cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Yusri Yusoff Official

Show more
Malaysia11 020The language is not specifiedReligion & Spirituality78 938
Advertising posts
384
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-430 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

DAMAI DENGAN AL-QURAN Damai itu mencelah di sebalik kesulitan. Damai itu wujud di sebalik hati yang sedih dan jiwa yang runtun. Damai itu datang apabila kita melambai-lambai kepada Tuhan yang Teramat Pengasih. Tuhan yang Teramat Pengasih itu, faham benar dengan kesulitan yang dilalui oleh hamba-Nya. Tinggal lagi, kita ikhlaslah dengan takdir serta carilah damai di sebalik takdir itu. Mungkin susah kita hadapi, namun Syurga yang diberi. LA TAHZAN!, sungguh Allah Taala ada bersama kita. *DAPATKAN DENGAN PROMOSI PRA TEMPAH dengan HARGA RM23 SAHAJA ⤵️ Hari terakhir harga promosi!!! Tempah sekarang 😊 https://abbascentre.onpay.my/order/form/BukuDamai/FaqihSynergiz https://abbascentre.onpay.my/order/form/BukuDamai/FaqihSynergiz https://abbascentre.onpay.my/order/form/BukuDamai/FaqihSynergiz
Show all...
[Pra Tempah] Buku Damai Dengan Al-Quran

Ini adalah borang pra tempahan buku terbaru ustaz Dzul Khairi bersama puan Syafini. Buku ini dijangka terbit pertengahan bulan Ogos dan akan mula dibuat penghantaran 21hb Ogos 2023

Hari ini pergi servis kereta. Orang kata nak tahan lama guna kereta, kena jaga elok-elok. Time dah kena servis, pergi servis. Cek mana yang perlu. Tadi mekanik tanya, nak tukar filter ekon tak? Dah kotor katanya. Saya pun tengok. Ok. Tukar. . Memang betul pun begitu. Apa orang kata. . Macam hidup ini, badan kita ini pun kena servis. Setiap hari kena servis. Sampai waktu kena pergi. Dengar azan, kena pergi. Solat 5 waktu ini servis rohani, emosi, intelek dan fizikal kita. . Emosi tak stabil. Otak serabut. Solat boleh menenangkan. Kekadang kita lupa. Asyik ingat kita yang kuasai emosi kita. Kita lupa Allah yang bantu menenangkan kita. Ingat akan Allah, hatikan tenang. Emosi lebih positif. . Kenapa mulut kotor? Sumpah seranah dan mengumpat? Sebab mulut tak ada insuran! Hati tak servis. Kotor. Berkeladak. . Hati kotor? Tak perlu la tukar. Cukup istghfar dan muhasabah diri. Belajar bertaubat. . Jika apa kata orang kita boleh follow, apa Allah kata, kita jadi first follower. . Syukurlaah. Masih ada masa untuk servis diri. Terima kasih Allah !!. . Yusri Yusoff
Show all...
" _Senyumlah pagi ini. Walau rasa tersakiti. Rasa tidak dihargai. Belajar melepaskan pergi. Yakin pada Ilahi. Sabar diri. Insyaallah, Allah sukai._ " -Yusri Yusoff-
Show all...
Assalaamu alaikum tuan puan. Saya dan tim ada buat kelas belajar solat, fokus kepada memahami solat sunat secara lebih mendalam. Alhamdulillah, syukur. Setakat ini hampir 400 orang telah sertai. . Perkongsiannya untuk membantu kita memahami persoalan-persoalan secara jelas tentang solat sunat Apakah kebiasaan yang kita buat ? Apa perkara yang perlu kita betulkan? Apa keutamaan yang perlu didahulukan? Apakah kelebihan setiap solat sunat? Apakah benar kaedah solat sunat yang kita biasa lakukan? . Maklumat kelas : Nama kelas : Kursus Intensif Solat Sunat. Tarikh : 22 dan 29 Julai 2023 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi - 12 t/ghari. Medium : Zoom & Youtube Siri : Ada 2 siri Satu pendaftaran, suami isteri boleh join. Satu famili pun boleh join. Ada rakaman. *Yuran early bird hanya RM30 untuk dua siri, dibuka hingga jam 12 mlm ini sahaja. Hari ini dah last earlybird. Jika berminat, boleh terus daftar ya di link biru bawah ini :👇 https://abbascentre.onpay.my/order/form/KursusSolatSunat/FaqihSynergiz Sekiranya ada pertanyaan, boleh pm saya ya. Yusri Yusoff Terima kasih 😊
Show all...
KURSUS INTENSIF SOLAT

