cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Adilah Yusuf ~ Bicara Hati 🤍

Nak belajar faham Al-Quran tapi taktahu kat mana? Jawapan di https://app.thinkquran.com?r=adilahyusuf

Show more
Malaysia16 661The language is not specifiedReligion & Spirituality79 523
Advertising posts
334
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-430 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Show all...
Ustadz Ihsan Tanjung | “Era Paling Kelam bagi Umat Islam” | Kajian Ramadhan 1441H

Ustadz Ihsan Tanjung | “Era Paling Kelam bagi Umat Islam” | Kajian Ramadhan 1441H ---***--- Untuk mendapatkan informasi seputar jadwal kajian, bisa mengikuti di akun official sosial media berikut : Youtube : http://live.mtxl.or.id Facebook : facebook.com/majelistaklimxl Instagram: instagram.com/mtxl_ Twitter : @mtxl Telegram : majelistaklimxl Anchor : anchor.fm/mtxl [OFFICIAL EMAIL] - Email ke [email protected] untuk mendapatkan info kajian terbaru atau menyampaikan kritik dan saran untuk pengembangan Majelis Taklim. [SHODAQOH JARIYAH] Management Majelis Taklim XL Axiata membuka peluang jariyah dakwah untuk operasional broadcasting dan equipment MTXL TV melalui infaq ke rekening : (INFAQ) BANK MUAMALAT No.Rek 341-001-654-6 a/n MTXL Salurkan zakat Anda melalui rekening BNI Syariah (ZAKAT) BNI Syariah No. Rek 076-000-777-1 a/n MTXL Jangan lupa untuk menyebarkan info kebaikan ini, semoga menjadi ladang pahala untuk kita semua, insyaAllah. Semoga Allah senantiasa memudahkan dalam belajar ilmu agama, dan Semoga dapat menjadi Shoodaqoh jariyah yang diterima oleh Allah. Atas perhatiannya, kami ucapkan, Jazakumullah Khairan Katsiran. #mtxlmedia #mtxltv #dakwahmtxl #islammedia #mediaislam #kajianmuslim #kajianislam #kajianjakarta #hijrah #kajianhijrah #videoislam #videodakwah #pemudahijrah #kajiansunnah #kajiantauhid #indonesiamengaji #resepalami #kajiankesehatan #resepherbal #dakwahislam #kajiansirah #ceritaislam #videosirah #sejarahislam #kajianmuslimah #kajianjumat #keputrian #keputrianmtxl #keputrianmtxlmedia #Adab-adabislam #kajianfiqh #kajianparenting #kajianfiqhwanita

Show all...
MATAWANG BARU DUNIA | Dr Mat Rofa

Kuliah Zohor Surau IP JKR Malaysia # Hak Cipta Terpelihara ©️. # Dilarang Re-Upload # Dilarang Membuat Video React # Dilarang Membuat Content Tik Tok # BERDOSA Ambil Hasil Kerja Orang # Sila Share Link Video Ini Jika Ianya Bermanfaat Semoga Kami Terus Istiqomah Dalam Menjalankan Kerja Dakwah Dengan Ikhlas. Sumbangan Boleh Di Salurkan Sebagaimana Berikut : --------------------------------------------------------------------------------------- Kos Operasi NUR CAHAYA : Bank : Maybank No. Akaun : 164 016 071 824 Nama : Muhamad Zaki Bin Md Nor

Repost from N/a
🕋Nabi DAUD as; Pentadbir Yg Terbilang🕋 (5/7) Pengajaran drpd kisah kerajaan Talut & Nabi Daud terletak pada ayat 249 surah al Baqarah. Kekuatan bukanlah terletak pada jumlah yg ramai. Sejarah telah membuktikan bahawa menjadi golongan minoriti bukanlah suatu kelemahan, bahkan ianya merupakan suatu kelebihan. Nabi Musa as yg hidup bagaikan gelandangan mampu berdepan dgn Fir'aun. Nabi Ibrahim juga berhadapan dgn penentangan drpd seluruh isi bandar. Kedua2 beroleh kejayaan. Keseluruhan ayat2 alQur'an yg berkaitan dgn Talut & Daud telah diwahyukan beberapa minggu sebelum berlakunya perang Badar utk memberi