𓍯 رسالہ مؤلف 🇵🇸
Open in Telegram
barang siapa menyampaikan 1 ilmu saja, dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal) ia tetap memperoleh pahala. (HR. Bukhari) - perjuangan seorang mualaf 💌 ⋮ Since : 5. September. 2022
Show more3 117
Subscribers
No data24 hours
-827 days
-12630 days
Posts Archive
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
🔖 tazkirah: saat hati merasa jauh dari Allah. ada hari kita semangat, ada hari kita rebah. ada waktu kita rajin beribadah, ada masa kita longlai dan malas. dan kadang, kita rasa seolah-olah hati semakin jauh dari Allah. tapi sebenarnya, rasa “jauh” itu pun tanda bahawa hati kita masih hidup, masih rindu untuk kembali kepada-Nya. “Allah lebih dekat daripada urat lehermu.” (surah qaf: 16) jauh itu bukan kerana Allah meninggalkan kita, tapi kerana hati kita penuh dengan dunia hingga lupa untuk kembali menengok langit. Allah tak pernah menolak hamba yang ingin kembali. setiap langkah yang dipaksa, setiap istighfar yang perlahan, setiap doa yang terputus-putus semuanya tetap Allah dengar. 📍bagaimana nak dekat kembali: 1. mula dengan yang paling kecil ucapkan “astaghfirullah” walau hanya sekali sehari. 2. buka al-quran walau satu ayat, walau satu minit. 3. luahkan pada Allah apa yang kita tak mampu luahkan pada manusia. ingatlah, Allah tak minta kita jadi sempurna, Allah cuma minta kita kembali. walaupun perlahan, walaupun penuh luka, perjalanan mendekat kepada-Nya tetap bernilai di sisi-Nya.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
🌻 zikir hari ahad🌻
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ
yaa haiyyu, yaa qoyyum
maksud : “Wahai Allah yang tetap hidup dan tetap mengurus urusan makhluk”
fadhilat : Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai setiap manusia
Imam Al-Ghazali menyatakan:
“siapa yang menginginkan keuntungan, mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari bahaya dan tipu daya musuh, diindahkan tutur katanya dan luas rezekinya, maka bacalah kalimat ini.”
– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jangan menyesali masa lalu , jangan takut dengan masa depan. fokuslah pada hari ini yang terbaik, dan biarkan waktu menjawab sisanya.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
sesungguhnya cinta itu ibarat racun bagi penuntut ilmu.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
kadang kita menasihati orang bukan kerana kita lebih baik, tapi kerana kita tidak ingin mereka seperti kita.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
kadang jiwa letih bukan kerana kerja, tetapi kerana jauh daripada pencipta :)– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
Kalau bukan karena Nabi Muhammad SAW, kita tak akan mengenal Allah SWT, tak merasakan iman, dan tak menemukan arah hidup yang benar (selawat)." – Kalam Habib Umar bin Hafidz –– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
🌼zikir hari sabtu🌼
لَا إلٰهَ إِلَّا ٱللَّه
laa ilaha illallah
maksud: “tiada tuhan melainkan Allah.”
fadhilat : Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya.
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud:
“sungguh aku akan mengajarkan sebuah kalimat, tidaklah seorang hamba mengucapkan dengan benar dari hatinya, lalu ia mati diatas kenyakinan itu, kecuali (Allah) mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Iaitu kalimat laa ilaha illallah.”
(Hadis Riwayat Hakim - sahih Targhib wa Tarhib : 1528)
– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
kadang kita rasa berat nak menegur, sebab takut hilang kawan, takut orang jauh, takut dipandang jahat. tapi ingatlah… bila kita menegur kerana Allah, itu bukan penghinaan, itu tanda sayang. kalau kita biarkan orang buat dosa depan mata, itu bukan lembut… itu lalai. teguran yang ikhlas mungkin membuatkan hati orang tersentak, tapi boleh jadi itu sentakan yang menyelamatkan dia dari lebih jauh tersasar. jangan takut jadi suara kebenaran, sebab diam pada kemungkaran itu seakan menyokongnya. beranilah menegur dengan hikmah, dengan jiwa yang tenang. kebaikan takkan pernah lahir dari diam yang takut, tapi dari hati yang berani demi Allah.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
semoga tuhan selalu melindungi senyumanmu dan hatimu, aku hanyalah seseorang yang paling bahagia melihatmu baik baik saja. :v– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
“Cahaya hidup seorang mukmin adalah zikrullah dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW.” - Allamah Habib Umar bin Hafidz -– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
"Sunnah ada zahir, ada batin. Paling utama sunnah batin iaitu selawat kepada Nabi. Nak dapat hati macam Rasulullah. Nabi sabar kita sabar. Nabi maafkan orang kita maafkan orang, Nabi tak bencikan orang, Nabi sayang orang. Kita pun tak boleh benci orang. Hati Nabi tawaduk, merendah diri, walau Baginda pangkat tertinggi." - Ustaz Mohammad Moqti bin Ahmad -– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
