cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

PARENTING BOOSTER

Boost your parenting journey with us!!! You will be provided with: Info ✔️ Notes✔️ Freebies✔️ Online/offline Classes ✔️ Sharing from Certified OT ✔️ Experience Sharing from Parents✔️ T&C apply 😊❤️💪

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
883
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

BILA ANAK MENGADU TERASA LAMA SANGAT DI SEKOLAH Ada tak anak-anak Ibu Ayah yang mengadu, mereka rasa lama sangat di sekolah berbanding di rumah? 😬 Ada? Ok jom bantu anak kita selesaikan keresahan mereka ini dengan cuba tips dari OT Siti 'Aisyah Rozalli di bawah 👇 1. Explain Guna Jam Pasir Terangkan pada anak tentang masa menggunakan jam pasir. Berikan anak aktiviti dan set jam pasir biar anak nampak flow jam pasir tersebut sepanjang aktiviti di rumah. Bila anak nampak flow masa dari jam pasir, InshaAllah anak lebih mudah faham yang masa tu di sekolah dan di rumah adalah sama. Cuma environment yang membuatkan anak rasa lama sangat di sekolah 😉😆 2. Fidget Toys Bekalkan anak dengan apa-apa fidget toys seperti bola getah kecil atau lain-lain dalam bag atau bekas pensil anak di sekolah. Jika anak resah menghitung waktu untuk pulang ke rumah ketika di sekolah, ingatkan dan pesan pada anak supaya tenangkan diri dengan memicit fidget toys tersebut. Jangan lupa bincang dan maklumkan tentang situasi anak pada guru tentang sebab Ibu Ayah bekalkan anak fidget toys tersebut ya bagi mengelakkan dirampas atau anak kena marah 😊 3. Panjangkan Fokus Bantu anak untuk panjangkan time span dan fokus mereka dengan melakukan aktiviti gross motor & fine Motor, serta pattern supaya anak tidak terasa yang mereka lama sangat di sekolah 🤭 Semoga bermanfaat 😊👍 Ibu Raid, t.me/parentingBoosteR
Show all...
PARENTING BOOSTER

Boost your parenting journey with us!!! You will be provided with: Info ✔️ Notes✔️ Freebies✔️ Online/offline Classes ✔️ Sharing from Certified OT ✔️ Experience Sharing from Parents✔️ T&C apply 😊❤️💪

Photo unavailableShow in Telegram
Again... Usaha tu kerja manusia. Outcome tu, kerja Allah. Kita buat kerja manusia kita elok-elok ya ❤️ Maaf andai terkasar bahasa. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua ❤️
Show all...
Saya risau sebenarnya. Bila saya jumpa parents yang ada anak-anak autism, dan ada yang anaknya dah lebih dari usia 6 tahun, tapi tetap tak tahu beberapa terms yang bakal saya senaraikan ini. Bukan apa... Sebab memahami terms, keadaan dan keperluan anak-anak autism anda adalah sangat-sangat penting supaya anda tidak melakukan keputusan intervensi yang tidak berbaloi. Kalau 10 tahun dulu, saya faham. Sebab informasi memang belum banyak. Tapi, sekarang ni, informasi banyak. Cuma, mungkin bila informasi terlalu banyak, parents tak tahu nak pilih informasi mana yang paling tepat dan berbaloi untuk perkembangan anak autism anda. Ini antara term penting yang anda kena cuba untuk faham. Baca, dengar ceramah, bincang dengan terapis... Penting tau... : 1. SENSORY Sensori ni, maksudnya deria. Ini adalah antara kecelaruan paling utama yang biasa kita boleh lihat pada anak-anak autism. Jadi, parents perlu tahu jenis-jenis sensori : Auditory, Proprioception, Tactile, Visual, Vestibular, Olfactory, Gustatory, Interoception. Dan ini adalah intervensi yang terpaling utama anda kena letak dalam priority anda. Terpaling utama. 