en
Feedback
NOTA INSPIRASI ITC

NOTA INSPIRASI ITC

Open in Telegram

Info Motivasi, Bimbingan, Kaunseling, Pendidikan dan Produk Kejayaan

Show more
467
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Sesungguhnya, ibrah daripada kejadian Isra' Mikraj ini membuktikan kepada manusia mengenai kebesaran Allah SWT terhadap hamba
Sesungguhnya, ibrah daripada kejadian Isra' Mikraj ini membuktikan kepada manusia mengenai kebesaran Allah SWT terhadap hambaNya serta menunjukkan kasih sayang Allah SWT memberi amanah ibadah solat buat hambaNya. Salam Isra' Mikraj buat semua umat Islam daripada kami Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) #itctraining

Warna-warni kenangan bersama 300 orang calon SPM daripada 7 buah sekolah di daerah Pasir Puteh, Kelantan di dalam Program Celik Kendiri Motivasi SPM. . #muizmukhtar #gurubimbingan #modulbelajar #cuitcuitminda #Kaunselor #motivasipelajar #motivasipeperiksaan

π—¦π—˜π—žπ—œπ—§π—”π—₯ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—Ÿπ—”π—§π—œπ—›π—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π— π—’π—§π—œπ—©π—”π—¦π—œ π—œπ—§π—– (π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘ *JAN 2024*) . Tuan-puan boleh lihat gambar dengan klik link di bawah. . Jika tuan-puan berhasrat jayakan program bersama kami, boleh terus wasap saya (Nik Kamal) π—žπ—”π— π—œ π—¦π—˜π——π—œπ—” π— π—˜π— π—•π—”π—‘π—§π—¨ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02RoVF7scwtpcEc18RrYnaiavZq7ALw11wxhh1cdRFSCdJ8YxPBpH69VpcJcH9K24Xl&id=100063505479524&mibextid=Nif5oz

photo content

Testmoni peserta program Motivasi Keibubapaan SK Gua Musang yang dikendalikan oleh Tuan Muizzuddin Mukhtar. Alhamdulillah. Jika berminat untuk jayakan program seperti ini ataupun modul lain, boleh hubungi kami di http://www.wasap.my/60134058718/NakMotivasiITC (Nik Kamal). In syaa Allah kami berikan kerjasama sebaiknya.

Assalamualaikum dan salam Jumuah mubarakah buat semua. Didoakan Allah mempermudahkan segala urusan kita hari ini. Selawat + A
Assalamualaikum dan salam Jumuah mubarakah buat semua. Didoakan Allah mempermudahkan segala urusan kita hari ini. Selawat + Al-Kahf mode on! πŸ’ͺ

3 Cara Jemput Rezeki
3 Cara Jemput Rezeki

Tidak perlu menjadi seseorang yang serba boleh buat kerana kita semua tidak sama kelebihan serta kekuatan. Tekun dan fokuslah
Tidak perlu menjadi seseorang yang serba boleh buat kerana kita semua tidak sama kelebihan serta kekuatan. Tekun dan fokuslah pada salah satu bidang yang paling kita suka dan mampu kita usahakan, kemudian jadilah seseorang yang hebat atau pakar dengan bidang tersebut. Ingat, Memulakan sesuatu hanya perlukan usaha membuatkan ia nampak senang tetapi untuk mengekalkan dengan konsisten sesuatu itulah perlukan usaha, rasa, masa dan jasa membuatkan ia nampak susah. Moga kita semua diberi kebaikan. InsyaAllah . #muizmukhtar #cuitcuitminda #gurubimbingan #Kaunselor #motivasipelajar #modulbelajar

Warna-warni kenangan bersama anak-anak warga Maktab Teknik PDRM Bakri Muar, Johor Bharu di dalam Program Gerak Gempur SPM & STPM. . #muizmukhtar #gurubimbingan #modulbelajar #cuitcuitminda #Kaunselor #motivasipelajar #motivasipeperiksaan

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari. Didoakan kita semua hari ini dapat menjalani kehidupan yang lebih baik daripa
Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari. Didoakan kita semua hari ini dapat menjalani kehidupan yang lebih baik daripada semalam. Selawat and Al-Kahf mode on! πŸ‘πŸ’ͺ

Doa untuk Allah permudahkan urusan kita semua di dunia ini bagi mencari bekalan baik di akhirat kelak. Doa ini juga boleh dij
Doa untuk Allah permudahkan urusan kita semua di dunia ini bagi mencari bekalan baik di akhirat kelak. Doa ini juga boleh dijadikan amalan buat pelajar yang akan menempuhi peperiksaan. Insya-Allah. Moga kita semua diberkati Allah. #muizmukhtar #cuitcuitminda #modulbelajar #Kaunselor #gurubimbingan #motivasipelajar #doapeperiksaan #doahariini

