Suluk Salikin Al Hasani
Open in Telegram
Pusat pembangunan Ilmu, Dakwah & Tarbiyyah Akhawat Dar Hasani di bawah bimbingan Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani.
Show more987
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Data loading in progress...
Similar Channels
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
May '24
May '24
+1
in 0 channels
April '24
+14
in 0 channels
Get PRO
March '24
+19
in 0 channels
Get PRO
February '24
+12
in 0 channels
Get PRO
January '24
+16
in 0 channels
Get PRO
December '23
+24
in 0 channels
Get PRO
November '23
+966
in 0 channels
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 25 May | 0 | |||
| 24 May | 0 | |||
| 23 May | 0 | |||
| 22 May | +1 | |||
| 21 May | 0 | |||
| 20 May | 0 | |||
| 19 May | 0 | |||
| 18 May | 0 | |||
| 17 May | 0 | |||
| 16 May | 0 | |||
| 15 May | 0 | |||
| 14 May | 0 | |||
| 13 May | 0 | |||
| 12 May | 0 | |||
| 11 May | 0 | |||
| 10 May | 0 | |||
| 09 May | 0 | |||
| 08 May | 0 | |||
| 07 May | 0 | |||
| 06 May | 0 | |||
| 05 May | 0 | |||
| 04 May | 0 | |||
| 03 May | 0 | |||
| 02 May | 0 | |||
| 01 May | 0 |
Channel Posts
🌸 Nasihat buat para pendakwah kepada Allah
▪︎ Jika engkau duduk untuk memberi peringatan kepada orang lain, maka jadilah jua orang yang memberi peringatan kepada hatimu sendiri.
Kata Abu Usman, Abu Hafs berkata kepadaku: Jika engkau duduk dengan orang ramai yakni dengan tujuan memberi peringatan kepada mereka, maka jadilah orang yang memberi peringatan kepada hatimu dan dirimu sendiri agar mereka dapat mengambil manfaat daripada peringatanmu.
Hal ini kerana jika benar niatmu untuk memberi peringatan juga buat dirimu, maka setiap ucapan akan lahir dari hatimu dan sampai pula kepada hati yang mendengarkan.
Janganlah kau tertipu dengan berkumpulnya ramai orang untuk mendengarkanmu kerana sesungguhnya mereka hanya dapat memerhati (menilai) zahirmu, sementara Allah Dialah yang mengawasi batinmu, Dan hendaklah engkau redha akan pelaksanaan ketetapan Allah ke atasmu serta segala yang sampai daripadaNya kepadaMu.
Allahu'alam.
Dikhidmati terjemahannya: Unit Akademik Banaat Yusufi (AR01)
| 2 | No text... | 217 |
| 3 | No text... | 204 |
| 4 | ■ Hadiah buat yang bergelar ibu- Video Perkongsian Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani Hafizahullah.
.................................
Dikhabarkan bahawa suatu ketika, terdapat seorang ibu yang sedang melayani pertanyaan anak kecilnya.
Anaknya bertanya:
"Ibu, bau apakah ini?"
Dengan tenang, ibunya menjawab:
"Ini adalah bau epal dan limau."
Si anak bertanya lagi:
"Bagaimana pula dengan baumu wahai ibu?"
Ibu itu hanya tertawa mendengar pertanyaan anaknya. Dia tidak begitu menanggapinya dan hanya menjawab:
"Aku tidak tahu."
Dengan penuh keyakinan, si anak kecil tadi mengatakan kepada ibunya:
"Baumu adalah bau seorang Ibu."
Jawapan si anak membuatkan ibunya tergamam. Seketika, dia berhenti daripada kerja-kerja memotong yang sedang dilakukan.
Dia merenung jauh dengan pandangan yang kosong, lantas berbisik kepada dirinya:
"Inilah jawapan yang aku cari selama ini. Setiap kali aku mengingati ibuku, jiwaku terikat dengan satu bauan yang tidak aku temukan melainkan daripada ibuku, dan bau ini tidak akan mendatangi melainkan bersama ibuku."
Berbisik lagi si ibu pada dirinya:
"Wahai Tuhanku, apakah setiap daripada kami memiliki bauan yang berbeza sebagai seorang ibu? Atau kami ternyata memiliki bau yang serupa antara satu sama lain? Mengapakah bauan ibu ini terus-terusan tercium pada penghiduan kami di sepanjang kehidupan?
Wahai Rabb, peliharalah para ibu yang wujud daripada kalangan kami dan rahmatilah mereka yang telah mendahului kami meninggalkan dunia ini. Amin.
(AR01, ED02, ED03).
.................................
One day a mother was trying her best attending to her son's inquisitive mind. The young boy asked:
"Mummy, what's this smell?"
Calmly, the mother answered:
"This is the smell of an orange and this is the smell of an apple."
The boy asked again:
"How about your smell mummy?"
She laughed at her son's query but did not give it much thought. She simply responded:
"I don't know."
With confidence, the young boy said to his mother again:
"Your scent is the smell of a mother!"
His mother was amazed by her son's remark.
So amazed that she momentarily paused the chore that she was doing. She pondered deeply, very deep but with an intent look. Then she whispered to herself:
"This is the answer I've been seeking. Whenever I think of my mother, my soul is bound to a scent that I cannot find anywhere else except when I'm with her, and this scent would not appear except in her presence."
She whispered to herself again:
"Dear God, do each of us have a unique scent as a mother? Or do we actually share a particular scent among us? Why does this motherly aroma linger in our nasal passages throughout our lives?"
