en
Feedback
Dewdemy Education™

Dewdemy Education™

Open in Telegram

Channel rasmi Dewdemy Education. Pendidikan Iman, Bakat dan Worldschooling di Sekolah Nomad Anak Malaysia. Melahirkan Pemikir dan Infleuncer Muslim Generasi Mandiri Ekonomi. Sekolah Dewdemy Sekolah Tanpa Bangunan Kehidupan Adalah Sekolah

Show more
964
Subscribers
No data24 hours
+17 days
-230 days
Posts Archive
17 Hari Lagi Menuju Ramadan "Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala sepert
17 Hari Lagi Menuju Ramadan "Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih. Setiap tahun Dewdemy menyusun program dan bahan belajar sempena Ramadan yang dinantikan. Mari Ikuti kami di Komuniti Dewdemy : https://tinyurl.com/b64985v3 #menujuramadan #dewdemyeducation #dewdemy

Alhamdulillah 8.30pagi Saudi saya telah berniat ihram di miqat bi’ir ali. Kini menuju ke tanah haram Mekah untuk umrah. Insya
Alhamdulillah 8.30pagi Saudi saya telah berniat ihram di miqat bi’ir ali. Kini menuju ke tanah haram Mekah untuk umrah. Insya Allah dalam Trip Worldschooling umrah ini, 3 kali ke miqat dan berniat umrah. Pertama dari luar mekah di Zulhulaifah, Bi’ir Ali. Kedua dan ketiga dari dalam mekah. Ji’ranah dan Hudaibiyah. Bagi anak2 yang pernah belajar dalam kelas sirah topik bumi Mekah dan Haji, boleh ajak mereka semak tempat2 miqat. Bagi tuan puan yang mahu kirim doa, boleh pm saya. Doakan umrah maqbulah, mabrurah dan dipermudahkan urusannya. Cikgu Yaqzan 11.36am Zulhulaifah - Mekah

18 Hari Lagi Menuju Ramadan Al-Imam Al-Zuhri Rahimahullah apabila tiba bulan Ramadhan mengatakan: “Bulan ini adalah bulan til
18 Hari Lagi Menuju Ramadan Al-Imam Al-Zuhri Rahimahullah apabila tiba bulan Ramadhan mengatakan: “Bulan ini adalah bulan tilawah (membaca Al-Quran) dan memberi orang makan”. Setiap tahun Dewdemy menyusun program dan bahan belajar sempena Ramadan yang dinantikan. Mari Ikuti kami di Komuniti Dewdemy : https://tinyurl.com/b64985v3 #menujuramadan #dewdemyeducation #dewdemy

19 Hari Lagi Menuju Ramadan Telah berkata al-Rabe’ bin Sulaiman Rahimahullah bahawa al-Imam al-Syafi’e Rahimahullah mengkhata
19 Hari Lagi Menuju Ramadan Telah berkata al-Rabe’ bin Sulaiman Rahimahullah bahawa al-Imam al-Syafi’e Rahimahullah mengkhatamkan Al-Quran sebanyak enam puluh kali pada bulan Ramadhan di luar bacaan solat. [Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 10/36] Setiap tahun Dewdemy menyusun program dan bahan belajar sempena Ramadan yang dinantikan. Mari Ikuti kami di Komuniti Dewdemy : https://tinyurl.com/b64985v3 #menujuramadan #dewdemyeducation #dewdemy

20 Hari Lagi Menuju Ramadan Al-Imam Ibn Rejab al-Hanbali Rahimahullah di dalam kitabnya, Lataif al-Ma’arif menukilkan daripad
20 Hari Lagi Menuju Ramadan Al-Imam Ibn Rejab al-Hanbali Rahimahullah di dalam kitabnya, Lataif al-Ma’arif menukilkan daripada Ma’la bin al-Fadhl: “Adalah mereka (golongan salaf) berdoa kepada Allah selama enam bulan supaya disampaikan kepada mereka bulan Ramadhan dan enam bulan lagi supaya Allah menerima daripada mereka amalan mereka”. Beliau juga menyebut daripada Yahya bin Abi Kathir iaitu di antara doa para salaf itu ialah: “Ya Allah, selamatkanlah (sampaikanlah) diriku hingga ke bulan Ramadhan, terimalah (pahala) Ramadhan untukku dan perkenankanlah amalanku di bulan Ramadhan”. Setiap tahun Dewdemy menyusun program dan bahan belajar sempena Ramadan yang dinantikan. Mari Ikuti kami di Komuniti Dewdemy : https://tinyurl.com/b64985v3 #menujuramadan #dewdemyeducation #dewdemy

