Self Care by Kak Eli
Open in Telegram
9 539
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
9 539
Nanti aku cerita lagi pasal Una. Pasal kerja dia. Malam nanti. Sekarang nak bersiap balik Kuantan. Anak-anak kena sekolah. Cuti sekolah anak kita tak sama.
9 539
Meninggal sehari sebelum tarikh kelahiran.
Kebiasaannya group wasap family depa akan riuh rendah meriah wish bergurau sana sini.
Semalam kat kubur ada orang tanya aku, macam mana lepas ni kembar Una nak berhadapan dengan birthday akan datang ya?
Entah.
9 539
Dia ada kembar tau. Kembar dia lelaki. Dah tentu cerodek amat juga. Tapi dia senang dapat kerja maybe sebab course lain itu jam.
So end up Una kerja apa?
Customer services Astro. Mengangkat telefon dan melayan makian rakyat Malaysia yang tak berpuas hati.
9 539
Sampai itu jam aku rasa memang dunia ni tak adil.
All they have to do is bagi dia satu peluang kerja yang related dengan kepandaian dia dan tengoklah dia perform macam mana.
Tapi tak. Dunia ni bukannya ikut macam kita nak. Lama dia mereput tak ada kerja.
Satu kerugian untuk negara Malaysia biarkan orang pandai terkapai kapai begini.
9 539
Last aku rasa Una ambik degree Finance yang cemerlang juga.
Tapi dia susah dapat kerja. Susah betul.
9 539
Aku pasti Una ada banyak impian hidup yang nak dicapai.
Pasti banyak juga yang tak sempat dicapai kerana kematian dah sampai masa agaknya.
Depa semua adik beradik memang Allah beri kepandaian jadi depa ni memang cerdik betul.
Una ni dah tentu salah seorang. Masa PMR dan SPM straight A, semua A dia sapu.
Pada adik beradik depa, tu perkara biasa aje. Kemudian dia matrik di Perlis. Aku ada hantar sekali dulu. Jauhnya aku rasa Perlis tu. 😩
9 539
Aku tengok suami dan anak kecik dia si Fateh berdiri tepi kubur semalam.
Fateh blur, mata mengantuk sebab selesai urusan jam 12 pagi.
Terkebil-kebil mata kecil dia merenung kubur. Faham ke tak tu agaknya ya.
9 539
Kawan aku kata, banyak dugaan kau Eli setahun dua ni. Banyak dugaan kematian sebetulnya.
Hash
Abah
Una
Tapi Una ni paling tak sangka. Muda sangat 35 tahun. Anak seorang baru tadika.
Mati itu tak cepat sesaat, tak juga lambat sesaat. Sampai masa Allah kata matilah, maka matilah kita.
Kan?
9 539
Mama & abah yang sudah tua.
Kakak 1
Kakak 2
Suami aku
Kembar Una - lelaki.
This is it, this is the last moment melihat adik bongsu mereka.
9 539
Gambar atas tu Una sedang dicium oleh abang dia (suami aku) untuk kali terakhir.
Azizul datang rapat, tenung muka arwah sekejap, cium pipi kiri, pipi kanan, tenung semula, sambung cium dahi, gosok-gosok lembut pipi Una, kiss lagi pipi untuk kali terakhir.
Bergilir-gilir antara mak ayah mereka dan adik beradik lain.
9 539
Definisi kalau nak melihat mayat yang jelas tersenyum,
Una lah orangnya. Adik ipar aku yang meninggal semalam.
9 539
Banyak sangat gambar sebab banyak sangat ebook bestnya, dan terlalu banyak testimoni orang selepas baca. Aku lost count.
Tapi paling seronok bila sangat ramai dapat repair hubungan rumahtangga masing-masing lepas baca kesemua ebook ni.
Rumahtangga memang banyak dugaan. Tapi takkan kita nak duduk saja dan berharap ia akan jadi molek tiba-tiba.
Mesti ada ilmu dan usaha.
9 539
Banyak kan?
Aku pun tak tahu lah cemana itu jam kitorang mampu pulun cari doktor, ustaz, abang gym dan ramai orang hebat untuk jadi rujukan siapkan semua ni.
Banyaknya tenaga masa tu. 😳