PERGILAH SEKOLAH KERANA MENUNTUT ILMU SALAH SATU AMALAN MENJEMPUT REZEKI 1. REZEKI HADIR DENGAN MENUNTUT ILMU Hakikatnya dalam dunia ini, tiada yang mudah. Sesuatu perkara menjadi mudah apabila kita berilmu. Sama ada ilmu untuk mendapatkan kejayaan di dunia ataupun akhirat semuanya perlukan ilmu. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: β€œBarangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim) Dengan adanya ilmu telah mengubah cara kita berfikir dan cara kita melakukan kerja. Apabila kita dapat melakukan sesuatu kerja itu, maka kita juga dapat menghasilkan sesuatu manfaat buat diri sendiri dan orang lain. Maka menuntut ilmu adalah rezeki buat kita semua. . 2. TIDAK ADA ISTILAH BUANG MASA DALAM MENUNTUT ILMU Membuang masa? Apakah kita sebenarnya faham maksud 'membuang masa'? Membuang masa atau menyia-nyiakan waktu adalah kita melakukan sesuatu perkara yang boleh melalaikan diri. Membuang masa juga adalah kita melakukan aktiviti yang dipandang serong dan dianggap sebagai aktiviti yang tidak berfaedah. Persoalannya? Adakah dengan pergi ke sekolah untuk menimba ilmu adalah perkara yang melalaikan atau aktiviti yang tidak berfaedah? Oleh itu, sekiranya sekolah itu mendatangkan masalah kepada kita, maka beradab lah dan belajarlah erti syukur kerana kejayaan yang kita semua perolehi ini juga bermula daripada ilmu yang datang dari pembelajaran di sekolah sejak kecil lagi. . KESIMPULAN Belajar di sekolah tidak membuang masa malah mengisi masa dengan bijak. Jangan perlekehkan orang menuntut ilmu kerana mereka bukan ingin berjaya di dunia semata-mata tetapi berjaya juga di akhirat. #muizmukhtar #motivasipelajar #cuitcuitminda #isusemasadankaunseling #gurubimbingan #Kaunselor #pesantandasayang

photo content

IDEA MENYIMPAN RM100 SEBULAN. NAK TAMBAH HASIL SIMPANAN BOLEH GUNA CARA KE-2. 1. CARA BIASA Bagi kebiasaan, jika menyimpan RM100 sebulan di 'bank dunia', maka dalam tempoh setahun akan memperolehi sebanyak RM1,200. Bulan 1 = Simpan RM100 Bulan 2 = Simpan RM100 Bulan 3 = Simpan RM100 Bulan 4 = Simpan RM100 Bulan 5 = Simpan RM100 Bulan 6 = Simpan RM100 Bulan 7 = Simpan RM100 Bulan 8 = Simpan RM100 Bulan 9 = Simpan RM100 Bulan 10 = Simpan RM100 Bulan 11 = Simpan RM100 Bulan 12 = Simpan RM100 Jumlah setahun = RM 1,200 (100x12) . 2. CARA LUAR BIASA Sekarang bagaimana untuk menyimpan cara luar biasa sehingga ada penambahan hasil simpanan? Maka caranya adalah dengan adanya amalan bersedekah menggunakan modal RM100 yang sama setiap bulan. Strateginya adalah 80:20 iaitu 80% simpanan di 'bank dunia' dan 20% simpanan di 'bank akhirat'. Setiap simpanan di 'bank akhirat' pulangan minimun 10 kali ganda. Bulan 1 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Bulan 2 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Bulan 3 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Bulan 4 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Bulan 5 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Bulan 6 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Bulan 7 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Bulan 8 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Bulan 9 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Bulan 10 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Bulan 11 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Bulan 12 = Simpan RM80 dan sedekah RM20(x10) Jumlah setahun = RM 960 + RM 2,400 (RM3,360) Adakalanya RM2,400 yang diperolehi itu mungkin bukan dalam bentuk rezeki wang ringgit tetapi bentuk rezeki yang lain. Maka apa yang penting yakin pada kelebihan bersedekah. Nak lagi luar biasa guna strategi 50:50 dalam simpanan. InsyaAllah Firman Allah, "Barang siapa melakukan kebaikan mendapat balasan 10 kali ganda amalannya." (Surah al-An'am ayat 160) . KESIMPULAN Menyimpan tanpa sedekah akan mendapat simpanan yang biasa, tetapi menyimpan dengan sedekah akan mendapat simpanan yang luar biasa. #muizmukhtar #cuitcuitminda #Kaunselor #gurubimbingan #isusemasadankaunseling #pesantandasayang #sedekahberkah #motivasipelajar