inspirasi kpd para sahabat yg bakal berdepan dgn pihak musuh yg memiliki kekuatan berlipat kali ganda. Perang Badar merupakan perang yg pertama bagi umat Islam yg berlaku di Bulan Ramadhan tahun ke 2 penghijrahan ke Madinah dalam keadaan X cukup persiapan & jumlah tentera yg X ramai. Kita dapati para sahabat telah berjaya dgn cemerlang di perang Badar tapi tewas ketika mereka terpesona dgn jumlah mereka yg lebih ramai di perang Hunain (surah at Tawbah ayat 25). Kesemua yg berlaku sudah tentulah kehendak Allah swt, tetapi sebagai hambaNya kita perlulah mengambil pengajaran. Apabila menjadi golongan yg sedikit, secara semulajadi kita akan lebih bergantung harap kpd Tuhan & lebih utuh berpegang dgn kesabaran. Sebaliknya apabila bersama2 dgn golongan yg ramai, kita cenderung utk bersandar di antara satu sama lain sehingga apabila berlaku kejatuhan terhadap seseorg, keseluruhannya turut sama goyah & tumbang. Kelebihan menjadi golongan yg sedikit adalah pada kekuatan mental, kegigihan, kesabaran & kebergantungan kpd Tuhan. Menyedari keterbatasan yg dimiliki membuatkan mereka lebih bersedia utk berdepan kekalahan, lebih proaktif dalam memajukan diri & lebih berdaya saing. Berbanding golongan yg lebih ramai; mereka berada di zon selesa, maka mereka mudah leka & dilalaikan. Hakikatnya golongan yg asalnya sedikit, pasti akan berkembang menjadi ramai; berkat drpd perjuangan mental & fizikal yg berterusan. Di suatu tahap, mereka juga X akan dapat lari drpd situasi 'kejung & terhenti'. Ketika itulah masyarakat dibuai dgn kelalaian & kejatuhan pun mula berlaku. Kelalaian menyebabkan mereka sangat mudah dimanipulasi & di rosakkan dari pelbagai sudut. Kemuncaknya bidang kuasa & pentadbiran akan mencapai kegagalan akibat drpd kerosakan yg telah berakar umbi di dalam masyarakat. Contoh terbaik golongan yg sedikit di zaman ini adalah Muslim minoriti di negara2 barat. Mereka lebih cakna dalam setiap isu yg melibatkan umat Islam, lebih pesat dalam menyampaikan dakwah Islam kpd yg bukan Islam serta bersungguh2 memastikan setiap umat Islam di tempat mereka benar2 memahami & berpegang dgn alQu'ran. Oleh itu, sekiranya kita berada bersama2 golongan yg sedikit, kita sepatutnya sentiasa berfikiran positif disamping menggiatkan usaha memajukan diri serta peka dgn strategi pihak bertentangan. Mereka yg ramai hanya gah di luaran tetapi lompong pada dalaman. Disebabkan itu golongan yg lebih ramai selalu menyebarkan propaganda semata2 utk mencetuskan kebimbangan & ketakutan yg X berasas supaya yg sedikit itu X berani bangkit & terus berkeadaan lemah. Mereka lebih bersandarkan kpd sumber manusia & pelbagai aset yg dimiliki; sedangkan kekuatan mental yg dimiliki sangat rapuh & mudah goyah. Ingatlah; menjadi yg sedikit adalah peluang besar utk mencetuskan kebangkitan. Menjadi yg ramai pula bukanlah ruang utk bersenang lenang. Doa yg terkandung pada ayat 250 surah alBaqarah itu mengajar para sahabat bahawa kesabaran, keteguhan pendirian & kemenangan adalah kurniaan Allah swt. Kebergantungan kpd Allah swt adalah sumber kekuatan utama di dalam perjuangan kerana ianya menguatkan kita supaya X lagi memandang musuh dgn rasa takut. Org2 beriman mestilah yakin bahawa Allah akan menolong hamba2Nya dgn syarat kita berusaha menguatkan fizikal & mental serta berpegang dgn kesabaran.
Show all...
