en
Feedback
Najib Razak

Najib Razak

Open in Telegram

Official Telegram Channel of Najib Razak

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Najib Razak

Channel Najib Razak (@najib_razak) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 40 947 subscribers, ranking 1 469 in the Politics category and 750 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 40 947 subscribers.

According to the latest data from 08 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -400 over the last 30 days and by -14 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 18.64%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 6.95% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 7 632 views. Within the first day, a publication typically gains 2 846 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 302.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œOfficial Telegram Channel of Najib Razak”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 09 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Politics category.

40 947
Subscribers
-1424 hours
-1037 days
-40030 days
Posts Archive
photo content

Amat sedih bila baca mengenai nahas helikopter petugas kesihatan di Marudi semalam. Semoga ahli-ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Takziah diucapkan. Pernah singgah di Long Jegan, Marudi dan beberapa kawasan lain sekitar tahun 2016. Sempat meluangkan sedikit masa dengan staf-staf perubatan yang bertugas di kawasan pedalaman masa itu. Cukup mencabar tugasan mereka kerana isu akses, infrastruktur, dan keadaan berbanding di bandar. Tanggungjawab kita sebagai kerajaan adalah untuk pastikan perkhidmatan dan bantuan sampai kepada semua rakyat termasuk penduduk kawasan pedalaman. Tidak ramai tahu bahawa bantuan seperti BR1M pada awal dahulu pegawai kerajaan diiringi anggota keselamatan hantar dengan menggunakan bot. Staf-staf perubatan pula ditugaskan mengikut jadual untuk beri khidmat kesihatan, dan bekalan ubatan juga dihantar. Sumbangan dan pengorbanan mereka mulia dan sangat dihargai. Di Semenanjung Malaysia juga ada kawasan pedalaman seperti Hulu Tembeling di Pahang dan Hulu Kelantan dan staf kesihatan yang memberi perkhidmatan tetapi kini lebih mudah kerana sudah ada sistem jaringan jalan raya. Di Sabah dan Sarawak ada kawasan masih amat sukar kerana pelbagai faktor terutamanya infrastruktur. Itulah sebabnya juga kenapa pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum 2018 laksanakan 2 fokus utama - NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar dan Lebuhraya Pan Borneo. Semoga segala urusan para petugas dipermudahkan dan sentiasa utamakan keselamatan.

Rombongan kemerdekaan ke London pada Januari 1956. Diketuai Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Titik tolak utama k
Rombongan kemerdekaan ke London pada Januari 1956. Diketuai Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Titik tolak utama kepada kejayaan pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Di hujung sebelah kiri sekali adalah Allahyarham Tun Razak. Ketika itu, Allahyarham Tun Razak merupakan Menteri Pelajaran (kini dikenali Menteri Pendidikan) dan yang pertama memegang portfolio ini. Perjuangan mereka semua menuntut pengorbanan besar yang harus kita hargai dan warisi. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan

Sidang Media berkenaan saman sivil 1MDB

KENYATAAN MEDIA KEMAS KINI BERHUBUNG PROSEDUR PERUBATAN YANG DIJALANI OLEH DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia serta semua pihak yang menyampaikan doa, ucapan sokongan dan keprihatinan susulan prosedur koronari yang dijalani oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak hari ini. Berikutan siri penilaian perubatan yang dijalankan sejak beberapa minggu lalu, pihak doktor telah mengesan penyumbatan pada salur darah koronari yang memerlukan penilaian lanjut melalui angiogram koronari. Berdasarkan penemuan tersebut, pasukan perubatan telah menasihatkan bahawa terdapat kebarangkalian yang dianggarkan sebanyak 95% bahawa Dato’ Sri Najib akan memerlukan intervensi lanjut dalam bentuk angioplasti belon dan/atau pemasangan stent. Setelah angiogram koronari dan penilaian menyeluruh selesai dijalankan hari ini, pakar-pakar yang merawat mendapati bahawa baik angioplasti belon mahupun pemasangan stent tidak diperlukan. Sebaliknya, penyumbatan tersebut boleh dikawal secara berkesan melalui ubat-ubatan, pemantauan perubatan berterusan dan rawatan susulan. Keputusan untuk meneruskan prosedur hari ini dibuat sepenuhnya berasaskan keperluan perubatan dan penemuan klinikal yang ada pada ketika itu. Memandangkan kebarangkalian yang tinggi bahawa intervensi lanjut akan diperlukan, kebimbangan terhadap prosedur tersebut adalah nyata dan berasas. Mujurlah, angiogram koronari tersebut menunjukkan bahawa penyumbatan itu boleh dikawal tanpa memerlukan angioplasti belon atau pemasangan stent. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Dato’ Sri Najib kini berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan proses pemulihan di bawah pengawasan rapi doktor yang merawat. Pihak keluarga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pakar kardiologi, pakar kardiotorasik, jururawat serta seluruh pasukan perubatan di Pusat Kardiotorasik dan Kardiologi, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, atas profesionalisme, kepakaran dan penjagaan berdedikasi yang cemerlang sepanjang proses ini. Pihak keluarga juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa, sokongan dan ucapan baik yang berterusan. Dikeluarkan oleh: Tetuan Shafee & Co. Peguambela & Peguamcara Peguamcara bagi pihak Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak 25 Julai 2026

Terima kasih guys atas doa dan ucapan hari lahir. Sangat terharu masih ada yang ingat. Semoga kita sentiasa dalam lindunganNy
Terima kasih guys atas doa dan ucapan hari lahir. Sangat terharu masih ada yang ingat. Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya, segala doa yang baik dimakbulkan, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan baik.

photo content

Sedih melihat DS Najib terpaksa menjalani prosedur jantung ketika masih berada di keadaan sebegitu. Semoga Allah melindungi beliau, mempermudahkan segala urusan rawatan dan mengurniakan kesembuhan yang segera. Kuatkan semangat, Bossku. Ramai yang terus mendoakan. Get well soon, Bossku.

photo content

UTC Johor: Semua urusan di bawah satu bumbung!

Pakai Proton Perdana, ok saje
Pakai Proton Perdana, ok saje

Daulat Tuanku Sumber: Malaysia Gazette
Daulat Tuanku Sumber: Malaysia Gazette

Pelancaran projek LRT3 oleh Najib Razak

Selamat Hari Bapa: Hargai Jasa Ayah

Keputusan Sukar: GST Demi Masa Depan Malaysia

Ucapan kepada Jemaah Haji

GST mensasarkan ekonomi gelap

Terima Kasih Cikgu