Safar Al Lughah Intake Februari telah dibuka. 2 dari 4 sesi kelas bulan Februari akan dijalankan dari Arab Saudi, saya akan menunaikan umrah sebagai mutaawif bagi trip Worldschooling Mecca Medina Guru Pengembara. Beberapa bahan belajar untuk kelas Februari akan bersumberkan dari bumi Mekah, Madinah dan Taif. Pendaftaran dibuka sehingga 7 Februari ini. Kelas pertama bermula 8 Februari. Info : https://web.facebook.com/share/p/15w5ZEUs5E/ -Cikgu Yaqzan Jordan

Selamat bercuti sekolah buat anak-anak Tuan Puan. Jangan lupa pantau aktiviti mereka sepanjang cuti ini dengan pengisian yang
Selamat bercuti sekolah buat anak-anak Tuan Puan. Jangan lupa pantau aktiviti mereka sepanjang cuti ini dengan pengisian yang bermanfaat. Jangan lupa sertai Daurah Soutul Musollin yang masih dibuka dan masih ada early bird. Bermula 27 Jan ini. Belajar Bahasa Arab dari bacaan solat dan hadith Israk Mikraj. 😊 Dua kitab rujukan yang menjadi add on dalam topik Bahasa Arab Solat - Asrar Solah karya Ibnu Qaiyim Al Jauziyyah Az Zul wal Inkisar (Al Khusyuk fi As Solah) karya Ibnu Rajab Al Hambali Mengupas tentang rahsia perkataan dan pergerakan dalam solat untuk meraih kekusyukan. Ibu bapa digalakkan belajar sekali bersama anak-anak 😊 Daftar dari group di sini : https://tinyurl.com/b64985v3

*PENGUMUMAN* Esok bakal dibuka pendaftaran *Daurah Soutul Musollin* Daurah latihan Bahasa Arab melalui analisis bacaan solat
*PENGUMUMAN* Esok bakal dibuka pendaftaran *Daurah Soutul Musollin* Daurah latihan Bahasa Arab melalui analisis bacaan solat dan Hadith Israk Mikraj. Sempena cuti sekolah Januari ini dan sempena Israk Mikraj bulan Rejab. Penyampaian khusus untuk anak-anak dan kandungan sesuai untuk seisi keluarga. Istimewa kupasan penting rahsia perkataan dan pergerakan dalam solat untuk meraih khusyuk dari Kitab tulisan Ibnu Qaiyim Al Jauziyyah dan Ibnu Rajab Al Hambali. Diskaun untuk 20 terawal dan diskaun berperingkat mengikut fasa. Stay tune pelancaran esok jam 8malam di Group. https://tinyurl.com/b64985v3

https://vt.tiktok.com/ZS6mXu2MW/ Feedback dan suggestion untuk 2025 dialu-alukan di sini : bit.ly/Dewdemy2025

2025 untuk Dewdemy baru sahaja bermula. Kami menjemput ibu bapa untuk memberikan feedback dan cadangan bagi tahun ini untuk k
2025 untuk Dewdemy baru sahaja bermula. Kami menjemput ibu bapa untuk memberikan feedback dan cadangan bagi tahun ini untuk kami di sini. 👇👇👇 bit.ly/Dewdemy2025 . Insya Allah 2025 kami akan fokus pembangunan konten dan relaunching Idea “Sekolah Nomad” 2.0 dengan modul berfokuskan Fardhu Ain melalui Timeline Sirah Nabi Muhammad SAW dengan pendidikan bermanhaj salaf. Saya dapat tawaran tanah di Johor, jika ada rezeki kebun Zinnia baharu akan bertapak di sana. Saya juga menjemput lebih ramai kolaborator dari kalangan parent untuk bersama-sama membangunkan pendidikan di Dewdemy Education ini. Doakan semoga perjalanan satu tahun ke hadapan ini yang paling baik dari sebelumnya. Dewdemy Education Pendidikan Iman, Bakat, Worldschooling Model Pendidikan Masa Hadapan . Jemput ke - Komuniti Dewdemy : https://tinyurl.com/b64985v3 Komuniti Guru Pengembara : https://bit.ly/3ZpwGXs - Cikgu Yaqzan Irbid, Jordan #dewdemy #dewdemyeducation #makedewdemygreatagain

Duwwar Y, Universiti Yarmouk, Jordan. Pulang ke kampung selepas 8 tahun.
Duwwar Y, Universiti Yarmouk, Jordan. Pulang ke kampung selepas 8 tahun.

