en
Feedback
Dewdemy Education™

Dewdemy Education™

Open in Telegram

Channel rasmi Dewdemy Education. Pendidikan Iman, Bakat dan Worldschooling di Sekolah Nomad Anak Malaysia. Melahirkan Pemikir dan Infleuncer Muslim Generasi Mandiri Ekonomi. Sekolah Dewdemy Sekolah Tanpa Bangunan Kehidupan Adalah Sekolah

Show more
964
Subscribers
No data24 hours
+17 days
-230 days
Posts Archive
Pendaftaran dibuka! Sertai group untuk mendaftar. Link : https://chat.whatsapp.com/IMNBProVwHOKD9j8C4fUtO
Pendaftaran dibuka! Sertai group untuk mendaftar. Link : https://chat.whatsapp.com/IMNBProVwHOKD9j8C4fUtO

Antara perkataan dalam Quran yang dikelaskan mengikut baris, huruf mad dan tanwin. Sertai Seminar Bahasa Arab Faham Quran. Cu
+8
Antara perkataan dalam Quran yang dikelaskan mengikut baris, huruf mad dan tanwin. Sertai Seminar Bahasa Arab Faham Quran. Cuti Sekolah ini. Selasa-Rabu-Khamis. 24,25,26 Disember 2024. Bermula 8.30pagi. Join waiting list untuk pendaftaran : https://chat.whatsapp.com/IMNBProVwHOKD9j8C4fUtO #dewdemyeducation

تامل-06.webp1.58 KB

Kelas Arab Faham Quran Antara modul yang sedang disusun adalah menyatukan kalimah-kalimah kauniah. Anak-anak boleh terus relate dengan alam, flora, fauna, sekitar. Anak-anak tangkap maksud dan terus melihat ciptaan. Anak-anak relate ayat demi ayat. Booster kefahaman STEM dari ayat-ayat kauniah dalam Quran. Apakah kalimah kauniah dalam Juzuk Amma? Daurah sempena cuti sekolah ini. Selasa-Rabu-Khamis Join group untuk waiting list. https://chat.whatsapp.com/IMNBProVwHOKD9j8C4fUtO #dewdemyeducation

Dah masuk sesi ke-6. Dah masuk buku baru. Lagu baru. Tabarakallah, semoga Allah bantu anak-anak ini mencintai Bahasa ini dan
+2
Dah masuk sesi ke-6. Dah masuk buku baru. Lagu baru. Tabarakallah, semoga Allah bantu anak-anak ini mencintai Bahasa ini dan mempermudah menguasainya. Buku-buku dari Jordan digunakan sempena mendidik dari bumi Syam ini. Join Waiting List kelas Arab Faham Quran cuti sekolah. https://chat.whatsapp.com/IMNBProVwHOKD9j8C4fUtO #qolbuassyam

Terkini saya ada 8 pelajar kelas Bahasa Arab dengan bimbingan intensif. 5 pelajar dalam kelas grouping Qolbu As Syam. Apply banyak formula belajar baru, supaya memulakan belajar bahasa ini terasa mudah. Yang paling mereka teruja bila belajar dari nasyid Arab. Tugasan nyanyian pun sudah muncul macam macam versi 😊 1 pelajar exam UPKK. Pelajar tunggal saya dengan modul exam, tak pernah lagi saya coaching pelajar exam. Alhamdulillah, dari bermula gagal, percubaan sudah dapat C, last exam daerah sudah dapat B. Siapa sangka, anak yang merasakan down tiada sinar harini sudah bangkit. Sedikit masa lagi melunaskan tugas dan hutang, mengkotakan janji perjuangan, yang anak ini mahu mengimpikan A dalam arena Bahasa Arab. Insya Allah, tiada yang mustahil. Di sini grit dan nyalarasa tercipta. 2 lagi pelajar dalam Leadership Arabic Course. Intensif perbualan ammi Jordan dan fusha. Salah seorangnya sudah masuk bulan ke-3, daripada zero langsung tiada basic Arab, kini sudah dapat mengikut rentak. Terujanya dapat bersembang dengan pakcik dan syabab Arab dalam zoom, kelebihan apabila coaching online dalam Projek Worldschooling Jordan saya. Seorang lagi kecil-kecil cili padi baru berumur 10 tahun. Fast learner, berani mencuba. Baru dua kelas saja sudah faham konsep, sebutan lenggok Arab sudah betul, intro dengan guru sudah mula fasih. Awesome. Kini dalam proses memperbanyakkan pelbagai versi modul Bahasa Arab di Dewdemy Education Insya Allah bakal berada di bumi Arab selama 6 bulan. Dokumentari, dokumentasi dan membangunkan modul. Biar cinta kepada bahasa itu terus mekar dalam diri anak-anak, sepertimana berkembangnya cintaku pada bumi Syam itu sendiri. Bahasa arab dalam buku kanak-kanak di sini tidak sama susunan ayatnya seperti di Malaysia. Teruja untuk explore bersama anak-anak! Cuti Sekolah ini bakal melancarkan Kelas Arab Faham Quran, suatu modul baru R&D dari bumi Jordan. Jadi jangan lepaskan peluang, join waiting list di bawah. https://chat.whatsapp.com/IMNBProVwHOKD9j8C4fUtO Cikgu Yaqzan Jumaat, 3.30pm Sakan Abu Muhammad Tahta Soidaliyah (Dalki) Irbid, Jordan Menjadi guru di mana-mana pun mendidik. Menjadi murid di mana-mana pun terdidik. #dewdemyeducation

