en
Feedback
MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

Open in Telegram

Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)

Show more
542
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-330 days
Posts Archive
Rebut Peluang Kelebihan Puasa Sunat Tasu'a & 'Asyura! 🌙 . ​Sama-sama kita hidupkan sunnah pada minggu ini : . - ​ Puasa Tasu
Rebut Peluang Kelebihan Puasa Sunat Tasu'a & 'Asyura! 🌙 . ​Sama-sama kita hidupkan sunnah pada minggu ini : . - ​ Puasa Tasu'a (9 Muharram): 25 Jun 2026 (Khamis) - ​ Puasa 'Asyura (10 Muharram): 26 Jun 2026 (Jumaat) . ​Daripada Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda mengenai puasa hari 'Asyura: "Aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya." (HR Ibnu Majah) . ​Ayuh kita ajak ahli keluarga dan jiran tetangga untuk sama-sama berpuasa. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT.

📖 KELAS NGAJI DEWASA @MAHDC . Tiada usia untuk mula belajar Al-Quran. Yang penting, ada kemahuan untuk berubah dan mendekat
📖 KELAS NGAJI DEWASA @MAHDC . Tiada usia untuk mula belajar Al-Quran. Yang penting, ada kemahuan untuk berubah dan mendekat kepada Allah. . Jom sertai kelas ngaji dewasa di Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields — terbuka untuk lelaki dan perempuan, dari Iqra’ hingga pemantapan bacaan. . ✨ Kelas 2 kali seminggu ✨ Tempat privacy – kabin masjid ✨ Dibimbing imam-imam MAHDC . Jangan tunggu “nanti”. Kerana langkah kecil hari ini, boleh jadi sebab besar untuk kita lebih dekat dengan Al-Quran.

Refleksi Khutbah Jumaat Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 19 Jun 2026 / 3 Muharram 1448H . BERPADA BICARA, LISAN DIJAGA . Lidah itu kecil, tetapi dosanya boleh jadi besar. Dengan satu kata, hati boleh sembuh. Dengan satu kata juga, hati boleh luka. Sebab itu Islam mengajar: sebelum berbicara, fikir dahulu. . Bukan semua yang kita tahu perlu diluahkan. Kadang-kadang diam itu lebih mulia daripada berkata-kata yang membawa fitnah. Nabi SAW mengingatkan: berkata baik atau diam — kerana setiap bait bicara akan dipersoal di hadapan Allah. . Berdebat bukan tanda menang, jika akhirnya hati menjadi keras. Kebenaran perlu diterima dengan lapang dada, walaupun pahit. Dan kebatilan tidak perlu dilayan jika hanya mengundang permusuhan yang sia-sia. . Hari ini, lidah bukan lagi sekadar pada mulut — tetapi juga pada jari. Apa yang ditaip, dikongsi dan disebar boleh hidup lebih lama daripada kita. Satu komen yang kita anggap biasa, mungkin menjadi saksi yang berat di akhirat nanti. . Sebelum bercakap, sebelum menaip, sebelum menekan butang “send” — tanyalah diri: adakah ini benar? adakah ini bermanfaat? adakah Allah reda? Kerana menjaga lisan bukan sekadar adab, tetapi bukti iman.

Refleksi Khutbah Jumaat Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 12 Jun 2026 / 26 Zulhijjah 1447H . HIJRAH TUNJANG PERUBAHAN . Hijrah bukan sekadar berpindah langkah, tetapi mengubah arah menuju barakah. Meninggalkan yang dimurkai Allah, menuju jalan yang membawa bahagia. . Hijrah mengajar kita bahawa perubahan tidak lahir daripada angan-angan, tetapi daripada keberanian dan pengorbanan. Kerana setiap kejayaan menuntut kesungguhan, dan setiap kejayaan bermula dengan perancangan. . Rasulullah SAW membina masjid sebelum membina kemegahan, kerana kuatnya umat bermula dengan kuatnya keimanan. Apabila masjid dimakmurkan dengan ilmu dan penghayatan, lahirlah masyarakat yang teguh dalam perpaduan. . Hijrah juga menyatukan hati yang berbeza latar kehidupan, lalu terjalin ukhuwah yang mengatasi segala perbezaan. Kerana umat yang bersatu akan melakar kekuatan, manakala perpecahan hanya mengundang kelemahan. . Maal Hijrah bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi seruan untuk memperbaharui kehidupan. Berhijrahlah daripada lalai kepada kesedaran, daripada kelemahan kepada kejayaan yang berpanjangan.

