en
Feedback
NOTA INSPIRASI ITC

NOTA INSPIRASI ITC

Open in Telegram

Info Motivasi, Bimbingan, Kaunseling, Pendidikan dan Produk Kejayaan

Show more
467
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Sama-sama kita doa dan aminkan In syaa Allah.
Sama-sama kita doa dan aminkan In syaa Allah.

8 IDEA BAGI MEMBANTU KITA LEBIH BERSEDIA BERUBAH. 1. CUBA CARA BARU BAGI MELAKUKAN SESUATU. Nak berubah perlu beralih daripada menteliti kebiasaan yang sentiasa kita lakukannya. Kita boleh bermula dengan perkara kecil terlebih dahulu tetapi tetapkan matlamat realistik bagi membuat perubahan kecil itu lebih bermakna secara konsisten. 2. AKUI YANG KITA TIDAK MENGETAHUI SEGALA-GALANYA. Hanya orang kuat serta hebat sahaja dapat mengakui kelemahan dan kesilapan. Ini bermakna nak berubah perlulah bersedia menerima teguran, akui setiap kesalahan sebagai pembelajaran serta banyakkan mendengar nasihat sebagai pengajaran. 3. TANYA LEBIH BANYAK SOALAN KEPADA DIRI. Nak berubah perlu sentiasa ingat matlamat dasar kita berubah. Ini kerana matlamat yang kita letak itu mungkin dijadikan ‘trigger’ usaha bagi mencari jalan-jalan motivasi perubahan yang ingin dibuat. Tanyalah setiap hari diri kita, apa yang kita sudah lakukan dan sudahkan kita berjaya hasilkan untuk perubahan diri. 4. MARA KE HADAPAN. Nak berubah perlu belajar daripada pengalaman silam, tetapi janganlah terlalu bimbangkan akan sesuatu peristiwa yang akan datang. Pengalaman silam adalah sejarah yang kita sudah lalui manakala peristiwa akan datang pula adalah misteri yang kita tidak ketahui dan perubahan hari ini adalah sebagai hadiah untuk kita nikmati/hargai. 5. JANGAN TAKUT KEGAGALAN. Nak berubah perlu fikirkan bahawa kegagalan itu adalah perkara biasa tetapi yang menjadi luar biasa adalah usaha kita bagi menerima kejayaan. Thomos Edison, seorang pencipta berasal daripada Amerika Syarikat pernah menyatakan setelah berulang kali gagal mencipta mentol, “Saya tidak merasakan gagal tetapi saya telah menemui 10,000 cara yang tidak berkesan dan tahu membaikinya.” 6. JADUALKAN PENILAIAN BERKALA. Nak berubah perlu sentiasa ada penilaian kerana ia boleh mengukur tahap pencapaian yang kita sudah lakukan. Sekiranya kita tak mampu menilai tahap pencapaian diri sendiri, biarlah orang lain yang menilai tahap usaha kita untuk perubahan. Tetapi perlu ingat jangan sesekali mengambil penilaian daripada manusia ‘toxic’. 7. MINTA BANTUAN ORANG SEKELILING YANG DIPERCAYAI. Carilah orang sekeliling yang boleh membantu dan membimbing kita. Nak berubah memang perlukan sokongan dan dokongan kerana hidup tidak boleh berseorangan dan bersendirian. Kongsilah matlamat perubahan dan masalah yang kita hadapi ini dengan orang sekeliling yang dipercayai kerana orang itulah yang mampu membina diri kita ke arah lebih baik. 8. LETAKKAN SEGALA HARAPAN KEPADA YANG ESA. Nak berubah jangan sesekali lupakan Allah, kerana Allah sahaja yang boleh membolak balikkan hati kita sebagai hamba ini ke jalan yang positif (baik) atau negatif (buruk). Berdoalah semoga perubahan yang kita ingin lakukan itu bukan hanya memberi manfaat kepada diri sendiri tetapi orang lain juga. Niat kerana Allah untuk mendapat redha Allah. KESIMPULAN. Apabila kita tidak lagi mampu mengubah situasi, maka cabarlah diri mengubah diri sendiri ke arah lebih baik dan positif. Perkongsian ini juga adalah sebagai pesanan dan panduan kepada diri sendiri. Semoga bermanfaat dan terima kasih. . #cuitcuitminda #muizmukhtar #Kaunselor #gurubimbingan #PesanTandaSayang #motivasihidup #motivasihidup #isusemasadankaunseling #jomberubah