Repost from N/a
🕋Nabi DAUD as; Pentadbir Yg Terbilang🕋 (6/7) 📌Kisah pencerobohan demi keadilan Di dalam surah Sad ayat 21-26 akan didapati peristiwa yg mana mihrab Nabi Daud di dalam istana yg terkawal rapi telah dicerobohi beberapa individu yg berniat membentangkan sebutan kes yg melibatkan 2 pihak utk diadili oleh Nabi Daud as. Mereka mengadukan tentang tekanan yg dilakukan oleh seorg abg yg memiliki 99 ekor kambing ke atas adiknya yg hanya memiliki seekor kambing. Di dalam keadaan terkejut, (kerana menyangkakan ianya suatu cubaan bunuh), Nabi Daud telah mensabitkan kesalahan ke atas si abg tanpa bertanya atau memberi peluang kpd si abang utk bersuara atau membela diri. Kesimpulan yg dibuat Nabi Daud adalah berdasarkan kpd pengalaman hidup baginda yg sering berdepan dgn keadaan yg hampir serupa. Situasi yg membelenggu mereka adalah perkara biasa yg berlaku sejak zaman berzaman. Abg yg memiliki 99 ekor kambing tersebut adalah ibarat sebuah organisasi besar atau pihak2 yg berkelebihan yg menekan organisasi yg lebih kecil atau tidak berkelebihan. Kezaliman sedemikian bukanlah sesuatu yg asing lebih2 lagi di kalangan pihak2 yg memiliki hubungan rapat seperti ahli keluarga & rakan kongsi perniagaan. Yg kaya & berkuasa akan memanfaatkan pihak yg miskin & lemah. Perkara sedemikian sudah menjadi kebiasaan bahkan akan berterusan diamalkan melainkan bagi segelintir manusia iaitu org2 yg beriman & yg beramal soleh. Rupa2nya kedatangan pihak yg menceroboh tersebut hanyalah ujian drpd Allah & mereka pun hilang dalam sekelip mata. Lalu Nabi Daud pun sujud & beristighfar memohon keampunan drpd Allah.  Baginda sedar bahawa tugas sebagai hakim X mengizinkannya utk terus memukul rata dgn menyimpulkan bahawa yg miskin & lemah itulah pihak yg tertindas. Nabi Musa as juga pernah tersalah langkah membela pemuda Bani Israel sehingga baginda terbunuh tentera drpd penguasa Fir'aun sedangkan pemuda Bani Israel itulah yg bersalah. Baginda seharusnya menyelidik dgn terperinci sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman. Menjadi hakim atau pihak yg diminta utk membuat pengadilan adalah suatu amanah yg wajib dilaksanakan dgn berhikmah, adil, teliti terhadap bukti, & berhati2. Mereka juga mestilah bersikap neutral & X terburu2 menjatuhkan hukuman. Selain itu, mereka perlu berada di dalam keadaan yg bebas tekanan baik dari segi emosi, fizikal & mental. Sekiranya terdapat sebarang unsur pilih kasih atau berhutang budi, hakim tersebut hendaklah mengundurkan diri drpd melaksanakan pengadilan (surah al-Ma'idah ayat 8 & surah anNisa' ayat 58 & 135). Nabi Muhammad saw telah mengingatkan bahawa di antara 3 jenis hakim, hanya seorg sahaja yg selamat memasuki syurga. 2  jenis hakim yg disebutkan baginda adalah hakim yg zalim & X adil serta hakim yg X layak menjadi hakim (disebabkan unsur2 tekanan yg disebutkan tadi). Ingatlah bahawa perhitungan & penghakiman di akhirat kelak jauh lebih teliti, tidak boleh berjual beli serta tiada peluang utk membela diri.
Show all...