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-30 Jun 2026 . Muharram datang lagi… . Bulan mulia yang Allah pilih sebagai ruang untuk kita bermula semula. Bukan sekadar tahun baru, tapi peluang untuk berhijrah — dari lalai kepada taat, dari dosa kepada taubat, dari jauh kepada dekat dengan Allah. . Nabi SAW mengajar kita agar menghidupkan Muharram dengan amal soleh, terutama puasa sunat, khususnya pada 9 dan 10 Muharram (Tasu’a & ‘Asyura). Selain itu, perbanyakkan juga zikir, istighfar, sedekah dan bacaan al-Quran. . Jangan biarkan Muharram berlalu seperti biasa. Mungkin inilah bulan permulaan untuk hati yang lebih bersih, solat yang lebih terjaga, dan hidup yang lebih diberkati. . Jangan lupa Majlis Zikir Sempena Tahun Baru Hijrah @MAHDC petang esok ye. Jemput datang beramai-ramai

Insya-Allah acara kita @MAHDC hari Selasa 16 Jun 2026.. Lock date siap2 tuan2.. kita jumpa Selasa nanti 🤲🏼😌
Insya-Allah acara kita @MAHDC hari Selasa 16 Jun 2026.. Lock date siap2 tuan2.. kita jumpa Selasa nanti 🤲🏼😌

SEINDAH UKHUWAH, SEAGUNG PENGORBANAN Ucapan Khas Penghargaan Sempena Program Qurban MAHDC 1447H / 2026 . السلام عليكم ورحمة الله وبركاته . Bagi pihak MAHDC, Pengurus & AJk Qurban saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh peserta ibadah qurban, para petugas, sukarelawan serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program Qurban di Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields pada tahun ini. . Segala tenaga, masa, sumbangan dan kerjasama yang diberikan amat dihargai dan semoga setiap amal kebajikan ini diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah yang penuh keberkatan. . Semoga semangat ukhuwah, gotong-royong dan pengorbanan yang dizahirkan terus mekar dalam komuniti DC serta menjadi asbab rahmat dan keberkatan kepada kita semua. . “Daging dan darah (haiwan qurban) itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya (haiwan qurban) untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikan ” (Tafsir Surah Al-Hajj: 37) . Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan pengorbanan dengan ganjaran yang berlipat ganda. . Maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan. . Tn Haji Azmi bin Sekon Nazir MAHDC Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Jun 2026 . MENGADULAH KEPADA ALLAH . Bila hati dipagut duka, jangan semua beban dipikul sendiri, mengadulah kepada Ilahi. Kerana manusia mendengar dengan telinga, tetapi Allah mendengar hingga ke dasar hati, tanpa henti. . Ada luka yang tidak terubat dengan cerita, ada resah yang tidak reda dengan simpati, namun sujud yang ikhlas mampu menenangkan diri. Apa yang gagal difahami manusia, Allah telah lama mengetahui, bahkan sebelum ia diluah oleh bibir sendiri. . Maka saat dunia terasa sempit dan langkah seakan terhenti, carilah Allah dalam doa dan munajat di sepertiga malam yang sepi, kerana aduan kepada manusia belum tentu mengubati, tetapi aduan kepada Allah tidak pernah rugi.

