cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

๐š–๐šž๐šฃ๐šŠ๐š–๐š–๐š’๐š•๐šœ๐š๐š˜๐š›๐šขโœŽ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

Aku hanya hambaNya yang fikir dakwah itu untuk semua tiada sebarang syarat... Sang hati ni terlalu pedih melihat umat terus tenat dengan maksiat,maka sampai bila harus dibiarkan semua ini? Nak share quotes pm saya @muzamisi

Show more
Malaysia18 555The language is not specifiedReligion & Spirituality75 056
Advertising posts
376
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-730 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Repost fromย 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Pertolongan dan Penjagaan Allah SWT ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุงู„ู’ุนูŽุจูŽู‘ุงุณู ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽุจูŽู‘ุงุณู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ: "ูƒูู†ู’ุช ุฎูŽู„ู’ููŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆ ุณู„ู… ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุงุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ูŠูŽุง ุบูู„ูŽุงู…ู! ุฅู†ูู‘ูŠ ุฃูุนูŽู„ูู‘ู…ููƒ ูƒูŽู„ูู…ูŽุงุชู: ุงุญู’ููŽุธู’ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูŠูŽุญู’ููŽุธู’ูƒุŒ ุงุญู’ููŽุธู’ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุชูŽุฌูุฏู’ู‡ู ุชูุฌูŽุงู‡ูŽูƒุŒ ุฅุฐูŽุง ุณูŽุฃูŽู„ู’ุช ููŽุงุณู’ุฃูŽู„ู’ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุงุณู’ุชูŽุนูŽู†ู’ุช ููŽุงุณู’ุชูŽุนูู†ู’ ุจูุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูุŒ ูˆูŽุงุนู’ู„ูŽู…ู’ ุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุฃูู…ูŽู‘ุฉูŽ ู„ูŽูˆู’ ุงุฌู’ุชูŽู…ูŽุนูŽุชู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู†ู’ููŽุนููˆูƒ ุจูุดูŽูŠู’ุกู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽู†ู’ููŽุนููˆูƒ ุฅู„ูŽู‘ุง ุจูุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏู’ ูƒูŽุชูŽุจูŽู‡ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู„ูŽูƒุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ุงุฌู’ุชูŽู…ูŽุนููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุถูุฑูู‘ูˆูƒ ุจูุดูŽูŠู’ุกู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุถูุฑูู‘ูˆูƒ ุฅู„ูŽู‘ุง ุจูุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏู’ ูƒูŽุชูŽุจูŽู‡ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒ. ุฑูููุนูŽุชู’ ุงู„ู’ุฃูŽู‚ู’ู„ูŽุงู…ูุŒ ูˆูŽุฌูŽููŽู‘ุชู’ ุงู„ุตูู‘ุญููู" Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:  Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).  (HR Tirmizi No: 2516) Status Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan tempat, lebih-lebih lagi ketika dia dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan hidup. 2.  Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah SWT. 3.  Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudharat kepada mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong melakukannya. 4.  Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan. 5.  Wajib ke atas Muslim melaksanakan tanggungjawabnya dengan melakukan ketaatan, meninggalkan kemungkaran, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran tanpa tunduk kepada sesiapa yang menakut-nakutkan. Hal ini kerana sesungguhnya sesuatu yang telah ditetapkan Allah, pasti akan mengenainya. Hadis 19 #Hadis40ImamNawawi #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 10hb Nov.  2023 26hb Rabiul Akhir 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Show all...