photo content

photo content

Program seperti ini selalunya tidak banyak dibuat semasa cuti sekolah kerana ia seperti kelas yang perlu kepada susalan program. Program seperti ini juga adalah program yang melibatkan bakat anak-anak dan ia bukan hanya sekadar minat. Walaubagaimanapun program seperti bagus bagi anak-anak yang mempunyai kehebatan di dalam bermain alatan muzik serta nyayian. . 9. PROGRAM ASAS TEKNIKAL Program-program seperti ini juga jarang dan kurang mendapat tempat semasa cuti sekolah. Mungkin program ini banyak kepada teknikal dan perlu kepada sesi kelas yang ada tempoh masa yang lama. Program-program teknikal ini seperti program pertukangan, program kesenian, program berkebun dan pertanian, program membaiki kenderaan serta alatan elektronik dan pelbagai lagi. Walaubagaimanapun program seperti ini bagus melatih anak-anak dalam membentuk minat dan mengasah potensi mereka yang tidak ke arah pembelajaran. . 10. PROGRAM KEMAHIRAN KERJAYA Program kemahiran Kerjaya adalah program yang juga jarang di lakukan tetapi ia tetap mendapat sambutan. Program ini berteraskan kepada kemahiran temuduga, kemahiran dalam mencari universiti dan kolej, kemahiran di dalam mengurus resume, kemahiran memilih kerjaya dan pelbagai lagi. Program sebegini dia bersifat khas kepada anak-anak yang ingin melangkah ke alam universiti/kolej dan juga mencari kerjaya di dalam bidang yang ingin diceburinya. . KESIMPULAN Semoga perkongsian panduan memilih program ini memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana bagi mengisi masa cuti sekolah anak-anak. Bagi rakan FB yang menganjurkan pogram-program seperti yang disebutkan di atas, atau sesiapa sahaja yang ada maklumat tersebut untuk 'share' d bahagian komen. Insya Allah boleh bantu ibu bapa untuk memilih program-program yang bersesuaian untuk anak-anak mereka. . #muizmukhtar #cuitcuitminda #itctraining #programmotivasi #startstudy #motivasibelajar #gurubimbingan #kaunselor #cutisekolah #programcutisekolah #programcutisekolahkelantan