Repost from N/a
Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (1-14 Jun 26).pdf5.70 KB

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Jun 2026 . MENGADULAH KEPADA ALLAH . Bila hati dipagut duka, jangan semua beban dipikul sendiri, mengadulah kepada Ilahi. Kerana manusia mendengar dengan telinga, tetapi Allah mendengar hingga ke dasar hati, tanpa henti. . Ada luka yang tidak terubat dengan cerita, ada resah yang tidak reda dengan simpati, namun sujud yang ikhlas mampu menenangkan diri. Apa yang gagal difahami manusia, Allah telah lama mengetahui, bahkan sebelum ia diluah oleh bibir sendiri. . Maka saat dunia terasa sempit dan langkah seakan terhenti, carilah Allah dalam doa dan munajat di sepertiga malam yang sepi, kerana aduan kepada manusia belum tentu mengubati, tetapi aduan kepada Allah tidak pernah rugi.

5_6116337959865163704.pdf5.70 KB

5_6116337959865163704.pdf5.70 KB

Refleksi Khutbah Jumaat Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 10 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 . EIDULADHA : IMAN DAN PENGORBANAN . Eiduladha Bukan Sekadar Perayaan . Takbir bergema… Bukan hanya di bibir, tetapi mengajak hati tunduk kepada Allah. . Eiduladha bukan sekadar hari sembelihan, tetapi madrasah yang mengajar syukur, ibadah dan pengorbanan. . ____ . Belajar Daripada Ibrahim & Ismail . Apabila Allah memerintah… Nabi Ibrahim taat tanpa ragu. Nabi Ismail reda tanpa keluh. . Di situlah lahir pengajaran agung: . Iman yang sebenar bukan pada kata-kata, tetapi pada kesanggupan taat kepada Allah walau berat terasa. . ____ . Korban Yang Sebenar . Bukan daging… bukan darah… yang sampai kepada Allah. . Tetapi hati yang ikhlas, jiwa yang bertakwa, dan kehidupan yang tunduk kepada-Nya. . Kadang-kadang… korban itu ialah masa. Korban itu ialah tenaga. Korban itu ialah meletakkan kehendak Allah melebihi kehendak diri. . ____ . Pengorbanan Ada Dalam Kehidupan Harian . Lihatlah ibu dan ayah… Mereka berkorban diam-diam, memberi tanpa meminta balasan. . Maka jangan lupa membalas jasa — dengan hormat, kasih sayang, doa, dan akhlak yang menenangkan hati mereka. . ____ . Haji Mengajar Erti Persaudaraan . Di Arafah… tiada kaya, tiada miskin, tiada pangkat, tiada darjat. Semua berdiri sebagai hamba. . Di Jamrah, kita belajar menolak godaan syaitan. Di Safa dan Marwah, kita belajar bahawa usaha dan sabar adalah jalan menuju rahmat Allah. . ____ . Pengajaran Buat Kita Semua . ✓ Kejayaan dalam ketaatan memerlukan usaha & pengorbanan. ✓ Keikhlasan melahirkan ketakwaan dan menyatukan hati umat. ✓ Setiap ibadah yang dilakukan kerana Allah akan membawa rahmat di dunia, dan kebahagiaan di akhirat. . ____ . Eiduladha mengajar kita… . Bahawa jalan menuju Allah kadangkala menuntut pengorbanan. . Namun di hujung pengorbanan itu, ada rahmat, ada keberkatan, dan ada cinta Allah buat hamba yang ikhlas.

Refleksi Khutbah Jumaat Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 10 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 . EIDULADHA : IMAN DAN PENGORBANAN

Aturcara program di MAHDC hari ni dan esok.. Selamat Hari Raya Aidiladha.. Taqabbalallahu minna wa minkum..
Aturcara program di MAHDC hari ni dan esok.. Selamat Hari Raya Aidiladha.. Taqabbalallahu minna wa minkum..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌙✨ . Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh muslimin dan muslimat. . Se
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌙✨ . Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh muslimin dan muslimat. . Semoga Aidiladha kali ini menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam diri kita, di samping mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat dan ahli kariah. . Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para peserta korban, para petugas, sukarelawan serta seluruh ahli kariah yang bersama-sama menjayakan ibadah dan program Aidiladha MAHDC tahun ini. . Semoga segala amal ibadah diterima Allah SWT dan dikurniakan keberkatan buat kita semua.