Dewdemy 2018-2024 Terima kasih kepada ibu bapa khususnya yang memberi sokongan usaha kecil kami dalam dunia pendidikan. Saya bukan siapa-siapa, jauh sekali pengiktirafan dalam dunia pendidikan. Tidak pernah bertali leher ke sekolah kerajaan. Tiada sijil HRDF mahupun sesiapa sahaja yang mahu iktiraf. Saya juga seorang lelaki, yang untuk menyelami dan bercakap kepada dunia para ibu (yang menyusun pendidikan anak) bukanlah saya orangnya yang sesuai. Tidak semua cita dan impi dalam Dewdemy berhasil. Paling teruk kami dihentam tahun 2024. Saya packing, selamatkan isteri dan keluar mengembara mencari sinar baharu. . Sekilas tema dan highlight kami setiap tahun. 2018 - Kami bermula November dengan pelbagai pilot test. Antara yang pernah diusahakan adalah DEWTalk, dengan cita-cita ala-ala TEDTalk. 2019 - Program pembangunan brand dan bakat, kelas anak bersama profeesional Trainer di DEWClass dan XDew. 2020 - Zaman PKP. Sekolah Sirah mendapat sambutan, sehingga ditamatkan di Batch 8 selepas 3 tahun. 2021 - Siri Storytelling Sirah program bertema hampir seratus keluarga join setiap bulan. Ditamatkan tahun ini pada Siri ke 17. 2022 - Pembangunan modul baharu seperti Sains Tauhidik dan Matematik Ibrah. Menjadi turning point dan batu loncatan Sekolah Dunia. 2023 - Sekolah Tadabbur diwujudkan merangkumi pelbagai subjek, kem dan program outdoor dipenuhi anak-anak. Sekolah Nomad bermula secara rasmi. 2024 - Sekolah Dewdemy hanya menjaga pelajar elite sahaja. Sehingga habis musim, 3 sem, 9 bulan. 2025. Tidak seperti 2 tahun sebelumnya, tahun ini tiada penulisan “update track record”. Cukup sekadar memberitahu yang Dewdemy masih bernafas walau calar balarnya hanya Allah yang tahu. 2025 fokus adalah tema Bahasa Arab bersempena kepulangan saya ke bumi Jordan untuk 3 bulan dan barangkali lebih. Pengembaraan ke negara Arab juga masih panjang, beberapa perancangan sudah tersedia iaitu masuk ke bumi Saudi (Mekah, Madinah), stanby untuk masuk ke Syria, Palestine dan Iraq, juga bakal kali pertama ke Mesir, kampung Cikgu Umairah Satitan 2025 saya mahu bersekolah lagi, khususnya menguasai semula kemahiran Bahasa Arab yang sudah 8 tahun ditinggalkan. Mahu menjadi pengembara tegar dan terus hidup mengembara, minimalis, hapuskan hutang, cipta track sendiri. Kehidupan adalah sekolah. Saya ada sakit. Sudah tiada masa lagi untuk simpan simpan ilmu yang ada. Segalanya perlu release untuk pewaris. Siapa lagi kalau bukan anak-anak muda kita? Jika satu hari nanti saya pergi, berdoalah untuk saya agar segala yang telah saya sampaikan kepada anak didik adalah bekalan pahala buat saya. Semoga ilmu itu nanti disambung oleh pewaris anak-anak yang mengangkat panji Quran dan Sunnah manhaj Salafus Soleh. Jemput ke - Komuniti Dewdemy : https://tinyurl.com/b64985v3 Komuniti Guru Pengembara : https://bit.ly/3ZpwGXs Cikgu Yaqzan. Dari Irbid, Jordan. Universiti Yarmouk

Alhamdulillah Seminar Level 1 harini berjalan lancar, anak-anak semua menunjukkan kesungguhan dan keterujaan. Doakan mereka m
Alhamdulillah Seminar Level 1 harini berjalan lancar, anak-anak semua menunjukkan kesungguhan dan keterujaan. Doakan mereka menjadi anak-anak yang hebat dalam berbahasa Arab. 😊

