GERBANG INFORMASI SMILE (PIBK SMK LEDANG)
Open in Telegram
Saluran hebahan maklumat semasa yang tepat mengenai SMK Ledang kepada warga sekolah dan Komuniti setempat.
Show more470
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Salam #SMiLEkusayang
Salam Malaysia Madani
1. Warga SMiLE mendoakan agar semoga semua calon dipermudah urusan, dilancarkan proses menjawab peperiksaan & beroleh kejayaan hasil daripada usaha selama beberapa tahun di sekolah.
2. Jadikan peluang ini untuk anda mencipta kejayaan yang lebih baik untuk masa hadapan.
3. Percaya dan yakin pada diri sendiri bahawa anda boleh berjaya kerana itulah kunci utama kejayaan.
4. Semoga Tuhan mempermudah calon-calon SPM & STPM 2023/24 untuk menjawab semua soalan peperiksaan.
Sekian,
🌹Ikhlas daripada Warga SMiLE🌹
Repost from N/a
Assalamualaikum & Salam sejahtera cikgu.
MASALAH AIR SMK LEDANG 26 10 2023
Dimaklumkan semua guru, AKP dan murid dibenarkan pulang jam 1.00 tengahari.
Ibu bapa boleh mengambil anak pada masa yang dimaklumkan.
Harap maklum dan sila ambil tindakan bagi pihak yang berkenaan.
Terima kasih.
HARI KEUSAHAWANAN
SMK LEDANG 2023
Hari: Khamis
Tarikh: 12 Oktober 2023
Tempat: Padang SMK Ledang
Utk makluman ibu bapa / penjaga murid Tingkatan 5 SMK Ledang
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera....
Jemputan kepada semua warga sekolah & ibu bapa ke Webinar Temubual Thalassemia 3.0
Salam, mohon GBK maklumkan kepada pelajar n ibubapa yg mohon ke KV. Pelajar wajib duduki PKSK. Minta mereka semak pusat PKSK di sekolah mana. Pergi duduki PKSK Pakai baju sekolah.
Start esok, 25 September da boleh cek status permohonan masuk ke KV. Guna link ini 👇
https://spskt4.moe.gov.my/
Unit Kebersihan dan Keceriaan (3K) SMK Ledang akan menganjurkan Program Gotong-Royong MADANI 2023
untuk mewujudkan kelas-kelas yang kondusif dan ceria bagi keselesaan murid-murid sekolah ini.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh / Hari : 13 September 2023 (Rabu)
Masa: 7.30 - 9.30 pagi
Tempat: Kelas-kelas Tingkatan 1 hingga 6
Ibu bapa yang ingin turut serta dalam menjayakan program ini boleh mengesahkan kehadiran melalui link di pautan Google Sheet berikut: https://forms.gle/XHXsXtXDSdVGM6YU9
SEMUA DIJEMPUT HADIR!
🌿Pengumpulan Minyak Masak Terpakai🌿
Aktiviti Pengumpulan Minyak Masak Terpakai Sempena Minggu Stem akan datang akan diadakan bermula,
📆 6 September — 16 September 2023
📗 Kutipan di Makmal Newton SMKL
🎊 Sijil dan Hadiah kepada penghantar terbanyak.
📌Minyak wajib ditapis terlebih dahulu sebelum di hantar kepada kami menggunakan botol bersaiz sekurang-kurangnya 2kg.
🌿Mari Kumpul, Hantar dan Melestarikan Alam Sekitar🌿
☎️Hubungi Pn.Norulaini Md Rasib bagi sebarang pertanyaan di talian 019 231 1620