Oh Lord, please protect all mothers and shower Your mercy upon the ones who have left this world before us. Amen.
(EN 02, EN 01).
................................
■ Dikhidmati terjemahannya oleh: Unit Akademik Banaat Yusufi 2024. | 301 |
| 5 | No text... | 198 |
| 6 | ■ Untaian Doa oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani.
ربنا عشقنا الحياة ..وأنت فانيها
ونشتهي الجنان .. وأنت بانيها
فارزقنا الرشاد .. كي نكون من ساكنيها
واهدي لنا أنفسنا .. فقد عجزنا أن نداويها
ربنا إن كنا من اهل جنتك .. فثبتنا حتى نلقاك
وإن كان غير ذلك .. فاهدنا ثم اهدنا وطهر قلوبنا عن معصيتك بالقول والعمل .. وردنا إليك ردا جميلاً
Wahai Rabb kami, kami telah dilanda keasyikan pada kehidupan dunia sedangkan Engkau pasti membinasakannya.
Kami menginginkan syurga sedang Engkaulah yang membinanya.
Maka rezekikanlah kami bimbinganMu agar kami menjadi sebahagian dari penduduknya.
Berilah petunjuk pada jiwa-jiwa kami kerana sesungguhnya kami tidak mampu untuk merawatnya (dengan upaya kami).
Wahai Rabb kami, jika kami telah ditetapkan sebahagian daripada ahli syurgaMu, maka tetap teguhkanlah kami hingga kami bertemu denganMu
Jika sebaliknya, maka berilah petunjuk kepada kami dan berilah petunjuk kepada kami serta sucikanlah hati-hati kami daripada maksiat kepadaMu sama ada pada ucapan mahupun perbuatan, dan kembalikanlah kami kepadaMu dengan seindah-indah kembali.
Amin. Amin. Amin.
♡ Dikhidmati terjemahannya: Unit Akademik Banaat Yusufi 2024 (AR01) | 458 |
| 7 | No text... | 384 |
| 8 | 💟 Mutiara Nasihat menjelang Iedul Fitri oleh Sheikh يوسف بخور al Hasani Hafizahullah.
..............................
Salam ahbabuna yang dikasihi. Sekadar mengambil manfaat daripada malam Iedul Fitri, salah satu malam ijabahnya doa, malam yang sangat disarankan oleh para 'arifin untuk dihidupkan dengan ibadah meski sekadar dua rakaat solat sunat agar hiduplah hati-hati, kami ambil kesempatan untuk mengulang kembali pesanan Iedul Fitri yang pernah disampaikan oleh Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani Hafizahullah.
"Duhai ahbabku, Ied Mubarak. Moga Allah swt menerima ketaatan kalian, puasa kalian, dan segala ibadah yang telah kalian bangunkan untukNya pada bulan Ramadan yang diberkahi.
Ahbabku, sungguh! Manusia yang paling berbahagia itu adalah yang mengenal kepada Allah, menjalani penghambaan yang sebenarnya kepada Allah beserta penyerahan atas kehendakNya dan redha atas apa jua pelaksanaan takdirNya. Tidaklah seorang hamba itu merasakan azab melainkan saat menyerahnya dia kepada tuntutan hawanya.
Ubudiyyah yang sebenarnya adalah saat kau benar-benar menjadi hamba yang jujur dalam penyerahanmu kepadaNya, redha dan tiada menentang takdir ketetapanNya ke atas dirimu. Hakikatnya, setiap takdir yang tertulis menjanjikan kebahagiaan yang hakiki bagi setiap hamba. Sayangnya, manusia tidak menyedarinya hingga dia memusuhi takdir atas kejahilan dirinya sendiri.
Justeru, moga Ramadan yang berlalu telah membentuk peribadimu sebagai hamba yang jujur dan berserah kepada Rabbmu. Sejahteralah atas dirimu bersamaNya dan berbahagialah kerana kau sudah pun menemukan redha Rabbmu.
Hari Raya itu bukanlah pada indahnya pakaian yang baru, akan tetapi pada indahnya akhlak yang telah diwarisi daripada Habibunal Mustofa saw. Maka pada malam Iedul Fitri ini, zahirkanlah syukurmu padaNya atas Ramadan yang dilalui. Tetaplah menjadi hamba yang Dia ingin nescaya kau temukan kebersamaan Rabbmu denganmu. Hidupkanlah malam ini dengan zikrullah dan tilawatul Quran. Maknailah lafaz: 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku adalah semata-mata kerana Allah, Rabb sekalian alam.'
Moga Allah swt menerima ketaatanmu dan seluruh tahunmu dilimpahi kebaikan. Amin. "
Kami dari pihak Yayasan Youssefiyyah Al Hasani Malaysia merangkap pengurusan Markas Banaat Yusufi juga mengambil kesempatan mengucapkan Ied Mubarak buat sekalian ahbab, akhawat dan ikhwah. Minal 'aidin wal faizin in sha Allah.
💟 Catatan dan Terjemahan: Unit Akademik Banaat Yusufi (AR01) | 354 |
| 9 | No text... | 248 |
| 10 | ■ Pesanan di Akhir Ramadan oleh Sheikh Youssef Bakhour Al Hasani Hafizahullah.
.................................
Bismillahirrahmanirrahim.
Para ahbab yang dimuliakan. Mengambil istifadah malam ke 29 Ramadan 1445 H, malam ganjil yang terakhir daripada 10 Ramadan terakhir tahun ini, sedikit nasihat daripada Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani Hafizahullah buat renungan kita.
