en
Feedback
𓍯 رسالہ مؤلف 🇵🇸

𓍯 رسالہ مؤلف 🇵🇸

Open in Telegram

barang siapa menyampaikan 1 ilmu saja, dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal) ia tetap memperoleh pahala. (HR. Bukhari) - perjuangan seorang mualaf 💌 ⋮ Since : 5. September. 2022

Show more
3 117
Subscribers
No data24 hours
-827 days
-12630 days
Posts Archive
🤍اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحمَّـــدْ 🤍ﺟَﺰَﻯ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻨَّﺎ ﺳَﻴِّﺪَﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ بِمَا ﻫُﻮَ ﺃَﻫْﻠُﻪُ✨ 20 sifat wajib bagi allah 1. Wujud - Ada 2. Qidam - Sedia ada 3. Baqa - Kekal 4. Mukhalafatuhu Lil Hawadith - Berbeza dengan semua mahkluk ciptaannya 5. Qiamuhu binafsih - Berdiri dgn sendiri 6. Wahdaniyah - Esa 7. Qudrah - Berkuasa 8. Iradah - Berkehendak menentukan 9. 'Ilmun - Mengetahui 10. Hayyah - Hidup 11. Sama' - Mendengar 12. Basar - Melihat 13. Qalam - Berkata-kata 14. Qadiran - Maha berkuasa 15. Muridan - Maha berkehendak 16. 'Aliman - Maha mengetahui 17. Hayyan - Maha hidup 18. Sami'an - Maha mendengar 19. Basiran - Maha melihat 20. Mutakalliman - Maha berkata-kata ~طالب العلم 📚 `✎Perkongsian Fardhu Ain📖📚

10. Sifat Hayyah bermaksud…
Anonymous voting

9. “Mengetahui segala perkara zahir & batin” adalah sifat…
Anonymous voting

8. Sifat Iradah bermaksud Allah
Anonymous voting

7. “Berkuasa atas segala sesuatu” merujuk kepada sifat…
Anonymous voting

6. Allah itu Esa. Ini adalah sifat…
Anonymous voting

5. Sifat Qiamuhu binafsih bermaksud…
Anonymous voting

4. Allah tidak menyerupai makhluk. Ini adalah sifat…
Anonymous voting

3. “Kekal selamanya” adalah maksud bagi sifat…
Anonymous voting

2. Sifat Qidam membawa maksud…
Anonymous voting

1. Apakah maksud sifat Wujud?
Anonymous voting

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم 🩵

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
🔖 tazkirah: saat hidup terasa berat, ingatlah Allah sentiasa dekat. kadang hidup ini tak berjalan seperti yang kita rancang. ada hari kita kuat, ada hari kita rapuh. ada masa kita mampu senyum, ada masa kita hanya mampu diam menahan air mata. tapi dalam semua keadaan itu… Allah sentiasa ada. walau kita tak nampak, Allah tetap memerhati, menjaga, dan menguatkan. “dan Allah bersama orang-orang yang sabar.” (surah al-baqarah: 153) ujian yang menimpa bukan untuk menghancurkan hati kita, tapi untuk membersihkannya. kadang Allah ambil sesuatu kerana Dia mahu memberi ruang untuk kita bergantung hanya kepada-Nya. 📍bila hidup terasa berat, cuba ingat beberapa perkara ini: 1. setiap kesedihan yang kau rasa, ada ganjaran besar di sisi Allah. 2. setiap doa yang kau bisikkan, walau perlahan, Allah dengar semuanya. 3. setiap jalan yang nampak buntu, Allah mampu buka dalam sekelip mata. hidup bukan selalu indah, tapi Allah selalu ada untuk memberi keindahan baru. jangan cepat putus asa. jangan serah kalah kepada dunia. selama hati ini masih menyebut nama Allah, selama itu kita tidak akan pernah benar-benar jatuh. satu hari nanti, bila Allah tunjukkan hikmah di sebalik semua yang menyakitkan, kita akan sedar… rupanya setiap air mata itu sedang membina kekuatan dalam diri kita. semoga Allah lembutkan hatimu, kuatkan langkahmu, dan tenangkan jiwamu. 🤍
@RisalahMualaf 🇵🇸