2. SOCIAL SKILLS Social skills ni, bukan hanya bercakap tau. Banyak. Banyak sangat sangat. Eye contact pun, bukan priority utama bila kita sebut pasal social skills. Banyak lagi perkara penting macam joint attention, 2-way communication, sequence, pause & participation. 3. PRAXIS Ini ada kaitan dengan kemampuan anak rancang pergerakan. Motor kasar dia, motor halus dia. Ramai anak autism ada masalah praxis ni. Dan praxis ni lah yang buat anak autism kita mudah nak belajar hand skills atau tak. Yang ni, lebih cepat kita train, lebih bagus. Kalau anak dah lebih 6 tahun, progress dia untuk kuasai praxis ni, lambat sikit. Bukan tak boleh, boleh. Tapi, lambat sikit. 4. INFANTALIZE. Yang ini amat amat lah pentingnya lah pun... Elak "infantalize" anak sampai besar. Maksudnya? Kita buatkan semua untuk anak kita sebab anak kita special. Latih anak urus diri sendiri. Ini penting. Lagi lama kita "baby" kan dia, lagi susah anak kita nak berdikari. 5. UNDER-AROUSAL vs OVER-AROUSAL Ni ada kaitan dengan cara anak adaptasi dengan maklumat sensori yang dia dapat. Ini penting tau. Kalau anak kita under-arousal. Kita nak kena bagi dia sensory activities yang tinggikan sikit arousal level dia. Begitulah sebaliknya kalau anak kita over-arousal. 6. BEHAVIOR IS A CONSEQUENCE Fahamkan setiap tingkah laku yang anak buat, ada penyebabnya. Bukan "sebab anak saya autism" atau "autism memanglah macam tu". Your child needs help. Setiap tingkah laku yang dia buat, adalah indikasi kepada sesuatu yang lebih penting dan lebih foundation, yang kita perlu fokuskan semasa lakukan intervensi untuk anak. 7. CLINICAL THERAPY & EIP ADALAH 2 PERKARA BERBEZA. Ramai parents rasa yang terapi, maksudnya hantar anak ke special school atau EIP yang setiap hari, dengan nilaian lebih kurang ribuan ringgit. Maka, ramai parents yang rasa, therapy is expensive. Tapi, sebenarnya clinical therapy adalah waktu anak bersama dengan therapist secara tailored. Maksudnya, anak to 1on1 dengan terapis. Di tempat saya, kami cater parents sehingga yang hanya mampu bajet untuk datang setiap 3 bulan. Maksudnya, lebih kurang dalam RM.85 sahaja parents perlu simpan setiap bulan. Kalau tak mampu, bincang. Di tempat kami, ada slot terapi percuma untuk yang tak berkemampuan. Betul-betul kami nak usaha tolong tau... Setiap 3 bulan yang parents datang, kami akan latih parents macam mana untuk uruskan anak sepanjang sela masa 3 bulan tu. Bincang dengan tempat terapi anda. Cara terbaik untuk anda continue terapi, dengan bajet yang anda ada. Selebihnya, join je free sharing yang saya dan team buat hampir setiap minggu tu. Yang penting, take your time to learn. Harapnya perkongsian saya ni buat anda yang ada anak autism jelas ya? Saya sedih setiap kali saya baca sharing parents yang kata, "memang anak autism macam tu". Walhal, bila kami yang terapis ni baca, sebenarnya anak tu, ada peluang untuk diusahakan bantuan lagi...
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Tahu tak, ramai anak-anak yang tak suka ke sekolah sebab mereka rasa mereka TAK PANDAI? Di GymCademy, hampir setiap tahun, kami akan dapat kes anak-anak yang normal, tiada masalah lain, tapi tak suka ke sekolah sebab mereka KURANG KEYAKINAN DIRI. Terutamanya anak-anak baru masuk tadika, dan baru masuk darjah 1. Kenapa boleh kurang keyakinan diri sampai macam tu sekali? Haa.... Bila kami buat penilaian kefungsian pada anak-anak ini, ramai antara mereka sebenarnya KURANG SKILL. Bila mereka dalam kelas, mereka: 💔 menulis lambat (jadi tak sempat salin tulisan di papan hitam) 💔 tak reti guna peralatan stationary di jari (gunting tak reti, gam tak reti) 💔 buat kerja lambat (kawan semua dah siap, dia seorang je yang belum siap) Jadi, di GymCademy, antara kemahiran yang kami akan latih anak-anak ini adalah KEMAHIRAN MENGGUNTING. Tapi, bukan kemahiran menggunting saja-saja tau... KEMAHIRAN MENGGUNTING YANG ADA PERANCANGAN LENGKAP. ✅ Latihan diberi 1 per 1 bermula dari tahap yang paling rendah. ✅ Buat 1 hari 1 latihan. Biar masanya pendek, tapi kerap dibuat. ✅ Hasil guntingan bukan dibuang, tapi jadi alat permainan anak. Ini akan tingkatkan self esteem bila anak nampak hasil kerjanya dan membuatkan anak rasa anak telah accomplish sesuatu. ✅ Rangsangan kemahiran lain diberikan sambil menggunting: 👄 Ajak anak bercerita tentang apa yang diguntingnya, menambah kosa kata dan keyakinan anak bercakap. 🧠 Ajak anak eksplor lagi tentang objek dan bentuk yang diguntingnya akan buatkan sel-sel otak anak berhubung dan anak lebih banyak informasi menarik. 👁️ Ajak anak tengok dan analyze bentuk, kira panjang hasil guntingannya, akan bantu tingkatkan kemahiran asas sains & matematik anak. 🖐️ Sentuhan dan pergerakan tangan yang anak perlu lakukan dalam setiap aktiviti menggunting, membantu anak kuatkan dan cekapkan otot menulisnya. Sebab banyak sangat improvement yang tim GymCademy nampak bila bagi anak LATIHAN MENGGUNTING YANG TERANCANG, maka kami modulkan latihan menggunting ni. Boleh tengok di ruang komen untuk maklumat tentang modul menggunting ni ya. Ada 22 aktiviti, yang boleh dilakukan sepanjang 22 hari, bila anda buat 1 hari, 1 aktiviti terancang bersama rangsangan tambahan yang dicadangkan dalam MANUAL IBU BAPA & GURU 😊
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Ramai pula yang tanya team kami kenapa buku latihan menggunting GymCademy ada manual. Dia begini. Masa saya design buku latihan menggunting ni, saya memang plan supaya parents boleh gunakan setiap helaian latihan secara optimum. Sebab tu, ada manual tu. Dalam manual tu, ada cara untuk guna setiap helaian latihan menggunting tu untuk: > Latih kemahiran asas menulis anak (menggunting adalah aktiviti penting untuk kawalan dalam tangan yang penting untuk anak nak belajar menulis) > Latih anak berkomunikasi (ada cadangan perbincangan yang boleh dilakukan dengan anak) > Rangsang perkembangan bahasa > Rangsang perkembangan matematik anak (ada cadangan rangsangan aktiviti numerasi yang boleh dilakukan) > Latih tingkahlaku positif (jika anda buat aktiviti menggunting dalam buku latihan tu sekali dengan aktiviti cadangan dari dalam manual, secara tak langsung, tingkah laku positif anak juga akan improve) Begitulah. Memang saya ambil kira banyak benda masa nak hasilkan buku latihan dan manual menggunting ni. Alhamdulillah. Dalam masa 3 bulan, lebih 1000 naskhah buku latihan menggunting yang dah berjaya dimiliki oleh anak-anak usia antara 2 hingga 9 tahun. Oh. Buku latihan menggunting tu boleh beli asing. RM15 je. Tapi, buku manual tu, kena beli pakej kombo. Harga dia je dalam RM80. Ada 224 muka surat. Tapi, kami masukkan MANUAL MENGGUNTING, buku cerita SNIP, nota SNIP FOR SPEECH DELAY dan buku Latihan Menggunting dalam satu kombo RM85 je. Sebab kami nak pastikan yang mana parents nak guna manual, memang boleh dapat the whole package of SNIP PROJECT ni. Begitulah. Siapa yang dah ada mana-mana buku dalam PROJEK BUKU SNIP ni? Cuba komen kat bawah 😊😊😊 Mana-mana yang nak, boleh tekan je link di bawah 👇😊 #OTAisyahRozalli #parentskidsandbeyond #GymThatTeach #projekbukuSNIP
Show all...