Secara umumnya, Rasulullah saw telah menyarankan untuk umat ini mencari al Qadar terutama pada malam-malam ganjil dari 10 malam yang terakhir.
Al Qadar dari sudut bahasa menjelaskan kepada kita bahawa ianya merupakan ketetapan yang telah ada di dalam ilmu Allah yang tidak diketahui oleh mana-mana makhluk. Maka hakikat Lailatul Qadar adalah perbahasan ilmu ghaib kerana tersimpan mutlak dalam ilmu Allah swt yang kemudiannya dianugerahi kepada hambaNya yang diinginkan. Pada malam ini juga ditetapkan segala pelaksanaan ketetapan Allah ke atas hamba-hambaNya. Maka turunlah para malaikat membawa ketetapan yang mubram dari Allah untuk sekalian hamba. Sebuah malam yang dijanjikan dengan nikmat dan pemberian yang lebih baik dari 1000 malam, tidak dapat dicapai dengan akal manusia akan limpahan keberkahan padanya kerana tersembunyi dalam ilmu Allah.
Justeru ia sebenarnya merupakan sebuah malam pertemuan sang hamba dengan Allah swt. Perbanyaklah menyebut namaNya. Jika Dia memilih untuk memuliakan hambaNya, maka Dia tak memerlukan kepada malam al Qadar untuk memuliakan hambaNya. Jika orang awam mencari malam al Qadar pada 10 malam terakhir, berbeza para 'arifin yang menyaksikan bahawa setiap malam adalah malam al Qadar baginya, malam bertemu janji dengan Kekasihnya.
Oleh itu, sentiasalah bersama Allah nescaya sungguh, kau akan sntiasa brada dalam temujanjimu dgn Allah. Tidak kita nafikan malam al Qadar ini penuh limpahan berkah dan pemberian, namun bersama dgn Allah dan mendptkan keredhaanNya itulah hak yang harus kita tunaikan. Pemberian Allah itu adalah hak Allah dan semata-mata anugerah Allah atas hambaNya.
Tiada salahnya berdoa dipertemukan dengan malam al Qadar tetapi dengan syarat:
Jauhilah ananiyyah dalam doamu dan janganlah berdoa dengan hal yang boleh menyakiti orang lain!
Maka kenalilah Allah, janganlah menyibukkan hatimu dgn selainNya. Sibuklah memperbaiki adab dengan Allah. Perbaikilah taatmu kepada Allah mengikut kehendak Allah. Sebaik-baik ibadah pada Allah adalah redha dan taslim. Mudah-mudahan pertemuanmu dengan Allah pada hari akhirat kelak menjadi sebuah pertemuan yang lebih menggembirakan. Amin.
.....................................
■ Dikhidmati terjemahannya: Unit Akademik Banaat Yusufi 2024 (AR01) | 320 |
| 11 | No text... | 219 |
| 12 | ■ Nasihat dan Doa Penuh Penghambaan oleh Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani berhubung Malam Al Qadar.
............................
Para ahbab yang dimuliakan, mengambil istifadah malam ke 27 Ramadan yang diharapkan merupakan Malam al Qadar bagi tahun ini jika mengambil pandangan al Imam Ghazali ra dan Sheikh Abu Hasan al Syazili ra, marilah kita bersama merenung nasihat ringkas Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani Hafizahullah berkenaan Malam al Qadar.
"Sesungguhnya pencarian akan malam al Qadar yang diberkahi serta perihalnya yang telah disebutkan di dalam al Quran dan Hadis, serta perbahasan mengenainya yang dibincangkan oleh para fuqaha' dan para ahlillah daripada kalangan auliya' dan 'arifin menjelaskan kepada kita akan keistimewaan malam ini.
Untuk menjawab banyaknya persoalan yang berhubung dengan Malam al Qadar ini, maka hendaklah kita terlebih dahulu memahami apakah yang diertikan dengan al Qadar. Al Qadar adalah suatu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam ilmuNya yang azali sepertimana firmanNya di dalam al Quran:
(ثم جئت على قدر يا موسى)
Maksudnya: Kemudian engkau telah datang menurut waktu yang ditetapkan wahai Musa.
Dengan membawa maksud bahawa engkau wahai Musa telah datang menurut ketetapan dan waktu yang telah ditakdirkan ke atasmu di dalam ilmu Kami.
Maka demikianlah yang ingin dimaksudkan daripada malam al Qadar yang merupakan anugerah Allah swt sebagai satu bentuk kemuliaan daripada Allah buat hambaNya yang terpilih.
Hakikatnya al Qadar ini bukan didapatkan dengan usaha manusia sebaliknya kurniaan kemuliaan daripada Allah buat mereka yang mendapatkan penerimaan di sisiNya.
Maka hendaklah kau bersungguh-sungguh mencari kepada Allah bukan sekadar mencari malam al Qadar ini kerana Dialah Sang Pemilik segala malam termasuklah malam al Qadar. Justeru yang dipinta Allah hakikatnya adalah untuk kau menemukanNya bukan mencari-cari anugerah yang ada di sisiNya. Jika tidak, masih jauh lagi fahammu tentang erti kehambaan yang sebenarnya di sisi Allah."
