en
Feedback
Surau An-Nur Bandar Puteri Klang

Surau An-Nur Bandar Puteri Klang

Open in Telegram

Telegram Channel bagi Hebahan Flyers Kuliah & Majlis Ilmu Surau An-Nur Bandar Puteri Klang, Selangor, Malaysia. telegram - t.me/annurbpk facebook - www.fb.com/annurbpk Youtube - www.youtube.com/@annurbpk email - annurbpk@gmail.com

Show more
496
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-230 days
Posts Archive
Online lah dan rujuk kitab

Hadir lah & bawa kitab

Tajuk: Hadis #5 Merapikan saf ms29 Kitab Arba’un Al-Khairiyyah 40 Hadis Sebaik-baik Perkara dan Amal Kuliah Maghrib Ust. Samsul Kamal Sudarmin 07 September 2026 | Isnin | 8:00 mlm Bersiaran @ FB Page, Telegram Channel & Youtube Channel Surau An-Nur Bandar Puteri Klang LIVE/Rakaman menggunakan Hp Pixel 6 Mic YICHUANG (YC-VM30) Internet Unifi Fiber 100Mbps/50Mbps https://www.facebook.com/share/v/1DdywL5GDv/

Hidayah ialah buah dari ilmu
Hidayah ialah buah dari ilmu

Repost from N/a
Muka Surat 523 Juz 27 Bacaan Al-Quran & Terjemahan

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Juz 27; Muka Surat 523; Surah 51; Surah Adz-Dzaariyaat; ayat 52 hingga 60 52-- Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila". 53-- Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya). 54-- Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka). 55-- Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. 56-- Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 57-- Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. 58-- Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. 59-- (Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya. 60-- Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka. Juz 27; Muka Surat 523; Surah 52; Surah At-Tuur; ayat 1 hingga 14 1-- Demi Gunung Tursina; 2-- Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi - 3-- Pada lembaran surat yang terbuka; 4-- Dan demi "Al-Baitul Makmur"; 5-- Dan demi bumbung yang tinggi; 6-- Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan); - 7-- Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; - 8-- Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya; - 9-- Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya. 10-- Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa. 11-- (Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran; 12-- Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan. 13-- Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya, 14-- (Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.

Bacaan Terjemahan Juz 27 Muka Surat 523

Teks & Bacaan Al-Quran Juz 27 Muka Surat 523

Playlist Kuliah Kitab Mishabul Munir Ust. Husaini Abdul Hamid di Surau An-Nur Bandar Puteri Klang https://www.youtube.com/playlist?list=PLahiiZ2peR7fJ9qRf0SPp8AYOEtKodimB

Sifat Wujud (samb) Yang sebenar wujud ms32 (Bah2) Kitab Misbahul Munir Daurah #16 Misi Mengenal Allah SWT Ust. Husaini Abdul Hamid 06 September 2026 | Ahad | 10:30 pagi Bersiaran @ FB Page, Telegram Channel & Youtube Channel Surau An-Nur Bandar Puteri Klang

Sifat Wujud (samb) Yang sebenar wujud ms32 (Bah1) Kitab Misbahul Munir Daurah #16 Misi Mengenal Allah SWT Ust. Husaini Abdul Hamid 06 September 2026 | Ahad | 8:30 pagi Bersiaran @ FB Page, Telegram Channel & Youtube Channel Surau An-Nur Bandar Puteri Klang

Playlist Kuliah Kitab Fiqah Imam Syafi'i/Mu'tamad/Kifayatul Akhyar bersama Ust. Bashasunnahar Puasa https://youtube.com/playlist?list=PLahiiZ2peR7fWCulXpQvZUNLZF4SArrVm

Jual beli yang diharam ms55 Kitab Fiqah Imam Syafi'i/Mu'tamad J3 Kuliah Subuh Ust. Dr. Bashasunnahar Puasa 06 September 2026 | Ahad | 6:30 pagi Bersiaran @ FB Page, Telegram Channel & Youtube Channel Surau An-Nur Bandar Puteri Klang

Maaf, kuliah ditangguhkan