Repost from N/a
🕋Nabi DAUD as; Pentadbir Yg Terbilang🕋 (7/7) 📌Nabi Daud as & Nabi Sulaiman as Hubungan Nabi Daud & Nabi Sulaiman bukan setakat sebagai ayah & anak, mereka juga saling berpesan2 ke arah kebaikan. Nabi Daud sebagai ayah & ketua kerajaan telah menunjukkan teladan yg baik kerana bersifat terbuka & rendah diri menerima pendapat & pandangan drpd anaknya sendiri yg masih muda belia. Ianya sudah cukup menggambarkan perwatakan Nabi Daud yg rendah diri, berfikiran terbuka & berlapang dada terhadap jemaah menterinya. Pada ayat 78 - 79 surah al Anbiya' telah diceritakan tentang konflik yg berlaku di antara seorg penternak & seorg petani yg mana kambing2 milik penternak telah menceroboh kebun milik petani sehingga memusnahkan hasil tanamannya. Nabi Daud memutuskan supaya kambing2 tersebut diserahkan kpd petani sebagai ganti rugi. Mereka yg X berpuas hati dgn keputusan tersebut merujuk pula kpd Nabi Sulaiman; lalu Nabi Sulaiman mengesyorkan supaya kambing2 tersebut dipinjamkan kpd petani utk dimanfaatkan susu & bajanya manakala penternak tersebut diberi tanggungjawab menguruskan kebun dalam tempoh tersebut supaya dpt menjaga kambing2nya pada masa yg sama. Allah menerima keputusan Nabi Sulaiman yg lebih tepat kerana ternyata lebih menjaga kepentingan kedua2 pihak. Faktor usia & pengalaman Nabi Sulaiman yg masih muda & mentah X menghalang Nabi Daud utk mendengar & mempertimbangkan teguran & cadangan anaknya. Pengajaran yg diperolehi drpd kisah mereka berdua ialah kepentingan berlapang dada & menerima saranan atau teguran org lain walaupun lebih muda & kurang berpengalaman drpd kita. Bagi seorg ketua terutamanya; menjadi pendengar yg baik adalah penting utk menjadi pemimpin yg dihormati. Seorg ketua pasti akan diikuti oleh berbagai2 jenis pengikut. Di antaranya adalah pengikut yg taksub yg menerima & menyokong apa sahaja kata2 ketuanya, pengikut yg sentiasa membodek & memuji2 ketuanya, serta pengikut yg berpada2 serta berani menegur kesilapan ketuanya. Kebanyakan pengikut adalah yg taksub & kaki bodek. Hanya segelintir sahaja yg berani menegur kesilapan ketuanya. Pengikut yg sedikit itulah pengikut yg berharga kerana Saidina Umar sendiri menggesa dirinya ditegur walaupun dengan mata pedang. Walaupun kita seorg pemimpin, kita tetap memiliki kelemahan & kesilapan. Sebagaimana sahabat yg baik adalah sahabat yg berani menegur kesilapan sahabatnya, sebegitulah juga pengikut yg baik adalah pengikut yg berani menegur kesilapan pemimpinnya. Berhati2 lah kerana lebih ramai yg mengikuti seseorg ketua kerana niat utk mendapatkan perlindungan, habuan, nama & sanjungan; berbanding yg ikhlas berjuang bersama2 kerana ingin mendapatkan redha Allah swt. Rumusan drpd kisah hidup Nabi Daud as terkandung pada kalimah berikut: يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ
Show all...
Repost from N/a
🕋Nabi DAUD as; Pentadbir Yg Terbilang🕋 (4/7) 📌Talut & Daud as AlQur'an telah menceritakan di dalam ayat 249 surah al Baqarah tentang pengujian yg dilaksanakan oleh Talut terhadap barisan ketenteraannya atas perintah Allah swt. Semasa di dalam perjalanan yg panjang menuju ke medan perang, Talut telah terlebih dahulu berpesan & mengingatkan tenteranya supaya X berlebih2an menikmati air di sungai yg bakal mereka lalui. Mereka hanya dibenarkan minum sekadar melepaskan dahaga; X boleh bersuka ria, mandi manda, atau memancing ikan. Ujian tersebut sudah tentulah sangat berat