TATOBAT
Sesungguhnya Allah ﷻ mencintai orang-orang yang bertaubat 🖤🤍
Show more1 542Subscribers
No data24 hours
+157 days
+5330 days
- Subscribers
- Post coverage
- ER - engagement ratio
Data loading in progress...
Subscriber growth rate
Data loading in progress...
Di akhirat nanti, semua kita akan menyesal. Yang berdosa menyesal, dan yang banyak pahala dan ahli syurga pun menyesal. Kenapa ahli syurga masih menyesal? Kerana diperlihatkan alangkah mudahnya membuat pahala dan betapa besarnya ganjaran di akhirat.
Baba Ismail Sepanjang Alfatoni pernah memberi misalan bagaimana orang yang membeli sebidang lot tanah dengan harga yang murah lalu beberapa tahun kemudian nilaian tanah itu naik harga berkali ganda. Menyesallah dia kerana membeli hanya satu lot sahaja, sepatutnya beliau membeli lebih banyak lot dulu. Begitu jugalah kita, menyesal kerana tidak mempertingkatkan amalan kita di dunia dulu.
Amalan manusia terbahagi kepada tiga samada (i) berpahala (ii) berdosa (iii) sia-sia (lagha).
Ada amalan yang pahalanya berterusan sampai kita mati (pahala amalan jariah), dan ada amalan yang dosanya berterusan sampai kita mati. Di zaman media sosial ini hati-hati kerana gambar, status yang kita tulis mungkin akan kekal walau kita telah lama meninggal. Bayangkan jika yang ditulis itu membawa kepada dosa berterusan seperti mengumpat, mengaibkan orang lain yang tidak sempat kita minta maaf.
#tatobat
Buka tautan ini untuk bergabung ke grup WhatsApp saya: https://chat.whatsapp.com/JN8JfakdyVG3FriBS4uAuI
Doa hari ini
بِسْمِ الله خَيْرِ الأَسْمَاءِ فِي الأَرْضِ وَفِي السَّمَاءِ بِسْمِ الله أَفْتَتِحُ, وَبِهِ أَخْتَتِمُ
الله, الله, الله ربي لاَ أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا.
الله الله الله لا إله إلا هو،
الله الله الله أَعَزُّ وَأَجَلُّ وَأَكْبَرُ مِمَّا أَخَافُ وَأَحْذَرُ
“Dengan nama Allah, sebaik-baik nama di muka bumi dan di langit. Dengan nama Allah aku membukanya dan mengakhiri segala sesuatunya.
Allah, Allah, Allah Tuhanku aku tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.
Allah Allah Allah tiada Tuhan selain Dia.
Allah, Allah, Allah Yang Maha Perkasa, Maha Agung, Maha Besar dari segala yang aku takuti dan aku khawatirkan.”
*Kutipan dari kitab SYAWARIQUL ANWAR Karangan Almagfur lahu ABUYA ASSAYYID MUHAMMAD ALAWI ALMALIKI ALHASANI*
Hai'ah ASH-SHOFWAH AL-MALIKIYYAH
Himpunan Alumni Abuya Almaliki
0823-3282-9785
Hadist hari ini
Senen 20 Syawwal 1445
عن أبي صَفْوانَ عبدِ اللَّه بن بُسْرٍ الأسلَمِيِّ، رضي اللَّه عنه، قال: قال رسولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم: «خَيْرُ النَّاسِ مَن طالَ عمُرُه وَحَسُنَ عملُه» رواه الترمذي
108. Dari Abu Shafwan yaitu Sayyidina Abdullah bin Busr al-Aslami رضي الله عنه berkata : "Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda yang maksudnya : "Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik kelakuannya."
ASH-SHOFWAH AL-MALIKIYYAH
Himpunan Alumni Abuya Almaliki
0823-3282-9785
Sebarkan KEBENARAN dan KEBAIKAN bukan KEBOHONGAN dan KEJELEKAN
كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع رواه مسلم
Seorang bisa dikatakan PENDUSTA dan PEMBOHONG jika membicarakan setiap apa yang di dengar tanpa mencari kebenarannya
Repost from Ilmu_tareem
Abu Husain Al-Warraq ra :
Termasuk perbuatan mulia ketika memaafkan, anda tidak mengungkit-ungkit khianatnya teman anda setelah anda memaafkannya.,