10 PANDUAN MEMILIH DAN MERANCANG PROGRAM BAGI ANAK-ANAK KETIKA CUTI SEKOLAH. . 1. PROGRAM MOTIVASI Banyak program motivasi yang akan di adakan pada cuti sekolah. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah dan jati diri remaja. Ada pula yang berteraskan kepada akademik dan belajar dan ada pula penekanan terhadap kepimpinan seperti pengucapan awam serta pelbagai lagi. Kategori ini boleh dipilih mengikut kesesuaian masa dan tempat, kehendak, kesukaan dan keseronokan anak-anak untuk menimba ilmu. Program motivasi ini ada manfaatnya bagi meletuskan potensi diri anak-anak ke arah lebih positif. Mereka juga dapat berkenalan dan berukhwah dengan rakan-rakan baru sehingga boleh bertukar idea dan ilmu. . 2. PROGRAM IBADAH Program ibadah adalah program yang semakin mendapat tempat di masa kini. Selalunya program Ibadah akan menumpukan kepada aktiviti-aktiviti berkaitan ibadah seperti solat dan cara yang betul, puasa sunat, hafalan dan bacaaan Al-Quran, tadabbur Al-Quran, tazkirah, perlaksanaan amalan sunnah nabi dan aktiviti-aktiviti kerohanian bagi pemantapan Iman dan Islam di dalam diri. Program ibadah juga ada yang menjalankan aktiviti riadah cara sunnah nabi seperti memanah, berkuda dan berenang. Program seperti ini bagus bagi membantu dan membimbing anak-anak bukan sahaja melihat kejayaan di dunia malah akhirat kelak. . 3. PROGRAM ICT/GAJET Gajet merupakan alat yang sudah menjadi kegilaan remaja dan anak-anak zaman sekarang. Sekiranya ini adalah minat mereka, maka cubalah hantar mereka ke kelas atau program yang mengajar mereka perkara lebih berfaedah menggunakan alatan tersebut di cuti sekolah ini. Seperti kelas grafik, suntingan video, edit photoshop, bina laman web, buat animasi, membina Apps dan game dan lain-lain lagi. Dengan mengikuti kelas sebegini boleh memberi impak di masa hadapan anak-anak dan mereka mampu menghasilkan daya kreatif diri serta inovasi. . 4. PROGRAM SUKAN/SENI BELA DIRI Bagi anak-anak yang meminati sukan dan ingin melatih anak-anak ke arah pemantapan sukan. Hantarlah mereka ke program atau klinik sukan. Selalunya penganjur akan mengadakan program sebegini di cuti sekolah melihat kepada jenis sukan yang popular seperti bola sepak, futsal, tenis, bowling, badminton, renang dan seni bela diri. Program seperti ini juga selalunya mempunyai lanjutan aktiviti dan berkemungkinan bagi ibu bapa yang berkemampuan akan meneruskannya. Walaubagaimanapun bagus untuk anak-anak menceburi bidang sukan kerana ramai yang telah berjaya dalam bidang sukan. . 5. PROGRAM BAHASA Mempelajari bahasa juga adalah program yang selalu akan di adakan pada cuti sekolah. Selalunya program sebegini tidak sehangat program motivasi, sahsiah dan ibadah. Ini kerana program seperti ini memerlukan kepada minat, bakat dan daya usaha anak-anak dalam memberi tumpuan pembelajaran bahasa. Sebenarnya mempelajari bahasa tambahan atau bahasa asing dapat memberi kelebihan di masa hadapan mereka. Antara bahasa-bahasa lain yang mendapat tempat masa kini adalah seperti bahasa inggeris, mandarin, arab, korea, jepun dan lain-lain. . 6. PROGRAM ASAS PERNIAGAAN Jarang program sebegini dikaitkan dengan anak-anak yang masih bersekolah. Akan tetapi ada juga program sebegini dibuat khas kepada anak-anak remaja bagi melatih mereka mempelajari selok belok berniaga di peringkat usia yang muda. Walaupun anak-anak sebenarnya perlu fokus kepada belajar tetapi ianya tidak salah bagi mereka mempelajari serta memupuk minat berniaga, menjaga wang dan mencari duit poket sendiri tanpa meninggalkan pembelajaran. . 7. PROGRAM SUKARELAWAN Program ini selalunya tidak perlu kepada bayaran penglibatan tetapi hanya kepada kehadiran sahaja. Program seperti ini bagus untuk melatih anak-anak gemar membantu, menyelesaikan masalah, memahami erti kehidupan dan banyak lagi. Program sukarelawan ini aktivitinya selalunya bergantung kepada kehendak penganjuran. Ada yang bersifat program sukarelawan seperti pemuliharaaan alam sekitar, pengagihan makanan, membersih tempat ibadah, menjalankan kerja komuniti dan banyak lagi. . 8. PROGRAM BELAJAR MUZIK

photo content

Warna-warni kenangan bersama peserta dari daerah Kuala Krai dan Gua Musang di dalam program MARA Leadership Development Programme (MLDP) di Tanjung Demong Beach Resot, Besut Terengganu.

Warna-warni kenangan bersama ahli dan kepimpinan Badan Dakwah & Rohani (BADAR) SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa Kelantan di dalam Kem Badan Dakwah Sekolah 2023.

Warna-warni kenangan bersama pegawai dan kakitangan Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) seluruh Malaysia di dalam Program Team Bonding di Pantai Irama Bachok Kelantan.

Warna-warni kenangan bersama peserta MARA Leadership Development Programme (MLDP)  Peringkat Negeri Kelantan di Tanjung Demong Beach Resot, Besut, Terengganu.