Koleksi buku Bahasa Arab kanak-kanak dari Jordan untuk siibus bacaan dalam kelas.
Koleksi buku Bahasa Arab kanak-kanak dari Jordan untuk siibus bacaan dalam kelas.

Ada pelbagai cara mudah nak polish anak-anak faham Arab sebenarnya. Salah satunya pelbagaikan doa. Baca doa-doa dari Quran, H
Ada pelbagai cara mudah nak polish anak-anak faham Arab sebenarnya. Salah satunya pelbagaikan doa. Baca doa-doa dari Quran, Hadith dan lihat maksudnya. Ini contoh salah satu doa yang digantung di tembok Masjid Universiti Yarmouk, Jordan. Contohnya boleh cuba baca doa penuh versi ni yang jarang berlatih guna di sekolah, di rumah. Sempena saya di Jordan 3 bulan dan Insya Allah akan ke Mekah, Madinah cuti sekolah tahun depan, ada banyak kelas Kemahiran Arab, membaca, menulis, bercakap dan faham Quran. Join waiting list update kelas. https://chat.whatsapp.com/IMNBProVwHOKD9j8C4fUtO - Cikgu Yaqzan Guru Pengembara Pengasas dan Ketua Guru Dewdemy #dewdemyeducation

DILANCARKAN! 😍😍😍 Mini Course Sekolah Dunia dari Dewdemy Education! 1. Pengenalan Asas Timeline 2. Tadabbur dan Teroka Asha
DILANCARKAN! 😍😍😍 Mini Course Sekolah Dunia dari Dewdemy Education! 1. Pengenalan Asas Timeline 2. Tadabbur dan Teroka Ashabul Kahfi TAWARAN SUPER EARLY BIRD 20 TERAWAL BERMULA SEKARANG! 🥰 Pembelian SEGERA di sini : https://tinyurl.com/2he7pk4b #dewdemyeducation #sekolahdunia #minicourse

Insya Allah esok bakal dilancarkan mini recorded course Sekolah Dunia dengan modul - Hadith Asas Timeline Sirah Tadabbur & Te
+1
Insya Allah esok bakal dilancarkan mini recorded course Sekolah Dunia dengan modul - Hadith Asas Timeline Sirah Tadabbur & Teroka Ashabul Kahfi 20 terawal untuk super early bird. Ikuti update di t.me/dewdemy Daftar Sekolah Islam Online Inovatif kami di sini : www.sekolahdunia.online #dewdemyeducation

The new version of Sekolah Dunia! 😍 The Unconventional Online Islamic School. Discover an innovative online school focusing on Islamic history and Seerah. Our unique curriculum combines self-learning and guided classes by traveling Worldschooling Teachers exploring around the globe. Visit : https://www.sekolahdunia.online Follow: t.me/sekolahduniaofficial #sekolahdunia

Orang beriman perlu berdakwah. Begitulah antara intipati dalam kisah Ashabul Kahfi. Orang beriman : 1. Menjaga iman dan agamanya 2. Mengajak orang lain menjaga iman dan agamanya (dakwah) Dalam Surah Al Kahfi, masyarakat ketika itu tidak dapat membuktikan Tuhan selain Allah adalah benar. Pemuda kahfi telah pun dalam usahanya mengajak menyembah kepada Allah. Kerana itulah amal fardi (sendiri) mesti digandingkan dengan tugas dakwah : Amar ma'ruf nahi munkar. Ia adalah tugas yang paling mulia. Tidak kiralah apa passion dan cita-cita setiap ahli keluarga, sulamkan dengan dakwah pada setiap tindakan. Menjadi baik itu, bukan untuk diri sendiri sahaja. Bagaimana kupasan menarik diajarkan kepada anak-anak dalam topik dakwah di Surah Al Kahfi? Ikuti Dewdemy Education untuk siri pendidikan Iman bertemakan Jordan, Disember ini! #dewdemyeducation #PendidikanIman

