Berita Harian Singapura
Open in Telegram
1 554
Subscribers
No data24 hours
+47 days
+1130 days
Posts Archive
Apakah itu 'emotional regulation'? 💭
Ketahui cara didik anak kawal emosi agar tidak terlalu membebankan. Kenal pasti perasaan dengan bina kosa kata bagi menggambarkan situasi; gunakan strategi teknik pernafasan dan kesedaran minda.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/4djuB
Polis siasat 5 individu berhubung komen banjir Nepal, pelaburan SIA
Lima individu berusia 29 hingga 66 tahun disiasat susulan komen tertentu yang dibuat dalam talian mengenai bencana banjir Nepal serta perbincangan mengenai pelaburan SIA dalam Air India.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/ogL4
Boleh sentuh ke? 🤔
Ketahui batas dan cara untuk mengajar anak kita untuk berkata "tidak" atau "berhenti".
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/LVDR
Hanya 3 hari lagi untuk mendaftar! ⏳
Sertai podcast dan perbincangan langsung "Didik Anak Kata 'Tidak'" bersama barisan panelis jemputan untuk pelajari cara mengajar anak menjaga keselamatan diri, mengenali tanda 'grooming', dan membina batasan peribadi.
Penyertaan percuma dan tempat adalah terhad! Imbas kod QR pada poster atau layari https://tinyurl.com/bhdnapodcast untuk mendaftar sekarang. Tempat terhad!
Pertimbangan kewangan bukan satu-satunya faktor yang menentukan sama ada individu berkeupayaan dan berpengalaman memilih untuk menceburi bidang politik, demikian pandangan beberapa pemerhati yang dihubungi Berita Harian (BH).
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/Nj52
Kos akibat kepimpinan yang sederhana adalah jauh lebih besar berbanding kos membayar gaji menteri secara wajarnya, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/oLf8
Usaha untuk menarik individu berkebolehan daripada perkhidmatan awam dan sektor swasta untuk tampil berkhidmat sebagai menteri kini menjadi satu cabaran yang semakin sukar buat Singapura.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/LZ4k
Singapura akan mencari keseimbangan dalam usaha melindungi kanak-kanak di masjid sambil mengekalkan sifat terbuka dan mesra yang menjadi teras masjid di sini, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/ADCN
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan menyumbangkan keseluruhan kenaikan gajinya kepada usaha-usaha kebajikan bagi tempoh lima tahun akan datang.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/dxT8
Formula tanda aras gaji bagi menteri gred MR4 akan dikekalkan pada pendapatan tahunan median daripada 1,000 pemegang pendapatan tertinggi dalam kalangan warga Singapura, dengan potongan sebanyak 40 peratus.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/i7Qv
Formula tanda aras gaji bagi menteri gred MR4 akan dikekalkan pada pendapatan tahunan median daripada 1,000 pemegang pendapatan tertinggi dalam kalangan warga Singapura, dengan potongan sebanyak 40 peratus.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/i7Qv
Tugas seorang Menteri bukan sekadar melakukan apa yang popular hari ini.
Mereka juga perlu mempertimbangkan perkara yang bakal meletakkan Singapura pada kedudukan yang lebih kukuh esok, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/bhZB
Pemerintah sedang mempertimbangkan untuk meluaskan pemeriksaan bagi peranan yang melibatkan hubungan dengan kanak-kanak dan golongan muda agar meliputi lebih banyak sektor, termasuk pemeriksaan secara sukarela bagi sektor yang tidak dikawal selia.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/oGeQ
Pihak polis tidak memaklumkan kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengenai kes ‘pempengaruh agama’ berusia 37 tahun yang melakukan kesalahan seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki muda pada 2024 kerana individu tersebut bukan seorang asatizah berdaftar, dan tidak memegang sebarang jawatan rasmi, peranan atau pertalian dengan masjid.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/fifg
Pemegang jawatan politik akan mendapat kenaikan gaji sekali sahaja sehingga sembilan peratus, setelah pemerintah menerima cadangan jawatankuasa yang ditubuhkan pada Disember 2025 untuk menyemak semula gaji pemegang jawatan politik dan Anggota Parlimen (AP)
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/piWJ
Satu jawatankuasa yang akan mengkaji serta memperkukuh langkah perlindungan di semua institusi agama akan ditubuhkan, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/aPw8
📢 Sidang Parlimen bermula 10.30 pagi ini!
Dapatkan jawapan rasmi pemerintah isu semakan gaji politik PM Lawrence Wong dan Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing serta ulasan daripada Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad tentang kes kesalahan seksual baru-baru ini yang melibatkan seorang 'pempengaruh agama'.
📲 Ikuti ‘live blog’ Berita Harian di:
https://www.beritaharian.sg/sidang-parlimen-singapura-8-september-2026?ref=banner
“Nanti kita jumpa”. Ayat itu mungkin antara janji yang paling mudah disebut apabila terserempak dengan kawan lama, tetapi juga antara yang paling sukar ditunaikan apabila usia semakin meningkat.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/9NSc
Percutian pendek 2 orang kawan di Jakarta terpaksa dilanjut selepas penerbangan dibatal sebab letusan Anak Krakatau.
🔗 Baca di sini: https://bh.sg/5awq
Sertai perbincangan khas "Didik Anak Kata 'Tidak'" bersama Pakar Psikologi Muhammad Haikal Jamil dan Ustazah Liyana Musfirah! Pelajari cara mengajar anak menjaga keselamatan diri, mengenali tanda grooming, dan membina batasan peribadi.
Penyertaan Percuma! Imbas kod QR pada poster atau tekan pautan ini untuk mendaftar sekarang: https://tinyurl.com/bhdnapodcast.
Tempat terhad!