Seminar Bahasa Arab Faham Quran sempena Cuti Sekolah ini! Bermula esok! https://www.youtube.com/shorts/uovCpX0QZfs

Seminar Bahasa Arab Faham Quran sempena Cuti Sekolah ini bermula esok! Join Group untuk mendaftar : https://chat.whatsapp.com/IMNBProVwHOKD9j8C4fUtO https://www.youtube.com/shorts/uovCpX0QZfs

Jangan lepaskan peluang. Diskaun sehingga malam ini sahaja. Join group untuk mendaftar : https://chat.whatsapp.com/IMNBProVwHOKD9j8C4fUtO #dewdemyeducation

Daurah Mafatih Al Fahm Seminar Bahasa Arab Faham Quran Dalam Level 3 - pelbagai formula lebih advance disusun untuk menggabun
Daurah Mafatih Al Fahm Seminar Bahasa Arab Faham Quran Dalam Level 3 - pelbagai formula lebih advance disusun untuk menggabungkan kefahaman topik-topik yang telah dipelajari di level 1 dan 2. Anak-anak akan praktis mengubah perkataan asal menjadi bentuk yang baru apabila digabungkan dengan elemen khusus seperti huruf nasob, huruf jazam dan lain-lain. Lebih penting adalah menentukan baris akhir yang tepat, sama ada perlu atas atau bawah atau depan, atau kesemuanya dengan tanwin. Ini secara tidak langsung membantu hafalan Al Quran dengan baris yang tepat, tidak melakukan kesilapan asas dan memahami struktur penuh ayat Bahasa Arab, apatah lagi bahasa Arab dalam lafaz-lafaz Al Quran. Setelah lengkap kesemua 3 level, Insya Allah anak-anak sudah memegang 3 kunci kefahaman kepada terjemahan perkata level asas Al Quran. Daurah ini adalah ilmu alat untuk membantu kefahaman menyeluruh maksud-maksud Al Quran dalam kajian/kelas/pembelajaran lebih mendalam di masa akan datang.

Daurah Mafatih Al Fahm Seminar Bahasa Arab Faham Quran Dalam Level 2 - fokus pembelajaran adalah menganalisis perkataan yang
Daurah Mafatih Al Fahm Seminar Bahasa Arab Faham Quran Dalam Level 2 - fokus pembelajaran adalah menganalisis perkataan yang popular berulang dalam Al Quran selepas memahami maknanya dalam Level 1. Latihan memahami perubahan baris dan huruf akan dilakukan bagi membezakan bentuk kalimah dengan kalimah yang lain yang membawa maksud hampir sama tetapi berbeza zaman, berbeza pelaku, berbeza bilangan, berbeza jantina dan sebagainya. Special untuk Level 2 anak-anak akan diperkenalkan kalimah-kalimah kauniyah (alam) khususnya yang terdapat dalam surah lazim seperti di Juzuk Amma. Ini masanya anak-anak belajar Bahasa Arab melalui contoh-contoh dalam Al Quran. Sertai kami di Dewdemy Education! Daftar melalui link di group : https://chat.whatsapp.com/IMNBProVwHOKD9j8C4fUtO #dewdemyeducation #mafatihalfahm #semibararab #fahamquran

Daurah Mafatih Al Fahm Seminar Bahasa Arab Faham Quran Dalam Level 1 - fokus pembelajaran adalah mengenalpasti perkataan dan
Daurah Mafatih Al Fahm Seminar Bahasa Arab Faham Quran Dalam Level 1 - fokus pembelajaran adalah mengenalpasti perkataan dan jenisnya dalam potongan-potongan ayat Al Quran. Kemudian setelah pengkelasan dibuat, hafalan mudah dapat dilakukan. Ada beberapa formula mudah bagaimana cara menghafal dan cepat detect maksud setiap kali bertemu perkataan yang berulang-ulang. Kemudian anak-anak akan mengenalpasti beberapa perkataan arab yang serupa dengan perkataan Melayu. Ini menjadikan lebih mudah mengingat dan tidak menjadi sukar memahami maksud per kata. Semuanya Selasa ini, cuti sekolah Disember 2024. Bila lagi mahu asah Bahasa Arab sekaligus mengalisis memahami perkataan dalam Al Quran? 🥰 Bersama Dewdemy, untuk anak-anak anda. Join Group untuk mendaftar : https://chat.whatsapp.com/IMNBProVwHOKD9j8C4fUtO #dewdemyeducation