cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Informasi CHANNEL INI DAKWAH ILMU SALAF,SUNNAH RASULULLAH S.A.W, DALIL-DALIL USUL FIQH,AL QURAN,HADITH DAN FIQH 4 MAZHAB. @dalilalqurandanassunnah @dalilalqurandanassunnah

Show more
Advertising posts
772
Subscribers
No data24 hours
-17 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Al Kafi li al-Fatawi APAKAH MAKSUD AYAT "JANGAN DEKATI ZINA"? APAKAH MAKSUD AYAT "JANGAN DEKATI ZINA"? SOALAN: Assalamualaikum, ustaz. Saya mahu bertanyakan tentang pesan Allah di dalam al-Quran yang bermaksud, "Janganlah kamu mendekati zina." 1. Adakah zina yang dimaksudkan hanya untuk perbuatan zina sahaja? 2. Adakah kita boleh menggunakan ayat tersebut untuk maksiat? 3. Adakah perbuatan homoseksual dikategorikan sebagai zina? Saya berharap ustaz meluangkan masa untuk memberikan jawapan kepada persoalan saya. Saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. JAWAPAN: Waalaikumussalam wbt, Firman Allah Taala: وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) Surah al-Isra’, 17:32 Berkata Ibn Kathir dalam Tafsir-nya bahawa Allah melarang para hamba-Nya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti sebab-sebab dan seruan-seruannya. Rujuk Tafsir al-Azim (5/72). Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Jelaslah maksud “jangan mendekati” dalam al-Quran menunjukkan bahawa semua sarana yang membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan dan berkhalwat adalah haram dan dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa-dosa kecil. Berkenaan dengan homoseksual, perkataan “fahisyah” dalam ayat tersebut juga merujuk kepada kategori perbuatan keji termasuk liwat. Firman Allah SWT: وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّنَ الْعَالَمِين إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ Maksudnya: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". Surah al-A`raf, 7:80-81 Ibnu Kathir juga menyebut bahawa perbuatan keji ini tidak pernah menjadi adat dan dilakukan oleh manusia, bahkan tidak pernah terlintas dalam aqal mereka, sehingga kaum Sodom melakukannya dan Allah melaknat mereka. Rujuk Tafsir al-Quran al-Azim 3/445. Ulama bersepakat secara ijmak bahawa perbuatan homoseksual seperti kaum Lut itu ialah maksiat dan dosa besar, tetapi mereka berbeza pendapat adakah hukumannya sama seperti zina atau bukan. Inilah yang disebut oleh Ibn Hazm dalam Maratib al-Ijma (1/131). Sebahagian ulama berpendapat dosanya lebih keji daripada zina kerana merosakkan fitrah manusia. Kami sertakan di sini keburukan-keburukan yang datang daripada zina dala kitab al-Kabair (1/50-54) oleh al-Dzahabi: Mengikut hukum Islam, penzina yang belum pernah berkahwin disebat 100 kali sebatan sedangkan bagi yang sudah berkahwin, direjam sehingga mati. Bagi mereka yang terlepas daripada hukuman dunia dan tidak bertaubat, para penzina digantung dengan kemaluan mereka di dalam neraka sambil dipukul kemaluan mereka dengan cemeti daripada besi sambil dicemuh oleh Malaikat Zabaniah.
Show all...