KEMATIAN YANG DICEMBURUI DAN ARWAH TELAH MENGAJAR KITA SESUATU. 3 PERKARA YANG BOLEH MENJADI MOTIVASI UNTUK KITA. . 1. LOVE (Living Our Values Everyday) Perkataan ‘LOVE’ inilah yang boleh saya dambakan akan pemergian bekas anggota Inteam, almarhum Suhaimi Saad. Walaupun sebelum ini ada yang mengecam akan pandangan peribadinya mengenai beberapa perkara yang mengundang kontroversi tetapi penghujung hidupnya telah menjadi inspirasi buat kita semua yang masih hidup. Dulu arwah banyak menyampaikan nasihat serta teguran melalui lagu nasyid bahkan suara lunaknya itu sebagai pelengkap lagu menjadi sangat harmoni bersama kumpulan Inteam. Tapi kini, dipenghujung hidupnya pula arwah telah menjentik ramai jiwa dengan menitipkan kata nasihat supaya mengambil berat akan didikan agama terhadap keluarga, mengajak para pengikut media sosialnya supaya mengamalkan solat berjemaah dan mengajar mengaji Al-Quran serta zikir-zikir amalan hidup sebagai bekalan kelak. "Living Our Values Everyday" (Buatlah perkara baik setiap hari supaya kelak perkara baik itu menjadi manfaat untuk diri sendiri dan orang lain). . 2. LUQMAN (Didiklah anak-anak) Arwah sempat melafazkan pesanan terakhir buat anak-anaknya supaya menjaga solat dan jangan sesekali tinggalkan Al-Quran dengan terus mengaji. Di samping itu pesanan buat anaknya untuk mandikan dan solatkannya selepas pemergiannya menjadi tanda arwah sangat hebat dalam mendidik anak. Mungkin semasa hidup arwah telah mengikut acuan yang ada di dalam Al-Quran melalui surah Luqman ayat 12-19 sebagai panduan mendidik anak-anaknya sehingga menjadi soleh/solehah. Saya ingin kongsikan 7 kurikulum pendidikan di rumah yang telah diajar Luqman Al-Hakim kepada anaknya iaitu, 1. Kuatkan akidah dan jangan syirikkan Allah. 2. Bebaktilah kepada kedua ibu bapa. 3. Merasai diri sentiasa diawasi Allah SWT. 4. Mendirikan solat dan jangan sesekali tinggalkannya. 5. Berjiwa amar makruf nahi mungkar (serulah benda baik dan halang perkara keji). 6. Bentuk diri dengan keperibadian sabar. 7. Berakhlak mulia dengan jangan bodoh sombong. . 3. LIFE (Ibrah buat yang masih hidup) Buat kita yang masih hidup, ambillah ibrah kematian atau pengajaran yang kita dapat dari kematian seseorang. Hayat kita di dunia hanya sedetik sahaja dan peluang hidup yang Allah berikan ini perlu kita teruskan perjalanannya. Firman Allah, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya.” (Surah al-Mulk : ayat 2) Al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam, Al-Quran berkata bahawa perkataan “kematian” didahulukan daripada perkataan “kehidupan” kerana kematian itu lebih dekat. Mungkin asal manusia daripada tiada kemudian diwujudkan. Matlamat sebenar manusia bukan hanya di dunia tetapi akan menghadapi akhirat kelak. Moga penghujung hidup kita semua baik dan dapat menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. InsyaAllah. . KESIMPULAN Terima kasih kerana membaca tinta minda ini. Penulisan ini hanya cetusan inspirasi dan nasihat buat diri sendiri juga. Semoga kita semua diberkati hidup dan mendapat rahmat dari-Nya. . #cuitcuitminda #muizmukhtar #GuruKaunseling #gurubimbingan #kematiandicemburui #isusemasadankaunseling #isusemasa #PesanTandaSayang #HidupBiarBerjasa

