en
Feedback
MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

Open in Telegram

Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)

Show more
542
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-330 days
Posts Archive
Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk Ramadhan Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 14 Mac 2026 (Sabtu) . MAHDC, 14 Mac – Suasana meriah dan penuh semangat gotong-royong dapat disaksikan di Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields apabila para sukarelawan dan petugas masjid berganding bahu menjayakan Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk sempena bulan Ramadhan pada Sabtu yang lalu. . Program yang berlangsung sejak awal pagi itu merupakan siri keempat dan terakhir bagi penganjuran bubur lambuk sepanjang Ramadhan tahun ini. Para petugas terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid, sukarelawan serta penduduk setempat dilihat bertungkus-lumus menyediakan bahan, memasak serta membungkus bubur lambuk bagi memastikan ia dapat diagihkan kepada para jemaah dan penduduk sekitar selepas solat Asar. . Tradisi memasak bubur lambuk ini merupakan antara aktiviti tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh masyarakat setempat setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Sepanjang Ramadhan, program ini dilaksanakan pada setiap hari Sabtu sebagai usaha mengeratkan ukhuwah sesama kariah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam menghidupkan bulan yang mulia ini. . Menariknya, bubur lambuk MAHDC sering mendapat sambutan hangat daripada masyarakat sekitar. Malah, ramai dalam kalangan penduduk mengakui tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkannya setiap kali ia diagihkan kerana keunikan rasa dan keenakannya yang menjadi sebutan. . Pihak pengurusan masjid turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk tajaan kewangan, bahan masakan mahupun tenaga sukarela bagi menjayakan program ini sepanjang Ramadhan tahun ini. . Semoga segala sumbangan dan usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Diharapkan juga agar tradisi memasak dan mengagihkan bubur lambuk ini akan terus dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang sebagai salah satu wadah memperkukuh ukhuwah serta khidmat kepada masyarakat setempat.

DOA DAN ZIARAH SYIFA’ MEWARNAI PAGI DI MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS . MAHDC, 9 Mac 2026 – Pagi di Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields diwarnai dengan suasana penuh keinsafan dan ukhuwah apabila para jemaah bersama-sama mengaminkan doa syifa’ buat salah seorang anak kariah yang sedang diuji dengan kesihatan. . Usai Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhamad Shahril bin Shahari, beliau telah memimpin bacaan doa syifa’ yang diaminkan oleh para jemaah khusus buat saudara Mohd Aeidil bin Mohd Yunus, yang kini sedang diuji dengan penyakit kanser limfoma. Suasana hening dan penuh pengharapan itu menggambarkan keprihatinan masyarakat masjid yang sentiasa bersama dalam mendoakan kesejahteraan saudara seagama. . Sejurus selepas itu, rombongan dari MAHDC yang diketuai oleh Tuan Nazir, Hj Azmi Sekon, telah menziarahi seorang lagi anak kariah, En. Mohd Jusuh Rukawi, di kediamannya di DC1. Beliau baru sahaja discaj dari hospital selepas hampir dua minggu menerima rawatan di wad akibat masalah kesihatan yang dihadapinya. . Kunjungan tersebut merupakan tanda sokongan moral dan kasih sayang daripada pihak masjid kepada ahli kariah yang sedang diuji, di samping menyampaikan doa dan kata-kata semangat agar beliau terus diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian kesihatan. . Sesungguhnya setiap ujian yang diturunkan oleh Allah SWT mengandungi hikmah yang besar. Rasulullah SAW juga mengingatkan bahawa penyakit yang menimpa seorang mukmin menjadi sebab diangkat darjatnya dan dihapuskan dosa-dosanya apabila dihadapi dengan kesabaran dan keimanan. . MAHDC dan seluruh ahli kariah mendoakan agar saudara Mohd Aeidil bin Mohd Yunus dan En. Mohd Jusuh Rukawi dikurniakan kesembuhan yang segera, diberikan ketabahan hati serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini. . Semoga Allah SWT mengangkat kesakitan yang ditanggung, menggantikannya dengan kesihatan yang baik, serta menjadikan setiap detik kesabaran mereka sebagai ganjaran pahala yang berlipat ganda.

PROGRAM MENYANTUNI ANAK YATIM KARIAH MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS . MAHDC, 7 Mac 2026 — Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields telah menganjurkan Program Menyantuni Anak Yatim Kariah sebagai salah satu inisiatif kebajikan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi meraikan serta menyantuni golongan yang memerlukan. . Seramai kira-kira 24 orang anak yatim berusia bawah 17 tahun dari sekitar kariah Desa Coalfields telah diraikan dalam program tersebut. Dalam majlis yang berlangsung sebelum waktu berbuka puasa itu, kesemua anak yatim telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Tuan Nazir MAHDC, Tn. Hj Azmi Sekon, mewakili pihak pengurusan masjid. . Sumbangan yang diberikan merupakan hasil keprihatinan dan sumbangan para jemaah serta ahli kariah yang tampil berkongsi rezeki bagi menyantuni anak-anak yatim sempena keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini. . Program ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh anak-anak yatim, malah menjadi tanda kasih sayang dan kebersamaan masyarakat setempat dalam memastikan golongan tersebut terus diberi perhatian dan sokongan. . Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang diberkati serta mampu mengukir senyuman di wajah anak-anak yatim ini dalam meniti hari-hari menuju Syawal yang bakal menjelang. . Semoga usaha murni seperti ini akan terus diperkasakan pada masa akan datang demi memupuk semangat kebersamaan, keprihatinan dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat.