Kami tutupi nasihat Sheikhuna ini dengan doa yang penuh dengan penghambaan dalam permintaan berhubung Malam al Qadar:
اللَّهُمَّ إِنْ كَانَتْ لَيْلَةُ القَدْرِ خَيْرٌ لَّنَا فَيَسِّرْ لَنَا أَنْ نَفْنَى بِحَضْرَتِكَ فِيْ لَيْلَتِهَا وَإِنْ كَانَ نَحْنُ مَحْجُوْبِيْنَ عَنْهَا فَاجْعَلْنَا مِمَّنْ يَشْمَلُهُم عَطْفَ رَحْمَتِكَ بِمَن يُكْرَمُ بِهَا
Maksudnya:
Ya Allah, jika Lailatul Qadar itu membawa kebaikan untuk kami maka mudahkanlah bagi kami ya Allah untuk meleburkan diri kami ke dalam hadrahmu ya Allah 'azza wajalla pada malam yang diberkati ini. Namun sekiranya kami terhalang daripada mendapatkannya, mudah-mudahan kami dapat menumpang belas kasihMu daripada mereka yang telah dimuliakan untuk mendapatkannya. Amin.
Ya Allah rezekikan kami sesuai dengan keinginanMu. Amin.
..................................
📌 Catatan dan Terjemahan: Unit Akademik Banaat Yusufi 2024 (AR01). | 365 |
| 13 | No text... | 246 |
| 14 | Ya Allah
Sekiranya rezekiku masih di langit, Kau turunkanlah.
Sekiranya ia di bumi, maka keluarkanlah.
Sekiranya ia jauh, maka dekatkanlah.
Sekiranya ia dekat, maka mudahkanlah.
Sekiranya ia sedikit, maka perbanyakkanlah
Sekiranya ia banyak, maka Engkau berkatilah aku padanya. Ya Allah, ku doakan juga dengan doa yang sama bagi orang yang mengirimiku doa ini.
Ya Rabb
Pada saat ini aku memohon kerehatan dan ketenangan
bagi semua muslim yang merasa sempit akan dunianya dan berasa sedih sehingga mengalir air matanya.
Ya Allah
Gembirakanlah hati-hati mereka yang telah dilelahkan oleh cita-cita dan angan-angan, berikan khabar gembira kepada orang-orang yang bersedih
dengan kegembiraan yang tidak akan lagi mengingatkan mereka
kepada kesakitan yang telah mereka lalui.
Bahagiakanlah hati-hati mereka dan Engkau gembirakanlah kami kerana dapat bersahabat dengan mereka.
Ya Allah
Ampuni kedua ibu bapaku dan masukanlah mereka kedalam syurgaMu.
Wahai yang Maha Pengasih di antara sekalian yang Mengasihani.
Ya Allah bebaskanlah leher kami daripada belenggu api neraka.
Ya Allah Engkau Yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Kau cintakan kemaaafan, maka maafkanlah kami.
Ya Allah berilah taufiq bagi yang mengirimi risalah ini kepadaku, permudahkan segala urusannya di dunia mahupun akhirat, rezekikanlah dirinya dapat memandang kepadaMu yang mulia, perelokkanlah pengakhiran kehidupannya, kedua ibu bapanya dan rezekikan kepadanya rezeki yang berlipat ganda daripada apa yang diharapkannya di dunia mahupun akhirat.
Ya Allah berilah kesembuhan terhadap orang yang mengirimiku risalah ini dan tunaikanlah hajatnya.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya yang baik lagi suci.
🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷
Sebarkan doa ini sebanyak-banyanya, mudah-mudahan para malaikat akan mendoakan kita dengan doa yang sama dan mengatakan perkenankanlah ya Allah bagi hambaMu ini.
P/s: Doa ini telah dibariskan dengan khidmat al Fadhil Ust Hosnee Abidin Al Azhari Hafizahullah. Barakallahufihi 'ala juhdihi.
💟 Dikhidmati terjemahannya:
Unit Akademik Banaat Yusufi 2024
(AR01, ED03)
23 Ramadan 1445 H. | 509 |
| 15 | Aku memohon kepadaMu dengan segala nama
yang mana Engkau menamakan diriMu dengannya,atau Yang Engkau turunkan nama-nama itu di dalam kitabMu,
atau Yang Engkau ajarkan pada mana-mana makhlukMu,atau yang tersimpan di dalam ilmu ghaib di sisiMu, supaya Engkau menjadikan Al Quran ini sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dalam dadaku, menyingkap segala kesedihanku, dan melenyapkan segala keresahanku.
Ya Allah aku memohon dengan qudrahMu yakni kekuasaaanMu yang mana dengan qudrahMu itu, Engkau telah memelihara Nabi Yunus as di dalam perut ikan paus, ran dengan RahmatMu yang mana dengan rahmat itu Engkau menyembuhkan Nabi Ayyub as setelah Baginda diuji, agar tidak lagi tersisa bagiku keresahan, kesedihan, kesempitan dan kesakitan melainkan telah Engkau persiapkan baginya jalan keluar. Jika pagiku dalam keadaan bersedih, maka jadikanlan petang (malamku) dalam kegembiraan.
Sekiranya saat ini aku tidur dalam kesempitan, maka Engkau bangunkanlah aku dengan pertolongan daripadaMu. Sekiranya aku ini berhajat maka janganlah Engkau biarkan aku bersandar melainkan hanya kepadaMu. Peliharakanlah untukku orang-orang yang mencintaiku dan peliharalah jua bagiku orang-orang yang aku kasihi.
Ya Allah janganlah Engkau pikulkan ke atasku sebarang kesulitan hidup yang tidak mampu aku memikulnya. Jauhkanlah di antara ku dengan musibah-musibah dunia serta segala pergolakan yang berlaku padanya, sepertimana Engkau menjauhkan di antara ufuk timur dan barat.
