en
Feedback
Lima Aksara

Lima Aksara

Open in Telegram

Lima aksara; tinta-tinta terhala makna. Sebagai medan semadi rasa karya aksara jiwa. Nukilan, AnggunDelaila. 19 ᴊᴜɴ 2019 | Sabah. T.me/LimaAksara Instagram.com/limaaksara_

Show more
1 237
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Selamat hari raya aidilfitri daripada kami keluarga @limaaksara Huluran maaf daripada pihak kami andai ada tersilap patah, ataupun menyinggung mana-mana jiwa pembaca. Bulan mulia; kami seikhlas hati memohon ampun zahir dan batin ;)) T.me/limaaksara

Kadangkala, ada rindu yang perlu dilawan. Agar jiwa tidak kembali mengulang. Kerana juga aku lelah, berperang dengan perasaan. - malam. T.me/limaaksara

Tulislah, tulislah dengan segala alatan pujangga supaya dari peristiwanya akan tumbuh kebesaran dan dari sejarah akan tumbuh pohon kebenaran. - Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh. Selamat menyambut hari Puisi sedunia. T.me/Limaaksara

Salam Ramadan kepada semua warga lima aksara. T.me/limaaksara

Kawah rindu masih hangat walaupun sunyi Seperti mentari yang datang di waktu pagi Meskipun rindu sudah tidak dipeduli Tetap saja ada cinta hingga ke mati Menunggu khabar tak datang lagi Senja yang indah kembali berdarah dalam puisi Mimpi-mimpi membawa ku merasai Dinginnya gunung tanpanya salji Segala resah semakin menjadi Dijamu pula dengan kiasan hati Tidak mengapa wahai bidadari Ku tahu kamu masih ada di sini. -senjamu 1501 | telegram coffee, Perth

Apa benar langgam bahasa berubah saat ketenangan jiwa direnggas pantas? Atau laras bahasa melangkaui garis akhir kasta lama kerana itu? Apa mungkin kita menulis kerana tiada lagi cara suara bisa menyampaikan? Atau aksara biasa sedia menari dengan maknawi terus ke hati selama ini? Apa soalan yang ditanyakan untuk menagih jawapan? Atau saban ternanti jawapan berbeza dengan berlapik andai? Bergunung takkan habis, semua harus aku pelajari. Andai bisa aku menyeri dunia dengan jawapan, tetap bukan aku dalam objektif. Mengerti, andang-andang tidak dipandang-pandang. Nukilan, Malam. 01012024 | Rumah t.me/limaaksara

Kenapa ego untuk mengakui hati yang masih saling mencintai? Kenapa berterusan melukai sedangkan bahagia boleh dimiliki? Dulu mungkin aku tak memahami. Tapi kerna kehilangan peluang tersebut barulah aku mengerti. Yang erti mencintai itu bukan enteng semata. - maples t.me/limaaksara

Andainya masih ada cinta; aku sanggup melutut merayu demi sebuah kemaafan, mengharapkan peluang kedua. - Bintang Malam T.me/Limaaksara

Masihkah ada cinta antara kita? T.me/limaaksara

Salam malam penikmat aksara @limaaksara

Happy new year @limaaksara

Hari ini aku tertanya lagi. Bagaimana keadaan kamu dan malaikat kecil kita. Apa semuanya baik-baik saja. Tertiba aku tersenyum memikirkan segala hal yang kita lalui bersama. Ketika malaikat kecil kita memanggil namaku. Entah kenapa aku terasa sangat bangga ketika malaikat kecil itu memanggil namaku. Malaikat kecil kita sudah tumbuh dewasa bukan, dan semestinya aku pasti dia cantik seperti bondanya. Kerana mata dan alis bondanya cantik. Senyuman bondanya juga masih kekal dalam sanubari sehingga hari ini. Jaga diri ya malaikat-malaikat ku :)) -senjamu t.me/limaaksara

Assalamualaikum, salam jumaat dan selamat pagi warga @limaaksara T.me/LimaAksara

Maybe I'm selfish because I don't want you to get hurt anymore but I know, you already found someone better than me ;)) please be happier than me. t.me/limaaksara

Salam akhir oktober 2023. T.me/limaaksara

😉

Aikh boleh post story sudah di channel. Macamana ba kaka buat tu🥲