Elok ke tak elok gadget ni? Jom kita tengok 9 TANDA ANAK KECIL KETAGIHAN GADGET Gadget ni bahayanya adalah dia boleh mengakibatkan ketagihan. Ketagih yang macam dadah tau. Sebab dia release dopamine. Anak rasa happy bila gadget ada, rasa kosong dan resah bila gadget tiada. Sebab tu kita kena control penggunaannya pada anak-anak. Saya sendiri personally ada "gadget time" untuk anak-anak. Sebab saya pilih untuk dedah dalam keadaan terkawal. Semasa gadget time anak-anak: 🚫 tak boleh install apa-apa apps 🚫 tak boleh duduk dalam bilik. Mesti di hadapan kami sahaja. 🚫 Social Media memang saya tak dedahkan langsung, termasuk penggunaan whatsapp. Anak saya hanya tahu call sahaja guna phone, in case of emergency. 🚫 Anak saya TIADA PHONE SENDIRI. Ada ramai rakan-rakan saya pilih untuk tidak dedah langsung. Bagaimana kita nak kawal, terpulang pada kita. Tapi, kalau kita pilih untuk dedahkan, atau sudah terlanjur dedahkan... Kita perlu jelas dengan guideline penggunaan gadget pada anak-anak. Terutamanya kalau anak kita tu kecillllll sangat lagi. Dan... kita perlu SANGAT ALERT tentang tanda-tanda anak kita KETAGIHAN. Ketagihan gadget adalah SANGAT BAHAYA kepada perkembangan otak anak-anak ya 😣 9 Tanda Anak Ketagihan Gadget: 1️⃣KEGAGALAN KAWALAN Anak tak boleh ikut bila kita letak kawalan penggunaan. Tak boleh stop main gadget. Dan tak boleh bila dengar kita kata tak boleh gadget. 2️⃣ANAK HANYA MAHU GADGET SEBAGAI REWARD "Gadget Time" sahaja yang anak mahukan. Bila kita minta anak pilih apa hadiah yang dia mahu, anak hanya mahu "PHONE". Bila kita buat reward chart, anak hanya minta waktu penggunaan "PHONE" dipanjangkan. Ini juga tanda ketagihan ya... 3️⃣CERITA TENTANG APA YANG DIMAINKANNYA DALAM GADGET SAHAJA Kat meja makan, cerita tentang "minecraft". Kat depan cerita tentang Red Ball. Asal cerita je, cerita tentang game favourite dia dalam gadget. This is not healthy. Anak-anak perlu eksplore dan rasa minat dengan KEPELBAGAIAN PERKARA di muka bumi. Bukan hanya gadget. 4️⃣MENGGANGGU KEHIDUPAN SOSIAL Sentiasa berkepit dengan gadget. Tak boleh berenggang. Makan bawa gadget, nak tidur bawa gadget (eh.. bunyi macam kita pula kan?) 😅 Tapi, sentiasa mahu gadget sehingga anak sukar bersosial, mata tu ke gadget sahaja adalah tanda ketagihan. 5️⃣PERNAH BERGADUH ANAK-BERANAK TENTANG GADGET "Awak ni asyik phone je!!!" Kita pernah marah anak tentang penggunaan gadget dia, anak pernah mengamuk dengan kita tentang gadget dia, bergaduh adik-beradik berebut harta gadget tu. Ni tanda-tanda anak ketagihan gadget. 6️⃣ANAK TUNJUK TANDA ADDICTION WITHDRAWAL Bila kita off TV, off gadget, dia punya mengamuk semacam. Bila kita ambil gadget dia, jerit tak boleh bawa bincang. Orang ketagih, tak dapat barang, memang dia akan mengamuk tak boleh bawa bincang tau. So, tu tanda anak kita ketagihan ya. 7️⃣MASA DENGAN GADGET SEMAKIN LAMA SEMAKIN MENINGKAT Sepanjang masa anak nak tengok skrin. Kita kata "stimulation tolerance" dia meningkat. Dia boleh duduk, dalam posisi yang sama berjam-jam masa tengah main gadget tu. Bunyi guruh di langit ke, bunyi air di tempayan dicurahkan ke, semua dia tak dengar dah. Ni bahaya tau. Teruk dah addiction anak kalau macam tu. 8️⃣ANAK CURI-CURI GUNA Anak akan cari cara apa pun untuk curi-curi bawah gadget ke dalam bilik, bawa tidur, masukkan dalam beg sekolah. Ni memang tanda addiction gadget dah tahap agak teruk. Rules yang kita bagi, semua dah tak mahu ikut. Dan mula sorok-sorok, curi-curi langgar rules. Ni RED ALERT ADDICTION ye, mama ayah 😱 9️⃣HANYA DENGAN GADGET ANAK BAHAGIA Bila tiasa gadget, anak macam ayam berak kapur. Tiada pancaran kebahagian, asyik marah-marah, monyok tak tentu hala. Dapat je gadget, matanya bercahaya, sinar kebahagiaan terpancar dari wajah anak yang polos dan mulus. Haaa... Ni TANDA BESAR GADGET ADDICTION. So, mama ayah kena kawal betul-betul. Re-schedule semula penggunaan gadget. Kalau rasa tak mampu control, tak payah bagi langsung. Nanti saya share CARA NAK CONTROL gadget pula. Nak tak? Semoga bermanfaat perkongsian ini.
Show all...
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.