en
Feedback
Hanis Mazlan

Hanis Mazlan

Open in Telegram

Tip Kewangan Santai, Ilmu Pewarisan Harta Islam, Motivasi Diri & Inspirasi Anak Muda. 0122411975 (WhatsApp) FB : Muhammad Hanis Mazlan IG : hanismazlanofficial Linktree : https://linktr.ee/hanismazlan

Show more
4 403
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-1230 days
Posts Archive
photo content

Baru beberapa hari lepas saya update satu posting berbunyi: Masalah kewangan banyak berpunca daripada gaya hidup, bukan sara hidup. Tiba-tiba ternampak posting ini yang nampak mengeluh harga barangan mahal, katanya hidup ini keras. Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, masalah kewangan kebanyakan berpunca daripada kos gaya hidup, bukan kos sara hidup. Contoh dalam gambar in, - Pewangi Glade bukanlah keperluan hidup. - Sabun pencuci ada yg lebih murah dan jimat berbanding Joy. - Tisu Royal Gold bukan keperluan. Keperluan sebenar sekadar kain buruk lebih memadai. - Ramen Samyang dpt dijimatkan dgn Megi paket. Kalau tak makan pun tak ada masalah besar. - Pewangi Ambi Pur? Kalau tak ada pun hidup kita tak sengsara. - Kicap kipas udang memang mahal sedikit. Ada byk lagi brand lain yg lebih marhaen. - Vitagen pula bukanlah minuman keperluan pun. Kos sara hidup sebenar mungkin tak sampai RM300 pun. Yang jadi mahal ialah kos gaya hidup. Kalau memang mampu, tak ada masalah pun nak beli semua tu. Cuma hairan sikit kalau dah beli semua barangan mahal sedangkan ada yang lebih murah, duk kata "hidup ini keras". - Afyan Mat Rawi

Dalam perancangan pewarisan harta penting untuk letak penama (pentadbir harta) bagi aset yang boleh letak penama contohnya KWSP agar selepas berlaku kematian kepada pemilik akaun maka duit mudah dibawa keluar untuk tunaikan hak si mati seperti selesaikan kos kebumi dan juga hutang2 si mati sebelum diagihkan secara faraid kepada waris-waris berhak. Bila tak letak penama maka ia perlukan surat kuasa yang memakan masa yang lama (bertahun-tahun), sekiranya si mati ada hutang maka waris-waris yang perlu menanggung tertutamanya pasangan sehinggalah aset si mati berjaya di cairkan. SHARE jika bermanfaat ❀️ #sharingiscaring

photo content

CARA BIJAK SIMPAN DUIT ANAK RM10,000 https://www.tiktok.com/t/ZM2YFe76Y/?t=1 SHARE jika bermanfaat

photo content
+1

Kenaikan OPR pada Rabu lepas menunjukkan kadar OPR sekarang sama dengan kadar OPR precovid. . Semua nampak bayaran loan2 yg terlibat akan naik. . Tapi . Yang sebenarnya bayaran loan tu akan lebih kurang sama je mcm bayaran precovid bagi mereka yang dah ada loan precovid. . Yg baru buat loan masa covid dan pracovid. . Ni experience yg bagus untuk kita belajar tentang OPR dan impact OPR kepada loan kita. . Supaya next time jika cycle ni berlaku lagi kita dah ready utk hadap dan tahu apa yg perlu kita buat. . #OPRnaikturun #Beready