jika diambil kira keadaan tenteranya yg keletihan, kepanasan & kehausan. Kesudahannya hanya segelintir sahaja yg mampu bertahan dgn syarat tersebut (berbaki ratusan org sahaja drpd ratusan ribu tentera). Sesungguhnya, ujian tersebut bukanlah disengajakan melainkan utk memilih tentera yg benar2 mempunyai daya tahan yg tinggi dari sudut fizikal, emosi & mental kerana yg menanti mereka adalah barisan tentera yg jauh lebih hebat drpd mereka. Selain drpd menguji ketahanan fizikal menahan haus & panas, larangan yg dikenakan terhadap mereka adalah umpama kewajipan berpuasa yg bertujuan utk mendidik kesabaran menahan hawa nafsu & mencetuskan taqwa. Jika mereka mampu mentaati larangan yg X logik di luar medan peperangan, sudah tentulah mereka mampu mentaati perintah Nabi Saul sebagai pemimpin mereka di medan peperangan yg sebenar. Mentaati pemimpin yg terang2an seorg Nabi yg mendapat petunjuk drpd Allah swt tanpa banyak soal adalah suatu kewajipan. Tetapi ianya bukanlah mudah sementelah Nabi Saul bukanlah pemimpin yg diterima ramai (hasutan 72 pemimpin yg kecewa). Ujian tersebut juga adalah utk meningkatkan ketaqwaan mereka terhadap Allah swt supaya barisan tentera yg bakal berjuang itu kesemuanya berlari ke arah maghfirah (keampunan Tuhan); bukannya berjuang kerana kemarahan & niat menewaskan musuh semata2 lalu mati sia2 (surah Ali Imran ayat 133). Adapun barisan tentera yg telah lulus ujian tersebut merupakan tentera2 yg mempunyai keyakinan bahawa mereka pasti akan kembali menemui Allah swt, walaupun bukan disebabkan perang. Namun sebagai manusia biasa pastilah X dapat lari drpd berasa takut. Perasaan mereka telah diungkapkan pada ayat yg sama. Mereka telah maklum tentang kekuatan pihak musuh yg jauh lebih hebat, bahkan terdapat seorg lelaki yg sangat digeruni, bertubuh besar & kuat (Goliath). Dengan keadaan bilangan tentera mereka yg sangat sedikit berbanding tentera musuh, sudah tentulah ianya menguji kekuatan mental & emosi mereka semua. Walaubagaimanapun, berkat kesabaran & sandaran yg kuat kpd Allah swt yg jauh lebih perkasa, Goliath berjaya ditewaskan oleh Nabi Daud as. Kisah Daud (David) & Goliath X diceritakan di dalam alQur'an kerana penjelasan yg benar boleh didapati di dalam Bible. Menurut kitab Bible, sewaktu berlaku pertembungan di antara 2 pasukan yg masing2 bertahan di puncak bukit yg bertentangan, kedua2nya sepakat utk menghantar wakil utk beradu kekuatan setelah masing2 buntu bagaimana utk meneruskan langkah dalam keadaan masing2 enggan turun terlebih dahulu ke lembah kerana risiko utk diserang & dikalahkan lebih besar. Pasukan musuh menghantar Goliath manakala pasukan Bani Israel menghantar Daud (belum dilantik sebagai Nabi) yg merupakan seorg pengembala bertubuh kecil tetapi mahir mengendalikan lastik (senjata zaman dahulu; batu besar yg digulung2 & dilastik). Gambaran David & Goliath boleh disaksikan di zaman kini apabila kita melihat seorg anak kecil Palestine membaling batu secara berhadapan dgn kereta kebal Israel. Daud akhirnya berjaya menewaskan & membunuh Goliath lalu menyebabkan emosi pihak musuh merudum teruk & terus berlari meninggalkan medan perang. Kejayaan Daud mengalahkan Goliath dengan izin Allah, adalah berkat kegigihan & kesabarannya berlatih mengendalikan senjata tersebut sehingga mahir. Mulai dari saat itu lah Daud mendapat kepercayaan utk memimpin pasukan perang & menjadi org kepercayaan Nabi Saul (Talut).
Show all...
