cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

خواطر كنديسية

فوائد ولطائف

Show more
Malaysia34 536The language is not specifiedReligion & Spirituality75 752
Advertising posts
733
Subscribers
+424 hours
+107 days
+1830 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Repost from Nota Musaddad
Ali bin Abu Talib radiyallah `anh berkata: القائل للفاحشة والذي يسمع لها في الإثم سواء "Orang yang menyebut perkataan keji, dan yang mendengarnya tanpa ingkar, berkongsi dosa sama rata." — Shu`ab al-Iman, no. 8942, sanadnya hasan. • • • • Termasuk dalam kategori perkataan keji, sebelum ayat-ayat lucah, carutan dan umpatan, adalah ungkapan kufur dan syirik yang disebutkan oleh orang-orang kafir. Seorang Muslim yang mendengarnya, sekurang-kurang kewajipannya adalah membencinya.
Show all...
👍 7 2
Diantara cara agar tidak mudah insecure terhadap apa yang dimiliki orang lain, terhadap apa yang diraih orang lain, adalah dengan tidak banyak melihat story mereka, tidak banyak tau tentang kehidupan pribadi mereka, tidak sama sekali tau tentang planning mereka. Karena setiap orang punya cobaan yang berbeda. Setiap orang punya ujian yang beragam. Boleh jadi kita anggap kenikmatan, tapi justru Allah jadikan itu ujian. Sebab itulah Allah mengatakan : وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُم فِيهِ ۚ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ [ طه: 131] Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dengannya. Dan karunia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal. [TaHa: 131] — Ustaz Abdurrahman Zahier
Show all...
11👍 3🔥 1
Nasihat untuk semua sahabat. Jangan terlalu cepat mengangkat orang yang pada sangkaan kita sudah berubah. Perhatikanlah dahulu gerak-geri dan tingkah lakunya. Berapa ramai yang tertipu dengan perubahan. Bukan semua yang berubah itu semakin bertambah baik. Ada yang berubah disebabkan masalah hati. Dia hanya bertujuan menyakitkan jiwa orang lain dan membalas dendam kesumat. Kadangkala orang luar yang masuk ke ‘kampung’ kita itu, hanyalah sekadar mata-mata. Bila tiba masanya, dia akan berubah warna. Berhati-hatilah semua. 📝‎ كتبه 𝗔𝗹-𝗞𝗮𝗻𝗱𝗶𝘀𝗶 𝟰 𝗭𝘂𝗹𝗸𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘀𝘄𝗶 𝗞𝗶𝗿𝗶, 𝗞𝗴 𝗦𝗴 𝗞𝗮𝗻𝗱𝗶𝘀
Show all...
11👍 1
Orang yang pernah mencium wanita yang tak halal baginya, atau pacarnya, atau melakukan "tindakan" yang lebih dari hal itu, hendaknya bertobat, banyak-banyak beristigfar, dan rajin salat lima waktu: Ibnu Mas‘ūd -raḍiyallāhu 'anhu- meriwayatkan, bahwa ada seorang laki-laki yang mencium seorang wanita, lalu dia datang menemui Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- dan menyampaikan hal itu. Maka Allah -Ta'ālā- pun menurunkan ayat: “Tegakkanlah salat di kedua ujung siang (Subuh, Zuhur, dan Asar), dan pada bagian permulaan malam (Magrib dan Isya). Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapus dosa-dosa.” (QS. Hūd: 114). Laki-laki itu bertanya, "Apakah ini khusus untukku?" Beliau bersabda, "Untuk seluruh umatku." (Muttafaq 'Alaih)
Show all...
12👍 3
Rasulullah ﷺ apabila mengangkat kepalanya daripada rukuk menyebut, سمع الله لمن حمده Maksudnya: أجاب الله دعاء من حمده أجاب الله حمد من حمده Semoga Allah memperkenankan doa orang yang memuji-Nya. Bukanlah yang dimaksudkan dengan السمع adalah السمع اللغوي (mendengar secara bahasa) yang selalu digunakan kerana Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya dan mengingkari-Nya. Perkataan السمع di sini bermaksud إجابة الدعاء (diperkenankan doa). Ini dapat dilihat dalam apa yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasaie dan selain mereka daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara: من علم لا ينفع daripada ilmu yang tidak bermanfaat, من نفس لا تشبع daripada jiwa yang tak pernah merasa cukup, من قلب لا يخشع daripada hati yang tidak khusyuk, من دعوة لا تسمع dan daripada doa yang tidak diperkenankan. Dalam hadis yang lain disebut: من دعوة لا يستجاب لها daripada doa yang tidak diperkenankan. Maka ini adalah tafsir bagi hadith من دعاء لا تسمع. Wallahuaʿlam.
Show all...
