Islam di bumi Sepanyol selama hampir 781 tahun.
P/s: Gambar sekadar memanaskan keadaan | 7 643 |
| 6 | Wise Care 365 v7.0
Over 200 Million Downloads Worldwide
Easily clean up your Windows PC and fix registry issues—for free. Protect your privacy, boost your security, and enjoy a faster, more optimized computer experience.
💥S💥A💥V💥E💥
ART TV, Nude Art TV HD, Jasmin TV)🌴🌴
Full package (1000+ channels, 2500+ including channels from other countries) FREE subscription for a month only on our channel!!!
🎁🎁Lots of repacks-release in our channel🎁🎁
💥IObit Launches Advanced SystemCare 19-PRO💥
IPTVone+VPNboost_Unlimited
💥BRABO-TV_IPTV💥
💥KMSauto Net10-11_Office💥
💥AtlasVPN+IPTVPlayer💥
💥Driver Booster 13 PRO for a full year💥
💥IPTVone+VPNboost_Unlimited💥
🎁🎁Discount🎁🎁
File PassWord is WiseCcleaner2026_Discount
Supports Windows 11/10/8/7/Vista/XP
💥wiseccleaner!com💥 | 181 |
| 7 | Assalamualaikum saya Muhammad Athif Ar-Radhi mahasiswa ISMPPI dari UNISEL nak minta tolong sangat-sangat dan jasa baik mahasiswa *Bidang Bahasa Arab* dari UITM, USIM dan UIS untuk menjawab soal selidik saya sebagai Final Year Project saya.
Saya amat menghargai saudara/saudari meluangkan masa sebentar bagi menjawab soal selidik:
https://forms.gle/2D6YzSzBdK6v2b4J9
🔒Segala maklumat anda adalah sulit dan digunakan untuk tujuan akademik sahaja.
Kerjasama pihak anda sangat saya hargai | 7 532 |
| 8 | Hukum Memakai Pakaian yang mempunyai Salib ketika Solat
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Imran bin Hitthan, bahawa A’isyah R.Anha berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ
Maksudnya: “Nabi SAW tidak meninggalkan satu pun barang yang masuk ke rumah beliau, yang ada gambar yang bersalib, kecuali Baginda akan menghapusnya.”
Riwayat al-Bukhari (5952)
Imam al-Baghawi Rahimahullah berkata: “Al-Tasalib (التَّصَالِيب) ialah apa yang adalah ia atas gambar yang bersalib.” (Lihat Syarh al-Sunnah, 12/132)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 juga telah membincangkan isu ini. Antara lain menyebut:
“Orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.”
Walaupun begitu, solatnya sah jika pakaian itu menutup aurat dalam mazhab Syafie. Ini dikenali sebagai ‘jihah munfakkah’ (جهة منفكة), tetapi memakai pakaian yang ada salib adalah haram.
Justeru, kepada fans fans tegar World Cup kalini, pastikan anda meneliti pakaian pasukan kegemaran anda, sama ada terdapat salib atau tidak pada pakaiannya, sebelum bawa untuk solat.
Wallahua'lam | 11 173 |
| 9 | KRISIS BUDAYA MEMBACA
Budaya membaca dalam kalangan generasi muda semakin membimbangkan. Belia hari ini lebih gemar menghabiskan masa dengan menatal media sosial berbanding membaca bahan-bahan ilmiah.
Malangnya, sebahagian generasi muda lebih cenderung membaca tajuk tanpa meneliti isi, berkongsi maklumat tanpa menyemak kesahihan, dan membuat kesimpulan tanpa penelitian.
Firman Allah SWT:
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.”
(Surah al-’Alaq: 1)
Ayuh belia, suburkan budaya membaca kerana ia merupakan akar kepada pengolahan idea serta asas pembinaan tamadun bangsa. | 12 448 |
| 10 | *[ PENCARIAN PESERTA PROGRAM NISA’ SERIES: FIQH WANITA ]*
Assalamualaikum w.b.t
Salam Biru Warna & Salam Hidup Biar Berjasa ❤️🤍
Sukacita dimaklumkan bahawa Exco HEWI di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Muslim Malaysia (PKPMM UUM) bersama (PKPIM UIAM) akan mengadakan *NISA’ SERIES: FIQH WANITA 🪷*
Program ini dianjurkan khusus buat mahasiswi universiti seluruh Malaysia bagi menambah ilmu berkaitan darah haid dan istihadah ✨
Butiran program adalah seperti berikut:
📅 *Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)*
🕒 *Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari*
💻 *Platform: Microsoft Teams*
🖇️ Link pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSelJM2-c6f_jZI9b4KyPyobDwg_710-p9LhX-8iJxB9U0PZew/viewform?usp=header
🖇️ Group WhatsApp peserta:
https://chat.whatsapp.com/F0C9BF7flmt4QSe1hOhtbY
📲 Pertanyaan:
Maisarah — www.wasap.my/+60132789381
Ilyani — www.wasap.my/+60103255443
*#PKPMMUUM*
*#PKPIMUIAGOMBAK*
*#HidupBiarBerjasa* | 11 299 |
| 11 | AGIHAN DAGING KORBAN
Daging korban boleh diagihkan melalui:
1. Orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada saudara-mara atau jiran-tetangga.
2. Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin.