photo content

4 CARA MENGATASI MASALAH SUKA MENANGGUH. 1. TULIS 'TO-DO LIST' Bagi memastikan tidak terlalu kerap menangguh, tuliskan senarai ‘to-do list’ dan tampalkannya supaya ianya dapat dilihat dan menjadi peringatan untuk kita lakukan. Di dalam ‘to-do list’ itu juga boleh perincikan apa yang ingin dilakukan. Sekiranya nak lagi tersusun, boleh guna sistem catatan 4D dalam perincian tugasan itu iaitu, a) Do (Kena buat) b) Decide (Tak buat lagi pun 'OK') c) Delegate (Biar orang lain buat) d) Delete (Tak perlu buat) 2. GUNA PRINSIP 'PARETO' Lakukan sesuatu perkara mengikut prinsip Pareto iaitu 80/20. Untuk memudahkan kita faham akan prinsip Pareto ini adalah sebagaimana contoh, - Hanya dengan 20% tanaman boleh menghasilkan 80% buah. - Hanya dengan 20% pelanggan yang ada di dalam data boleh menghasilkan 80% keuntungan kepada perniagaaan. - Hanya dengan 20% pemain yang sedia ada sahaja dapat menjaringkan 80% gol bagi kejayaan pasukan. Oleh itu bagi memastikan tidak banyak menangguh, ambil lah masa dengan hanya 20% secara efektif bagi menghasilkan 80% kerja atau tugasan yang ingin dibuat. 3. PECAHKAN DENGAN 'SWISS CHEESE' Boleh menggunakan ‘Teknik Swiss Cheese’ dalam tugasan. Sekiranya perkara yang kita ingin lakukan terlalu banyak, pecah-pecahkan tugasan dan lakukan yang lebih mudah atau kecil terlebih dahulu. Ini kerana tidak mahu kita mudah merasa bosan bagi menghasilkan kerja yang susuh atau besar sehingglah datang kelakuan menangguh. Apabila tugasan susah atau besar itu mula ditangguhkan, maka tugasan mudah atau kecil pasti tidak akan dibuat. Hasilnya kita mula melakukan tugasan yang tidak sepatutnya di lakukan. 4. TANAM DISIPLIN '8+8+8' Sekiranya mahu melakukannya tanpa memecahkan tugasan, maka tanamkan disiplin terhadap pengurusan diri dengan cara penekanan konsep 8 + 8 + 8 = 24. Disiplinkan 8 jam untuk melakukan tugasan berat dan utama. 8 jam pula untuk melakukan tugasan mudah dan ringan yang menjadi kebiasaan sebagai rutin hidup. 8 jam lagi untuk melakukan tugasan melibatkan kesihatan diri, ketenangan jiwa dan minda seperti solat, tidur, rehat, bersenam, ‘healing’ dan sebagainya. Ingat kita bukanlah robot yang dijadikan sebagai alat, tetapi insan ciptaan Allah yang dijadikan sebagai hamba. KESIMPULAN Menangguh ini sebenarnya datang daripada sikap yang sudah ditentukan dan ditanam di dalam sistem pemikiran kita sendiri. Oleh itu, nak buang menangguh bukan mudah kerana perlukan masa untuk mengubah corak pemikiran yang sedia ada. #jomubah. Penulisan Muiz Mukhtar (Kaunselor / Trainer)

Warna-warni kenangan bersama pemimpin murid SK Sultan Ibrahim (3) Pasir Mas Kelantan di dalam Kursus Kepimpinan Murid 2023.

Warna-warni kenangan bersama pemimpin pelajar SMK Keroh Kuala Krai Kelantan di dalam Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda 2023.

Tetapi kini penggunaan gajet telah menjadi satu keperluan bagi perjalanan mencorakkan gaya pembelajaran dan pengajaran di sekolah atau di rumah. Sehinggalah pelajar kini telah menerima sumber yang banyak serta informasi yang luas. Teknologi dan aplikasi yang ada juga boleh memberi impak perkembangan potensi pelajar masa kini. Alat bantu dalam pengajaran juga diperlukan bagi proses pembelajaran yang baik. *Oleh itu penceramah/trainer sekolah perlu banyak dalam mencari informasi dan sumber supaya dilihat seorang yang berilmu dan berpendidikan. Selain itu juga perlu mengetahui isu semasa, trend, perkara viral dan aktif dan adanya media sosial. Maksimakan penggunaan alat bantu mengajar supaya memberi impak positif buat peserta. . KESIMPULAN, DULU dan KINI memang banyak bezanya, tetapi maltamat untuk mendidik, membantu dan membimbing UMMAH masih lagi sama. Semoga setiap yang kita lakukan ini diberkati dan buatlah kerana Allah. Terima kasih kerana sudi membaca, Saya, Muiz Mukhtar (Trainer / Guru Bimbingan)