Repost from N/a
🕋Nabi DAUD as; Pentadbir Yg Terbilang🕋 (1/7) Seringkali apabila disebutkan tentang pemerintahan & pentadbiran, kebiasaannya Nabi Sulaiman as akan dipetik sebagai contoh yg terbaik. Hakikatnya bapa kpd Nabi Sulaiman iaitu Nabi Daud as lebih menepati ciri2 utk dijadikan contoh terbaik dalam aspek pentadbiran & kepimpinan manakala Nabi Sulaiman adalah contoh terbaik dalam aspek 'menundukkan diri' dalam 'kemegahan'. Nabi Daud as merupakan seorg rasul yg dikurniakan dgn kitab Zabur (surah anNisa' ayat 163 & al Isra' ayat 55). Baginda merupakan satu2nya Nabi selain daripada Nabi Adam as yg mendapat gelaran khalifah di dalam alQur'an (surah Sad ayat 26). Bani Israel menyebut namanya sebagai David. Kisah2 tentang baginda sangat mahsyur di dalam Bible (Kitab Injil yg telah diubahsuai). Malangnya watak baginda sebagai Nabi telah dicemarkan dgn kisah2 yg sengaja direka2 & diselewengkan demi kepentingan politikus di zaman baginda. Turunnya wahyu alQur'an di dalam beberapa episod telah membersihkan nama baginda sebagai seorg rasul yg mulia. Di antara mukjizat & kelebihan yg dimiliki oleh Nabi Daud as adalah kemahiran membuat baju besi; bersesuaian dgn mukjizat melembutkan besi yg telah dianugerahkan Allah kepadanya. Selain kelebihan memahami bahasa burung, Allah juga telah menundukkan gunung ganang & burung2 sehingga kesemuanya turut bertasbih bersama2 dgn baginda. (Surah al Anbiya' ayat 80 & Saba' ayat 10 & 11) Nabi Daud adalah bukti bagaimana Allah boleh mengangkat seorg manusia biasa menjadi raja yg luarbiasa. Asalnya Daud adalah seorang pengembala yg kemudiannya berkhidmat di bawah ketenteraan pimpinan Talut sebagai pelayan perang sahaja. Kelebihan baginda terserlah setelah berjaya menewaskan Goliath (seorg tentera paling gagah di pihak musuh). Susulan drpd kejayaan tersebut, baginda akhirnya diberi kepercayaan utk memimpin pasukan perang sehinggalah akhirnya ditabalkan sebagai raja. Selain drpd Luqmanulhakim, Nabi Daud as juga menjadi contoh manusia yg berhikmah. Baginda dikurniakan hikmah & kebijaksanaan dalam memutuskan banyak perkara (surah Sad ayat 20). Baginda membuktikan hikmah bukanlah sesuatu yg bersifat kerohanian semata2; hikmah boleh diperolehi melalui pengalaman hidup. Semakin banyak pengalaman hidup yg dikecapi & direnungi, semakin meningkatlah hikmah di dalam diri. Nabi Talut & Nabi Daud kedua2nya X memiliki pengalaman menguruskan pasukan apatah lagi sebuah kerajaan yg besar. Namun, hikmah yg dimiliki telah membolehkan mereka mengurus tadbir dgn baik sehingga menjadikan kerajaan mereka gah & terbilang. Penting juga diambil kira pengalaman mengembala kambing yg membina ketahanan jiwa kerana terbukti ianya mendatangkan banyak kelebihan kpd beberapa nabi & rasul termasuk Nabi Muhammad saw. Ketika wahyu berkenaan Nabi Daud & kerajaan Talut disampaikan kpd Nabi Muhammad saw, baginda & para sahabat sendiri pun masih samar2 tentang kedua2 watak tersebut. Akan tetapi ianya bukanlah sesuatu yg baharu bagi org2 Yahudi kerana kitab Bible telah menceritakan dengan sangat terperinci tentang Daud & Talut (versi yg telah diubahsuai). Turunnya ayat2 alQur'an berkenaan Nabi Daud & Talut telah menyangkal segala pembohongan & fitnah (surah an Naml ayat 76) yg dilakukan terhadap mereka serta memberikan sudut pandang yg berbeza utk dijadikan iktibar & pengajaran sehingga ke akhir zaman. Pengajaran utama yg dapat dipelajari drpd kisah Nabi Daud adalah penyatuan agama dgn seluruh aktiviti & urusan kehidupan. Ini sangat penting diberi perhatian kerana didapati ramai manusia termasuklah org2 beriman yg terpedaya dgn konsep pengasingan agama drpd urusan kehidupan terutamanya hal2 kepimpinan & politik yg dibawa oleh fahaman2 seperti liberalisma & sekularisma. Selain itu, kisah Nabi Daud juga menjadi inspirasi kpd perjuangan golongan minoriti Islam di seluruh dunia. Golongan yg sedikit mampu menyerlah, bahkan boleh sahaja menguasai & menewaskan golongan yg ramai. Pengajaran yg lain adalah panduan melaksanakan penghakiman serta keperluan mengambil kira pendapat & pandangan org lain.
Show all...