Ya Allah Engkau berikanlahku khabar gembira dengan kebaikan, sebagaimana Engkau memberi khabar gembira kepada Ya'qub as dengan kembalinya Yusuf as, gembirakanlah aku dengan kegembiraan sepertimana Engkau gembirakan Zakariyya as dengan hadirnya Yahya as.
Ya Allah Engkau gembirakanlah orang yang menghantar kepadaku doa ini. (Murabbi kami, Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani), dengan memenuhi hajat yang dapat menggembirakan hatinya yang mengalirkan air matanya (air mata kegembiraan) kerana dipenuhi hajatnya itu.
Ya Rabb, di sini Engkau melihat kedudukan diriku,
Engkau yang mendengar segala ucapanku,
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perihal keadaanku.
Ya Rabb, sesungguhnya aku adukan segala aduanku ini kepadaMu. Tidak kepada mana-mana makhlukMu. Maka Kau terimalah aku di dalam rihabMu (hamparan rahmatMu),
Pada waktu yang diberkati ini.
Ya Rabb, sesungguhnya aku telah mengetuk pintuMu. Maka Ya Allah, Engkau bukakanlah untukku pintu-pintu langitMu
dan Engkau peliharakanlah aku daripada besarnya balaMu. Ya Allah Engkau permudahkan untukku menemukan hamba-hambaMu yang baik di sekelilingku. Engkau permudahkanlah segala urusanku, dan Engkau rezekikanlah kepadaku rezeki dari arah yang tidakku sangka-sangka.
Wahai Rabbku, dengan keupayaanMu , kekuatanMu, kemuliaanMu, dan kekuasaanMu,
Engkaulah satu-satunya yang Maha berkuasa ke atasku, kerana Engkaulah satu-satunya Yang Esa dan tidak ada sekutu bagiMu.
Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar sudilah kiranya Engkau merezekikanku segala yang baik bagiku, dalam agamaku dan duniaku, kehidupanku, dan segala kesudahan urusanku,
sama ada balasan yang segera di dunia atau yang tertangguh di akhirat kelak.
Ya Allah sesungguhnya aku adukan kepadaMu
kurangnya upayaku, sulitnya urusanku dan lemahnya kekuatanku. Ya Allah aku memohon kepadaMu supaya Engkau menjauhkan daripadaku dikuasai oleh kecelaruan akal dan urusan. Wahai Rabbku menangkanlahku (ke atas musuh-musuhku) , jangan aku dikalahkan. Wahai Rabbku, bantulah aku, jangan Engkau biarkan aku dikalahkan.
Ya Rabb
Kasihanilah kelemahanku ini, lepaskanlah aku dari segala kesulitanku, balutlah segala lukaku, tenangkanlah segala yang menjadi ketakutanku,
dan hujanilah aku dengan rezeki daripada sisiMu yang tidak ada had baginya, bantuan dari sisiMu yang tidak berpenghujung, dan kebaikan-kebaikan daripadaMu yang tidak terkira. | 318 |
| 16 | اَللّٰهُمَّ إِنْ كَانَ رِزقِي فِي السَّمَاء فَأَنزِلهُ، وَ إِنْ كَانَ فِي الأَرضِ فَأخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبهُ، وَ إِنْ كَانَ قَرِيبًا فَيَسِّرهُ، وَإِنْ كَانَ قَلِيلًا فَكَثِّرهُ، وَإِنْ كَانَ كَثِيرًا فَبَارَكَ لِي فِيهِ. اَللّٰهُمَّ وَلِمَن أَرسَلَ مِثلَ ذَلِك. يَا رَبّ فِي هذِهِ السَّاعَه أَسْأَلُكَ الرَّاحَه لِكُلِّ مُسلِم ضَاقَت عَلَيه دُنيَاه وَذَرَفَت عَينَاه، يَا اللّٰه أفرِح قُلُوبًا أنْهَكَهَا التَمَنِّي، وَبَشِّر أصحَابَهَا بِفَرَحٍ لَا يَذكُرُهُم بِوَجعِهِم، وَاسْعَدْ قُلُوبَهُم وَأسعَدَنَا بِصُحبَتِهِم. اَللّٰهُمَّ اغْفِر لِوَالِدَيَّ وَادخُلْهُمْ جَنَّتَكَ، يَا أرحَمَ الرَّاحِمِين
اَللّٰهُمَّ اعتِقْ رِقَابَنَا مِنَ النَّار، اَللّٰهُمَّ إنَّكَ عَفُّو كَرِيم، تُحِبُّ الْعَفوَ فَاعْفُ عَنَّا.
اَللّٰهُمَّ وَفِّقْ مَن أَرسَلَ لِي الرِّسَالَة وَيَسِّر لَهُ أُمُورَهُ بِالدُّنيَا وَالْآخِرَه، وَارْزُقْهُ النَّظَرَ إلَى وَجهِكَ الكَرِيم، وَاحسِنْ خَاتِمَتَه وَوَالِدَيه، وَارْزُقْهُ أضعَافَ مَا يَتَمَنَّى بِالدُّنيَا وَالْآخِرَه،
اَللّٰهُمَّ اشْفِي مَن أَرسَلَ لِي هَذِهِ الرِّسَالَة وَاقْضِ حَاجَتَه، وَصَلِّ اَللّٰهُمَّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَ عَلَى آلِهِ الطَّيِّبِينَ الطَّاهِرِين
🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷
دعاء شامل لهذه الأيام الفضيلة. أرسل هذا الدعاء لأكبر عدد من الناس حتىَ تقُول الملائگه ولك المثل بإذن الله.
