KALAM MUROBBI & MASYAIKH
Open in Telegram
Berkongsilah posting-posting Yang dengan jujur jangan claim itu milk anda.
Show more301
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-230 days
Posts Archive
Repost from daqwahsufiyah
Gagasan Walid Ibrahim Al Malik:
Fokuskan pembinaan Qalbu yang salim, bukannya fokus pada amalan yang banyak tetapi tiada memberi kebaikan pada Qalbu. Kesucian Qalbu akan bersinar akhlak² yg mulia yg dengannya menjadi asbab utama mendapat Keredhaan dan Kecintaan Allah swt
Qalbu Salim
Menyatukan ingatan dengan Rasulullah SAW setiap masa.
Tika berselawat hadirkan apa jua pada hati mu yg boleh membawa ingatan pada Rasulullah SAW. Jika ingatan makam atau kubah hijau di Masjid Nabawi boleh bawa ingatan pd Rasulullah maka hadirkan ingatan tersebut.
Bukan hanya tika selawat tetapi dalam apa jua keadaaan.
Hidupkan sunnah kecintaan Rasulullah pada diri dan hubungan sesama insan. Hidupkan ibadah sunat yang Rasulullah amat menjaganya.
Tinggalkan apa jua sumber rezeki yg haram dan subhat.
Sentiasa berkata dalam hati mu bahwa orang dihadapan mu jauh lebih mulia dari mu. Jika berhadapan dgn mereka yg kelakuan tiada baik pada mu , katakan pada hati mu Allah sedang menguji mu.
Fokus mendapat keredhaan Allah dalam hidup mu dalam setiap amal dan langkah mu.
Insyallah ia adalah berapa kaedah utk membina Qalbu yg salim.
Repost from daqwahsufiyah
𝐇𝐀𝐊𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐋𝐌𝐔 - 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀𝐀𝐍-𝐍𝐘𝐀
1. Hakikat ilmu ialah nur yang dicampakkan ke dalam qalbu insan, yang membawa insan kepada makrifat terhadap Allah SWT.
2. Ahli ilmu atau ahli sains memiliki ilmu, tetapi jika ia tidak membawa kepada Tuhan, itu bermakna mereka belum mencapai hakikat ilmu (nur). Mereka tidak mendapat limpahan nur yang membawa mereka mengenal Allah SWT di sebalik ciptaan-Nya.
3. Yakni, mereka tidak bersambung dengan Hakikat Muhammad (lautan rahsia Ilahiah).
4. Ilmu yang tidak membawa insan kepada makrifat terhadap Allah masih berada pada tahap perjalanan dan belum mencapai hakikat ilmu.
5. Segala yang ada di hadapan kita menyampaikan maklumat atau pengetahuan yang membawa kepada hakikat, menjadikan kita semakin mengenal ketunggalan Allah di sebalik makhluk-Nya.
6. Sesiapa yang menyambungkan dirinya dengan Hakikat Muhammad melalui wasilah Rasulullah SAW, maka pandangan dan pengetahuannya selari dengan firman Allah SWT:
فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا۟ فَثَمَّ وَجْهُ ٱللَّهِ ۚ
"Di mana sahaja kamu menghadap, maka di situlah wajah Allah." (Al-Baqarah: 115)
7. Seterusnya, dia dapat merasai kebenaran firman Allah SWT:
وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ
"Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada." (Al-Hadid: 4)
8. Nur yang telah masuk ke dalam qalbu itulah yang menjadikan pengetahuan dan perasaan seseorang insan itu dekat dengan Allah SWT.
9. Nur itu menjadikan insan merasai Maiyah (معية - kebersamaan dengan Allah) dan Syuhudiah (شهودية - pandangan yang membawa kepada-Nya).
_Olahan perkongsian daripada Ayahanda Walid_
✍🏼 Catatan: Dr. UMAY
📅 2 April 2025
Repost from daqwahsufiyah
𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐂𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐚𝐤𝐫𝐢𝐟𝐚𝐭
Perbezaan Antara Mempunyai Ilmu dan Mengetahui Maklumat.
1. Ilmu vs Maklumat.
Ilmu bukan sekadar tahu, tetapi membawa kepada penghayatan dan pengamalan.