4 PERKARA PECERAMAH/TRAINER SEKOLAH PERLU FAHAM BAGI MEMBINA MODUL DAN MENYAMPAIKAN ‘TALK’ KERANA DULU PEMBELAJARAN TRADISIONAL DAN KINI PEMBELAJARAN ABAD KE-21. Apa yang saya ingin kongsikan adalah, 1. DULU BERPUSATKAN GURU, KINI BERPUSATKAN PELAJAR Dulu guru memainkan peranan penting kerana adanya penekanan konsep komunikasi sehala. Gurulah yang banyak bercakap, memberi semua info serta idea, menyampaikan, membimbing dan memberi segala maklumat sehinggalah guru dilihat segalanya dalam usaha mendidik pelajar dalam pembelajaran. Tetapi kini strategi berpusatkan pelajar telah mencorakkan konsep dua hala (Kolaboratif) sehinggalah pelajar pula yang perlu berusaha mencari maklumat, berbincang, menyoal dan menggalakkan pelajar memberi pendapat serta info sehinggalah pelajar dilihat kreatif, bekerjasama serta menerapkan usaha dalam pembelajaran. *Oleh itu penceramah/trainer sekolah perlu memahami kondusi demografi peserta dan cuba menyediakan modul yang boleh melahirkan konsep berpusatkan kepada pelajar. Selain itu juga, trainer perlu ada komunikasi dua hala bagi memberi impak yang baik dalam penyampaian. . 2. DULU BERSIFAT PEMBELAJARAN KOGNITIF, KINI BERSIFAT PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVITISME. Dulu guru banyak menekankan proses pembelajaran kognitif seperti melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman sehinggalah ia bersifat sturktur dan disusun. Guru banyak menerapkan konsep teori serta model sehinggalah tidak banyak aktiviti dan perkara praktikal yang dapat dilaksanakan. Tetapi kini strategi penekanan proses pembelajaran konstruktivistime seperti penyelidikan, pengalaman, permainan (aktiviti), perbincangan, penerokaan dan praktikal telah memberi perkembangan mengikut kesesuaian pelajar generasi kini. Elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika membuatkan pelajar dapat merangsang keseronokan dalam pembelajaran. *Oleh itu penceramah/trainer sekolah perlu bijak dalam menyediakan skrip modul supaya pelajar tidak merasa kebosanan dalam 'talk'. Trainer juga boleh menggunakan kaedah 60 : 40 iaitu 60% teori dan 40% aktiviti/praktikal. Imbangkan antara teori dengan praktikal. Konsep trainer berkolaborasi juga sangat bagus dilakukan bagi melahirkan impak yang baik. . 3. DULU PENTAKSIRAN SUMATIF, KINI PENTAKSIRAN FORMATIF Dulu sistem pentaksiran sumatif digunakan bagi tujuan menilai tahap pencapaian pelajar secara formal seperti adanya ujian mengikut ketetapan masa (pertengahan tahun dan akhir tahun), ketetapan format (ujian melalui kertas) dan ketetapan penumpuan peperiksaan seperti adanya UPSR, PMR, SPM serta STPM. Tetapi kini pentaksiran formatif pula digunakan seraca formal atau tidak formal bagi mengesan atau menilai tahap penguasaan pengetahuan dan kemajuan pelajar sehingglah adanya tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK) dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik (PPSI). Di samping itu juga penekanan peperiksaan masih digunakan bagi halatuju pelajar peperiksaan. *Oleh itu penceramah/trainer sekolah perlu tahu sistem-sistem yang digunakan bagi penilaian pelajar masa kini. Ini kerana setiap modul dan konsep yang kita terjemahkan itu perlu di 'up-to-date' supaya mengikut selera kehendak penganjur dan kesesuaian pelajar. . 4. DULU PEMBELAJARAN TANPA GAJET, KINI PEMBELAJARAN GUNA GAJET Dulu pelajar tidak didedahkan dengan penggunaan gajet kerana ia tidak menjadi keperluan yang besar di dalam mencorakkan gaya pembelajaran dan pengajaran di sekolah atau di rumah. Sehinggalah pelajar hanya menggunakan bahan-bahan yang diberikan dan sumber maklumat pula sangat terhad. Ketiadaan alatan teknologi serta aplikasi yang mungkin boleh menambah nilai pembelajaran dan pengajaran juga telah menghadkan keupayaan menilai potensi pelajar.

