KALAM MUROBBI & MASYAIKH
Open in Telegram
Berkongsilah posting-posting Yang dengan jujur jangan claim itu milk anda.
Show more301
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-230 days
Posts Archive
Repost from daqwahsufiyah
Sollu ala Nabi
MAJLIS SELAWAT MEMBINA KEKUATAN
Majlis Selawat yang bertema "Selawat membawa Rahmat, Muafakat membawa Berkat" yang digerakkan mempunyai misi perjuangan pada umat ini.
Selawat sebagai pintu membina Tauhid Makrifat serta Akhlak Kehambaan Muhammadiah.
Muafakat mengajak kepada penyatuan umat dalam membina sifat yang cakna, saling kerjasama, saling hormati dan saling kasih sayang sebagai asas membina bangsa yang kuat kembali.
Peranan Masjid perlu diperkuatkan menjadi simbol Ketauhidan dan penyatuan.
Masjid membawa risalah Cinta Rasulullah ﷺ menjadi bukan hanya pusat spiritual tetapi kebajikan, pendidikan, ekonomi dan kekuasaan.
Masjid bagaikan pusat pentadbiran utama komuniti yang menjaga hak saudara Islam dan juga Non Muslim.
Segala kejayaan yang besar dan hebat bermula dari team, jamaah atau komuniti yang kuat.
Segala perpecahan kita wujudkan kesatuan kembali melalui jalan pembersihan Ruhani. Apabila hati sudah diangkat ke hadrat Allah dan Rasul, maka sifat mazmumah yang menjadi punca utama perpecahan akan menjadi jernih.
Maka segala kebencian menjadi kasih sayang. Sifat ego dengan hanya pendapatnya yang benar menjadi terbuka dan saling hormati perbezaan.
Tiada siapa yang boleh menyatu dan menguatkan kembali umat dan bangsa ini melainkan الله SWT. Melalui gerakan Selawat dan Muafakat kita menjadikan ia Wasilah membina kembali kebangkitan bangsa ini.
Bangsa yang benar bertauhid dan berakhlak serta miliki Muafakat pasti dihormati oleh semua pihak.
Kebangkitan yang membawa kerahmatan pada semua umat manusia lantaran ia berdiri atas prinsip ketuhanan, kasih sayang, keadilan, kebajikan, keseimbangan, keharmonian, keamanan dan kesejahteraan.
Wallahualam.
17.1.2025
Repost from daqwahsufiyah
Walau bahaya macam mana pun, ramai antara kita tidak kisah dan mengabaikan fardhu ain ini. Boleh tanya diri sendiri. Pernahkah aku belajar ilmu fardhu ain? Pernahkan aku belajar ilmu tauhid untuk mengenal Dzat sifat af’al dan ama’ Allah. Mengenal sifat wajib harus dan mustahil Allah. Mengenal nabi. Mengenal perkara perkara ghaibiyah dan sebagainya dalam ilmu tauhid.
Fahamkah aku akan kalimah syahadah yang didalam nya ada nafi dan isbad untuk mengsahkan syahadah aku?
Fahamkah aku akan hukum hukum syarak yang lima itu untuk menjadi panduan dan perjalanan hidup aku?
Siapa aku sembah dalam solat aku? Allah? Siapa Allah? Atau aku hanya solat main hayun saja membilang rakaat tanpa tahu siapa yang aku sembah. Bagaimana nak khusyuk kalau tak kenal Allah.
Jahilnya aku ya rabb. Begitu hati kita bermonolog. Mahu dibiar saja begitu sampai mati?
Allaahu … pendeknya hidup didunia ini dan panjangnya perjalanan kehidupan akhirat. Kalau kita tidak berubah dan membaiki diri, bahaya besar buat kita diakhirat nanti.
Saidina Umar al-Khattab R.A pernah berkata:
حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia.”
(Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/156)
Barakallahu feekum.
Gagasan Walid Ibrahim Al Malik:
Jika diri mu mahu bertemu الله , engkau perlu melalui kematian. Justeru itu apabila engkau mula mencintaiNYA , maka banyak takdir dalam kehidupan "mematikan" jiwa mu utk bergembira dengan dunia.