Dicabut iman daripada dalam hatinya ketika berzina, seperti pakaian yang dicabut daripada tubuh. Allah Taala tidak akan berkata-kata dengan orang tua yang berzina di Hari Kiamat, tidak mahu melihatnya (yakni membiarkannya), dan tidak menyucikannya daripada dosa-dosa dan baginya azab yang pedih. Dianggap sebagai dosa paling besar selepas syirik kepada Allah dan membunuh nyawa tanpa alasan yang hak. Dijadikan bekas seperti ketuhar dalam neraka bagi para penzina, yang sempit bahagian atasnya dan luas bahagian bawahnya, setiap kali disambar api mereka akan menjerit-jerit kerana panas yang melampau. Kemaluan mereka akan berbau sangat busuk sehingga menyeksa para penghuni ahli neraka. Iblis berbangga dengan para tenteranya yang berjaya menarik manusia melakukan zina hingga menganugerahkan mahkota istimewa kepada mereka. Mendapat tiga keburukan di dunia; dihilangkan seri wajahnya, dipendekkan umurnya dan berkekalan dalam kefakiran. Memperolehi tiga keburukan di akhirat; kemurkaan Allah, penghitungan amal yang buruk dan azab neraka. Dijadikan sebatang sungai dalam neraka yang mengalirkan nanah dan muntah daripada kemaluan orang berzina yang menjadi minuman para peminum arak. Dijadikan bagi mereka sebuah lembah di dalam neraka yang dalamnya ada ular dan kala jengking sebesar baghal, yang memiliki tujuh puluh duri yang berbisa yang mengengat para penzina selama seribu tahun sehingga terlerai dagingnya. Dijadikan azab kubur baginya seperti azab separuh umat. Diharamkan syurga buat orang yang berzina sedangkan dia tahu perbuatan itu dilarang. Selain itu, perbuatan zina juga boleh merosakkan nasab manusia dengan lahirnya anak di luar hubungan perkahwinan. Semoga Allah mengampuni kita dan menjauhi kita daripada perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar. Wallahua`lam.
Show all...
Show all...
Masjid Tersilap Laung Azan Maghrib Awal, Adakah Puasa Ahli Kariah Terbatal?

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman Puasa mereka sah, tidak terbatal. Mereka telah berbuka puasa kerana meyakini bahawa waktu Maghrib sudah masuk ber...

بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ. Maksudnya“Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari segala sesuatu yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain. Semoga Allah menyembuhkanmu.” Riwayat Muslim (5829) Sebagai penutup, sesungguhnya mendatangi tukang sihir lain untuk mengubati sihir yang terkena adalah haram sama sekali. Kami mengesyorkan agar jumpalah perawat-perawat yang menggunakan ruqyah berasaskan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah dalam mengubati sihir. Atau sekiranya mampu, boleh merawat sendiri berdasarkan petunjuk Qurani dan hadis Nabawi. Kami nukilkan juga di sini keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-33 yang bersidang pada 11 Oktober 1993 berkenaan Amalan Ilmu Hitam/Sihir: Perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah haram. Pengamal sihir yang mendatangkan mudharat kepada manusia adalah berdosa besar dan pelaku jenayah, maka wajib dihukum qisas/hudud. Pihak berkaitan hendaklah menyediakan peruntukan undang-undang bagi menghukum pengamal-pengamal yang sabit melakukan sihir. Akhir sekali, semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik kepada-Nya dan serta mengurniakan kepada kita kefahaman dalam mengamalkan suruhan-Nya. Untuk maklumat lebih lanjut tentang sihir, kami pernah menjawabnya dalam Al-Kafi # 253: Pendirian Islam Berkenaan Sihir[2] dan Al-Kafi #557: Bagaimana Merawat Isteri Disihir?[3] Bolehlah merujuk pada kedua-duanya. Wallahua’lam. [1] Untuk perbincangan berkenaan jampi dan hukumnya, kami telah membincangkannya dalam Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-219 : Hukum Mengamalkan Jampi Nenek Moyang  (http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2360-irsyad-al-fatwa-siri-ke-219-hukum-mengamalkan-jampi-nenek-moyang) [2] Lihat http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1370-al-kafi-253-pendirian-islam-berkenaan-sihir [3] Lihat http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/979-al-kafi-li-al-fatawi-siri-ke-557-bagaimana-merawat-isteri-disihir Irsyad Fatwa Umum
Show all...