photo content

MINGGU SOLIDARITI P4LE5TIN DI SEKOLAH. DIDIK LAH PELAJAR DENGAN 3S. Tahniah buat sekolah yang telah menganjurkan Minggu Solidariti Palestin bagi tujuan mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan dalam kalangan pelajar. Semoga dengan adanya program dan kempen sebegini, guru-guru dapat membentuk minda pelajar dengan adanya kefahaman 3S terhadap isu Palestin. 1. SEJARAH Mengapa perlu pertahankan Palestin? Palestin inilah terletaknya Al Aqsa (Baitul Maqdis) merupakan qiblat pertama bagi umat Islam untuk mendirikan ibadah solat sebelum dialihkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Makkah. Palestin inilah adanya Al Aqsa merupakan lokasi perjalanan Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Palestin inilah terdapat masjid Al Aqsa adalah masjid yang ke-3 suci di sisi Allah selepas Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi. Palestin inilah menjadi tempat tinggal para Nabi dan Rasul antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Ishak, Nabi Ya’qub, Nabi Yusof, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa. Palestin inilah yang terletak di bumi Syam yang mana Rasulullah SAW telah mendoakan bumi Syam diberkati dan malaikat membentangkan sayapnya ke atas bumi yang bertuah ini. Palestin yang adanya Al Aqsa inilah menjadi tempat kebangkitan permulaan jihad di akhir zaman. Kita kini berada di akhir zaman. 2. SOLIDARITI Mengapa perlu ada solidariti? Solidariti sebenarnya berasal daripada perkataan ‘solid’ dan ‘unity’ iaitu perpaduan, persetujuan, kerjasama dan ikatan kita bersama masyarakat supaya menjadi lebih erat dan bersatu hati dalam memberi sokongan terhadap sesuatu yang disepakati. Isu di Palestin bukan hanya isu agama atau aqidah tetapi merupakan isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Pencerobohan rejim Zionis dan Israel ke atas bumi Palastin ini sudah lama berlaku dan menjadi konflik antarabangsa sehingga rakyat Palestin telah menjadi mangsa kekejaman dan dipenjarakan secara terbuka. Dengan bersolidariti inilah tanda kita menggesa konflik Palestin-Israel di Gaza dihentikan pada kadar segera tanpa ada pembunuhan di Gaza dan tindakan meyerahkan hak serta tanah yang dirampas kepada rakyat Palestin. 3. SEMANGAT Mengapa isu ini bermusim? Semangat membantu rakyat Palestin tidak boleh hanya bersifat bermusim semata-mata kerana ia perlu dilakukan secara berterusan sehinggalah Palestin menjadi negara berdaulat. Peranan kita sebagai masyarakat perlu bersatu hati membantu rakan seagama dan penduduk yang telah menderita sudah bertahun-tahun lamanya. Sumbangan dan bantuan kemanusiaan perlu diteruskan tanda sokongan sejagat kita terhadap isu ini. Boikot dan menolak keganasan juga adalah usaha kecil tanda kita konsisten menentang kebiadapan Israel terhadap umat Islam dan rakyat Palestin yang mahukan keamanan. Sekiranya kita tidak mampu menjadi pejuang yang dapat membebaskan Palestin daripada penjajahan dan penaklukan Israel. Jadilah penyokong yang setia serta menyumbang untuk melihat Palestin dibebaskan oleh Israel yang merupakan negara haram tidak diiktiraf oleh dunia. KESIMPULAN Sejarah Palestin tidak boleh diubah, Solidariti kini telah dilaungkan dan Semangat yang membara perlu diteruskan. Ikhlas daripada saya, Muiz Mukhtar (Guru Bimbingan) . #muizmukhtar #cuitcuitminda #gurubimbingan #isusemasadankaunseling #savepalestine #ISUVIRAL #standWithPalastine #SolidarityForPalestine