Semakin istimewa diri mu denganNya maka semakin hebat ujian yang diberikan dengan pelbagai peristiwa yang amat MENYAKITKAN yang kadangkala dari mereka yang hampir dan mereka yang banyak engkau membantu.
Adakala engkau jatuh ke bawah setelah berada dikemuncak kejayaan.
Adakala engkau jatuh dalam kesalahan yang menjadikan engkau tak mampu mengangkat wajah mu ke langit.
Kematian perlu melalui Kesakitan samada kematian nyawa atau kematian " Keakuan".
Jika engkau dicintai, Kesakitan itu engkau dapat melalui dengan penuh kesabaran hingga diri mu kehairanan bagaimana engkau dapat lalui dengan sabar dan tenang.
HAKIKAT DIA الله YG MENGUJI MU DAN DIA JUGA YANG MEMBANTU MU DAPAT MELALUINYA. BERUNTUNG LAH DIRI MU YANG BERADA DALAM JAGAANNYA..
Jagalah الله yakni kebenaran tauhid , mematuhi hukum dan menjaga hati selain dariNya pasti الله menjaga mu.
Selawat adalah Istighfar
Selawat adalah Doa
Selawat adalah Assyifa'
Repost from daqwahsufiyah
Sollu ala Nabi
NAFSU AMMARAH ADALAH RAHMAT
Firman Allah SWT yang bermaksud, “ Sesungguhnya nafsu (ammarah) itu sangat menyuruh berbuat jahat.” (Surah Yusuf: 53)
Nafsu ammarah yang bersifat mengajak kepada kejahatan adalah ciptaan الله SWT yang pastinya ada hikmah dan rahmat. Tiada الله SWT mencipta kejahatan pada sisiNya melainkan semua kebaikan sebagai ujian pada insan.
Nafsu ammarah berada dalam diri insan, ia bersifat ganas lebih daripada haiwan yang ganas pada alam ini. Haiwan ganas hanya mampu membunuh nyawa sedangkan Ammarah mampu menghalangi atau membunuh iman.
Ia adalah musuh yang tiada boleh kita hilangkan kerana ia sebahagian diri kita. Dia sentiasa bersama dengan kita dan akan membisikkan kejahatan dalam pelbagai bentuk. Ia mampu bertukar wajah mengikut kedudukan seseorang. Kadangkala secara terangan mengajak kepada kejahatan adakala bersembunyi disebalik kebaikan.
Namun hikmah ciptaan nafsu ammarah ini adalah menjadikan insan itu lebih mulia daripada malaikat dan boleh mencapai syurga lantaran kebaikan yang mereka lakukan adalah hasil perlawanan dengan nafsu ammarah tersebut. Mereka digelar golongan yang menang.
Nafsu kejahatan tiada boleh kita hilangkan kerana insan bukan Malaikat. Apa yang diperintah الله adalah tundukkan, lemahkan dan kendalikan ia dengan baik melalui ajaran Islam yang dibawa Nabi ﷺ.
Nafsu ammarah mengajak berontak dengan takdir الله SWT، maka tenangkan ia dengan Ilmu tauhid yang benar hingga ia menjadi tenang dan Redha. Tiada menyalahkan pada takdir الله SWT melainkan pada dirinya sendiri.
Nafsu ammarah ganas mengajak melakukan kemahuannya tanpa ada batasan, maka dikawal dengan hukum Fekah yakni Halal dan Haramnya.
Nafsu ammarah mengajak kepada keegoan, ketamakan, kedengkian, riak dan dendam, maka ia dimurnikan dengan Tasawwuf melalui bimbingan para Mursyid melalui kaedah penyucian jiwa melalui ibadah, zikir, selawat, riadah dan adab berdasarkan metode tarekah masing².
Semakin kuat cahaya menguasai Qalbu maka semakin lemah nafsu ammarah dalam dirinya, maka muncul nafsu yang baik menguasainya meningkat kepada Lawammah, Malhammah, Mutmainnah, Radhiah, Mardhiah hingga kemuncaknya Al Kamil.