SERUAN QIAMULLAIL 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields . Ramadhan semakin menuju penghujungnya. Hari-hari berlalu, malam-malam semakin berharga. . Inilah malam-malam yang dinanti oleh orang-orang yang rindu kepada keampunan Allah. Malam yang di dalamnya tersembunyi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan , iaitu malam Lailatul Qadar. . Justeru, MAHDC menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menghidupkan Qiamullail 10 malam terakhir Ramadhan. . 📅 10 Mac – 20 Mac 2026 🕓 4.40 pagi – 5.40 pagi . Marilah kita hadir walau dengan langkah yang perlahan, duduk seketika di rumah Allah, menundukkan hati yang sering lalai, mengangkat tangan memohon keampunan, dan membasahi malam dengan sujud serta munajat. . Siapa tahu, di antara malam-malam yang kita hadir itu, Allah memilih kita untuk bertemu dengan Lailatul Qadar. . Jom hidupkan malam-malam terakhir Ramadhan, sebelum ia pergi meninggalkan kita setahun lagi. . 🍽 Juadah sahur turut disediakan untuk para jemaah.

KUNJUNGAN ROMBONGAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR KE MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS . MAHDC, 6 Mac — Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields telah menerima kunjungan daripada rombongan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Maskor bin Tumiran. Turut hadir bersama dalam rombongan tersebut ialah Tuan Hussain Idris, Tok Penghulu Mukim Ijok/Api Api. . Kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah bersempena bulan Ramadhan yang mulia. Rombongan berkenaan telah meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama para jemaah, sebelum bersama-sama menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. . Selain itu, rombongan turut mengambil kesempatan untuk menyantuni para penduduk setempat serta para jemaah yang hadir, sekali gus mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin masyarakat dan komuniti setempat. . Dalam kesempatan tersebut, rombongan turut menyampaikan sumbangan daripada YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, kepada pihak masjid sebagai tanda sokongan terhadap usaha-usaha memakmurkan institusi masjid serta aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan di kawasan ini. . MAHDC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan serta sumbangan yang telah disampaikan. Diharapkan jalinan hubungan yang baik ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang demi manfaat dan kesejahteraan masyarakat setempat, di samping memperkasakan peranan masjid sebagai pusat ibadah, dakwah dan penyatuan ummah. . Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan ini dikurniakan ganjaran serta keberkatan oleh Allah SWT.

Hebahan SOLAT SUNAT GERHANA BULAN @ MAHDC . Dimaklumkan kepada seluruh muslimin dan muslimat, . 🌕 SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Hebahan SOLAT SUNAT GERHANA BULAN @ MAHDC . Dimaklumkan kepada seluruh muslimin dan muslimat, . 🌕 SOLAT SUNAT GERHANA BULAN 🗓 Selasa | 3 Mac 2026 📍 MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS 🕗 Jam 8.10 malam (Diselaraskan di semua masjid seluruh Selangor) . Gerhana bulan penuh pada malam ini amat istimewa kerana ia berlaku dalam bulan Ramadhan, bulan ibadah dan keampunan, dan tambah Istimewa berlaku ketika kita sedang berbuka puasa dan tarawih. . Marilah kita bersama-sama menghidupkan malam Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadah, doa dan munajat kepada Allah SWT melalui solat sunat gerhana bulan. Jangan lepaskan peluang menambah amal pada malam yang penuh keberkatan ini.

Hebahan SOLAT SUNAT GERHANA BULAN @ MAHDC . Dimaklumkan kepada seluruh muslimin dan muslimat, . 🌕 SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Hebahan SOLAT SUNAT GERHANA BULAN @ MAHDC . Dimaklumkan kepada seluruh muslimin dan muslimat, . 🌕 SOLAT SUNAT GERHANA BULAN 🗓 Selasa | 3 Mac 2026 📍 MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS 🕗 Jam 8.10 malam (Diselaraskan di semua masjid seluruh Selangor) . Gerhana bulan penuh pada malam ini amat istimewa kerana ia berlaku dalam bulan Ramadhan, bulan ibadah dan keampunan, dan tambah Istimewa berlaku ketika kita sedang berbuka puasa dan tarawih. . Marilah kita bersama-sama menghidupkan malam Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadah, doa dan munajat kepada Allah SWT melalui solat sunat gerhana bulan. Jangan lepaskan peluang menambah amal pada malam yang penuh keberkatan ini.