Contoh: Ilmu tentang solat bermaksud faham dan capai hakikat solat, bukan hanya tahu cara solat.
2. Tujuan Amalan dan Larangan
Meninggalkan yang haram dan melaksanakan perintah Allah adalah jalan menuju hakikat ilmu (Makrifatullah).
Tujuan kita di dunia adalah untuk menyempurnakan makrifat kepada Allah.
3. Tajalli dan Pengenalan Kepada Allah.
Kehidupan dunia adalah medan untuk mengenal Allah secara zahir melalui tajalli (penzahiran Allah dalam setiap ciptaan).
Kita harus melihat Allah dalam kenyataan yang zahir di alam ini.
4. Tujuan Ibadah yang Sebenar
Beribadah semata-mata untuk syurga atau selawat hanya untuk mimpi Nabi adalah belum cukup.
Hakikat amalan adalah untuk mencapai Nur Ilmu dan Makrifatullah.
5. Peranan Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW adalah wasilah (perantara) untuk mencapai Hakikat Muhammad.
Allah SWT melimpahkan Nur dan Ilmu kepada Hakikat Muhammad.
6. Alam Dunia dan Alam Roh
Di dunia: roh mengecapi nama-nama Allah secara zahir (melalui asma’- asma').
Di dunia: amalan berlaku melalui syariat & hakikat.
Di alam roh: hanya hakikat semata-mata.
7. Syariat dan Hakikat Tidak Boleh Dipisah.
Menolak syariat dan hanya berpegang kepada hakikat adalah salah.
Dunia adalah tempat menzahirkan ibadah melalui syariat.
Makrifat harus dizahirkan melalui amalan syariat.
8. Cahaya Makrifat Lebih Tinggi daripada Banyaknya Amalan.
Ibnu Arabi: tingkatan syurga bukan berdasarkan kuantiti amalan, tetapi cahaya makrifat.
Banyak ibadah tapi tiada makrifat = golongan awam.
Golongan Khawas: beribadah untuk mencapai makrifat dan mahabbah.
9. Setiap Amalan Adalah Jalan Menuju Makrifat.
Semua perbuatan – walaupun kecil seperti bersugi atau bangun malam – adalah perjalanan Salikin dalam menggapai Makrifat dan Mahabbah
10. Pandangan Syuhud dan Tajalli Ilmu.
Lihat alam dengan pandangan syuhud – alam dan insan adalah tajalli ilmu Allah.
Jangan hanya nampak ilmu, tapi lihat kepada Pemilik Ilmu (Allah SWT).
11. Proses Tarbiah dan Tanda Cahaya Nur Muhammad.
Sentiasa berada dalam proses tarbiah (didikan diri).
Zikir dan selawat membantu mendapat syuhud makrifat.
Tanda Nur Muhammad: apabila pandangan kepada alam menembus kepada Allah SWT.
12. Melihat Allah Pada Diri.
Saksikan Allah pada diri: seluruh tubuh, anggota, darah – semuanya tajalli ilmu Allah.
Diri kita sendiri adalah pancaran ilmu Allah yang menyatakan sifat-sifat-Nya.
Olahan perkongsian daripada Ayahanda Walid.
Dr. UMAY
7 April 2025
Kaherah Mesir
Repost from daqwahsufiyah
MARTABAT TUJUH
7 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐊𝐑𝐈𝐅𝐀𝐓𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇.
𝟏. 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔
Belajar tentang ilmu aqidah sebagai asas pengenalan kepada Allah.
Mengenal sifat-sifat dan karakter Allah agar tidak tersilap atau tertukar dengan selain-Nya.
Terdapat golongan yang hanya berpuas hati dengan ilmu tanpa mempunyai keinginan untuk bertemu atau mendekat. Pengenalan seperti ini tidak sempurna.
𝟐. 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍
Perlu berada dalam bimbingan perguruan.
Memulakan perjalanan sebagai Salik.
Menerima talqin zikir daripada Guru Mursyid.
Qalbu diproses daripada kesedaran ilmu kepada ingatan berterusan kepada Allah.
Pelbagai kaedah latihan seperti zikir dan selawat untuk menghidupkan qalbu.
𝟑. 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐀
Latihan zikir secara berpanjangan melahirkan ‘rasa’ asyik.