19👍 3
Dalam pertemuan bersama Ustazna al-Habib Ashafizrol Ab Hamid, kami berbincang mengenai sikap dan perangai sebahagian pendakwah yang keras dan terlalu beremosi dalam menyampaikan dakwah. Kemudian beliau حفظه الله membawa kami menyoroti beberapa ayat dan nukilan yang sangat indah untuk dijadikan pedoman iaitu kisah Nabi Musa ʿalayhissalam. Situasi Pertama: Nabi Musa ʿalayhissalam yang saling berhujah satu sama lain dengan Nabi Adam ʿalayhissalam, ‎أنْتَ الذي أخْرَجْتَ النَّاسَ مِنَ الجَنَّةِ بذَنْبِكَ وأَشْقَيْتَهُمْ “Engkaulah yang mengeluarkan manusia dari syurga dengan dosamu dan engkau menyusahkan mereka” Situasi Kedua: Nabi Harun ʿalayhissalam meminta kepada Nabi Musa ʿalayhissalam supaya tidak memegang janggut dan kepalanya dalam ayat 94, Surah Taha, ‎قَالَ يَا ابْنَ أُمَّ لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلَا بِرَأْسِي {Harun menjawab, “Wahai putera ibuku, janganlah kamu tarik janggutku dan jangan (pula) kepalaku.”} Dua situasi ini menunjukkan betapa outspoken, garang dan beraninya Nabi Musa ʿalayhissalam. Namun apabila Allah ‎ﷻ memerintahkan kepada Nabi Musa ʿalayhissalam untuk bertemu dengan Firʿaun, beliau tidak diperintahkan untuk bersikap keras dan beremosi. Allah ‎ﷻ berfirman, ‎فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ {Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut} Orang yang kamu dakwahkan itu, adakah lebih teruk daripada Firʿaun sehingga kamu boleh mengherdik dan mencerca? Dan adakah kamu lebih baik daripada Musa sehingga kamu ada metod yang lebih baik daripada ini? Kemudian saya berkata kepada Ustaz, “Nanti diorang kata, itu Nabi. Kita bukan Nabi.” Ustaz jawab, “Allah ‎ﷻ sendiri perintahkan kepada Nabi Muhammad ﷺ untuk ikut Nabi terdahulu. Allah berfirman, ‎أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ ۖ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ {Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka} Kemudian, Ustaz menukilkan, ‎إذا رأيت الرجل يدافع عن الحق فيشتم، ويسب، ويغضب، فاعلم أنه معلول النية؛ لأن الحق لا يحتاج إلى هذا Jika kamu melihat seseorang yang mempertahankan kebenaran dengan mencerca, memaki dan marah, ketahuilah bahawa niatnya bermasalah kerana kebenaran tidak memerlukan ini semua. Dakwah kita tidak perlukan cacian dan makian. Belajarlah menguruskan emosi dengan baik apabila berhadapan dengan orang yang mengganggu gugat kita dalam dakwah. Bagi yang merasakan mengata, memerli dan mencerca itu uslub dakwah, maka muhasabahlah.
Show all...
12👍 1🔥 1
Boleh sahaja jika seseorang yang masih muda memegang jawatan yang besar sekiranya memang dia layak. Golongan veteran atau Orang Lama (OL) tidaklah semestinya lebih baik dan berkemampuan. Lihatlah bagaimana Usamah bin Zayd yang dilantik oleh Rasulullah ﷺ menjadi panglima untuk memimpin perang ke atas Rom di negeri Syam. Ketika itu, beliau baru berumur 18 tahun. Tidak mungkin secara tiba-tiba beliau layak untuk memimpin, sudah pasti hasil didikan yang baik daripada ibunya, Umm Ayman dan ayahnya, Zayd bin Haritsah. Lihatlah kebanyakan anak-anak yang berada di umur lingkungan 18-20 tahun sekarang ini. Mereka ini punya skill dan kemahiran yang banyak seperti bermain game, menonton K-drama berjam-jam lamanya, berpacaran, berpeleseran dan lain-lain lagi. Remaja atau anak muda yang sentiasa menambah kemahiran dan memperbaiki keadaan dirinya amatlah baik untuk diketengahkan dalam masyarakat. Ini sudah pasti memerlukan kerjasama daripada ibu bapa dalam mendidik dan membentuk anak-anak yang tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat dari luar. Para sahabat Nabi ﷺ yang muda-muda telah disiapkan untuk menjadi mujahid, dai dan pemimpin yang kuat untuk menyebarkan dakwah Islam. Anak-anak muda kita hari ini pula malu untuk berkongsi sesuatu kebaikan, mengajaknya atau menegur sesuatu keburukan kerana bimbang digelar ustaz, dai atau dikatakan sok suci. Apa yang pasti memang kita tidaklah mengharap mereka menjadi seperti Usamah bin Zayd kerana itu barang yang mustahil. Sekurang-kurangnya adalah keseimbangan. Cuba tanyakan kepada mereka, berapa jam mereka habiskan bermain game atau menonton k-drama? Berapa jam pula mereka habiskan untuk menambah pengetahuan mereka tentang Islam? Kita cuma merasa risau apakah yang akan terjadi kepada generasi yang akan datang jika kita sendiri tergolong dalam kalangan mereka yang berkemahiran dalam apa yang disebutkan di atas. Semoga Allah memelihara sekalian remaja Muslim dan memperbaiki keadaan mereka. Kesimpulannya, kebanyakan anak muda hari ini tidak layak untuk memegang jawatan yang besar kerana mereka akan lebih banyak merosakkan berbanding memperbaiki keadaan. Saya tidak memaksa anda bersetuju dengan kesimpulan ini. Sekian.