3. Cara yang afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban dengan menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat.
بارك الله فيك
Sumber: Mufti WP | 8 291 |
| 12 | . KOLEKSI SOALAN TRIAL SEMESTER 2 STPM 2026 .
https://drive.google.com/drive/folders/1EuB7wd2J1CbWjz_8x1w1H8nEEkpIfstr?usp=sharing .
Disusun untuk tujuan ulang kaji pelajar STPM bagi memudahkan akses pembelajaran dan rujukan. Bahan ini adalah kompilasi pendidikan untuk kegunaan pelajar sahaja . ( AKAN DI UPDATE DN DAY BY DAY . ) .
AMARAN:
DILARANG MENJUAL, mengambil keuntungan . ini Untuk tujuan pembelajaran sahaja . sebarang aduan akan di ambil tindakan . lapor ke https://t.me/jstletyk jika ada sebarang masalah atau aduan .
© 2026 STPM20266 / . https://t.me/stpm20266 . | FOR EDUCATIONAL USE ONLY | NOT FOR SALE .
credit : https://t.me/stpm20266 . . | 8 025 |
| 13 | HUKUM MENAYANG GAMBAR DAN VIDEO KORBAN DI MEDIA SOSIAL
1. Harus dengan Bersyarat:
A. Hendaklah tujuan penerbitan gambar dan video penyembelihan tersebut bertujuan baik dengan dinyatakan penjelasan. Contohnya meninggi syiar Islam sempena Hari Raya, menunjukkan proses penyembelihan mengikut syarak, isu-isu syarak yang berkaitan dengan penyembelihan dan adab-adab ketika menyembelih.
B. Hendaklah ditunjukkan akhlak, etika dan adab sebenar dalam Islam ketika menyembelih untuk menunjukkan konsep ihsan.
C. Hendaklah dielakkan unsur provokasi terhadap agama lain.
Sumber: Jabatan Mufti WP
https://www.muftiwp.gov.my/ar/artikel/irsyad-hukum/umum/675-irsyad-al-fatwa-siri-ke-204 | 7 636 |
| 14 | APA ITU QAWWAM & QANAAH?
Qawwam: Imam al-Tabari menjelaskan maksud Al-Qawwam adalah penanggungjawaban dalam mendidik dan membimbing ahli keluarga dalam menunaikan kewajipan kepada Allah
Qanaah: al-Qadhi ‘Iyadh menyebutkan: Qana‘ah ini adalah redha dengan pemberian Allah | 5 073 |
| 15 | KEMATIAN YANG PASTI
Rumah terakhir kita tanpa pintu dan cahaya,
Segala yang dibanggakan ketika di dunia,
Kini gugur tiada makna,
Hanya amalan baik sahaja menjadi peneman setia.
Percaya ataupun tidak, Hampir seluruh manusia sibuk mengejar cita-cita yang belum pasti, hingga terlupa menyiapkan bekalan amal bagi menghadapi kematian yang pasti.
Firman Allah swt:
"Dan bagi tiap-tiap umat itu ada ajalnya; maka apabila telah datang ajal mereka, tidak dapat mereka lewatkan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka percepatkan.”
(Al A'raf: 34)
Oleh itu, marilah kita sama sama untuk menjaga solat, menutup aurat, bayar hutang sebelum jumlahnya meningkat, perbanyakkan solat taubat dan basahkan lidah dengan zikir dan selawat.
Semoga pengakhiran kita semua, dalam husnul khatimah. | 7 471 |
| 16 | Kejayaan yang kita dapat hari ini, bukanlah 100% atas usaha kita ya..
Ini semua atas asbab berkat doa ibu yang melahirkan kita..
Walaupun kadangkala kita derhaka dengan ibu kita, dia ikhlas mendoakan kejayaan kita di dunia dan akhirat sana.
Percayalah, kehidupan kita akan "terasa pahitnya" bila ibu tercinta meninggal dunia.
Buat saudara/i yang dah kehilangan ibu bapa, doakan mereka, perbanyakkanlah amal supaya kita menjadi landasan mereka ke syurga.