Syurga adalah hadiah الله SWT pada insan yang berjaya tundukkan nafsu ammarah lantaran demi mendapat Cinta dan Redha الله SWT. Maka untunglah mereka yang menyucikan dan rugilah mereka yang mengikut nafsu ammarah.
Segala ciptaan الله SWT adalah rahmat walaupun pada akal manusia adalah tidak baik. Di sebalik nafsu ammarah tersebut maka manusia boleh mencapai kemuliaan yang mengatasi Malaikat .
Nafsu ammarah menjadikan insan setiasa berjalan pahala apabila ia menahan diri daripada mengikutinya. Nafsu ammarah sebagai ujian menjadi kayu pengukur apakah hamba tersebut benar dalam ketauhidan dan kecintaannya pada الله SWT.
Tiada lain jalan kebenaran adalah jalan Muhammad ﷺ. Ia adalah tauladan bagaimana untuk kendalikan nafsu ammarah yang ada dalam diri insan.
Wallahualam.
Repost from daqwahsufiyah
https://vt.tiktok.com/ZS6SkrqcV/
Kuliah subuh
Hadis 40 Penawar Hari
Al Fadhik Sheikh ustaz Muhammad Faiz bin Sheikh Abdul Rahman.
Dakwah Sufi mengajak insan mengenal الله Yg Maha Pengasih dan Penyayang. Segala hukum Syariatnya adalah bersifat memelihara insan agar terpelihara kemuliaannya bukannya untuk memayah dan bebanan.
Dakwah Sufi juga mengajak Insan melihat segala iradah الله yakni takdir kepadanya adalah kasihsayang dan rahmat buat insan. Bukannya utk menghukum dan menyusahkan hambaNya.
Agama dari kacamata Para ulama zahir tiada lain hanya sebagai peraturan. Agama dari kacamata sufi tiada lain adalah Kasihsayang dan pemeliharaan dari yang Maha Penyayang dan Maha Pemelihara.
Bagaikan Sang Ayah dan Ibu tika melepaskan sang anak ke satu tempat yang berjauhan darinya. Pelbagai peraturan dan pedoman yg diberikan bukan utk menyusahkan tetapi agar anaknya selamat.
ALLAH SWT yang mencipta alam. DIA Yg Mengetahui baik dan buruk segala ciptaannya pada Insan. Segala panduan dan tauladan diberikan agar mengikutinya melalui para Nabi-Nabi.
Semakin seseorang itu Mengenal الله pasti semakin mencintaiNya , maka semakin diam dan tersenyum dalam iradah الله dan menikmati kebahgiaannya.
Cinta tak semestinya memberi kpd yang dicintainya. Jika dilihat permintaannya memberi kebaikan maka diberikan, jika dilihat tiada beri kebaikan maka akan di tahannya.
Seorang ibu yang penyayang tidak akan melayani permintaan anaknya yg mahu sesuatu yg merosakkannya. Dia akan biarkan anak tersebut menangis dan meronta , tentu tanggapan anak Ibunya tak sayangi dirinya, namun hakikatnya itulah Cinta sejati seorg ibu demi kebaikan anaknya. Apabila mereka dewasa maka akan faham knp ibnya bertindak demikian , mereka akan erti Cinta sebenar.
Ramai hamba² الله yang menangis dan meronta bertanya kenapa dan kenapa pada الله krn tak tunaikan permintaannya. Timbul pelbagai sangkaan buruk . Ia disebabkan dirinya adalah kanak² dalam Makrifatullah. Justeru itu dewasakan diri dalam Makrifatullah, cintai ilmu dan belajar hingga satu saat engkau mengerti tentang CINTA الله yg Bersifat Laisa Kamislihi...
Berbisik pada الله sebagai hamba pada RabbNya Yg Penyayang " Engkau pelihara daku yg Rabb, jika keinginan ku memberi kebaikan maka engkau kurniakan, namun jika tidak beri kebaikan maka tahan lah ia dan kurniakan yg lebih baik dari sisi Mu. Engkau Yg Maha Mengetahui apa yg terbaik pada diri ku.
Walid Ibrahim Al Malik:
Ada tika ada mereka yang menyakiti mu samada dari kalangan yang rapat atau yang jauh dari kita.
