𓍯 رسالہ مؤلف 🇵🇸
Open in Telegram
barang siapa menyampaikan 1 ilmu saja, dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal) ia tetap memperoleh pahala. (HR. Bukhari) - perjuangan seorang mualaf 💌 ⋮ Since : 5. September. 2022
Show more3 117
Subscribers
No data24 hours
-827 days
-12630 days
Posts Archive
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jangan putus asa bila jatuh pada nafsu, kerana hakikatnya setiap kejatuhan itu tanda kita masih diuji dan Allah mahu kita kembali padaNya.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
penat ke ? dah solat ? pergilah solat, Allah rindu nak dengar luahan hamba Dia. tak lama pun solat, tak sampai 10 minit pun sayang.. berapa lama dah tak sentuh sajadah ? solatlah sementara ada peluang lagi.🫶🏻– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
Rasulullah adalah manusia yang paling berat kesusahannya, namun paling banyak senyumnya, maka itu kirim salam selawat kepada baginda agar baginda tersenyum. - Al Habib Umar bin Hafidz -– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jangan lupa baca surah al-kahfi hari jumaat ya.🌻 • perlindungan dari fitnah dajjal • “sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama daripada surah al-kahfi, dia akan terlindung daripada dajjal.” — Riwayat Muslim • cahaya pada hari jumaat • “sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, akan terpancar baginya cahaya antara dua jumaat.” — Riwayat al-Hakim & al-Baihaqi (hasan)– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
🔖 tazkirah jumaat: hari yang penuh keberkatan jumaat bukan sekadar hari cuti bagi sesetengah tempat… ia adalah hari yang Allah muliakan, hari yang penuh peluang untuk membersihkan hati dan mengumpul pahala. dalam kesibukan hidup, jumaat datang sebagai peringatan lembut bahawa jiwa kita juga perlu diisi. “sesungguhnya hari jumaat adalah penghulu segala hari.” hari ini, cuba beri ruang sekejap untuk diri sendiri bernafas, merenung, dan mendekat kepada Allah. bukan perlu amalan besar, cukup sekadar amalan kecil yang ikhlas. 📍antara amalan mudah yang boleh kita hidupkan pada hari jumaat: 1. perbanyakkan selawat kepada nabi. 2. baca surah al-kahfi walau beberapa ayat. 3. luangkan masa untuk istighfar dan bersihkan hati. 4. doalah sebanyak mungkin, kerana doa pada hari ini sangat mustajab. ingatlah… setiap jumaat adalah peluang baru. walaupun minggu sebelumnya kita jauh, lalai, atau penuh dosa, hari ini Allah masih izinkan kita hidup itu tandanya rahmat-Nya tidak pernah berhenti. gunakan hari jumaat untuk kuatkan jiwa: biar hati kembali tenang, biar iman kembali segar, dan biar langkah esok lebih dekat kepada Allah. semoga jumaat kali ini menjadi titik permulaan yang lebih baik untuk diri kita. 🤍– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙friday checklist💙
• baca surah al-kahfi
• zikir & istighfar
• perbanyakan selawat
• perbanyakan doa
• perbanyakan sedakah
• mandi sunat
• memakai baju terbaik
• memakai wangian
• potong kuku
📌 tak dapat buat semua,
jangan tinggalkan semua.
– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
🌸zikir hari jumaat🌸
ياَ اَلله
ya Allah
maksud: “ya Allah”
fadhilat: anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha;
dan bagi wanita akan merasakan senang dan suka menutup auratnya dengan baik.
“dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati.”
(QS. Al-Muzzammil 73 : 8)
zikir dengan lafaz yang sama seperti di atas pada hari jumaat, sebelum solat jumaat, berwuduk, wiridkan sebanyak 100 kali inShaAllah dimudahkan baginya segala yang dituntutnya.
– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
hentikan normalisasi aksi menggoda di depan kamera. lelaki sejati tidak mencari wanita yang suka dipertontonkan, tapi yang tahu menjaga maruah dan sifat malunya dalam diam. kerana nilai wanita bukan pada seberapa mata yang memandang, tetapi seberapa tinggi dia menjaga dirinya walau tiada yang melihat.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
ya Allah, sungguh rasanya semua doa yang aku langitkan terlalu tinggi untuk pendosa sepertiku, tapi aku selalu diyakinkan dengan ayat QS. al-baqarah ayat 186.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
even korang still terbuat dosa banyak kali, jangan pernah takut untuk bertaubat, kita manusia takkan pernah terlepas dari buat silap, Allah tu maha pengampun, jadi bertaubat je banyak-banyak. jaga solat, cuba baca al-quran at least satu muka surat sehari, jaga aurat, jaga percakapan, jaga pergaulan dengan ajnabi, inShaAllah kita semua boleh buat.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
nyata kamu lebih takut kehilangan partner maksiatmu daripada harus kehilangan Allah kan ? udah sejauh apa Allah dari hati kamu ? sholat nya sih udah bagus terjaga, tapi kok maksiatmua jalan terus ?– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
reminder : pov : "nanti kalau aku jumpa dajjal, aku akan kata kat dia betulkan mata kau dahulu" reminder, nanti kau kalau bertemu dengan dajjal, percayalah mulutmu tidak akan berkata apa apa di hadapanya, yang hanya mampu dan bergerak hanyalah kekuatan imanmu dan amalan dalam dirimu sahaja. # jangan jadikan agama bahan mainanmu– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
🔖 tazkirah: perubahan itu perlahan, tapi Allah sentiasa nampak usaha kita. kadang kita rasa diri ini susah benar nak berubah. hari ini semangat, esok jatuh. malam ini bertaubat, esok ulang lagi kesilapan yang sama. hati pun mula rasa kecewa dengan diri sendiri. tapi ketahuilah… perubahan bukan berlaku dalam sehari. ia adalah perjalanan hati yang penuh jatuh bangun. “sesungguhnya Allah mencintai hamba yang kembali kepada-Nya.” (surah al-baqarah: 222) Allah tak minta kita jadi sempurna. Allah hanya mahu kita terus cuba, walaupun langkah itu kecil, walaupun usaha itu perlahan. setiap kali kita lawan nafsu walau sedikit, itu pun dicatat sebagai kemenangan besar di sisi-Nya. 📍kalau kau sedang berjuang untuk berubah, ingat ini: 1. Allah nampak usaha yang manusia tak pernah tahu. 2. setiap kali kau kembali, Allah sambut tanpa kecewa. 3. tidak ada dosa yang lebih besar daripada rahmat Allah. jangan bandingkan perjalananmu dengan orang lain. ada orang berubah cepat, ada orang berubah perlahan tapi semua itu tetap menuju kepada Allah. yang penting, jangan berhenti melangkah. dan satu hari nanti, bila kau tengok ke belakang, kau akan sedar… setiap air mata, setiap usaha kecil, setiap istighfar dalam diam itulah yang bentuk dirimu hari ini. perubahan itu tidak perlu sempurna, cukup ikhlas. kerana Allah sentiasa bersama hati yang ingin kembali kepada-Nya.– @RisalahMualaf 🇵🇸
3 117
🌺zikir hari khamis🌺
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِه
subhanallahi wabihamdih
maksud: “Maha suci Allah yang maha agung dan segala puji bagiNya.”
fadilat: akan dihapuskan dosa-dosa anda sebanyak buih di lautan. setiap kali disebut akan tertumbuh satu pohon di taman syurga untuk sesiapa yang mengamalkannya.
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “barangsiapa mengucapkan 'subhanallah wabihamdih' seratus kali dalam sehari, ia akan diampunkan segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih lautan.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmidzi)
amalan zikir ini lebih disukai Allah ﷻ daripada seseorang menginfakkan sebuah gunung emas di jalan Allah ﷻ .
– @RisalahMualaf 🇵🇸