Dakwah tugas paling mulia
Dakwah tugas paling mulia

Allah menceritakan kisah Ashabul Kahfi dengan menyebutkan susunan berikut : 1. Ayat 10 : Pergi ke gua 2. Ayat 11 : Allah tidurkan 3. Ayat 12 : Allah bangkitkan dari tidur Cantiknya susunan Allah. Allah mengemukakan isi-isi pentingnya dahulu sebelum huraian di ayat berikutnya. Jelas di sini kekuasaan Allah menunjukkan Dialah yang Maha berkuasa, menghidupkan dan mematikan. Bukan sekali Allah mampu tetapi berkali-kali, dan berapa lama tempoh pun Allah boleh menjadikan keajaiban ini terjadi, tidak hanya terhad 309 tahun sahaja. Allah menggunakan kata "Fityah" yang bermaksud pemuda. Pemuda sekitar usia belasan hingga 20an, kuat masih bertenaga, gagah dan hebat, namun hidupnya disulam iman. Gua adalah rumah terbaik mereka ketika mempertahankan iman. Lalu hari ini, bagaimana anak-anak dan pemuda kita? Apakah hari ini "beriman" itu hanya mulanya di usia tua? Begitulah ujian buat anak muda, tepuk dada tanya imannya. Mari kita bina kekuatan iman dalam diri anak muda, biar mereka menjadi Influencer gagah buat agama. Sertai siri Pendidikan Iman bagi bulan Disember di Dewdemy Education bertemakan bumi Jordan. Mini course dan notes untuk bahan bekalan belajar anak-anak dan keluarga. Stay tune untuk Early Bird! Ikuti di t.me/dewdemy #dewdemyeducation #PendidikanIman

Fityah : Pemuda
Fityah : Pemuda

Kahfi, Zulqarnain dan Roh adalah 3 perkara "ghaib" yang ditanyakan oleh Kaum Musyrikin Quraisy. Apabila turunnya ayat Quran daripada Allah, spesifik menjawab dan menceritakannya, ini bermakna Nabi Muhammad benar. Nabi tidak memandai-mandai bercerita kerana kisah ini berlaku ketika zaman lampau di mana Nabi belum dilahirkan. Allah menceritakan secara storytelling dalam Al Quran tentang Kahfi dan Zulqarnain. Manakala tentang Roh pula, nabi juga tidak tahu, itu hanyalah rahsia dan urusan Allah. Hari ini, apabila anak-anak bertanya perihal ghaib dan agama, adakah jawapan kita tuntas terus dari Al Quran dan Hadith? Atau kita perlu berikan logik akal dahulu, mengikut kesesuaian situasi, dan hawa nafsu? Menjawab soalan anak-anak dengan nas-nas dahulu secara terus melatih anak-anak bahawa agama ini berlandaskan dalil, bukanlah reka-rekaan, mimpi ataupun perkara-perkara ajaib. Al Quran dan Sunnah adalah dalil dan jawapan yang mesti dikehadapankan dahulu, barulah perbincangan kupasan manusiawi. Penting membentuk pendidikan Iman dan minda anak-anak berpaksikan Al Quran dan Hadith dalam apa jua persoalan dalam hidup mereka. Inilah sebahagian ibrah dari Asbabun Nuzul Surah Al Kahfi. Inilah usaha yang setiap guru terapkan untuk anak didik di Dewdemy. Bersama Dewdemy Education dalam pendidikan Iman bertemakan bumi Jordan, Disember ini. #dewdemyeducation #PendidikanIman

Ibrah asbabun nuzul.
Ibrah asbabun nuzul.

4 Kisah dalam Surah Al Kahfi membawa banyak pengajaran penting dalam dunia pendidikan Iman anak-anak pada hari ini. Pemuda Ka
4 Kisah dalam Surah Al Kahfi membawa banyak pengajaran penting dalam dunia pendidikan Iman anak-anak pada hari ini. Pemuda Kahfi - tentang orang muda dan iman Pemilik 2 kebun - tentang harta dan iman Pengembaraan Nabi Musa dan Khidir - tentang ilmu dan iman Raja Dzulqarnain - tentang kuasa dan iman Sirah menjadi hook penting untuk membawa anak-anak mendekati kisah-kisah Al Quran dan pelbagai pengajaran dari Hadith. Usaha mempermudah, memperindah dan menyantuni anak-anak dengan khazanah ilmu ini adalah perjuangan yang berterusan di Dewdemy Education, supaya nanti akhirnya anak-anak mengerti bahawa belajar agama itu seronok sebenarnya. Terdapat pelbagai teori yang mengatakan di mana lokasi Gua Ashabul Kahfi, antaranya di Syiria, Turki, Iraq dan dikatakan yang paling tepat adalah di Jordan. Ikuti siri pendidikan iman seterusnya untuk Disember ini bertemakan bumi Jordan. #dewdemyeducation #worldschooling