#TabungKereta Assalamualaikum Dr. Mohon hide nama saya. Ada sedikit perkongsian dari pengalaman saya sendiri. saya tertarik untuk dengan post Dr berkenaan dengan "Ramai suruh tukar kereta baru". Saya juga salah seorang yang menghadapi pertanyaan yang sama setiap kali balik kampung atau berjumpa kawan dan saudara mara. Dihina dan dipandang rendah itu perkara biasa. Dari mula saya bekerja tahun 2010 hingga sekarang, saya cuma memandu Proton Wira 1993. Isteri pula ada sebuah Alza 2013 yang juga digunakan sebagai family car kami. Walaupun kami tertarik untuk membeli kereta yang lebih besar dan mewah, namun keinginan itu kami simpan dahulu. Maka bersesaklah kami 6 beranak di dalam Alza yg penuh dgn barang barang ketika balik kampung. Apa yang saya buat ketika org lain sibuk membeli Honda civic, Toyota estima, Alphard, Vellfire? Saya tahan diri dan buat perkara2 di bawah. 1. Saya beli 2 buah rumah, satu untuk disewa dan satu untuk didiami oleh kami sekeluarga. Alhamdulillah hasil sewaan digunakan membayar pinjaman rumah. 2. Saya paksa diri untuk membuat ASB financing dari mula bekerja hingga sekarang berjumlah 800K (suami isteri ASB1 + ASB2). Dividen tidak pernah disentuh hingga sekarang. 3. Saya gagahkan diri buat part time selagi ada masa terluang. Hasil part time semuanya disimpan di dlm ASB/Tabung Haji/SSPN/Unit Trust. 4. Cuba berbelanja dengan berhemah, segala perbelanjaan saya catat dan simpan. Setiap bulan perbelanjaan akan direview semula. 5. Beli beberapa tanah yang ada nilai & potensi masa hadapan. Setelah 13 tahun saya mengikat perut dan menahan nafsu, jumlah semua cash2 dan simpanan yang terkumpul pada hari ini adalah RM907,770. Ya, hampir RM1 juta. Dividen yg dihasilkan pula dari jumlah ini sekitar RM60-70k setahun (RM907k cash + ASBf 800K). Akhirnya pada bulan lepas, saya dan isteri baru mengambil keputusan untuk membeli kereta idaman kami sebuah MPV besar untuk kegunaan keluarga hanya dengan menggunakan dividen dari simpanan (sekitar RM2k sebulan). Bagi saya, apa yang penting adalah matlamat kewangan seseorang lebih2 lagi jika sudah berkeluarga. Tak guna beli kereta untuk menunjuk2 / kemewahan jika diri sendiri sengsara membayar setiap bulan. Pekakkan telinga, jawab sahaja kita tidak mampu. Nota : Saya mula bekerja dgn gaji RM2500, skrg RM8500. Manakala isteri guru sekolah kerajaan. Tidak kira berapa gaji saya, lebih separuh akan disimpan secara tetap (force saving). Yang benar, Owner wira buruk.

photo content

Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan diatas segala kekhilafan dan kelemahan. Minal 'Aidin wal Fa'izin
Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan diatas segala kekhilafan dan kelemahan. Minal 'Aidin wal Fa'izin. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga πŸ™ Semoga Allah swt terima segala amal ibadah kita semua 🀲 Ikhlas, Hanis Mazlan sekeluarga

Berbaloi tak? Pembiayaan peribadi RM50K MBSB Bank dan cagarkan KWSP, dengan bayaran kadar berikut Base Rate + 1.75% Base rate berdasarkan OPR semasa dan sekarang ialah 2.75, maka kadar sekarang ialah 4.5% Dengan kadar tersebut, berikut ialah simulasi pengiraan untuk pembiayaan RM50,000 dengan tempoh 10 tahun oleh MBSM Bank: Tahun pertama RM187.50 sebulan 9 tahun seterusnya RM564.00 Bayaran bulan terakhir RM551.04 Total bayaran balik, dengan andai kadar ini tidak berubah ialah RM63,149.04 Namun harus diingati, kadar tersebut bergantung kepada OPR. Dalam pembiayaan Islam patuh syariah yang menggunakan kontrak tawaruq, kadar keuntungan dalam jual beli komoditi ini ialah 15%, dan harga dalam perjanjian menjadi RM98,891.76 Harga berdasarkan kadar siling 15% ialah RM98,891.76 Berbaloi atau tidak? Kita lihat sejauh mana keuntungan skim kepada pihak-pihak terlibat iaitu KWSP, bank dan rakyat: 1. KWSP Ia memang membantu kantung KWSP apabila ia tidak akan terusik kerana tidak boleh dikeluarkan sebagaimana sebelum ini. 2. Bank Ia juga membantu bank menjana keuntungan dan MBSM juga dimiliki oleh KWSP. 3. Rakyat Rakyat juga dapat untung sebab dapat berhutang. Selepas mereka berhutang, boleh membantu kewangan mereka untuk membayar hutang sedia ada. Seandainya rakyat terbeban dengan hutang ini, kerajaan boleh buat lagi skim sebegini rupa khusus untuk meraka yang mempunyai hutang bercagar KWSP untuk membuat hutang baru bercagar sekali lagi. Rakyat boleh buat hutang dengan cagaran KWSP kali kedua, untuk membayar hutang bercagar KWSP kali pertama. Kemudian, sekiranya ia masih bermasalah, kerajaan boleh buat lagi skim hutang bercagar KWSP buat kali ketiga untuk membantu rakyat yang terbeban untuk membayar hutang bercagar KWSP melalui buat kali kedua yang membayar hutang bercagar KWSP kali pertama. Jika bermasalah lagi? Apa susah, kerajaan boleh buat lagi skim bantuan hutang bercagar KWSP buat kali keempat. Kali ini untuk membayar hutang bercagar kali ke-3 tadi, yang digunakan oleh rakyat berhutang itu untuk membayar hutang bercagar kali ke-2 yang membayar hutang bercagar KWSP kali pertama. Memang win-win-win-win-win-win-win-win-win situation kan? Bantuan seumpama itu akan berulang dan berulang dan berulang dan berulang dan berulang hinggalah Abang Jamil.... Kredit : Afyan Mat Rawi