Irsyad Hukum Umum IRSYAD AL-FATWA #249 : HUKUM JUMPA TUKANG SIHIR UNTUK UBATI SIHIR IRSYAD AL-FATWA #249 : HUKUM JUMPA TUKANG SIHIR UNTUK UBATI SIHIR Soalan Bolehkah kita pergi berjumpa tukang sihir dengan tujuan mendapatkan khidmat mengubati sihir yang dihadapi?   Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.   Pandangan Islam Tentang Perbuatan Sihir Dari segi bahasa, sihir dalam Lisan al-Arab disebut: “Tukang sihir seakan-akan memperlihatkan kebatilan dalam kebenaran dan menggambarkan sesuatu tidak seperti hakikat yang sebenarnya. Dengan demikian, dia telah menukar sesuatu daripada hakikat yang sebenarnya. (Lihat Lisan al-‘Arab, 4/348) Dari segi istilah, Ibnu Qudamah berkata: “Sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung. (Lihat al-Mughni, 9/34) Rasulullah SAW menyebut sihir sebagai salah satu daripada perbuatan dosa besar. Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.” Riwayat al-Bukhari (2766) Ulama bersepakat bahawa mempelajari sihir, mengajar serta mempraktikkannya adalah haram. Ibn Qudamah berkata: “Sesungguhnya mempelajari sihir dan mengajarkannya adalah haram. Tidak ada khilaf padanya dalam kalangan ahli ilmu.” (Lihat al-Mughni, 8/151) Imam al-Nawawi berkata: “Adapun mempelajarinya (sihir) dan mengajarkannya, maka hukumnya adalah haram.” (Lihat Muslim bi Syarh al-Nawawi, 14/176)   Hukum Jumpa Tukang Sihir untuk Ubati Sihir Hukum pergi kepada tukang sihir bagi memintanya mengubati sihir yang dihadapi adalah haram. Hal ini kerana apabila seseorang pergi menemui tukang sihir untuk mengubati sihir yang dihadapi, jelas perbuatan tersebut membawa kepada pergantungan kepada selain Allah SWT. Ia boleh membawa kepada syirik kepada-Nya. Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fatawa al-Mu’asirah berkata: Diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir sama ada untuk melakukan sihir atau pengubatan sihir. Maka semua itu sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Nabawi adalah salah satu jenis daripada syirik kepada Allah SWT kerana ia adalah keyakinan dengan mengetahui yang ghaib atau pengubatan penyakit melalui perantaraan selain Allah SWT. (Lihat al-Fatawa al-Mu’asirah, hlm. 319) Barangsiapa yang pergi kepada tukang sihir dan tidak mempercayainya, maka solatnya tidak akan diterima selama empat puluh malam. Rasulullah SAW bersabda: مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً Maksudnya"Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam." Riwayat Muslim (5957) Manakala, Barangsiapa yang pergi berjumpa dan mempercayainya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepadanya hal-hal yang ghaib. Tidak ada yang mengetahui hal-hal ghaib kecuali Allah SWT. (Lihat al-Fatawa al-Mu’asirah, hlm. 319) Sabda Nabi SAW: مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Show all...