Repost from N/a
🕋Nabi DAUD as; Pentadbir Yg Terbilang🕋 (3/7) Dipendekkan cerita; Nabi Samuel X melantik sesiapapun dikalangan 72 org pemimpin tersebut. Sebaliknya baginda melantik seorg lelaki yg bersusuk tinggi lampai & menarik penglihatan. Al Qur'an X menggunakan nama Saul sebaliknya menggelarnya Talut yg bermaksud tinggi; bertepatan dgn kesempurnaan fizikal yg telah digambarkan di dalam Bible. Penggunaan nama Saul X sesuai digunakan di dalam kitab alQur'an yg berbahasa Arab kerana ianya boleh mencetuskan tanggapan yg X baik terhadap baginda kerana membawa maksud 'org yg suka meminta'. Perlantikan tersebut merupakan ilham drpd Allah swt kpd Nabi Samuel. Namun, ianya dipersoalkan oleh Bani Israel kerana Nabi Saul bukanlah seorg yg berharta. Bagi mereka, harta adalah medium utk mempengaruhi rakyat. Tanggapan yg sama turut dipegang oleh manusia di zaman kini. Baik pemimpin mahupun rakyat, kesemuanya berpaksikan pada harta. Pemimpin menggunakan harta utk mengelabui mata rakyat manakala rakyat menilai pemimpin pada sumbangan ekonomi & kewangan semata2. Sepatutnya pemimpin bertanggungjawab utk membawa rakyat menjadi hamba Tuhan manakala rakyat X boleh memilih pemimpin berdasarkan kepada sebanyak mana mereka boleh mendatangkan pulangan dunia (ekonomi) semata2. Disebabkan perasaan X berpuas hati dgn pelantikan Nabi Saul sebagai raja (lebih2 lagi Saul sangat disenangi rakyat), pemimpin2 tersebut telah mengupah ahli kitab utk mengubah ayat2 yg berkaitan dgn baginda. Maka, X hairanlah jika didapati di dalam Bible Nabi Saul berperwatakan zalim, kejam & suka berbuat maksiat. Bahkan Nabi Saul juga difitnah mempunyai perseteruan yg panjang dgn Nabi Daud as. Puncanya telah dijelaskan di dalam surah al Baqarah ayat 247; Talut bukan di kalangan mereka bahkan X pula berharta. Bagi membuktikan bahawa Talut adalah lantikan Tuhan, Allah telah mengembalikan peti Tabut yg sekian lama hilang drpd pemilikan Bani Israel (ayat 248 surah al Baqarah). Peti Tabut (Arc of Covenant) adalah suatu kotak yg mengandungi barang2 kenabian milik Nabi Musa as & Nabi Harun as yg di bina atas perintah Allah swt selepas mereka berjaya melepaskan diri drpd cengkaman rejim Fir'aun. AlQur'an menyatakan isi kandungannya adalah sesuatu yg mendatangkan ketenangan (ayat 248 surah al Baqarah) kerana ianya mempunyai nilai sentimental & spiritual yg sangat tinggi kpd Bani Israel sepertimana mendalamnya perasaan umat Islam terhadap Ka'abah & Hajarulaswad. Kehilangan peti Tabut telah mendatangkan keresahan, kekecewaan & kesedihan yg besar sepertimana yg dirasai oleh Nabi Muhammad saw & para sahabat sewaktu terpaksa membelakangkan Ka'abah setelah mereka berhijrah. (ayat2 ini disampaikan selepas berlaku peristiwa pertukaran qiblat. Maka nabi & para sahabat dapat menyelami perasaan yg sama) Ternyata perlantikan Talut (Saul) oleh Allah swt adalah yg terbaik. Baginda bukan sahaja memiliki fizikal yg tegap perkasa, bahkan turut memiliki ciri2 kepimpinan yg baik. Walaupun X memiliki latarbelakang kepimpinan (kerjaya asalnya adalah pengembala), baginda sanggup belajar bahkan dapat belajar dgn sangat pantas, menunjukkan sikap rendah diri serta menunjukkan kepimpinan melalui teladan. Ciri2 sebeginilah yg sepatutnya dimiliki oleh seorg pemimpin yg berwibawa.
Show all...