Terhasil perasaan maiyah (kebersamaan) dan qurbiyah (kedekatan) dengan Allah.
Sekadar pengetahuan masih tidak cukup, insan mudah lalai dalam ibadah tanpa penyatuan rasa.
𝟒. 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐔𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐅’𝐀𝐋 (𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐣𝐚𝐥𝐥𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡)
Qalbu dikurniakan Nur sehingga dapat menyaksikan perbuatan Allah secara jelas dengan mata hati.
Bukan sekadar mengetahui dengan ilmu, tetapi menyaksikan tajalli af’al Allah dalam kejadian alam.
𝟓. 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐔𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐒𝐌𝐀’ (𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐣𝐚𝐥𝐥𝐢 𝐍𝐚𝐦𝐚-𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡)
Dunia menjadi manifestasi kepada tajalli asma’-asma’ Allah.
Setiap kejadian di hadapan kita adalah penzahiran nama-nama-Nya.
𝟔. 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐔𝐇𝐔𝐃 𝐒𝐈𝐅𝐀𝐓 (𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐣𝐚𝐥𝐥𝐢 𝐒𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡)
Cahaya qalbu semakin kuat dan halus untuk melihat sifat jamal (keindahan), jalal (keagungan), qahar (keperkasaan), azim (kebesaran), dan kamal (kesempurnaan) Allah.
𝟕. 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐔𝐇𝐔𝐃 𝐙𝐀𝐓 (𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐣𝐚𝐥𝐥𝐢 𝐖𝐮𝐣𝐮𝐝 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡)
Wahdatul wujud: Segala sesuatu membawa kepada wujud Allah.
Melihat wujud makhluk sebagai penzahiran wujud Allah.
Sirna wujud makhluk, tiada yang hakiki melainkan Dia.
Allah adalah sumber kewujudan semua makhluk, tanpa Dia, tiadalah kita.
Penyaksian Allah dalam segala sesuatu tidak akan terdinding bagi yang dikurniakan Nur makrifat.
Dunia adalah tempat kesempurnaan makrifat dan penzahiran kehambaan.
Olahan perkongsian daripada Ayahanda Walid.
Dr UMAY
8 April 2025
Repost from daqwahsufiyah
_*Kalam Sufi...*_
_*Bersendirianlah dengan memperbanyakkan zikirullah dan membaca selawat dengan penuh istiqamah.*_
_*Dengan izin-Nya dihati akan membawa ketenangan yang mendalam..*_
_*Dalam kesunyian itu, jiwa lebih mudah merasakan kehadiran Allah dan hati lebih khusyuk mengingati-Nya tanpa gangguan dunia..*_
_*Seperti firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd, ayat 28 ertinya:*_
_*"Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.."*_
_*Dalam zikirullah dan selawat, akan ada cahaya yang akan membersihkan hati, akan ada Rahmat yang mengalir dalam diri.*_
_*Teruskan perjalanan berTarekat ini dengan penuh ikhlas, kerana hanya DIA yang benar-benar ada..*_
_*Allah-HU..*_
_*ingatlah!!*_
_*Di Hati hanya ALLAH*_
*الَهِى اَنْتَ مَقْصُوْدِي*
*وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ*
*اعطني محبتك*
*ومعرفتك*
_*renungan dhuha..*_
🌹abuya.bp.
.