Maksudnya"Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW." Riwayat Ahmad (9171) Perlu difahami bahawa sihir tidak mungkin dilawan dengan sihir. Begitu juga kejahatan tidak mampu untuk membatalkan kejahatan yang lain. Yang mampu membatalkannya hanyalah Allah SWT. Hal ini sebagaimana kisah Nabi Musa dengan ashab Firaun yang dicatatkan dalam al-Quran: فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَىٰ Maksudnya(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa". (Surah Taha: 70) Ibn Kathir berkata: Setelah tukang sihir itu melihat dan menyaksikan hal tersebut, sedangkan mereka sendiri juga mempunyai keahlian tentang berbagai jenis sihir, ilmu dan caranya, maka mereka dengan yakin mengetahui bahawa apa yang dilakukan oleh Musa itu bukan termasuk sihir dan tipu daya, dan bahawasanya hal itu merupakan suatu yang haq (benar) yang tidak diragukan lagi. Hal itu tidak dapat dilakukan kecuali oleh Tuhan yang jika mengatakan “jadilah” kepada sesuatu, maka pasti terjadi. Pada saat itulah para tukang sihir tersebut tersungkur seraya bersujud kepada Allah SWT dan berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam, Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 9/350)   Menggunakan Jampi (Ruqyah) yang Syar’ie Dalam hal ini, Islam menyediakan solusi tersendiri iaitu menggunakan ruqyah (jampi) yang berasaskan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah dalam mengubati sihir dan seumpamanya .[1] Allah SWT berfirman: وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ MaksudnyaDan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; (Surah al-Isra’: 82) Imam al-Syaukani Rahimahullah berkata: “Para ulama berbeza pendapat berkaitan makna “al-syifa” (penawar) kepada dua pendapat: Menjadi penawar bagi hati dengan hilangnya kebodohan, lenyapnya keraguan dan terbukanya tabir yang akan membawa kepada Allah SWT. Menjadi penawar bagi penyakit-penyakit yang zahir dengan ayat-ayat ruqyah, perlindungan dan sebagainya. Tidak menjadi masalah jika al-syifa’ (penawar) yang dimaksudkan dibawa pada kedua-dua makna tersebut”. (Lihat Fath al-Qadir, 3/300) Imam al-Baghawi berkata: “Ruqyah (jampi) yang dilarang adalah ruqyah yang di dalamnya terdapat kesyirikan atau disebutkan di dalamnya jin-jin jahat, atau ruqyah yang bukan berbahasa Arab dan tidak diketahui apa hakikatnya. Hal ini kerana boleh jadi ruqyah itu telah dimasuki oleh sihir atau kekafiran. Adapun ruqyah (jampi) dengan menggunakan al-Qur’an dan Zikrullah, maka sesungguhnya hal itu adalah boleh malah dianjurkan. Ini kerana, Nabi SAW pernah meniup (menjampi) pada dirinya dengan surah-surah al-Mu’awwizat (al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas)". (Lihat Syarh al-Sunnah, 12/159) Daripada Aisyah R.Anha, beliau berkata: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اشْتَكَى يَقْرَأُ عَلَى نَفْسِهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ وَيَنْفُثُ فَلَمَّا اشْتَدَّ وَجَعُهُ كُنْتُ أَقْرَأُ عَلَيْهِ وَأَمْسَحُ بِيَدِهِ رَجَاءَ بَرَكَتِهَا Maksudnya“Bahawa Rasulullah SAW jika sakit, beliau membacakan pada dirinya sendiri al-Mu’awwizat (ayat-ayat perlindungan) dan meniupkannya. Jika rasa sakitnya bertambah, maka saya yang membacakan kepada Baginda dan mengusapkannya dengan tangan Baginda dengan mengharap barakahnya.” Riwayat al-Bukhari (5016) dan Muslim (5844) Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id R.A, beliau berkata bahawa Jibril datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Ya, Muhammad! Apakah tuan sakit?” Jawab Baginda SAW: “Ya.” Lalu Jibril membacakan:
Show all...