Repost from N/a
🕋Nabi DAUD as; Pentadbir Yg Terbilang🕋 (2/7) Kita sedia maklum peranan Nabi Musa as dalam membebaskan Bani Israel drpd perhambaan yg dikawal selia oleh rejim Fir'aun. Rentetan drpd kebangkitan tersebut, Bani Israel mula mencapai zaman kegemilangan sehinggalah prestasinya merudum di tahun2 awal kehidupan Nabi Daud as. Ketika itu Bani Israel sedang berdepan dgn ancaman drpd bangsa lain yg lebih bertamadun (Philistine; beragama pagan). Kejatuhan & kebangkitan yg silih berganti adalah lumrah bagi mana2 tamadun (Islam atau bukan) yg mana kegemilangan yg dinikmati X selamanya akan bertahan. Kejatuhan yg dialami pula pasti akan disusuli dgn kebangkitan. 📌Nabi Samuel & Nabi Saul. Menyoroti kisah hidup Nabi Daud berpandukan alQur'an mestilah bermula dgn mengenali 2 sosok utama yg sangat memberikan pengaruh yg besar kpd baginda iaitu Nabi Samuel & Nabi Saul. Sorotannya bermula dgn merujuk ayat 246 - 252 surah al Baqarah yg bermula dgn kisah Nabi Samuel (X disebutkan namanya) yg berhadapan dgn kerenah 72 org politikus drpd Bani Israel (setiap 12 suku mempunyai 6 org wakil kepimpinan) yg memohon bantuan baginda supaya melantik seorg raja daripada kalangan mereka dgn tujuan utk berjihad di jalan Allah. Ketika itu mereka sedang berhadapan dgn suatu bangsa yg kepimpinannya jauh lebih tersusun & berstrategi kerana memiliki raja; berbanding mereka yg lebih sukar utk mencapai kesepakatan & membuat kata putus kerana sukar utk mendapatkan suara majoriti (6 suara majoriti diperlukan drpd keseluruhan 12 suku kaum). Dgn kebijaksanaan Nabi Samuel yg telah arif dgn muslihat para pemimpin yg sekadar menanam tebu di pinggir bibir; baginda langsung X terpedaya dgn ucapan2 bahawa pemimpin2 tersebut benar2 mahukan raja utk memimpin mereka berjihad menentang musuh. Hakikatnya, mereka hanyalah berpura2 mendapatkan nasihat drpd Nabi Samuel. Jika mereka benar2 memerlukan raja utk memimpin operasi jihad, sudah tentulah Nabi Samuel sendiri yg ditabalkan sebagai raja mereka. Mereka sebenarnya memiliki agenda tersendiri yg cenderung ke arah menjaga kepentingan peribadi. Sikap mereka semua serupa sahaja dgn kebanyakan pemimpin pada zaman kini (di mana2 peringkat kepimpinan). Agamawan X dijadikan rujukan dalam kepimpinan & pentadbiran; sebaliknya hanyalah dimanfaatkan demi kepentingan politik masing2. Mereka sedar kedudukan agamawan yg mendapat penghormatan yg tinggi dalam masyarakat, maka mereka mempergunakan agamawan supaya tindak tanduk mereka kelihatan seperti menuruti atau direstui agamawan. Dengan itu, mereka akan mudah mengelabui mata masyarakat. Sebegitulah realiti yg pahit utk ditelan; sejak zaman berzaman agamawan sentiasa dimanipulasi oleh ahli2 politik. Di zaman ini ahli2 politik mempergunakan agamawan semudah berswafoto bersama. Hanya dgn swafoto sahaja sudah boleh dijadikan umpan mendapatkan sokongan seolah2 mereka direstui oleh figura2 agama yg disanjungi masyarakat. Pengajarannya, seorg agamawan mestilah berhati2 dgn lingkungan manakah mereka berada supaya X dipergunakan & disalahtafsir. Mereka mestilah neutral & bebas drpd kancah politik  dalam apa jua bentuk (X dibayar atau disogok dgn apa sahaja sumbangan drpd ahli politik) supaya dapat memberikan pandangan & teguran dgn bebas. Adapun sekiranya mereka berniat utk melaksanakan amar makruf nahi mungkar dgn menggunakan saluran politik, mereka diharuskan bersuara sebagai 'org dalam'; yg mana mereka boleh memilih utk menjadi ahli politik. Tiada istilah org agama X layak memerintah & hanya sesuai utk bidang agama sahaja. Nabi Daud as sendiri X berlatarbelakangkan bidang kepimpinan ataupun lahir drpd keluarga pemimpin. Tetapi Nabi Daud telah membuktikan hikmah & hubungan yg erat dgn Tuhan mampu menjadikan baginda pemimpin yg terbilang. Apapun, harus diingat; keharusan memimpin & mentadbir boleh menjadi jerat kpd agamawan sekiranya agamawan tersebut mula terpesona dgn ujian harta & pangkat.
Show all...
Pesanan Penting 🔥🔥🔥
Show all...