Repost from daqwahsufiyah
_*Kalam Sufi...*_
_*Apakah itu Lailatul Qadar..*_
_*Bagi ahli tarekat bukan sekadar malam yang dicari dengan kiraan ganjil atau diperhatikan tanda-tandanya di langit.*_
_*Ia adalah malam yang ditemui dalam hati yang telah lama berSULUK,*_
_*lama menangis,*_
_*lama membersihkan dirinya dari kekeruhan dunia dan dirinya sendiri.*_
_*Ia adalah malam yang tidak selalu diketahui bila ia datang, tetapi disedari bila ia telah berlalu kerana hati tiba-tiba menjadi lunak,*_
_*jiwa menjadi tunduk,*_
_*dan ruh terasa hampir dengan Yang Maha di Cinta.*_
_*Bagi para Salik,*_
_*malam Lailatul Qadar ini bukan sekadar malam turunnya malaikat, tetapi malam turunnya Rahmat secara maknawi.*_
_*Di saat itu, semua ilmu menjadi diam,*_
_*semua zikir menjadi bisik yang dalam,*_
_*dan semua jasad menjadi fana' dalam getar yang suci.*_
_*Malam ini tidak dilihat dengan mata,*_
_*tetapi dirasa dengan zauq.*_
_*Ia tidak dihitung dalam jam,*_
_*tetapi dihayati dalam keadaan.*_
_*Maka malam ini boleh berlaku pada bila-bila waktu bagi hati yang dibuka untuknya.*_
_*Ada yang malamnya dipenuhi cahaya, bukan cahaya bulan, tetapi cahaya dalam dada.*_
_*Ada yang malamnya sepi tanpa kata, kerana semua ungkapan tidak lagi cukup untuk meluahkan betapa dekatnya Dia.*_
_*Ada juga yang hanya duduk diam dalam zikirnya, tiba-tiba terasa seakan seluruh dunia lenyap, dan hanya ada Dia,*_
_*itulah isyarat bahawa malam itu telah berlaku padanya.*_
_*Antara tanda Lailatul Qadar bagi ahli tarekat ialah hatinya terasa disapu kelembutan luar biasa,*_
_*tubuhnya terasa ringan dalam beribadah kepada-Nya,*_
_*dan fikirannya hanya tertumpu kepada keredhaan Allah semata.*_
_*Bukan kerana ingin pahala seribu bulan dalam cerita-cerita,*_
_*tetapi kerana rindu kepada Allah yang membuka tabir kasih-Nya di malam itu.*_
_*Rasa ingin bersujud tanpa bangun,*_
_*ingin menangis tanpa henti,*_
_*ingin berdiam tanpa penjelasan.*_
_*Maka tidak pelik jika sebahagian mereka yang arif tidak sibuk mencari malam ganjil, kerana seluruh malam mereka telah menjadi ganjil disisi Allah.*_
_*Setiap malam menjadi tempat pengabdian, setiap saat menjadi medan munajat, dan setiap hela nafas menjadi pertemuan.*_
_*Bagi mereka, Lailatul Qadar bukan satu malam, tetapi satu MAQAM.*_
_*Ia bukan satu hari, tetapi satu keadaan.*_
_*Ia bukan sesuatu yang datang setiap tahun, tetapi sesuatu yang menetap dalam jiwa yang telah dipilih oleh Allah untuk merasainya.*_
_*Mereka tidak sibuk mencari tanda di langit kerana mereka sudah melihat langit itu didalam dada.*_
_*Mereka tidak sibuk menunggu mimpi, kerana mereka sudah terjaga dalam jaga yang hakiki.*_
_*Dan mereka tidak mengharapkan malam itu untuk merasa bahagia, kerana kebahagiaan mereka adalah ketika Allah memandang mereka dengan Redho-Nya.*_
_*Inilah rahsia Lailatul Qadar bagi ahli tarekat, ia adalah malam yang menyatukan antara fana' dan baqa',*_
_*antara kehinaan diri dan keAgungan Allah,*_
_*antara tangisan seorang hamba dan senyuman cintanya dari Allah..*_
*الَهِى اَنْتَ مَقْصُوْدِي*
*وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ*
*اعطني محبتك*
*ومعرفتك*
_*renungan subuh..*_
🌹abuya.bp.
.
Repost from daqwahsufiyah
Sollu ala Nabi
KEBAIKAN AGAMA PADA QALBUNYA
Berilmu tentang sifat Allah seperti Sifat 20 bukannya sudah mengenal tetapi baru pelajari Karekter الله SWT secara yang benar dan jazam.
Sebagaimana kita perlu pelajari karekter seseorang dgn sebaiknya sebelum bertemu agar yg kita dapat mengenal tika bertemu.
Kemudian kita perlu bersalik untuk bertemu الله SWT melalui jalan pembersihan Ruh lantaran Ruh yang telah Makrifat dengan الله SWT dialam Ruh dahulu secara Dzauk dan Syuhud.
Firman الله SWT.
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ ١٧٢
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Ruh telah gelap dialam ini lantaran dibaluti nafsu syaitani dan Haiwani , tubuh kasar dan dunia yang diwarnai keindahan ini.