Al Kafi li al-Fatawi AL-KAFI #434 : HUKUM PEREMPUAN HAMIL BERPUASA AL-KAFI #434 : HUKUM PEREMPUAN HAMIL BERPUASA AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 434 (4 NOVEMBER 2016 M / 4 SAFAR 1438H) SOALAN: Adakah wanita hamil wajib berpuasa? Saya mendengar wanita hamil tidak diwajibkan berpuasa tetapi hanya wajib qadha sahaja? Adakah benar kenyataan begitu? JAWAPAN: Puasa di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap umat Islam yang mencukupi segala syarat-syarat untuk berpuasa iaitu: 1) Islam 2) Baligh 3) Berakal 4) Sihat dan mampu untuk berpuasa 5) Bermuqim ( tidak bermusafir ) Apabila cukup segala syarat-syarat tersebut maka wajiblah bagi seseorang itu mengerjakan ibadah puasa. Walau bagaimanapun bagi wanita yang hamil, adalah diharuskan baginya berbuka puasa dengan sebab-sebab yang tertentu: 1) Jika dia merasa takut berlaku mudarat ke atas dirinya sahaja atau takut ke atas dirinya dan anaknya, maka dalam hal ini wajib dia mengqadha puasa yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain seperti mana hal keadaan orang yang sakit. Firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah, ayat 184: فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ Ertinya: “Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam keadaan musafir (maka bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa mengqadha (sebanyak hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.” 2) Jika dia berasa takut akan berlaku mudharat ke atas anaknya sahaja, maka dalam hal ini boleh dia berbuka puasa tetapi wajib dia mengqadha puasa dan mengeluarkan fidyah sebanyak satu mud ( cupak ) bagi puasa yang ditinggalkan. Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah, ayat 184: وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِين Ertinya: “Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya untuk berpuasa ( kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu member makan kepada orang miskin.” Kesimpulannya, wanita yang hamil juga diwajibkan berpuasa. Namun syarak memberi keringinan untuknya berbuka jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan tadi. Semoga pencerahan ini dapat merungkai permasalahan saudari. والله أعلم وأحكم Al Kafi li al-Fatawi Bayan Linnas Irsyad Hukum Al Kafi li al-Fatawi Irsyad al-Hadith Irsyad Usul Fiqh Tahqiq al-Masail Al-Afkar Bayan Li al-Haj Tashih al-Mafahim Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Show all...
Maka senantiasalah aku (Abu Dzar) mengulangi dan berteruran membaca dan mengamalkan ayat tersebut.[18]   KesimpulanSetelah meneliti beberapa tafsiran para ulama berkaitan ayat ini, kami mendapati bahawa: Setiap ayat al-Quran mempunyai kelebihan yang tertentu. Konsep taqwa dan tawakkal yang terdapat di dalam ayat ini membawa pengertian mendalam dan perlu diamal serta dihayati bersama. Ayat ini bukanlah semata-mata membacanya akan mendapat ganjaran pahala seribu dinar bahkan maksud sebenarnya ayat ini adalah dari sudut amalan yang disertai dengan taqwa serta tawakal. Bahkan Allah SWT akan mengurniakan baginya ganjaran yang lebih daripada seribu dinar jika setiap amalan itu disertakan dengan taqwa, berdasarkan firman Allah SWT: واللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ Maksudnya: “Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”[19] Wallahu a’lam. [1] Surah al-Talaq : 2-3 [2] Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran, 23/43-47 dan Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/380 [3] Lihat Mafatih al-Ghaib, 30/562 [4] Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 18/160-162 [5] Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran, 3/43-47 [6] Lihat Jami’ al-Bayan, 3/43-47 [7] Lihat Jami’ al-Bayan, 3/43-47 [8] Lihat Jami’ al-Bayan, 3/43-47 [9] Lihat Jami’ al-Bayan, 3/43-47 [10] Lihat Jami’ al-Bayan, 3/43-47 [11] Lihat Jami’ al-Bayan, 3/43-47 [12] Lihat Mafatih al-Ghaib, 30/562 [13] Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 18/160-162 [14] Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 18/160-162 [15] Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 18/160-162 [16] Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 18/160-162 [17] Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 18/160-162 [18] Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 18/160-162 [19] Surah al-Baqarah:261 This entry was posted in Pelbagai, Soal Jawab Agama and tagged Ayat Seribu Dinar, Rezeki, Takwa. DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD
Show all...