photo content

RUMAH NAMA BERSAMA WARIS TAK BOLEH TUNTUT? https://vt.tiktok.com/ZS8pA5jCc/ SHARE jika bermanfaat 😍 Sekali sekala guna suara ni πŸ˜‚

BERBAKI 17 JAM SAHAJA LAGI PROMO ASBF RATE 4.25% . Jom rancang simpan kewangan anda. Ini lah masa terbaik untuk menyimpan. . Jom saya bantu anda. Tak perlu bersesak-sesak datang ke bank, boleh mohon secara online semudah ABC. Promosi rate 4.25% sah sehingga 31 Mac 2023. Detail seperti di bawah; βœ… Islamic Financing (Patuh Syariah) βœ… Tiada lock in period - Boleh terminate anytime selepas 12 bulan. βœ… Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70 maksimum. Boleh guna formula 70 - umur sekarang. βœ… CCRIS PTPTN boleh lulus βœ… CTOS Kurang daripada RM3000 boleh lulus βœ… Kelulusan segera Rate 4.25% - Tempoh 40 tahun 200K - RM869 190K - RM826 180K - RM783 170K - RM739 160K - RM696 150K - RM652 140K - RM609 130K - RM565 120K - RM522 110K - RM478 100K - RM435 90K - RM391 80K - RM348 70K - RM305 60K - RM261 51K - RM222 πŸ‘‰Bagi sesiapa yang berminat untuk buat simpanan boleh wasap saya segera. πŸ‡²πŸ‡Ύ Cover satu Malaysia. πŸ“Œ High commitment boleh lulus kalau ada cash untuk bayar setahun terus. Tak semua bank boleh buat macam ni. πŸ“Œ CCRIS PTPTN saya boleh tolong luluskan. πŸ“Œ Gaji minimum RM1,000 dah boleh apply. πŸ“Œ Tiada slip gaji boleh apply. πŸ“Œ Kalau dah pernah apply tapi kena reject, boleh cuba submit. Kita guna document dan cara yang betul. "Money only talk one language, if you save me today, i will save you tomorrow" Klik je link di bawah untuk submit document; wasap.my/60122411975/ASBFPromoRateMac2023

Prestasi memberangsangkan bagi keadaan ekonomi yang agak mencabar. Dividen ASB2 dapat 5% untuk tahun 2022. Sangat sesuai untu
Prestasi memberangsangkan bagi keadaan ekonomi yang agak mencabar. Dividen ASB2 dapat 5% untuk tahun 2022. Sangat sesuai untuk orang yang nak kembangkan duit tapi tak tahu nak letak mana. Tahniah bagi yang menyimpan di ASB2. #hanismazlan