Maka para Rasul dan Nabi alaihimussalam diturunkan ke alam ini untuk mengingatkan kembali akan HARI² mereka dengan الله SWT dialam Lahut dahulu.
Justeru itu tujuan kita mempelajari Tauhid, Fekah dan Tasawwuf tiada lain adalah untuk membersihkan RUH kita agar kembali INGATI Hari² mereka dengan الله SWT di alam Lahut dahulu.
Agama bukan untuk berbantah² , bermusuh, bersifat sombong,riak, menghukum dan bersifat keras. Agama adalah penyucian RUH dari kotoran dan memandu RUH beribadah dalam rupa manusia di alam zahir ini.
Justeru itu keutamaan dan kemuncak nilaian seseorang hamba disisi الله SWT setelah berilmu dan beribadah adalah QALBU YG SALIM. Tanpa Qalbu yang salim segala ilmu dan ibadah bagaikan DEBU YG BERTEBANGAN.
Justeru itu kita perlu seorang yang benar fahami agama dalam memimpin kita dialam ini. Jika tiada membawa kepada tujuan pembersihan RUH untuk kembali Makrifat atau Qalbu yang Salim maka ia tiada membawa pada tujuan yg hakiki dan boleh membawa kebinasaan pada kita diakhirat nanti.
Kebenaran Agama pada Kesejahteraan Qalbunya. Baik Qalbunya maka baik Agamanya, buruk Qalbu maka buruklah Agamanya.
Wallahualam.
Repost from daqwahsufiyah
_*Kalam Sufi...*_
_*Diantara Tips atau Cara untuk Memperolehi Lailatul Qodar.*_
_*Ada setengah Ulama' berpendapat, Lailatul Qodar akan jatuh pada malam 27, ini berdasarkan Matematik Al-quran ya’ni lafaz*_ *ليلة القدر* _*jumlah hurufnya ada 9 huruf diulang di Al-quran di surah Al Qodar 3 kali, jadi 9 X 3 = 27*_
_*Menurut sepakat Ulama' muktabar, bahawa Lailatul Qadar akan terjadi pada malam yang ganjil, pada 10 malam yang terakhir dibulan Ramadhan :*_
_*- Jika awal Ramadhan jatuh pada hari SABTU, Lailatul Qodar akan berlaku pada tanggal 21 Ramadhan, ini berdasarkan suatu keterangan sebagaimana dijelaskan dalam suatu Syi'ir Bahar Thowil:*_
_*وإن كان يوم السبت أول صومنا*
*فحادي وعشرين اعتمده بلا عذر*
_*- Setengah pendapat dan keterangan lain mengatakan Lailatul Qodar akan jatuh pada tanggal 23 Ramadhan, jika permulaan Ramadhan hari SABTU sebagaimana dijelaskan dalam syi'ir bahar Rojaz:*_
*وإن بدا الخميس: فالخامسة،*
*وإن بدا بالسبت: فالثالثة*
_*- Jika awal Ramadhan mula pada hari AHAD atau RABU, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam ke - 29 Ramadhan.*_
_*- Jika awal Ramadhan mula pada hari ISNIN, maka Lailatul Qadar akan jatuh pada malam ke - 21 Ramadhan.*_
_*- Jika awal Ramadhan mula pada hari SELASA atau JUMA'AT, maka Lailatu Qadar akan jatuh pada malam ke - 27 Ramadhan.*_
_*- Jika awal Ramadhan mula pada hari KHAMIS, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam ke - 25 Ramadhan.*_
_*Syeikh Abu Hassan as-Sazilly berkata:*_
_*"Sejak Aku baligh, tidak luput Aku akan malam Lailatul Qadardengan jaedah yang diatas".*_
_*Antara lain Tips untuk mendapatkan malam Lailatul Qodar ;*_
_*Pertama - Solat Maghrib dan Isya’ (sekali dengan solat Tarawih) berjamaah,*_
*من صلى المغرب والعشاء في جماعة حتى ينقضي شهر رمضان فقد أخذ من ليلة القدر بحظ وافر*
_*ertinya: "Barang siapa solat Maghrib dan Isya’ berjamaah sehingga Ramadhan selesai maka dia telah mendapatkan bahagian yang sempurna dari Lailatur qodar".*_
_*Kedua - Solat Isya’ berjamaah juga sudah boleh dikatakan menemukan Lailatul Qodr,*_
*وروى أيضا: من شهد العشاء الاخيرة في جماعة من رمضان فقد أدرك ليلة القدر*
_*Diriwayatkan juga,*_
_*“Siapa menghadiri Solat Isya’ berjamaah maka dia menemukan Lailatul Qodar.*_
_*Ketiga - Memabaca Doa,*_
*"اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني"*
_*Berdasarkan sebuah Hadits:*_
