en
Feedback
𓍯 رسالہ مؤلف 🇵🇸

𓍯 رسالہ مؤلف 🇵🇸

Open in Telegram

barang siapa menyampaikan 1 ilmu saja, dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal) ia tetap memperoleh pahala. (HR. Bukhari) - perjuangan seorang mualaf 💌 ⋮ Since : 5. September. 2022

Show more
3 117
Subscribers
No data24 hours
-827 days
-12630 days
Posts Archive
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
perempuan belajar ilmu agama untuk 4 perkara : 1. untuk berbakti dan mendoakan orang tuanya. 2. sebagai bekal kematian. 3. untuk bekal taat kepada suaminya. 4. bekal menjadi seorang ibu bagi anak-anaknya.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jangan biasakan sangat diri bergaul dengan bukan mahram, lama kelamaan ia boleh menghilangkan rasa MALU. - ustaz azhar idrus -
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
sudah-sudahlah membenci orang, umur kita makin tua, makin mendekat mati. maafkanlah walau terasa sakitnya hati, itulah yang terbaik. - ustaz ahmad rizam -
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jika streak penting untuk mengekalkan hubungan dengan sahabat, maka solat juga penting untuk mengekalkan hubunganmu dengan Allah.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jangan sebab nak jaga hati kawan, kita takut nak tegur bila dia tak solat / buka aurat, jaga-jaga di mahsyar nanti. - ustaz wadi annuar -
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙friday checklist💙 • baca surah al-kahfi • zikir & istighfar • perbanyakan selawat • perbanyakan doa • perbanyakan sedakah • mandi sunat • memakai baju terbaik • memakai wangian • potong kuku 📌 tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua @RisalahMualaf 🇵🇸

🌸zikir hari jumaat🌸 ياَ اَلله ya Allah maksud: “ya Allah” fadhilat: anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha; dan bagi wanita akan merasakan senang dan suka menutup auratnya dengan baik. “dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati.” (QS. Al-Muzzammil 73 : 8) zikir dengan lafaz yang sama seperti di atas pada hari jumaat, sebelum solat jumaat, berwuduk, wiridkan sebanyak 100 kali inShaAllah dimudahkan baginya segala yang dituntutnya.@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jadikanlah nasihat atau hikmah para ulama' itu sebagai cermin untuk diri sendiri, bukan sebagai untuk alat menilai orang lain. - buya yahya -
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jika seseorang itu menegur kesalahanmu secara sembunyi, itu bermakna dia ikhlas dan inginkan kamu menjadi lebih baik. jika seseorang menegur kesilapanmu di khalayak ramai, itu bukan kerana inginkan kamu menjadi lebih baik tetapi dia memalukanmu. - imam syafie -
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
wanita yang trauma itu bukan kehilangan rasa cinta, akan tetapi ia kehilangan rasa percaya dan takut mengalami kembali luka yang sama. - habib luthfi bin yahya -
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jika air mata membawamu ke sujud, maka itu bukan luka, tapi anugerah.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
tentang siapa diriku, aku tak seindah yang tampak dimata. jika terlihat indah, itu semata kerana rahmat Allah yang menutupi celahnya.
@RisalahMualaf 🇵🇸

🌺zikir hari khamis🌺 سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِه subhanallahi wabihamdih maksud: “Maha suci Allah yang maha agung dan segala puji bagiNya.” fadilat: akan dihapuskan dosa-dosa anda sebanyak buih di lautan. setiap kali disebut akan tertumbuh satu pohon di taman syurga untuk sesiapa yang mengamalkannya. Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud:  “barangsiapa mengucapkan 'subhanallah wabihamdih' seratus kali dalam sehari, ia akan diampunkan segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih lautan.” (Hadis Riwayat Muslim dan Tirmidzi) amalan zikir ini lebih disukai Allah ﷻ daripada seseorang menginfakkan sebuah gunung emas di jalan Allah ﷻ . @RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
rasa tertampar dan deep ye ayat ni "apa yang telah Allah jauhkan, jangan kejar. stop sampai disini, jangan lawan takdir nanti lagi sakit. berdamai, percayalah Allah tahu apa yang kau tak tahu, lepas hujan akan wujud pelangi".
 – @RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
deep bila dengar ustazah cakap : kalau nak berubah berhijrah, bukan hanya pakaian je kena berubah, tapi kena dalami dan pelajari ilmu fardhu 'ain. ada lagi deep, belajar ilmu fardhu 'ain supaya iman sah, amal yang kita buat jadi sah, hati kita jadi bersih. sebab dalam ilmu fardhu 'ain ada ilmu tasawwuf sekali. dan ada lagi deep, kalau tak nak belajar ilmu fardhu 'ain kita dapat dosa. allahu, auto insaf ☺️
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jangan jealous dengan rezeki orang lain. percayalah rezeki kita nanti Allah akan bagi, cuma cepat atau lambat. ingat Allah itu tak kejam, janji kita kena usaha.🕊️
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
kalau tak mampu taat nasihat, jangan pula bunuh iman dengan maksiat.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
ini dunia. sesedih apapun, ini bukan neraka. sebahagia apapun, ini bukan syruga. selama mana pun kita masih berada di dunia fana ini, semuanya fana dan tidak ada yang kekal.
@RisalahMualaf 🇵🇸

🪷zikir hari rabu🪷 اَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيْمِ astaghfirullahal 'adzim maksud: “aku memohon keampunan kepada Allah Tuhan Maha Esa.” fadhilat: setiap kali dibaca zikir ini, menghilangkan satu titik hitam di dalam hati dan Allah beri keampunan kepada hambaNya “dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat pengampun, lagi amat mengasihi” (QS An-Nisaa 4 : 106) siapakah di antara kita yang tidak berdosa? sedangkan Rasulullah ﷺ sendiri yang bersifat maksum ( terpelihara dari dosa) turut beristighfar sebanyak 100 kali pada setiap hari.@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
orang yang hatinya bergantung kepada Allah, maka mustahil akan hancur hanya kerana dunia, bertahanlah. - habib umar bin hafidz -
@RisalahMualaf 🇵🇸