Show all...
4👍 3
Dalam sesi pertemuan dengan Dr. Ariful Bahri, tenaga pengajar di Masjid Nabawi yang merupakan pemegang PhD dalam bidang aqidah, beliau حفظه الله menceritakan tentang kehidupannya yang agak sukar ketika zaman persekolahan. Kemudian, ada seorang muhsinin yang berkenan untuk menajanya bersekolah pondok. Alangkah gembiranya beliau atas peluang tersebut. Beliau tidak mensia-siakan peluang tersebut. Menurutnya, anak-anak orang susah ini selalunya lebih kuat dan bersemangat kerana sudah terbiasa dengan kehidupan yang sukar. Pelajar-pelajar yang belajar di Madinah telah disediakan biasiswa dan kemudahan yang pelbagai, apa yang mereka dapat itu mencukupi bagi seorang bujang. Mereka hanya perlu fokus belajar dan memberikan tumpuan sebaiknya. Pesan beliau, “Entum berdosa jika tidak menyebarkan ilmu kerana zakat ilmu itu adalah dengan menyebarkannya.” Diriwayatkan bahawa ada seorang teman beliau yang belajar sekadarnya sahaja dahulu dan seterusnya menjadi seorang pekerja di Imigresen. Dia tidak dapat meluaskan manfaatnya kepada orang lain. Kemudian, beliau menyatakan kebimbangan berkaitan bilangan pelajar Malaysia yang semakin sedikit menyambung pengajian di peringkat ijazah tertinggi. Menurut beliau, mahasiswa Indonesia 🇮🇩 yang melanjutkan pelajaran master dan PhD di Jamiʿah Islamiyyah itu ramai berbeza dengan orang Malaysia 🇲🇾. Hakikat yang amat pahit namun pelajar-pelajar Malaysia mesti melakukan sesuatu bagi mengatasi kekurangan ini. Demikianlah pesan beliau kepada pelajar-pelajar Madinah. Semoga kita semua dapat bermuhasabah dan lebih bersemangat untuk belajar seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia kelak.
Show all...
👍 5
Kebenaran sangatlah mulia. Namun, ia bisa dianggap remeh oleh manusia jika yang menyampaikannya memiliki lisan yang kasar. Sebaliknya, kesesatan bisa dianggap benar nan mulia bila disampaikan dengan lemah lembut. Sebab itu, penyebaran kesesatan yang dibungkus dengan tutur yang lembut, bisa mengalahkan kebenaran yang begitu jelas dan nyata, sebab kelemahlembutan pasti akan menghiasi ucapan walaupun itu berupa kebatilan. Dalam hadis disebutkan: "إن الرفق لا يكون في شيء إلا زانه" “Tidaklah kelemahlembutan itu ditempatkan pada sesuatu kecuali ia menghiasinya”. (HR. Muslim) [TRF]. — Mawlana La Eda
Show all...
11👍 4
"Wahai anak-anakku! Tidak ada kerugian apa pun bila kalian konsisten menjalankan salat berjemaah di setiap waktu salat ketika kalian dalam kondisi sehat. Bahkan, bukankah dalam salat berjemaah itu terdapat berbagai kebaikan di dunia dan di akhirat kalian?! Jika kalian tidak sependapat dengan ini, maka kalian telah tersesat dari jalan yang lurus lantaran faedah dan fadilah salat berjamaah ini telah banyak disebutkan dalam hadis-hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang sahih, di antaranya hadis: «صلاة الجماعة تفضل صلاة الفذ بخمس وعشرين درجة» Artinya: "Salat berjamaah lebih utama daripada salat sendirian sebanyak 25 derajat." Hadis ini bermakna bahwa orang yang salat wajib secara berjemaah sama dengan orang yang mengerjakan salat secara sendiri sebanyak 25 kali. Sebaliknya, siapa saja yang meninggalkan salat berjemaah tanpa uzur atau alasan yang dibenarkan, maka ia telah mendapatkan kerugian yang besar; ia seperti pedagang yang punya kesempatan besar untuk meraih laba 25 kali lipat dari modalnya dengan hanya satu amalan ringan, namun ia melalaikan kesempatan itu dengan mencukupkan diri mendapatkan modalnya kembali saja, tanpa keuntungan apa pun. Orang yang seperti ini laksana orang yang meninggalkan salat berjemaah, ia tidak dipandang kecuali sebagai orang yang sangat dungu, semangatnya sangat sedikit, derajatnya rendah, kurang berakal, bahkan imannya kepada Allah dan Rasulullah sangat kurang." (Wasiat Terakhir Syekh Ahmad Khatib Minangkabau -rahimahullah- dalam al-Qaul at-Tahif: 27) — Mawlana La Eda
Show all...
7🥰 2😢 2