*عن عائشة رضي الله عنها قالت، قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت اي ليلة ليلة القدر ما اقول فيها ؟*
*قال : قولي "اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني*
_*~ Sumber rujukan Kitab:*_
*أعانة الطالبي المكتبة الشاملة*
_*hal. 290 - 292*_
_*"Ya Allah semoga kami semua termasuk orang² yang mendapatkan Lailatur Qodar"..*_
*أللهم اجعلنا ممن أجزلت لهم ليلة القدر وجعلتها لهم خيرا من الف شهر , آمين*
_*Semoga bermunafaat..*_
*الَهِى اَنْتَ مَقْصُوْدِي*
*وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ*
*اعطني محبتك*
*ومعرفتك*
_*renungan dhuha..*_
🌹abuya.bp.
.
Repost from daqwahsufiyah
SEBAHAGIAN DARI TANDA-TANDA TAUBAT (SESEORANG) ITU DITERIMA DAPAT DILIHAT DI DALAM 8 PERKARA:-
1) RASA TAKUT TERHADAP LIDAHNYA.
- Lidah akan di jaga dan dihalang dari berbuat dusta, mengumpat, banyak bercakap dan akan digunakan untuk sentiasa berzikrullah dan membaca al-Quran.
2) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN PERUTNYA.
- Maka ia tidak akan memasukkan sesuatu ke dalam perutnya kecuali yang halal sekalipun sedikit.
3) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN MATANYA.
-Maka ia tidak akan memandang yang haram dan tidak pula memandang kepada dunia dengan pandangan kasih terhadapnya, tetapi pandangannya terhadap dunia itu adalah sebagai pengajaran.
4) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN TANGANNYA.
- Maka ia tidak akan mengambil yang haram, tetapi ia akan mengambil sesuatu yang membawa kepada ketaatan (kepada Allah).
5) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN KEDUA KAKINYA.
-Maka ia tidak akan berjalan dengan kedua-dua kakinya itu untuk perkara maksiat, tetapi ia akan berjalan untuk perkara ketaatan kepada Allah.
6) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN HATINYA.
-Ia akan membuangkan dari hatinya itu sifat permusuhan, marah dan hasad dengki terhadap saudara-saudara dan ia akan memasukkan ke dalam hati itu nasihat yang baik dan sifat lembut dan belas kasihan di antara orang-orang islam.
7) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN PENDENGARANNYA.
- Tidak mendengar kecuali perkara yang benar.
8) RASA TAKUT TERHADAP URUSAN PERKARA-PERKARA KETAATAN (KEPADA ALLAH).
-Ia akan menjadikan perkara-perkara ketaatan itu semata-mata ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah, menjauhkan rasa ria' dan berpura-pura.
(Dipetik daripada buku “Membentuk Jiwa Sufi: Ajaran Tariqah Naqsyabandiyah Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi ra.”.M/S 111-112. Penterjemah: TG Dr. Hj. Jahid bin Sidek Al-Khalidi)
Repost from daqwahsufiyah
Sollu ala Nabi
HAKIKAT RAMADHAN ADALAH HATI YANG BERHUBUNG DENGAN AL QURAN
Al Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Al Quran adalah al Huda yakni petunjuk kepada mereka yang mencari jalan mutaqqim.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيْهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِيْنَ
zaalikal-kitaabu laa roiba fiih, hudal lil-muttaqiin
"Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 2)
Ruh Ramadhan adalah Al Quran. Ruh Al Quran adalah hati yang dapat menyentuh ayat² hingga merasai getaran petunjuknya.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
لَّا يَمَسُّهٗۤ اِلَّا الْمُطَهَّرُوْنَ
laa yamassuhuuu illal-muthohharuun
"Yang tidak disentuh melainkan yang bersih suci;"
(QS. Al-Waqi'ah 56: Ayat 79)
Ada ulama yang tafsir makhluk kalangan malaikat yang suci yang boleh menyentuh al Quran utk dibawa kepada RASULULLAH SAW.