Banyakkan istighfar ,jangan terlalu sensitif dan mudah marah pada mereka.
Kadangkala kesakitan hati tersebut adalah dari keegoan kita yg masih tebal. Pandang ia dari الله yang mahu sembuhkan keegoan kita melalui mereka.Segala berlaku dalam keizinan الله jua.
Seringkali dalam urusan gerak kerja atau program berlaku salah faham kerana pelbagai faktor atau budaya kerja. Jangan terlalu simpan dihati dan hadapi dengan senyuman.
Anggap sebagai latihan kekuatan jiwa dan mental serta pelajaran fahami pelbagai watak dihadapan kita. Letakkan apa jua kesilapan pada kita dahulu kerana mungkin tak dapat fahami situasi , apa yang dimahukan atau berbeza budaya kerja atau keegoan kita.
Maafkan dan terus kukuh kasihsayang antara kita. Dalam usaha yang mulia syaitan akan sentiasa cuba mengagalkan dan memecahkan kasihsayang. Kembalikan hati kepada Allah dalam ketauhidan dan berakhlak dengan jiwa Muhamadiah yang penuh rahmat dan kasihsayang agar Syaitan tidak boleh menguasai kita.
Semakin kuat cahaya pada hati dan kebaikan yang dilakukan, maka semakin ramai Syaitan yang mengelilingi kita untuk mengambil cahaya dan mengagalkan usaha.
Berada dalam Kota الله dan Rasul yakni memperbanyakkan ingatan dan syuhud kepada الله dan selawat pada Rasulullah serta kasihsayang sesama insan agar kita dalam lindungan الله dari Syaitan yang sentiasa mengintai tika kita terlalai utk diambil cahaya pada hati dan dihembuskan fitnahnya utk wujudkan permusuhan.
Sifat nafsu ammarah suka melihat dirinya sentiasa betul dan menyalahkan orang lain , Sifat nafsu lawammah suka mengkritik kesalahan dirinya dan melihat kebenaran orang lain.
Seorang pemimpin yang baik , akan melihat atau merenung kesilapan dirinya terlebih dahulu sebelum melihat kesilapan orang bawahannya atau sistemnya.
Dirinya bimbang disebabkan kelalaian dirinya dgn الله atau ketakburannya atau kesilapan sistem atau pandangannya yg menjadi punca kegagalan atau kemudharatan yg berlaku.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته https://www.facebook.com/share/v/19xrKJ6wXe/
() KULIAH SUBUH
() JUMAAT - 20 / 12 / 2024
() MASJID AR-RAUDHAH, PADANG TEMU
() *KITAB TAJUL 'ARUS*
• Betapa hina dan malangnya mereka yang sudah lanjut umurnya dan telah memutih rambutnya namun aqalnya masih kebudak-budakan..
• Umur dah banyak namun ibadah masih nak cari pahala, nak ke syurga dan nak lepas dari neraka bukannya semata-mata lerana الله, dengan الله, dari الله dan kepada الله..
• Jangan sampai usia sudah melewati 40 tahun namun rohaninya masih belum betul-betul matang dan masih tidak benar-benar faham kehendak الله تعالى ke atas dirinya..
• Jika engkau wahai manusia sungguh punya aqal fikiran maka silalah tangisi ke atas diri kalian sebelum orang lain menangisi kematian kalian..
• Jarang malah boleh jadi hampir sukar ditemui seorang isteri atau anak menangisi kematian suami atau ayah kerana semasa hidup suami atau ayah tersebut kurang buat taat kepada الله تعالى, banyak menyusah orang dan kurang berkebajikan kepada sesama contohnya..
• Betapa jahilnya seorang hamba yang mana الله تعالى melayaninya dengan kasih sayang namun dibalas dengan rasa benci dan marah... dilayani dengan diberikan berbagai rezeki dan nikmat malah banyak bersunggut dan rasa tidak puas hati lagi tidak pandai bersyukur...
• Bukanlah seorang lelaki sejati atau gentlemen meraka yang bertempik di khalayak manusia namun sesungguhnya lelaki yang hakiki ialah mereka sedih dan menangisi ke atas kecuaian dirinya dan kembali semula mentaati الله تعالى..