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا وَارْزُقْهُمَا الْجَنَّةَ
Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, rahmati mereka, dan kurniakan mereka syurga. | 7 244 |
| 17 | FAHAMI KONSEP REZEKI, ELAKKAN HASAD DENGKI
Rezeki ialah pemberian daripada Allah swt, dan setiap manusia telah ditetapkan bahagian rezeki masing masing hingga ke akhir hayat.
Walau bagaimanapun, masih ramai dikalangan umat Islam hari ini, yang "busuk hati" dengan rezeki orang lain.
Allah swt berfirman;
"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang Allah lebihkan sebahagian kamu* atas sebahagian yang lain.”
(Surah al-Nisa’ 4:32)
Oleh itu, saya mengajak untuk kita semua lebih bersyukur dengan pemberian Allah swt, dan tidak membanding bandingkan rezeki dirinya dengan orang lain, tidak boleh melihat orang lain melebihi dirinya dan lain lain perkara yang boleh membibitkan sifat dengki dalam hati. | 7 123 |
| 18 | Hakikatnya, selagi kita hidup, kita sebenarnya sedang menduduki satu peperiksaan daripada Ilahi.
Setiap detik diperhatikan oleh dua “pengawas” yang setia, iaitu Raqib dan Atid, yang tidak pernah lalai mencatat setiap amal.
Apabila masa ujian berakhir, itulah tanda ajal semakin menghampiri.
Dan keputusan sebenar akan diserahkan pada Hari Akhirat.
Sebagaimana anda melihat manusia bergembira ketika lulus peperiksaan di dunia, begitulah kegembiraan mereka yang menerima kitab amalan di tangan kanan.
Sebaliknya, sebagaimana anda melihat kecewanya manusia apabila gagal, begitulah kesedihan mereka yang menerima kitab amalan di tangan kiri.
Di dunia, yang lulus diberi ganjaran dan penghargaan.
Di akhirat, yang berjaya dikurniakan syurga sebagai balasan.
Namun di dunia, kegagalan masih boleh diperbaiki.
Tetapi di akhirat, kegagalan membawa kepada azab yang tidak terperi.
Yang paling ditakuti…
Gagal di dunia, dan gagal juga di akhirat akan menyebabkan kerugian yang berganda tanpa peluang seterusnya.
Maka, teruskan beramal dan jauhi kemungkaran. | 6 974 |
| 19 | Hear me out!!: Hakikatnya, selagi kita hidup, kita sebenarnya sedang menduduki satu peperiksaan daripada Ilahi.
Setiap detik diperhatikan oleh dua “pengawas” yang setia, iaitu Raqib dan Atid, yang tidak pernah lalai mencatat setiap amal.
Apabila masa ujian berakhir, itulah tanda ajal semakin menghampiri.
Dan keputusan sebenar akan diserahkan pada Hari Akhirat.
Sebagaimana anda melihat manusia bergembira ketika lulus peperiksaan di dunia, begitulah kegembiraan mereka yang menerima kitab amalan di tangan kanan.
Sebaliknya, sebagaimana anda melihat kecewanya manusia apabila gagal, begitulah kesedihan mereka yang menerima kitab amalan di tangan kiri.
Di dunia, yang lulus diberi ganjaran dan penghargaan.
Di akhirat, yang berjaya dikurniakan syurga sebagai balasan.
Namun di dunia, kegagalan masih boleh diperbaiki.
Tetapi di akhirat, kegagalan membawa kepada azab yang tidak terperi.
Yang paling ditakuti…
Gagal di dunia, dan gagal juga di akhirat akan menyebabkan kerugian yang berganda tanpa peluang seterusnya.
Maka, teruskan beramal dan jauhi kemungkaran. | 1 |
| 20 | 🧑🏻🎓 PENDAFTARAN PERKAMPUNGAN MENARA GADING KUALA SELANGOR 2026 (PMGKS2026) 🧑🏻🎓
‼️ BERITA BAIK UNTUK LEPASAN SPM, STPM & STAM ‼️
Anda bakal melangkah ke alam universiti? Ayuh sertai kami di Perkampungan Menara Gading Kuala Selangor 2026
(PMGKS2026) !!
📅 Tarikh : 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa : 8.00 pagi - 6.30 petang
📍 Tempat : UNISEL Bestari Jaya
💰 Yuran : RM 15
👥 Tempat adalah terhad!!
Terdapat banyak slot menarik yang menanti anda. Jangan lepaskan peluang ini!!
🔗 Pendaftaran : https://forms.gle/28cHNdZY1SCKo6qv9
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
👱♂️ Saudara Qayyum : 013-3285376
🧕🏻 Saudari Sa’adah : 011-7020 8956
_*PEMACU EVOLUSI MAHASISWA PROGRESIF*_
#PMGKS2026
#PemacuEvolusiMahasiswaProgresif
#PEPIKUSTerusMaju
#PEPISABERFighting | 6 756 |