🌼zikir hari sabtu🌼 لَا إلٰهَ إِلَّا ٱللَّه laa ilaha illallah maksud: “tiada tuhan melainkan Allah.” fadhilat :  Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya. Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “sungguh aku akan mengajarkan sebuah kalimat, tidaklah seorang hamba mengucapkan dengan benar dari hatinya, lalu ia mati diatas kenyakinan itu, kecuali (Allah) mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Iaitu kalimat laa ilaha illallah.” (Hadis Riwayat Hakim - sahih Targhib wa Tarhib : 1528)@RisalahMualaf 🇵🇸

koranggg bantu admin follow tiktok & ig admin.. kat sana pun admin ada post dakwah jua tau..maceh semoga Allah balas jasa baik kalian. 🩵 tiktok : https://www.tiktok.com/@ceketulmei?_r=1&_t=ZS-91mNrKt4Jg8 ig : https://www.instagram.com/ceketulmeii?igsh=ajloMTZsMWJucjM4

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
kuhusyuk dalam solat bukan hanya berdiri dan membaca, tapi menenangkan hati sebelum melafazkan takbir. bila kita angkat tangan, seolah-olah kita tinggalkan segala beban dunia di belakang. saat dahi menyentuh sejadah, itulah masa kita paling dekat dengan Allah..masa untuk mengadu, meminta, dan melepaskan semua yang menyesakkan dada. kadang-kadang hati lari, fikiran melayang… tapi khusyuk itu bukan sempurna tanpa gangguan. khusyuk itu bila setiap kali hati terpesong, kita lembutkan diri dan bawa kembali ingatan itu kepada Dia. bila solat dijaga dengan hati, jiwa terasa lebih ringan, dan hidup pun lebih tenang.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
jangan pernah anggap diri ini tak berguna walaupun kita tak sempurna, Allah tetap memberi peluang untuk menjadi lebih baik. mungkin hari ini banyak silap yang kita lakukan tetapi esok masih ada peluang untuk kita berubah.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
ya Allah, berkatilah sahabat kami. jadikanlah kami sahabat yang selalu membawa kebaikkan, saling mendukung, dan mengingatkan dalam kebenaran. jauhkanlah kami dari berpecahan dan eratkan hati kami dalam kasih sayangMu. semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurgaMu.
@RisalahMualaf 🇵🇸

action plan doa ini.
Anonymous voting

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
saya nak cahaya iman yang sempurna... doa apa yang perlu dibaca ; رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al-Tahrim: 8) tadabbur doa • doa ini menceritakan kepada kita untuk sentiasa memohon kesempurnaan dalam iman. • walaupun telah berusaha untuk menjadi seorang mukmin yang baik, kita perlu sentiasa memohon kepada Allah SWT agar disempurnakan iman dan diterima amalan. • cahaya (nur) di dalam ayat ini adalah simbol iman, amal soleh dan hidayah. di hari kiamat nanti, orang beriman berjalan dengan cahaya yang memancar di hadapan dan di sisi mereka, tetapi mereka takut cahaya itu terpadam di tengah jalan. justeru mereka berdoa agar cahaya itu disempurnakan agar tidak terjatuh di tengah perjalanan menuju syurga. panduan doa keedah dan situasi dibaca : • baca doa ini dengan memilih waktu yang mustajab seperti sebelum waktu solat, selepas solat fardu, waktu sepertiga malam atau waktu lain yang mustajab. • membaca doa sambil merenungi kesalahan perilaku dan sikap serta berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. • menjadikan doa ini sebagai amalan harian, khususnya di saat memerlukan petunjuk. waktu perlu dibaca: • selepas solat fardu/solat sunat. • sewaktu berzikir dan beristighfar. • selepas membaca al-quran. • ketika berdoa bersama ahli keluarga dan para mukm yang lain. fadilat dan kelebihan : • mendapat kekuatan dalam keimanannya terutama keti berhadapan dengan ujian hidup dan godaan syaitan. • mendapat keselamatan di hari akhirat. • mendapat keberkatan dalam kehidupan urusan harian dan kehidupan.
@RisalahMualaf 🇵🇸