saya dalam fasa menyesali dosa yang saya buat... doa apa yang perlu dibaca; رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ maksudnya: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi." (Al-A'raf: 23) *tadabbur doa* • dalam ayat ini Nabi Adam AS dan Hawa AS mengakui bahawa mereka telah berbuat salah melanggar perintah Allah SWT dengan memakan buah dari pohon yang dilarang. • kalimah “ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا menunjukkan setiap yang dilakukan oleh manusia pada hakikatnya adalah bentuk kezaliman terhadap diri sendiri. • setelah menyedari kesilapan yang telah dilakukan, Nabi Adam AS dan Hawa AS segera memohon ampun kepada Allah SWT. • hanya dengan keampunan dan rahmat Allah SWT manusia tidak termasuk dalam golongan yang rugi. panduan doa kaedah dan situasi dibaca: • setelah menyedari dosa yang dilakukan/menzalimi diri sendiri atau gagal menjalankan tanggungjawab, segera membaca doa ini agar kita mendapat keampunan dari Allah SWT. • memohon perlindungan dari Allah SWT supaya tidak termasuk dalam golongan yang rugi. waktu perlu dibaca : • setelah solat fardu/solat sunat/solat sunat taubat. • waktu mustajab untuk berdoa. fadilat dan kelebihan : • antara salah satu doa taubat yang mustajab. • mendapat pengampunan dari Allah SWT atas doa yang dilakukan. • melindungi diri dari kerugian di dunia dan akhirat. • memupuk sikap rendah hati dan kesedaran diri. • mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT. action plan doa ini. > saya bertindak untuk menghafal doa ini ❤️ > saya berazam untuk membaca doa ini setiap hari 💙 > saya membaca doa ini bersama insan tersayang 💚 > saya membaca doa ini untuk orang lain 💛 coba korang bagi reaction emoji love tu.👀– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jangan lupa baca surah al-kahfi hari jumaat ya.🌻 • perlindungan dari fitnah dajjal • “sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama daripada surah al-kahfi, dia akan terlindung daripada dajjal.” — Riwayat Muslim • cahaya pada hari jumaat • “sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, akan terpancar baginya cahaya antara dua jumaat.” — Riwayat al-Hakim & al-Baihaqi (hasan)– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
perbanyak bersahabat dengan orang-orang yang beriman dan yang bertakwa kepada Allah SWT, kerana sesungguhnya mereka akan mendapat memberikan syafaat pada hari kiamat kelak.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
🔖 tazkirah jumaat: hari penuh berkat hari jumaat adalah hari yang Allah muliakan. pada hari inilah Allah membuka pintu-pintu rahmat, melipatgandakan pahala, dan memberi peluang kepada hati untuk kembali tenang. kadang-kadang kita sibuk sepanjang minggu, tapi hari jumaat datang sebagai peringatan lembut bahawa jiwa kita juga perlukan rehat. rehat dengan mengingati Allah. “Sesungguhnya hari Jumaat itu penghulu segala hari.” (Hadis Riwayat Ibn Majah) hari jumaat bukan sekadar hari biasa. ia hari untuk memperbaiki diri, membersihkan hati, dan memohon ampun atas kekurangan kita sepanjang minggu. 📍amalan mudah hari jumaat: 1. perbanyakkan selawat tanda cinta kepada Rasulullah ﷺ. 2. bacalah surah al-kahfi sebagai cahaya antara dua jumaat. 3. berdoa pada waktu mustajab kerana doa hari Jumaat sangat didengari Allah. ingatlah, kebaikan kecil yang kita lakukan pada hari ini mungkin menjadi sebab Allah turunkan ketenangan dan keberkatan dalam hidup kita. semoga jumaat ini menjadi titik kekuatan, dan semoga Allah lembutkan hati kita untuk tetap berada di jalan-Nya.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙friday checklist💙
• baca surah al-kahfi
• zikir & istighfar
• perbanyakan selawat
• perbanyakan doa
• perbanyakan sedakah
• mandi sunat
• memakai baju terbaik
• memakai wangian
• potong kuku
📌 tak dapat buat semua,
jangan tinggalkan semua.
– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
🌸zikir hari jumaat🌸
ياَ اَلله
ya Allah
maksud: “ya Allah”
fadhilat: anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha;
dan bagi wanita akan merasakan senang dan suka menutup auratnya dengan baik.
“dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati.”
(QS. Al-Muzzammil 73 : 8)
zikir dengan lafaz yang sama seperti di atas pada hari jumaat, sebelum solat jumaat, berwuduk, wiridkan sebanyak 100 kali inShaAllah dimudahkan baginya segala yang dituntutnya.
– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
tidak seharusnya kamu menjadi bulan yang boleh menarik pandangan laki-laki, tetapi jadilah matahari yang selalu membuat laki-laki tunduk ketika ingin melihatmu.– @RisalahMualaf 🇵🇸