_moga difahami_
_*Kalam Sufi...*_
_*Kenapa, diri masih jauh dengan Allah tapi tiada rasa khuatir lagi nasib diri diakhirat..*_
_*Kenapa, diri masih Terhijab dengan rasa Ananiah (keakuan diri) dan dengan berbagai perkara masih tidak sedar..*_
_*Kenapa, Hati masih penuh dengan berhala dunia..!!*_
_*Allah tetap Allah dan hamba tetap hamba,*_
_*Allah tidak seumpama sesuatu,*_
_*sesuatu juga bukan Allah..*_
_*Allah-lah yang menciptakan segala sesuatu,*_
_*Dia Robb sekalian alam.*_
_*Jika kita asyik dengan sesuatu, sesuatu itu akan melupakan kita, maka siapa yang asyik dengan Allah dia akan lupa dengan segala sesuatu..*_
_*Hakikat zuhud berpaling hati kita daripada segala sesuatu selain Allah.*_
_*Doa hanyalah menyatakan ubudiyah kita kepada Allah, bahkan qadar ketentuan Nya, hakikstnya telah selesai tertulis dalam ibu kitab di Lohun Mahfuz..*_
_*Kalau kita hanya ingat Allah, kita akan lupa yang lain selain Allah,*_
_*maka dunia pun kita akan lupa,*_
_*akhirat pun kita akan lupa,*_
_*syurga pun kita akan lupa,*_
_*neraka pun kita akan lupa,*_
_*kecuali hanya Allah dan Allah sahaja yang kita ingat..*_
_*Jikalau kita telah benar dalam Mengenali Hak Allah, maka tiada lagi keinginan kita menuntut hak kita keatas Allah kerana teramat rindu kita akan ridha Dzat Nya..*_
_*Tika itu tiada pilihan kita lagi, selain semuanya adalah pilihan Allah jua..*_
_*Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintai Nya itu berjauhan dari Nya, maka diujinya dengan segala bala-musibah Nya, untuk menyatakan tanda kasih Nya terhadap kekasih Nya untuk mendapat anugrah dan kurnia yang Agung, iaitu redho dari Nya..*_
_*Orang yang masih ada rasa syak dan waham, terlucut amalnya kepada Tuhannya, maka ia masih jauh dan belum mengenal Tuhannya akan pengenalan yang sebenar.!!*_
_*Sebaliknya, siapa yang tenteram dengan amalnya, maka ia masih bergantung dengan dirinya.!!*_
_*Hanya Allah yang mengaku Allah iaitulah rahsia pengakuan Allah pada alam yang menjadi rahsia Wali-wali Allah yang Agung.*_
_*Kemuncak daripada Makrifatullah itu bukanlah mengubah segala kehidupan kita, bahkan Dia yang memperkenalkan Diri Nya didalam kehidupan kita kerana kita "Kenal Allah itu dengan Allah".!!*_
_*Ya Ilahi..!!*_
_*Tiadalah kerugian yang teramat besar melainkan bagi orang-orang yang telah kehilangan Mu,*_
_*kerana kehendak Allah itu mengatasi segala sesuatu.*_
*الَهِى اَنْتَ مَقْصُوْدِي*
*وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ.*
_*renungan pagi..*_
🌹abuya.bp.
Setiap ujian samada bentuk kesenangan atau kesusahan yang membawa seorang itu jauh dengan الله maka ia adalah Musibah.
Setiap ujian samada kesenangan atau kesusahan yang membawa dekat pada الله maka ia adalah kasihsayang.
Ramai mereka yg diberi ujian kesenangan menjadi Musibah lantaran muncul ketakburan dan kelalaian.
Ramai mereka yg diberi ujian bentuk penderitaan adalah sebuah Kasihsayang lantaran membawa dirinya faqir dan dekat dengan الله.
Mata kasar melihat penuh penipuan lantaran yang dilihat diberi nikmat namun hakikatnya mereka dalam Musibah. Yang dilihat dalam musibah hakikatnya mereka dalam kenikmatan.
