𓍯 رسالہ مؤلف 🇵🇸
Open in Telegram
barang siapa menyampaikan 1 ilmu saja, dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal) ia tetap memperoleh pahala. (HR. Bukhari) - perjuangan seorang mualaf 💌 ⋮ Since : 5. September. 2022
Show more3 117
Subscribers
No data24 hours
-827 days
-12630 days
Posts Archive
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
kalau akhlak dinilai dari rupa, pasti ramai yang trsalah sangka. kerana indah di mata manusia belum tentu indah di sisi Allah.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
orang yang paling kaya adalah dia yang merasa cukup dengan apa yang Allah berikan.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
🔖
tazkirah: ujian bukan tanda Allah benci, tapi tanda Allah sayang. kadang kita tertanya-tanya, “kenapa hidup aku tak mudah macam orang lain? kenapa aku diuji berturut-turut?” tapi hakikatnya, ujian bukan tanda Allah menjauh. ujian itu tanda Allah sedang membentuk hati kita menjadi lebih kuat, lebih lembut, lebih dekat dengan-Nya. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (surah al-baqarah: 286) setiap air mata yang jatuh, Allah nampak. setiap rasa sakit yang kita pendam, Allah tahu. manusia mungkin tak faham apa yang kita lalui, tetapi Allah faham segala-galanya walau kita tak mampu bersuara. 📍bila diuji, ingat tiga perkara ini: 1. Allah sedang mengangkat darjat kita, bukan menjatuhkan. 2. setiap kesakitan akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik. 3. doa dalam keadaan sedih lebih dekat untuk Allah makbulkan. percayalah, selepas hujan yang hebat, bumi pun kembali hijau. begitu juga hati kita lepas ujian yang berat, Allah akan datangkan sesuatu yang membuat kita tersenyum dan berkata, “rupanya inilah hadiah dari ujian dulu.”– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
orang yang paling kaya adalah dia yang merasa cukup dengan apa yang Allah berikan.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
🌷zikir hari isnin 🌷
لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم
laa haula wala quwwata illaa billa hil aliyyil'azim
maksud:“tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.
fadhilat: satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar bukit uhud. selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.
Rasulullah ﷺ bersabda tentang anjuran membaca kalimat tersebut
“mahukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga? Maka sahabat menjawap, tentu wahai Rasulullah; Rasulullah menjelaskan, 'bacalah laa haula wala quwwata illaa billa.' ”
(Hadis Riwayat Muslim)
– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
🩵 check list sebelum tidur 🩵
• berwudhu
• mohon keampunan dari Allah
• selawat ke atas Nabi {3×}
• baca do'a sebelum tidur
• al-ikhlas {3×}
• al-falaq {3×}
• al-mulk
• as-sajdah
• ayat kursi
• subhanallah {33×}
• alhamdulillah {33×}
• allahuakbar {33×}
📌 tak mampu buat semua,
jangan tinggalkan semua.
💙 barang siapa yang mengucapkan ini sebelum tidur 💙
"Laa ilaha illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illa billahil aliyyil adzhiim. Subhanallah walhamdulilla walaa ilaaha illallaahu Allahu Akbar.
> akan diampuni dosa-dosanya meski sebanyak buih dilautan (HR. Ibnu Hibban dalam shahihnya)
maafkan salah dan silap admin dan doakan admin. selamat malam dear. assalamualaikum. 🩵
– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
kepada semua yang terkesan dengan banjir di kelantan, kedah, perlis dan terengganu… semoga Allah kuatkan hati kalian. moga setiap rasa cemas diganti dengan tenang, setiap kesulitan dipermudah, dan setiap langkah dijaga daripada bahaya. sabar ya, ujian ini berat, tapi Allah tak pernah sia-siakan hamba yang bersabar.
dan untuk yang berada di kawasan lain, tolong berjaga-jaga musim tengkujuh ni. cuaca tak menentu, jadi utamakan keselamatan dan jaga diri sebaiknya.
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْأَكَامِ وَالطَّرَابِ، وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
"Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok."_[Al-Bukhari, Muslim]
3 117
jawapan kuiz betul/salah ⬇️
1. salah ❌
> wanita haid tidak dibenarkan menyentuh mushaf secara langsung, tapi boleh baca melalui hafalan atau digital.
2. salah ❌
> meninggalkan solat tanpa uzur termasuk dosa besar, dan tidak menjejaskan kewajiban untuk solat.
3. betul ✅
> zakat emas tetap wajib apabila cukup nisab & haul; hutang hanya ditolak semasa kiraan, bukan menggugurkan kewajiban.
4. salah ❌
> makan atau minum kerana lupa tidak membatalkan puasa menurut hadis nabi.
5. betul ✅
> solat jemaah lelaki lebih utama di masjid, manakala bagi wanita, solat di rumah lebih afdal.
6. salah ❌
> mandi wajib selepas haid mesti dilakukan sebaik darah berhenti tak boleh tunggu atau tangguh.
7. salah ❌
> aurat ketika solat wajib ditutup walaupun solat seorang diri, bukan hanya bila ada lelaki bukan mahram.
8. salah ❌
> mengambil harta anak yatim tanpa izin wali adalah haram, walaupun dengan niat baik.
9. betul ✅
> lelaki digalakkan berwangi, tetapi bagi wanita, haram memakai wangian kuat ketika keluar rumah.
10. betul ✅
> orang yang sakit kronik dibenarkan berbuka kerana keadaan mereka berterusan dan memudaratkan jika dipaksa berpuasa.
alhamdulillah! terima kasih sebab jawab kuiz hari ini. semoga ilmu yang sedikit ini jadi pahala yang besar. 🤍
3 117
10. Orang yang sakit kronik dibolehkan berbuka puasa Ramadan walaupun tidak mengalami kesusahan yang melampau.
3 117
9. Memakai wangian dan berhias sebelum keluar rumah termasuk amalan sunat, tetapi hukumnya berbeza untuk lelaki dan wanita.
3 117
8. Mengambil harta anak yatim sebelum cukup umur tanpa izin wali adalah dibolehkan jika untuk kebaikan mereka.
3 117
7. Menutup aurat wanita termasuk aurat ketika solat hanya diwajibkan jika ada lelaki bukan mahram yang melihat.
3 117
6. Mandi wajib selepas haid boleh ditangguhkan sehingga keluar darah nifas berikutnya.
3 117
5. Solat berjamaah di masjid lebih utama daripada solat seorang diri, kecuali bagi wanita yang solat di rumah.
3 117
4. Puasa Ramadan tidak sah jika seseorang sengaja makan atau minum dengan lupa bahawa dia sedang berpuasa.
3 117
3. Zakat harta emas wajib dikeluarkan apabila mencapai nisab dan haul, walaupun harta itu masih bercampur dengan hutang.
3 117
2. Jika seseorang meninggalkan solat fardu kerana lalai, amalannya masih diterima oleh Allah.
3 117
Jika seseorang meninggalkan solat fardu kerana lalai, amalannya masih diterima oleh Allah.
3 117
1. Seorang wanita haid boleh membaca al-Quran secara bersentuhan dengan mushaf.
