en
Feedback
Ibu Hanim

Ibu Hanim

Open in Telegram

Ilmu PERCUMA yang akan ibu update untuk SME Terus berjuang Demi Ekonomi Negara

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 683
Subscribers
+324 hours
+67 days
+3430 days
Posts Archive
π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—π—”π——π—œ π—£π—˜π— π—œπ— π—£π—œπ—‘ π—¬π—”π—‘π—š π—§π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨ π—™π—’π—žπ—¨π—¦ π—žπ—˜π—π—”π—₯ π——π—¨π—œπ—§ π—•π—˜π—₯π—žπ—˜π—£π—’π—ž-π—žπ—˜π—£π—’π—ž, π—§π—”π—£π—œ π—§π—”π—ž π—”π— π—•π—œπ—Ÿ 𝗧𝗔𝗛𝗨 π—£π—”π—¦π—”π—Ÿ π—§π—˜π—”π—  . Bila dah ambil mereka sebagai staf di dalam syarikat kita, adakah kita hanya membiarkan mereka saja? . Pergi ofis, kerja macam robot dan balik rumah, ulang! Eh jap, betul ke kita nak team macam tu? . Bila kita bina pasukan yang nak bersama-sama dalam syarikat, kita pasti nak mereka berjaya bersama-sama kan? Nak mereka jadi lebih baik dari kita. Betul kan? . Ada ke pemimpin syarikat yang tak mahu pasukan mereka berjaya? . Ingat ya, salah satu punca kejayaan dan keruntuhan sesebuah syarikat adalah kepimpinan. . Sebelum dengar video ni, tanya diri anda, sebagai pemimpin mereka, apakah kita benar-benar dah tunaikan amanah dan tanggungjawab dengan baik? . Like & share ok. Sebarkan untuk manfaat bersama. . #ibuhanim #annemsleadership Klik link untuk tonton video ini ; https://www.facebook.com/706993842/posts/10158654529353843/?d=n

π—¦π—˜π— π—¨π—” π—§π—˜π—”π—  𝗦𝗔𝗬𝗔 π—•π—˜π—Ÿπ—¨π—  π—Ÿπ—”π—¬π—”π—ž π—‘π—”π—ž π—£π—˜π—šπ—”π—‘π—š 𝗝𝗔π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 𝗧𝗨! . Amboi, belum apa-apa lagi dah cakap tak layak? . Betul ke kita dah beri peluang pada mereka untuk galas tanggungjawab tu? . Sebagai pemimpin, adakah kita benar-benar dah gilap potensi mereka? . Entah-entah mereka memang layak pegang tanggungjawab tu. Kita je tak yakin. . Persoalannya, kenapa kita tak yakin dan percaya pada mereka? . Nak tahu jawapan dia? Tanya diri anda sendiri. . Dengarkan APA KATA IBU. . Sharekan video ini jika ia memberi manfaat kepada anda semua. . #ibuhanim #annemsleadership

photo content

photo content

photo content

π—₯π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—•π—˜π—­π—”π—”π—‘ 𝗖𝗔π—₯π—œ π—§π—œπ—§π—œπ—ž π—£π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗑 . Setiap syarikat dihidupkan dengan β€˜code of conduct’ atau senarai peraturan yang perlu dipatuhi setiap orang dalam syarikat. . Tapi adakah anak buah jelas dengan β€˜code of conduct’ syarikat kita? . Macam mana nak wujudkan KPI yang connected dengan target dan memberi makna pada mereka dan syarikat? . Ingat, syarikat kecil atau besar, leader kena raikan perbezaan mereka. Tapi nak raikan macam mana tu? . Dengarkan APA KATA IBU dalam video ni ok? . Like dan share supaya orang lain juga dapat manfaat. . #ibuhanim #annemsleadership Tonton video di link ini : https://www.facebook.com/706993842/posts/10158645167958843/?d=n

π—žπ—˜π—π—”π—¬π—”π—”π—‘ π—§π—”π—ž π—žπ—”π—‘ π——π—”π—§π—”π—‘π—š π—•π—˜π—₯π—šπ—’π—Ÿπ—˜π—ž, π—π—œπ—žπ—” π—žπ—œπ—§π—” π—§π—”π—ž 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 π—¦π—¨π—‘π—šπ—šπ—¨π—›-π—¦π—¨π—‘π—šπ—šπ—¨π—› . Penat-penat usaha, ini je yang dapat? . Usaha dah, doa dah, solat hajat dah, tawakal pun dah. Kenapa tetap gagal? . Bila kita dilanda detik kritikal atau ditimpa musibah berpanjangan cepat sangat salahkan takdir. Eh, kenapa bukan diri sendiri? Bukankah kita diajar berbaik sangka pada Allah? . Pernahkah kita terfikir, cukup ke usaha kita selama ini? Apakah kita benar-benar berusaha untuk dapatkan sesuatu? . Cukup ke dengan sekadar berdoa? . Tepuk dada, tanya Iman. . Jom dengarkan APA KATA IBU. Ibu kongsikan 3 formula kejayaan. . Like dan share video jika ia memberi manfaat untuk anda. . #ibuhanim #annemsleadership