Panduan dan Hukum-Hakam Berkaitan Solat-Solat Sunat

Suami isteri Allah uji. Sejak awal kahwin sehingga saat sekarang.Ada saja ujian. Bertalu-talu. . Ada yang bercerai. Kahwin lain. Kahwin semula. Tak kahwin-kahwin. Ada dua tiga empat isteri. Rasa tak suka kat pasangan. Makin hari makin jauh. Ada yang rasa makin sayang. . Ujian anak. Tak ada anak. Anak seorang. Anak ramai. Anak lelaki saja. Anak perempuan saja. Anak OKU. Anak meninggal. Anak sakit berlarutan. . Ujian mak bapak mertua dan ipar. Ada yang kamcing. Ada yang bergaduh. Makan hati. Terasa hati. Jauh hati. Sentiasa dihati. Sakit hati. . Apa sebab ALLAH uji? Apa hikmahnya? Apa manfaat kita dapat? Apa respon kita saat diuji? Makin dekat atau makin jauh dengan Allah? Makin kasih pada pasangan atau makin benci? . Sebenarnya, Allah nak test kita, adakah kita benar yakin padaNya. Syukur dengan apa yang ada. Sabar atas apa yang berlaku. Ya, memang sukar. Sebab mahalnya bahagia yang kita impikan. Kita kan nak bahagia hingga ke Syurga! Tak kan ada Syurga tanpa diduga! Syukur laah..! . Yusri Yusoff. Motivator & Penulis www.wasap.my/60105560263/programsekolah2023
Show all...
Share on WhatsApp

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Syukur seadanya dengan pasangan kita. Ukur bahagia kita dengan apa yang kita ada, bukan apa yang orang lain ada. . Bahagia bukan pada berapa nilai orang lain letakkan pada pasangan mereka, tapi letaknya pada kita menilai pasangan kita. . Ya, mungkin kita tak seberadanya mereka, tapi kita sedar dimana kita berada. . Ya, setiap kita mahu rasa bahagia. Nilai positif atau negatif terletak pada kita. Syukur itu sentiasa membawa kita nilai positif walaupun berapa pun negatifnya pasangan kita. . Ya, kita mahu rasa dihargai pasangan seperti mereka dikaca media tapi kita lupa Allah senantiasa hargai kita dikaca pandanganNya di saat kita kuatkan SABAR keranaNYA. . Senyumlah.. Syukur laah. . Yusri Yusoff Motivator & Penulis Faqih Synergiz TC www.wasap.my/60105560263/motivasidiri
Show all...
Share on WhatsApp

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Ada satu atau lebih isteri bukan isu fokusnya Yang utama ialah sikap & tanggungjawab suami. Sifat qawwam terhadap isteri dan anak-anak. . Suami berfungsi dengan baik. Nafkah pun ok. Tanggungjawab dibuat dengan betul. Insyaallah akan menjadi baik keluarganya. Tak kisah berapa isteri pun. . Tapi apabila ada isteri seorang pun, tanggungjawab ke laut. Hampir semua benda isteri bayar. Barang dapur isteri beli. Pakaian isteri, isteri beli. Ke sana sini duit isteri. Ada satu ketika sehingga isteri rasakan seakan suaminya seolah-olah orang asing yang tiada baiknya untuk berkongsi hidup. Hanya wujud seadanya. Jadi, apa fungsi seorang suami ? . Sebenaqnya, ramai saja suami yang baik. Nafkah ditunaikan dengan baik. Hal belanja rumah bincang elok-elok dengan isteri. Tak paksa isteri bayaq itu ini. Isteri rasa redha tolong suami. Walau ada banyak kekurangan, tapi saling melengkapi dan sama-sama menjaga keluarga. Masing-masing belajar untuk menjadi lebih baik. . Ada sahabat & kawan saya yang ada lebih isteri, alhamdulillaah elok saja. Ya benar, untuk jadi elok bukan mudah. Awal-awal gaduh, masam muka, salah faham, terasa hati, itu biasa. Fitrah manusia, perlukan masa. Berbalik kepada peranan suami menguruskannya. . Lafaz Aku terima nikahnya, bukan sesenang dilafazkan, tapi pada melaksanakan. . Kahwin satu atau lebih bukan ukuran bahagia atau tidak sebuah rumah tangga. Tapi sikap, tanggungjawab serta rasa bersama memikul amanah itu menjadi keutamaannya. . Ya Allah, kami berkahwin kerana Mu..! . Yusri Yusoff . t.me/motivasipelajarngv . #Syukurlaah #SOLatkuncibahagia #motivasikeluargaJannah
Show all...
Hidup perlu diteruskan. Memang sakit. Terus bangkit. Memang pedas. Terus berusaha keras. Kayuh perlahan-lahan & terus. Bukan perlahan-lahan berhenti usaha & terus mati harapan! NEVER GIVE UP!
Show all...
Anak ini berbeza ragamnya.Ada ketika boleh handle. Anak elok saja kat seat.Tapi ada masanya tak macam tu. Apabila anak rasa tak selesa. Anak rasa unsecure. Dia menangis. Menangis tanda dia rasa takut berjauhan. Dia lebih rasa selamat apabila berada rapat dengan ibunya. Lebih-lebih lagi jika berada ditempat baru. Tempat yang dia tak biasa. Dia rasa tak selamat. Ketika itu, pelukan ibu atau ayahnya amat diperlukan, dia rasa lebih dilindungi. Lebih selamat. Lebih menenangkan emosinya. Tak apa berikan masa untuk dia menyesuaikan diri. . Yusri Yusoff
Show all...