BERBAKI 36 JAM SAHAJA LAGI PROMO ASBF RATE 4.25% . Jom rancang simpan kewangan anda. Ini lah masa terbaik untuk menyimpan. . Jom saya bantu anda. Tak perlu bersesak-sesak datang ke bank, boleh mohon secara online semudah ABC. Promosi rate 4.25% sah sehingga 31 Mac 2023. Detail seperti di bawah; βœ… Islamic Financing (Patuh Syariah) βœ… Tiada lock in period - Boleh terminate anytime selepas 12 bulan. βœ… Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70 maksimum. Boleh guna formula 70 - umur sekarang. βœ… CCRIS PTPTN boleh lulus βœ… CTOS Kurang daripada RM3000 boleh lulus βœ… Kelulusan segera Rate 4.25% - Tempoh 40 tahun 200K - RM869 190K - RM826 180K - RM783 170K - RM739 160K - RM696 150K - RM652 140K - RM609 130K - RM565 120K - RM522 110K - RM478 100K - RM435 90K - RM391 80K - RM348 70K - RM305 60K - RM261 51K - RM222 πŸ‘‰Bagi sesiapa yang berminat untuk buat simpanan boleh wasap saya segera. πŸ‡²πŸ‡Ύ Cover satu Malaysia. πŸ“Œ High commitment boleh lulus kalau ada cash untuk bayar setahun terus. Tak semua bank boleh buat macam ni. πŸ“Œ CCRIS PTPTN saya boleh tolong luluskan. πŸ“Œ Gaji minimum RM1,000 dah boleh apply. πŸ“Œ Tiada slip gaji boleh apply. πŸ“Œ Kalau dah pernah apply tapi kena reject, boleh cuba submit. Kita guna document dan cara yang betul. "Money only talk one language, if you save me today, i will save you tomorrow" Klik je link di bawah untuk submit document; wasap.my/60122411975/ASBFPromoRateMac2023

3 AYAT MITOS YANG KITA BIASA DENGAR BILA JUMPA DENGAN EJEN TAKAFUL https://vt.tiktok.com/ZS8bJFK9B/

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak, semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga Allah swt terima s
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak, semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga Allah swt terima segala amal baik kita. Aamiinn 🀲 #hanismazlan

Kumpul Deposit Rumah dalam Masa 3 Tahun Mungkin ada dalam kalangan kita yang bercita-cita untuk beli rumah pertama. Tapi masih belum cukup duit untuk deposit rumah 10% dan legal fee sekitar 5%. Jom kumpul deposit rumah menggunakan ASBF dalam masa 3 tahun je. Caranya; Apply ASBF 100K, tempoh 40 tahun. Rate 4.25%, bulanan simpan RM434. Simpan setiap bulan tanpa usik dividen. Maknanya buat Teknik Compounding. Anggaran Hasil:- Dividen: Tahun 1 5.5% x 100,000 = 5,500 Tahun 2 5.5% x 105,500 = 5,802 Tahun 3 5.5% x 111,302 = 6,121 Jumlah Dividen = RM17,423 βœ“ Selepas 3 tahun, terminate ASBF untuk dapatkan prinsipal terkumpul. Baki hutang selepas 36 bulan sekitar RM97,060. Pulangan prinsipal: 100,000 - 97,060 = RM2,940βœ“ Jumlah simpanan: 17,423 + 2,940 = RM20,363βœ“ Selepas 3 tahun, dengan simpanan RM434 setiap bulan, dapat kumpul sekitar RM20K. ⭐️ Jika mampu simpan RM868 setiap bulan, boleh buat ASBF 200K, hasilnya sekitar RM40K dalam masa 3 tahun. Atau pun, buat pelan simpanan suami isteri. Setiap seorang simpan RM434 setiap bulan. Selepas 3 tahun, simpanan bersama dah mencapai RM40K. Apa boleh buat dengan RM40K? Katakan harga rumah sekitar RM200K (apartment), 10% deposit + 5% legal fee dan bersamaan dengan RM30K. Jadi ada balance RM10K. Balance ini boleh digunakan untuk beli kelengkapan atau minor renovation rumah tu. Tinggi sebenarnya kos untuk masuk rumah baru ni. So standby lah simpan duit seawal yang mungkin. Kurangkan belanja-belanja yang bukan keperluan. Tahan dahulu kehendak diri.βœ”οΈ Kira-kira adalah berdasarkan Dividen 5.5% dan kadar keuntungan bank 4.25%. Hasil sebenar mungkin berbeza. Bagi sesiapa yang dah ready nak buat simpanan, boleh terus wasap saya di; wasap.my/60122411975/TabungDepositRumah Cover 1 Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

RENEW ROADTAX DAN INSURANS SEMUDAH ABC 😍 Jangan lupa share insan tersayang ❀️ https://vt.tiktok.com/ZS84UYDae/