Maksudnya: Pada mentafsirkan (Firman Allah Taala) “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya barangsiapa yang menceraikan isterinya secara sunnah dan merujuk isterinya juga secara sunnah.[9] Daripada Qatadah, katanya: يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا قال: من شُبُهَات الأمور، والكرب عند الموت (وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ) : من حيث لا يرجو ولا يؤملMaksudnya: Firman Allah Taala diberikan baginya jalan keluar: maknanya jalan keluar daripada segala perkara syubhat dan kesuahan ketika mati dan firman Allah Taala diberikan baginya rezeki daripada yang tidak disangka-sangka maknaya daripada sesuatu yang tidak disangka-sangkakan dan tidak diharapkan.[10] Menurut al-Tabari, firman Allah SWT, ‘قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا’, maknanya sesungguhnya Allah SWT menjadikan sesuatu daripada talak, iddah dan selain daripadanya mempunyai sesuatu had dan tempoh serta kadar pengakhirannya.[11] Daripada al-Kalbi, beliau berkata: وَمَنْ يَصْبِرْ عَلَى الْمُصِيبَةِ يَجْعَلِ اللَّه لَهُ مَخْرَجًا مِنَ النَّارِ إِلَى الْجَنَّةِ، وَقَرَأَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: مَخْرَجًا مِنْ شُبُهَاتِ الدُّنْيَا وَمِنْ غَمَرَاتِ الْمَوْتِ، وَمِنْ شَدَائِدِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ Maksudnya: Sesiapa yang sabar di atas sesuatu musibah yang berlaku maka dijadikan Allah Taala jalan keluar daripada neraka ke syurga, dan Nabi membaca ayat ini maka maknanya jalan keluar daripada syubhat dunia dan kedahsyatan mati serta daripada kesengsaraan hari akhirat.[12] Daripada Ibnu Abbas, al-Sya’bi dan al-Dahhak berkata: هَذَا فِي الطَّلَاقِ خَاصَّةً، أَيْ مَنْ طَلَّقَ كَمَا أَمَرَهُ اللَّهُ يَكُنْ لَهُ مَخْرَجٌ فِي الرَّجْعَةِ فِي الْعِدَّةِ Maksudnya: Ayat ini merupakan khusus untuk talak iaitu sesiapa yang menceraikan isteri seperti mana yang diperintahkan Allah Taala maka baginya jalan keluar iaitu jalan untuk merujuk isterinya kembali ketika isteri di dalam iddah.[13] Daripada Hussain bin Fadhl berkata: وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ فِي أَدَاءِ الْفَرَائِضِ، يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً من العقوبة. (وَيَرْزُقْهُ) الثواب مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ أَيْ يُبَارِكْ لَهُ فِيمَا آتَاهُ Maksudnya: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah pada menunaikan segala kewajipan Fardhu maka akan diberikannnya jalan keluar daripada segala balasan siksa dan diberikan rezeki iaitu pahala daripada yang tidak disangka-sangka iaitu Alah Taala akan memberkati setiap apa yang diberikan kepadanya.[14] Daripada Sahl bin Abdillah berkata: وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ فِي اتِّبَاعِ السُّنَّةِ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً مِنْ عُقُوبَةِ أَهْلِ الْبِدَعِ Maksudnya: Barangsiapayang bertaqwa kepada Allah pada mengikut sunnah Nabi SAW maka akan diberikannya jalan keluar daripada balasan seksa ahli bidaah.[15] Daripada Umar bin Uthman al-Sodafi, katanya: وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ فَيَقِفُ عِنْدَ حُدُودِهِ وَيَجْتَنِبُ مَعَاصِيَهُ يُخْرِجْهُ مِنَ الْحَرَامِ إِلَى الْحَلَالِ، وَمِنَ الضِّيقِ إِلَى السَّعَةِ، وَمِنَ النَّارِ إِلَى الْجَنَّةِ. وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ مِنْ حَيْثُ لَا يَرْجُو Maksudnya: Barangsiapa yang bertqwa kepada Allah Taala dan menjaga segala batas-batas hukumnya dan menjauhi segala perkara maksiat maka akan dikeluarkan baginya darpad yang haram kepada yang halal, daripada kesempitan kepada kesenangan, daripada neraka kepada syurga. Lalu diberikan rezeki daripada yang tidak disangka-sangka yang mana ia tidak harapkan.[16] Sufyan Ibn ‘Uyainah berkata: هُوَ الْبَرَكَةُ فِي الرِّزْقِ Maksudnya: “Ia adalah keberkatan di dalam rezeki.”[17] Ibnu Mas’ud dan al-Masruq telah menafsirkan ayat ini secara umum. Abu Dzar berkata Nabi SAW telah bersabda : إِنِّي لَأَعْلَمُ آيَةً لَوْ أَخَذَ بِهَا النَّاسُ لَكَفَتْهُمْ- ثُمَّ تَلَا- وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً. وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ . فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا وَيُعِيدُهَا Maksudnya: Sesungguhnya aku akan mengajarkanmu satu ayat apabila diamalkan ayat tersebut maka ia sudah mencukupi bagi mereka, kemudian Nabi SAW membaca  وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً. وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ 
Show all...