Ulama fekah mentafsirkan dengan meletakkan wajib bersuci untuk menyentuh Al Quran.
Ulama Sufi mentafsirkan bahwa tiada boleh menyentuh Al Quran melainkan hati yang suci.
Hakikat yang utama dikehendaki Ramadhan bukannya Terawih 8 atau 20 atau khatam al Quran atau yang lainnya. Semua adalah penting namun yang terutama penting ialah BULAN PENYUCIAN HINGGA HATINYA DAPAT BERHUBUNG DENGAN AL QURAN YANG MEMBAWA DIRINYA HIDUP DALAM PETUNJUKNYA DAN BERTAKWA.
Ramadhan yang tiada membawa berlakunya hubungan Hati dengan Al Quran yang membawa takwa adalah tiada mencapai maksud yang dikehendaki walaupun dapat terawih 20 rakaat dan khatam Al Quran dalam solat tersebut.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْکُمُ الصِّيَا مُ کَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِکُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ
yaaa ayyuhallaziina aamanuu kutiba 'alaikumush-shiyaamu kamaa kutiba 'alallaziina ming qoblikum la'allakum tattaquun
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 183)
Wallahualam.
Repost from daqwahsufiyah
*TANPA TASAWWUF SEPERTI JASAD KEHILANGAN ROH*
AlhamdulilLaah 🤲 ❤️...
Ipoh - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyifatkan manusia tanpa tasawuf seperti jasad kehilangan roh dan pohon yang hilang sumber airnya.
Justeru baginda bertitah, dua cabang ilmu, yakni fikah dan tasawuf wajar diintegrasikan agar bergerak seiring bagi melahirkan insan yang berilmu selain lebih beradab.
https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/2025/02/25/10801/
Repost from daqwahsufiyah
*MEMBACA SURAT DARI KEKASIH*
Kekasih Allah
قال الحسن بن علي رضي الله عنهما:
إن من كان قبلكم رأوا القرآن رسائل من ربهم، فكانوا يتدبرونها بالليل، ويتفقدونها في النهار
[التبيان في آداب حملة القرآن/النووي/ص:54]
Orang-orang sebelum kamu melihat Al-Quran seperti melihat surat dari Allah. Mareka menghayatinya di malam hari dan mencari-carinya di siang hari.
Kata-kata Hasan bin Ali ini mengandungi pengajaran yang mendalam tentang bagaimana umat Islam sepatutnya berinteraksi dengan Al-Quran. Antara pengajaran yang boleh diambil ialah:
1. Al-Quran sebagai Surat dari Allah
• Generasi terdahulu melihat Al-Quran sebagai wahyu yang diturunkan khusus untuk mereka, seperti surat peribadi daripada Allah. Ini mengajarkan kita untuk membaca dan memahaminya dengan penuh rasa hormat dan kecintaan.
2. Menghayati Al-Quran di Malam Hari
• Mereka tidak sekadar membaca tetapi merenungkan maknanya pada waktu malam. Ini menunjukkan pentingnya tadabbur (merenungi ayat-ayat Al-Quran) agar hati semakin dekat dengan Allah.
3. Mencari Panduan daripada Al-Quran di Siang Hari
• Pada siang hari, mereka berusaha mencari bimbingan daripada Al-Quran dalam kehidupan mereka. Ini mengajarkan kita untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama dalam setiap keputusan dan tindakan.
4. Keseimbangan antara Ilmu dan Amalan
• Mereka bukan hanya membaca dan memahami tetapi juga mengamalkan ajaran Al-Quran. Ini mengingatkan kita bahawa Al-Quran bukan sekadar bacaan ibadah, tetapi pedoman hidup yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian.
