Lima Aksara
Open in Telegram
Lima aksara; tinta-tinta terhala makna. Sebagai medan semadi rasa karya aksara jiwa. Nukilan, AnggunDelaila. 19 ᴊᴜɴ 2019 | Sabah. T.me/LimaAksara Instagram.com/limaaksara_
Show more1 237
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
1 237
Walhal yang tersenyum juga boleh menangis, yang kenyang boleh lapar tak lari juga yang hidup boleh mati.
Apa silapnya aku menekankan yang ingat boleh lupa?
Api yang kau bakarkan untuk menyemarakkan rasa dalam hati, boleh jadi esok terpadam dingin.
Perjuangan ini bukan untuk satu jasad, tapi satu cara.
Kita lemah dengan arahan.
Mana mungkin kita menang dengan alahan. Sembuh dahulu, sahabat.
t.me/limaaksara
1 237
Terlambat sesal melapah daging hati. Meragut sepenuhnya maruah diri. Moga hapus jejak di kubang dosa, Rengkuh taubat meski tak suci lagi.
T.me/limaaksara
1 237
Soal kita?
Aku hanya letak dalam kalung-kalung doa. Moga setiapnya kita baik-baik saja dalam jagaanNya.
T.me/limaaksara
1 237
No one is perfect. We all make mistakes. But some mistakes will teach you great lessons and make you a better person.
T.me/limaaksara
1 237
"Warkah terakhir dari seorang kenangan.
Assalaamualaikum untuk kau yang membaca. Semoga dalam keadaan baik dan bahagia.
Pertamanya, ingin aku jelaskan bahawa ini adalah penulisanku yang terakhir untuk kamu. Andai masih ada umur dan kewarasan, selepas ini semua penulisanku tidak akan lagi tertuju untuk kamu. Sama ada bahagia atau sedih, itu adalah dari ilhamku atau hanya diriku yang bertanggungjawab atas perasaanku. Bukan lagi kamu.
Sejujurnya ini bukanlah kali pertama aku utuskan warkah ini. Tapi dengan yakin, aku putuskan ini adalah yang terakhir.
Kerana dalam meniti hari, menelek janji dan harapan yang besar pernah aku lafazkan dahulu, aku sedar ia hanyalah dariku untukmu.
Memperjuangkanmu adalah antara hal yang terbesar pernah aku lakukan dalam hidup. Dalam masa yang sama, kegagalanku untuk mendapatkanmu juga merupakan yang terbesar aku pernah hadapi. Berbahagialah atas pernyataan ini. Kerana kau masih di tangga yang pertama dalam hal itu.
Melangkaui semua batas dan waktu, aku bahagia dengan keperitan ini. Kerana setiap langkah dan keputusan sekarang, aku ambil kira sebaik mungkin.
Memori yang telah sebati adalah perkara yang aneh. Tanpa sedar kau telah menjadi salah satu organ penting aku. Lambat untukku akui.
Kadang dalam berbicara dengan seseorang, lancar namamu menjadi panggilan. Dalam menyatakan harapan, juga kau terluncur dalam fikiran. Apatah lagi dalam penulisan. Kau tahu siapa watak dan peran.
Maaf, jangan kau berbangga dulu. Itu bukan kerana aku merinduimu. Itu hanya kebiasaan. Ketahuilah bahawa kau bukan lagi kiblat arah tujuan.
Kau hanya titik permulaan perjalanan sejauh pandangan.
Sejauh mana aku bisa menapak, sejauh itu juga kau telah kau aku tinggalkan."
24 Ogos 2022
t.me/limaaksara
1 237
Rintik-rintik hujan bersama kicauan burung perlahan-lahan mengingatkan aku kepada kita. Hembusan bayu membuatkan aku tak mampu hentikan air mata rindu yang mengalir.
Hm,
Bukan kerana aku lemah-- cuma aku sedang mencari sebuah kekuatan.
T.me/limaaksara
1 237
Hadir kembali bukan untuk mengulangi. Tapi hadir kembali untuk menginsafi setiap yang telah terjadi.
Soal kita?
Aku hanya letak dalam kalung-kalung doa. Moga setiapnya kita baik-baik saja dalam jaganya.
T.me/limaaksara
1 237
Apakah aku masih lagi menjadi bintang mu dan kamu masih lagi menjadi matahari ku?
Jawapan ku mudah saja; selamanya kamu itu tetap menjadi sebahagian dari diri ku.
T.me/limaaksara
1 237
Kita jauh terbawa oleh rentasan rindu-- Sehingga, pada saat ini kita masih lagi sesat dan buntu.
T.me/limaaksara
1 237
Pada rembulan seterusnya, tetap saja aku menganggap kamu ada walaupun cuma secebis kenangan antara kita.
T.me/limaaksara