#584: Tafsir Ayat Seribu Dinar  DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI Soalan Assalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan berkenaan ayat seribu dinar yang sering disebut oleh ramai orang? Jawapan Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan. Allah SWT berfirman: وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”[1] Ayat di dalam surah ini yang kami nyatakan di atas yang dikenali dalam kalangan masyarakat awam khususnya umat di Malaysia sebagai ayat seribu dinar. Sebab Turun Ayat Sebab turun ayat ini seperti dinukilkan: Bahawa seorang lelaki daripada sahabat Rasulullah SAW yang bernama Auf bin Al-Asyjai’ mempunyai seorang anak lelaki dan kaum musyrikin telah menawan anaknya. Maka ayahnya pun menemui Rasulullah SAW dan mengadu hal tersebut kepada Baginda SAW berkenaan anaknya yang ditawan musuh dan keadaan apa yang dihadapinya. Maka Rasulullah SAW menyuruhnya agar bersabar terhadap ujian yang menimpa dan Baginda SAW bersabda kepadanya bahawa sesungguhnya Allah SWT akan memberikannya jalan keluar. Maka tidak lama selepas itu, maka terlepaslah anaknya daripada tangan musuh. Lalu anaknya membawa beberapa ekor kambing musuh berserta harta lalu ia menemui bapanya. Maka turunlah ayat ini.[2] Imam al-Razi berkata: Kebanyakan ulama’ tafsir menyebut ayat ini dan selepasnya diturunkan kepada seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Auf bin Malik Asyjai’. Anaknya telah ditawan oleh musuh maka beliau menemui Nabi SAW dan menceritakan keadaan anaknya yang ditawan dan mengadu kesusahan yang dihadapinya. Maka Baginda SAW bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan bersabar dan perbanyakkan ucapan لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا باللَّه.” Maka beliau pun terus melakukannya. Tatkala beliau berada di rumah, lalu telah datang anaknya. Anaknya telah berjaya meloloskan diri daripada musuh dengan membawa bersamanya unta, lalu dibawakan kepada ayahnya. Telah berkata pengarang Kitab Al-Kasyaf, ketika mana beliau berada di rumah, tiba-tiba datang anaknya lalu mengetuk pintu rumah dan membawa bersama-samanya 100 ekor unta disebabkan musuh telah terlupa akan anaknya. Anaknya berjaya melarikan diri membawa bersama-sama dengan harta yang bernilai.[3] Dalam riwayat lain, Imam al-Tha’labi menukilkan bahawa ayat ini diturunkan kepada seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Auf bin Malik Ashjai’. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas beliau datang kepada Nabi SAW lalu menceritakan keadaan anaknya yang ditawan musuh. Beliau berkata: “Ya Rasulallah SAW, sesungguhnya anakku ditawan musuh dan ibunya amat berdukacita dan sedih.” Dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah ayat ini diturunkan kepada Auf bin malik Ashjai’ yang mana pihak musuh musyrikin telah menawan anaknya yang bernama Salim. Lalu beliau telah datang menemui Rasulullah SAW untuk mengadu kesusahan dan penderitaan yang dihadapinya. Beliau berkata: “Ya Rasulallah SAW sesunguhnya anakku telah ditawan oleh musuh dan ibunya amat sedih dan berdukacita.
Show all...