.............. Terjemahan .................
Hari ini saat dibukanya pintu-pintu langit untuk dikabulkan doa permohonan. Maka aku (Sheikhuna) menasihati kalian untuk membaca doa ini.
Wahai Sang Pemilik Cinta dan Kasih Sayang.
Wahai Sang Pemilik Cinta dan Kasih Sayang.
Wahai Sang Pemilik Cinta dan Kasih Sayang.
Wahai Yang memiliki 'arash kemuliaan dan keagungan
Wahai Yang Maha Berbuat apa sahaja yang Engkau kehendaki
BagiMu segala pujian dan bagiMu segala kesyukuran ke atas semua nikmat.
Ya Allah
BagiMu segala pujian sebagaimana yang selayaknya dengan kemuliaan ZatMu serta kebesaran kekuasaanMu.
Ya Allah yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri.
Berselawatlah keatas Nabi Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga Baginda saw, sebagaimana Engkau telah berselawat keatas Nabi Ibrahim dan keluarga Baginda as. Sesungguhnya bagiMu segala pujian dan keagungan.
Ya Rabb
Ya Rabb
Ya Rabb
Aku memohon dengan kemuliaanMu yang tidak dapat dicapai, dengan (keagungan) singgahsana kerajaanMu yang tidak akan pernah dapat dibinasakan oleh sesiapa pun, dan dengan cahayaMu yang memenuhi setiap penjuru 'arasyMu.
Wahai yang Maha Memberi Pertolongan
Berilah pertolongan kepadaku.(3x)
(Kemudian sebutkan hajat di sini).
Ya Allah Janganlah Engkau celakan dan hinakan musuhku kerana penyakit yang ada padaku,
dan jadikanlah al Quran yang agung sebagai penawar bagiku.
Engkaulah keyakinanku dan pengharapanku.
Maka jadikanlah Ya Allah baiknya sangkaanku terhadapMu sebagai penawar bagiku.
Ya Allah
Engkau tetapkanlah ke atasku akalku dan agamaku juga terhadapMu Wahai Rabbku,
Engkau tetapkanlah bagiku keyakinanku.
Rezekikanlah kepadaku rezeki yang halal
yang mencukupiku,
dan jauhkanlah dariku segala kejahatan bagi mereka yang ingin menyakitiku, dan janganlah Engkau palingkan aku kepada mana-mana orang untuk mengubatiku.
Ya Allah tutupilah segala keaibanku di atas muka bumi ini.
Ya Allah Engkau rahmatilah aku di dalam perut muka bumi ini.
Ya Allah Engkau ampunilah aku pada hari nantinya dibentangkan segala amal perbuatanku kepadaMu.
Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sebagai jalanku.
Ar Rahman itu menjadi temanku, dan Ar Rahim itu yang memeliharaku
daripada segala sesuatu yang dapat menyakitiku.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada segala kejahatan yang dihembuskan oleh tukang-tukang sihir perempuan di tali-tali sihirnya, dan dari kejahatan orang-orang yang hasad ketika dia hasad.
Ya Allah sesungguhnya aku adalah hambaMu, adalah anak kepada hamba lelaki Mu (ayah),
dan anak kepada hamba perempuanMu (ibu).
Ubun-ubunku di dalam genggaman kekuasaanMu
Berlaku segalanya bagiku dalam ketetapan tadbirMu. Keadilan di dalam perlaksanaan takdirMu. | 253 |
| 17 | Doa di malam-malam 10 Akhir yang dikongsikan Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani Hafizahullah.
🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷
هذا اليوم ابواب السماء مفتوحه للاستجابه أنصحكم بقراة هذا الدعاء
هذا اليوم ابواب السماء مفتوحه للاستجابه أنصحكم بقراة هذا الدعاء:
Hari ini pintu2 langit dibuka untuk diterima segala permintaan, maka aku nasihatkan kamu semua untuk membaca doa ini:
يَا وَدُود يَا وَدُود يَا وَدُود، يَا ذَا العَرشِ المَجِيد، يَا فَعَّال لِمَا تُرِيد، لَكَ الْحَمدُ، وَلَكَ الشُّكْر عَلَى جَمِيعِ النِّعَم. اَللّٰهُمَّ لَكَ الْحَمدُ، كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلطَانِك. اَللّٰهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوم، صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيتَ عَلَى اِبرَاهِيم وَعَلَى آلِ اِبرَاهِيم، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيد. يَا رَبّ، يَا رَبّ، يَا رَبّ، أَسْأَلُكَ بِعِزِّكَ الَّذِي لَا يُرَام، وَبِمُلْكِكَ الَّذِي لَا يُضَام، وَبِنُورِكَ الَّذِي مَلَأَ أَرْكَانَ عَرْشِكَ،
يَا مُغِيث أَغِثْنِي .. يَا مُغِيث أَغِثْنِي.. يَا مُغِيث أَغِثْنِي.. (ثم اذكر حاجتك)
اَللّٰهُمَّ لَا تُشمِتْ أَعْدَائِي بِدَائِي، وَاجْعَلِ الْقُرآنَ الْعَظِيمَ دَوَائِي وَشِفَائِي، أَنتَ ثِقَتِي وَرَجَائِي، وَاجْعَلِ حُسنَ ظَنِّي بِكَ شِفَائِي،
اَللّٰهُمَّ ثَبٌّتْ عَلَيَّ عَقْلِي وَدِينِي، وَبِكَ يَا رَبّ ثَبٌّتْ لِي يَقِينِي، وَارْزُقْنِي رِزْقاً حَلَالًا يَكْفِينِي، وَابْعَدْ عَنِّي شَرَّ مَن يُؤذِينِي، وَلَا تَحوِجْنِي لِطَبِيبِ يُدَاوِينِي. اَللّٰهُمَّ اسْتُرْنِي عَلَى وَجهِ الْأَرضِ، اَللّٰهُمَّ ارْحَمْنِي فِي بَطنِ الْأَرضِ، اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِي يَوْمَ الْعَرَضِ عَلَيكَ.