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Mac 2026 . PERBANYAKKAN DOA INI DALAM BULAN RAMADHAN . اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ؛ فَاعْفُ عَنِّي Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai keampunan, maka kurniakanlah keampunan kepadaku. (HR. al-Tirmidhī: 3513, Ḥasan Ṣaḥīḥ). . Kata Ibn Al-Qayyim R.A : “Jika kamu sedang berdoa, tetapi waktunya terlalu sempit berbanding hajat dan permintaan yang terlalu banyak, maka jadikan seluruh doa kamu memohon agar Allah memberi kemaafan kepada kamu, kerana jika Allah telah memaafkan kamu, segala hajat dan permintaan akan datang dengan sendiri tanpa dipinta lagi”

SUMBANGAN ANAK2 YATIM DESA COALFIELDS . Setiap malam sepanjang Ramadhan ini, tabung-tabung kecil ini setia berjalan, melintasi saf demi saf jemaah tarawih. Alhamdulillah, sumbangan yang diterima pun tidak pernah mengecewakan — ada yang biru, hijau, biru gelap, dan sesekali terselit juga duit tembaga. Nilainya mungkin berbeza, tetapi maknanya sama besar. Terima kasih kami ucapkan kepada para dermawan yang tidak pernah jemu mengisi tabung ini saban waktu. Dengan hasil inilah, kami dapat menampung sedikit demi sedikit kos sepanjang bulan Ramadhan di Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. . Namun untuk tiga malam sahaja — bermula semalam, malam ini dan esok malam — segala sumbangan yang dimasukkan ke dalam tabung-tabung bergerak ini akan dikhususkan sepenuhnya sebagai sumbangan untuk anak-anak yatim di Desa Coalfields. Semuanya. Ketika ini, terdapat sekitar 30 orang anak yatim yang berdaftar dengan MAHDC dan perlu kita santuni, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Insya-Allah, satu majlis penyampaian sumbangan akan diadakan di MAHDC untuk mereka tidak lama lagi. . Justeru, jika ada tuan puan yang ingin menokok sumbangan buat anak-anak ini, bolehlah berbuat demikian melalui tabung bergerak malam ini dan esok malam. Bagi yang ingin membuat pindahan ke akaun masjid, juga dialu-alukan — cuma mohon catatkan rujukan “Anak Yatim” bagi memudahkan pihak bendahari mengasingkan sumbangan tersebut. Nombor akaun kami kongsikan bersama dalam posting ini. . Kami juga amat mengharapkan bantuan tuan puan untuk menyebarluaskan posting ini. Mana tahu, ada sahabat-sahabat di luar sana yang turut ingin berkongsi rezeki. Mudah-mudahan setiap ringgit yang dihulurkan, setiap niat yang baik, dan setiap doa yang mengiringi sumbangan ini, mampu mengukir senyuman di wajah anak-anak ini — dan menjadi saksi kebaikan kita di sisi Allah SWT pada hari yang tiada lagi harta dan pangkat yang berguna.

Setiap malam sepanjang Ramadhan ini, tabung-tabung kecil ini setia berjalan, melintasi saf demi saf jemaah tarawih. Alhamdulillah, sumbangan yang diterima pun tidak pernah mengecewakan — ada yang biru, hijau, biru gelap, dan sesekali terselit juga duit tembaga. Nilainya mungkin berbeza, tetapi maknanya sama besar. Terima kasih kami ucapkan kepada para dermawan yang tidak pernah jemu mengisi tabung ini saban waktu. Dengan hasil inilah, kami dapat menampung sedikit demi sedikit kos sepanjang bulan Ramadhan di Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. . Namun untuk tiga malam sahaja — bermula semalam, malam ini dan esok malam — segala sumbangan yang dimasukkan ke dalam tabung-tabung bergerak ini akan dikhususkan sepenuhnya sebagai sumbangan untuk anak-anak yatim di Desa Coalfields. Semuanya. Ketika ini, terdapat sekitar 30 orang anak yatim yang berdaftar dengan MAHDC dan perlu kita santuni, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Insya-Allah, satu majlis penyampaian sumbangan akan diadakan di MAHDC untuk mereka tidak lama lagi. . Justeru, jika ada tuan puan yang ingin menokok sumbangan buat anak-anak ini, bolehlah berbuat demikian melalui tabung bergerak malam ini dan esok malam. Bagi yang ingin membuat pindahan ke akaun masjid, juga dialu-alukan — cuma mohon catatkan rujukan “Anak Yatim” bagi memudahkan pihak bendahari mengasingkan sumbangan tersebut. Nombor akaun kami kongsikan bersama dalam posting ini. . Kami juga amat mengharapkan bantuan tuan puan untuk menyebarluaskan posting ini. Mana tahu, ada sahabat-sahabat di luar sana yang turut ingin berkongsi rezeki. Mudah-mudahan setiap ringgit yang dihulurkan, setiap niat yang baik, dan setiap doa yang mengiringi sumbangan ini, mampu mengukir senyuman di wajah anak-anak ini — dan menjadi saksi kebaikan kita di sisi Allah SWT pada hari yang tiada lagi harta dan pangkat yang berguna.