5. Kesungguhan dalam Mempelajari Al-Quran
• Mereka sentiasa berusaha memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran. Ini memberi motivasi kepada kita untuk mendalami ilmu Al-Quran dan tidak hanya membacanya secara rutin tanpa memahami maksudnya.
6. Keutamaan Al-Quran dalam Kehidupan
• Generasi terdahulu menjadikan Al-Quran sebagai sumber utama ilmu, pedoman hidup, dan penyelesaian masalah. Ini mengajarkan kita untuk kembali kepada Al-Quran dalam setiap aspek kehidupan, sama ada dalam ibadah, akhlak, mahupun muamalah.
Kesimpulannya, kata-kata ini mengajak kita untuk memperlakukan Al-Quran dengan penuh kecintaan dan penghormatan, serta berusaha menjadikannya sebagai panduan hidup yang diamalkan dalam setiap waktu dan keadaan.
Repost from daqwahsufiyah
Gagasan Walid Ibrahim Al Malik:
https://youtube.com/shorts/xHTeO8wS1UA?si=ohKvhjzwC8vzJgvM
Selawat Asyghil dibaca selepas solat 1@3x sebagai Doa kita agar diri, keluarga, dakwah dan khususnya TANAH AIR terselamat dari apa jua rancangan musuh yang sedang pelbagai cara menguasai TANAH AIR ini.
Begitu juga untuk seluruh wilayah umat ISLAM seluruh dunia.
Kembalikan umat dgn ketauhidan yg murni, akhlak kehambaan muhamadiah , menguasai kebijaksanaan ilmu dalam pelbagai bidang dunia , berjuang pelbagai posisi dan BERDOA berwasilah SELAWAT agar terpelihara Tanah air tercinta ini dari golongan Kafir dan zalim.
Apa jua usaha sebagai ikhtiar , namun kpd ALLAH jua kita bertawakal . Hanya الله yg boleh hancurkan rancangan musuh dan selamatkan TANAH AIR tercinta dgn syarat bangsa ini benar kembali bersujud padaNYA dan ikuti jalan RasulNYA.
wallahualam.
https://vt.tiktok.com/ZS6nGmwum/
Ustaz Jafri Mahmood
Ceramah
Israk Mekraj
𝗣𝗲𝗿𝗶𝘀𝘁𝗶𝘄𝗮 𝗜𝘀𝗿𝗮’ & 𝗠𝗶𝗸𝗿𝗮𝗷 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝘂𝗱𝘂𝘁 𝘁𝗮𝘀𝗮𝘄𝘂𝗳
1. Kepentingan penyucian hati (peristiwa dada Rasulullah SAW dibelah dan dicuci dengan air zam zam lalu dimasukkan ilmu, hikmah. Pentingnya sebelum memulakan perjalanan kerohanian untuk menyucikan hati dari kekotoran/dosa.
2. Perlunya ada pembimbing kerohanian/mursyid/guru/sheikh (seperti yang diketahui Malaikat Jibril as adalah pembimbing Rasulullah SAW sejak hari pertama kenabian Baginda. Dalam tasawuf seorang murid boleh jadi mencapai tingkatan lebih tinggi dari gurunya. Oleh itu, guru tasawuf selalu menyangka anak murid ada lebih tinggi dapatan dari beliau)
3. Kepentingan berkenderaan dalam menuju Allah SWT (kenderaan dalam konteks ini ialah kumpulan tareqat) berdasarkan kenderaan dinaiki Rasulullah SAW dalam perjalanan atas bumi ini dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menaiki Buroq. Dengan mengikuti tareqat yang betul perjalanan kerohanian kita lebih laju sampai kerana matlamat kumpulan adalah sama dan ilmu yang diamalkan adalah bersanad terus dari Rasulullah SAW. Amalan nya adalah betul. Tidaklah kosong dan sia sia.
Wallahualam bisawab
- Sumber Facebook, catatan pengajian bersama Ustaz Iqbal Zain
Nak cari 1000 org sahaja untuk Infaq Jumaat RM 1 pagi ni yang berminat nak join boleh wasap saya.....🤲🥰✨
.
.
Jangan pandang kecil nilai yang diberi namun pandanglah sebesar apa ganjaran yang akan kita miliki ..
#sikittandaada
#banyaktandasyukur