بِسمِ اللّٰهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ طَرِيقِي، وَالرَّحمَن رَفِيقِي، وَالرَّحِيم يَحرُسْنِي مِن كُلِّ شَيءٍ يُؤذِينِي. اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّ النَّفَاثَاتِ فِي الْعُقَد، وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد، اَللّٰهُمَّ إِنِّي عَبدُكَ وَابنُ عَبدِكَ، وَابنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِي حُكمِك، عَدلٌ فِي قضاؤك، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيتَ بِهِ نَفسَكَ، أَو أَنزَلتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَو عَلَّمْتَهُ أحَدًا مِن خَلقِكَ أَوٌ اسْتَأثَرتَ بِهِ فِي عِلمِ الغَيبِ عِندَكَ أنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدرِي وَجَلَاءَ حُزنِي وَذِهَابَ هَمِّي.
أَسْأَلُكَ اَللّٰهُمَّ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي حَفِظْتَ بِهَا يُونُسَ فِي بَطنِ الْحُوتِ، وَرَحْمَتِكَ الَّتِي شَفَّيتَ بِهَا أَيُّوبَ بَعدَ الابْتِلَاءِ أَنْ لَا تَبقَ لِي هَمًّا وَلَاحُزنًا وَلَاضَيقًا سَقَمًا إلَّا فَرَّجْتَهُ، وَإِنْ أَصبَحتُ بِحُزنٍ فَامْسِينِي بِفَرحٍ، وَإِنْ نَمتُ عَلَى ضَيقٍ فَايقِظْنِي عَلَى فَرجٍ، وَإِنْ كُنتُ بِحَاجَةٍ فَلَا تَكِلْنِي إِلَى سِوَاكَ، وَإِنْ تَحفَظَنِي لِمَن يُحِبُّنِي وَتَحفَظ لِي أَحِبَّتِي،
اَللّٰهُمَّ لَا تُحَّمِلْنِي مِن كُرَبِ الحَيَاةِ مَا لَا طَاقَةَ لِي بِهِ، وَبَاعِدْ بَينِي وَبَينَ مَصَائِبِ الدُّنيَا وَتَقَلُّبِ حَوَادِثِهَا كَمَا بَاعَدتَ بَينَ الْمَشرِقِ وَالْمَغرِب.
اَللّٰهُمَّ بَشِّرنِي بِالخَيرِ كَمَا بَشَّرتَ يَعقُوبَ بِيُوسُفَ، وَبَشِّرنِي بِالفَرحِ كَمَا بَشَّرتَ زَكَرِيَّا بِيَحيَى. اَللّٰهُمَّ بَشِّر مَن أَرسَلَ لِي هَذَا الدُّعَاء بِحَاجَةٍ تَفرَحُ قَلبَهُ، وَتَدمَعُ عَينَاهُ مِنهَا. رَبِّي، هَا أنتَ تَرَى مَكَانِي وَتَسمَع كَلَامِي وَ أنتَ أَعلَمُ بِحَالِي. رَبِّي شَكوَايَ لَكَ، لَا لِأَحَدٍ مِن خَلقِك، فَاقبِلنِي فِي رِحَابِكَ فِي هَذِهِ السَّاعَةِ الْمُبَارَكَة. رَبِّي إِنِّي طَرَّقتُ بَابَك، فَافْتَحْ لِي أَبوَابَ سَمَوَاتِك، وَاجْبُرنِي مِن عَظِيم بَلَائِك.
اَللّٰهُمَّ سَخِّرْ لِي عِبَادَكَ الطَّيِّبِينَ مِن حَولِي، وَسَهِّلْ لِي أُمُورِي، وَارْزُقْهُ مِن حَيثُ لَا أَحتَسِب، رَبِّي بِحَولٓك وُقُوَّتِك وَعِزَّتِك وَقُدرَتِك، أنتَ القَادِر عَلَي ذَلِك وَحدَك لَا شَرِيكَ لَك. اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَن تَرزُقَنِي مَا كَانَ خَيرًا لِي فِي دِينِي وَدُنيَاي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمرِي عَاجِلِه وَآجِلِه. اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَشكُو لَكَ قِلَّةَ حِيلَتِي وَهَوَانٍ أَمرِي وَضَعفِ قُوَّتِي.
اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَن تَصْرِفَ عَنِّي شَتَّاتَ العَقلِ وَاْلأَمرِ. رَبِّي آثِرنِي وَلَا تُؤثَر عَلَيَّ. رَبِّي اُنْصُرنِي وَلَا تُنصَر عَلَيَّ. إلَهِي ارْحَم ضَعفِي وَ فَرَجَ هَمِّي وَ اجْبُر كَسرِي وَآمِن خَوفِي، وَ امْطَرنِي بِرِزقٍ مِن عِندَك لَا حَدَّ لَه، وَفَرَجٍ مِن عِندَك لَا مَدَّ لَه، وَخَيرٍ مِن عِندَك لَا عَدَدَ لَه. | 257 |
| 18 | 4ld l0p | 1 |
| 19 | 💟 Dikhidmati terjemahannya:
Unit Akademik Banaat Yusufi 2024
(AR01, ED03)
23 Ramadan 1445 H. | 74 |
| 20 | Ya Allah Engkau gembirakanlah orang yang menghantar kepadaku doa ini. (Murabbi kami, Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani), dengan memenuhi hajat yang dapat menggembirakan hatinya yang mengalirkan air matanya (air mata kegembiraan) kerana dipenuhi hajatnya itu.
Ya Rabb, di sini Engkau melihat kedudukan diriku,
Engkau yang mendengar segala ucapanku,
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perihal keadaanku.
Ya Rabb, sesungguhnya aku adukan segala aduanku ini kepadaMu. Tidak kepada mana-mana makhlukMu. Maka Kau terimalah aku di dalam rihabMu (hamparan rahmatMu),
Pada waktu yang diberkati ini.
Ya Rabb, sesungguhnya aku telah mengetuk pintuMu. Maka Ya Allah, Engkau bukakanlah untukku pintu-pintu langitMu
dan Engkau peliharakanlah aku daripada besarnya balaMu. Ya Allah Engkau permudahkan untukku menemukan hamba-hambaMu yang baik di sekelilingku. Engkau permudahkanlah segala urusanku, dan Engkau rezekikanlah kepadaku rezeki dari arah yang tidakku sangka-sangka.
Wahai Rabbku, dengan keupayaanMu , kekuatanMu, kemuliaanMu, dan kekuasaanMu,
Engkaulah satu-satunya yang Maha berkuasa ke atasku, kerana Engkaulah satu-satunya Yang Esa dan tidak ada sekutu bagiMu.
Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar sudilah kiranya Engkau merezekikanku segala yang baik bagiku, dalam agamaku dan duniaku, kehidupanku, dan segala kesudahan urusanku,
sama ada balasan yang segera di dunia atau yang tertangguh di akhirat kelak.
Ya Allah sesungguhnya aku adukan kepadaMu
kurangnya upayaku, sulitnya urusanku dan lemahnya kekuatanku. Ya Allah aku memohon kepadaMu supaya Engkau menjauhkan daripadaku dikuasai oleh kecelaruan akal dan urusan. Wahai Rabbku menangkanlahku (ke atas musuh-musuhku) , jangan aku dikalahkan. Wahai Rabbku, bantulah aku, jangan Engkau biarkan aku dikalahkan.
Ya Rabb
Kasihanilah kelemahanku ini, lepaskanlah aku dari segala kesulitanku, balutlah segala lukaku, tenangkanlah segala yang menjadi ketakutanku,
dan hujanilah aku dengan rezeki daripada sisiMu yang tidak ada had baginya, bantuan dari sisiMu yang tidak berpenghujung, dan kebaikan-kebaikan daripadaMu yang tidak terkira.
Ya Allah
Sekiranya rezekiku masih di langit, Kau turunkanlah.
Sekiranya ia di bumi, maka keluarkanlah.
Sekiranya ia jauh, maka dekatkanlah.
Sekiranya ia dekat, maka mudahkanlah.
Sekiranya ia sedikit, maka perbanyakkanlah
Sekiranya ia banyak, maka Engkau berkatilah aku padanya. Ya Allah, ku doakan juga dengan doa yang sama bagi orang yang mengirimiku doa ini.
Ya Rabb
Pada saat ini aku memohon kerehatan dan ketenangan
bagi semua muslim yang merasa sempit akan dunianya dan berasa sedih sehingga mengalir air matanya.
Ya Allah
Gembirakanlah hati-hati mereka yang telah dilelahkan oleh cita-cita dan angan-angan, berikan khabar gembira kepada orang-orang yang bersedih
dengan kegembiraan yang tidak akan lagi mengingatkan mereka
kepada kesakitan yang telah mereka lalui.
Bahagiakanlah hati-hati mereka dan Engkau gembirakanlah kami kerana dapat bersahabat dengan mereka.
Ya Allah
Ampuni kedua ibu bapaku dan masukanlah mereka kedalam syurgaMu.
Wahai yang Maha Pengasih di antara sekalian yang Mengasihani.
Ya Allah bebaskanlah leher kami daripada belenggu api neraka.
Ya Allah Engkau Yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Kau cintakan kemaaafan, maka maafkanlah kami.
Ya Allah berilah taufiq bagi yang mengirimi risalah ini kepadaku, permudahkan segala urusannya di dunia mahupun akhirat, rezekikanlah dirinya dapat memandang kepadaMu yang mulia, perelokkanlah pengakhiran kehidupannya, kedua ibu bapanya dan rezekikan kepadanya rezeki yang berlipat ganda daripada apa yang diharapkannya di dunia mahupun akhirat.
Ya Allah berilah kesembuhan terhadap orang yang mengirimiku risalah ini dan tunaikanlah hajatnya.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya yang baik lagi suci.
🪷🪷🪷🪷🪷🪷🪷
Sebarkan doa ini sebanyak-banyanya, mudah-mudahan para malaikat akan mendoakan kita dengan doa yang sama dan mengatakan perkenankanlah ya Allah bagi hambaMu ini. | 74 |