photo content

Selamat Tahun Baharu 2024! Tahun 2023 telah berlalu dan meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis kepada kita. Didoakan tahun 2024 ini menghasilkan pencapaian yang lebih bermakna dalam hidup kita semua bukan sahaja di dunia malah bekalan di akhirat kelak. Dengan izin Allah, Insya Allah ITC akan sentiasa membantu dan memberi khidmat yang terbaik. Perkhdmatan ITC bagi 2024, 1. Latihan dan Motivasi (in-house) 2. Seminar dan Kursus Latihan (public) 3. Bimbingan dan Kaunseling 4. Pengajian dan Pendidikan 5. Penulisan Buku dan E-book 6. Jualan Produk . #muizmukhtar #cuitcuitminda #azamtahunbaru2024 #gurubimbingan #Kaunselor #itctraining #tahunbaharu2024 #tahunbaru2024 #selamattahunbaru2024

photo content

Usah tunggu masa sesuai untuk berubah.
Usah tunggu masa sesuai untuk berubah.

Dari meja Tuan Muizzuddin Mukhtar πŸ‘‡ 3 TAHAP SYUKUR DAN 2 TAHAP SABAR Melalui surah Al-Insan, Allah telah memberi panduan kepada kita akan SYUKUR DAN SABAR. ---------------------------- SYUKUR ---------------------------- 1. TAHAP SYAAKIRAN (Ψ΄ΩŽΨ§ΩƒΩΨ±Ω‹Ψ§) Melalui ayat ke 3 surah Al-Insan, tahap syukur ini adalah bersyukur dengan penuh ketaatan walaupun sekecil-kecil perkara. Ini bermakna setiap perkara yang kita lalui dan setiap apa yang kita perolehi di dunia ini perlu ada rasa syukur serta berterima kasih walaupun ia pemberian yang besar atau kecil bahkan banyak atau sikit. 2. TAHAP SYUKURAN (Ψ΄ΩΩƒΩΩˆΩ’Ψ±Ω‹Ψ§) Melalui ayat ke-9 Surah Al-Insan, tahap syukur ini adalah bersyukur dengan tidak mengharapkan balasan bahkan terus berterima kasih kepada Allah. Ini bermakna seseorang itu ditahap keikhlasan yang tinggi dan hanya mengharapkan redha Allah semata-mata. Apa yang dilalui dan diperolehi itu hanya semata-mata menjadi hamba yang bersyukur. 3. TAHAP MASYKUURAN (Ω…Ω‘ΩŽΨ΄Ω’ΩƒΩΩˆΩ’Ψ±Ω‹Ψ§) Melalui ayat 22 Surah Al-Insan, tahap syukur ini adalah Allah yang mensyukuri dan menerima segala apa yang diniatkan serta diusahakan oleh hambanya. Ini bermakna seseorang itu telah mendapat redha Allah walaupun ianya berada di dunia. Ini menandakan Allah menyayangi hambanya kerana keikhlasan yang telah diterima Allah di dunia lagi dan akhirat kelak adalah Syurga baginya. ---------------------------- SABAR ---------------------------- 1. TAHAP SABARU (Ψ΅ΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩΩˆΩ’Ψ§) Melalui ayat 12 Surah Al-Insan, sabar dengan segala ujian dan cabaran (kesusahan, kepayahan, kesakitan) yang telah Allah berikan di dunia sehinggalah Allah menilai tahap kesabaran hambanya menghadapi rintangan itu. Maka Allah akan memberi ganjaran besar di akhirat kelak. 2. TAHAP FASBIR (ΩΩŽΨ§Ψ΅Ω’Ψ¨ΩΨ±Ω’) Melalui ayat 24 Surah Al-Insan, sabar dengan ketentuan dan suruhan yang telah Allah berikan di dunia sehinggalah Allah menilai tahap kesabaran hambanya melaksanakan tanggungjawab itu. Maka Allah akan memberi balasan serta nikmat yang besar di akhirat kelak. . KESIMPULAN SYUKUR dan SABAR merupakan kunci bagi seseorang manusia mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Moga kita semua menjadi manuasia yang ada rasa syukur dan sabar. insya-Allah. Terima kasih, pesanan ini untuk diri sendiri dan #pesantandasayang . #muizmukhtar #cuitcuitminda #Kaunselor #gurubimbingan #modulbelajar #motivasipagi #motivasikehidupan #jomberubah #isusemasadankaunseling

photo content