π—”π——π—”π—žπ—”π—› π—¦π—œπ—§π—¨π—”π—¦π—œ π—œπ—‘π—œ π—¦π—˜π——π—”π—‘π—š π—•π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—žπ—¨ π——π—”π—Ÿπ—”π—  𝗒π—₯π—šπ—”π—‘π—œπ—¦π—”π—¦π—œ 𝗔𝗑𝗗𝗔? . Staf saya ok, attitude tiptop, tapi performance kurang memuaskan. . Dan ada staf yang memang excellence performance tapi attitude ke laut. . Jadi apa yang perlu saya buat sebagai leader? . Kadang-kadang pening kepala kita fikirkan, perlu atau tidak kita simpan staf yang bermasalah ni? . Kalau simpan mereka, Ibu kata takut jadi toksik dalam organisasi. Kenapa pula? . Jom dengarkan penjelasan video ini. . Like dan share ok. . #ibuhanim #annemsleadership Tonton video di bawah : https://www.facebook.com/706993842/posts/10158641010183843/?d=n

𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛-π—¦π—¨π——π—”π—›π—Ÿπ—”π—› π—‘π—”π—ž π——π—˜π—‘π—šπ—žπ—œ π—¦π—˜π—¦π—”π— π—” π—¦π—˜π—‘π——π—œπ—₯π—œ, π—œπ—‘π—œ 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗑𝗬𝗔 π—žπ—œπ—§π—” π—•π—”π—‘π—šπ—žπ—œπ—§! . Sampai bila kita nak berniaga dengan perasaan hasad dengki? Sampai bila kita nak buruk sangka sesama sendiri? . Berjaya ke kita dengan cara macam ni? . Sedih Ibu bila tengok bangsa kita macam ni. Bergaduh sesama sendiri. . Dengarkan APA KATA IBU. . Ingat, jangan dengki dengan urusan orang. Kalau nak hebat, level up your game dan bukan hancurkan perjuangan orang lain. . Like dan share video ini ok. . #ibuhanim #annemsleadership

π—‘π—”π—ž π—π—”π——π—œ π—Ÿπ—˜π——π—”π—˜π—₯ π—¬π—”π—‘π—š π—•π—”π—šπ—¨π—¦? π—Ÿπ—”π—žπ—¨π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—₯𝗔 π—œπ—‘π—œ : . 1. Sentiasa tambah ilmu dan bersedia menerima perubahan. Belajar perkara baru selalu demi membangunkan diri, pasukan dan perniagaan. Sesungguhnya, kita belajar sehingga ke liang lahad. . 2. Tunjukkan contoh yang baik, pemimpin adalah role model utama pada team dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Bertindak lah dengan adil dan tunjukkan keperibadian seperti mana yang kita mahukan dari pasukan kita. . 3. Bersikap proaktif dalam mengatasi masalah dan krisis yang berlaku. Pantas dan cerdik dalam tindakan. Fokus pada yang baik-baik dan yang memberi faedah. . 4. Bersedia menerima 'feedback' sama ada positif ataupun negatif. Jadilah orang yang bijak pandai serta tenang dalam menerima apa sahaja maklum balas. . 5. Bertanggungjawab memimpin pasukan dan bisnes. Wujudkan rasa sayang, ingin melindungi syarikat dari kejatuhan. Beri kejelasan yang akan memudahkan. Jelaskan hala tuju. . Like & share ok. Sebarkan untuk manfaat bersama. . #ibuhanim #annemsleadership https://www.facebook.com/1036488749729884/posts/4489716071073784/?d=n

photo content

𝗔𝗣𝗔 π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π—Ÿπ—˜π—”π——π—˜π—₯ 𝗕𝗨𝗔𝗧 π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—Ÿπ—”π—›π—œπ—₯π—žπ—”π—‘ 𝗒π—₯π—šπ—”π—‘π—œπ—¦π—”π—¦π—œ π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—œπ—›π—”π—§? . Bisnes strategi dah mantap, staf dah ramai, tapi tetap tak boleh capai target. Mengapa? . Apa kombinasi kecekapan terbaik yang perlu ada pada setiap ahli pasukan? . Betul ke kalau nak team perform, perlu tahu apa yang mereka boleh buat, skill apa yang mereka ada? Adakah semua ini akan meningkatkan produktiviti kerja mereka dan performance syarikat kita? . Adakah salah pemimpin jika kita meletakkan team kita pada tempat yang salah? . Nak tahu APA KATA IBU. . Jom dengarkan video ini. Like dan share jika ia memberi manfaat untuk anda. #ibuhanim #annemsleadership Tonton video di bawah : https://www.facebook.com/706993842/posts/10158633930938843/?d=n

π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—π—”π——π—œ π—£π—˜π—₯π—’π— π—£π—”π—ž π——π—¨π—œπ—§ 𝗦𝗬𝗔π—₯π—œπ—žπ—”π—§ π—¦π—˜π—‘π——π—œπ—₯π—œ . Seronok kan ada syarikat sendiri? Boleh buat sesuka hati. Boleh ambil duit syarikat dengan senang hati. Eh, senangnya hidup kita kan. Bila auditor tanya, ketar lutut, takut! . Kenapa nak kikis duit syarikat sendiri? Sebab nak nampak hebat di mata orang, tolong orang sana sini? Betul ke niat kita tu? . APA KATA IBU. Jom dengarkan. Jom share & like sekiranya bermanfaat. . #ibuhanim #annemsleadership Tonton video di bawah : https://www.facebook.com/706993842/posts/10158622511358843/?d=n

π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—šπ—”π—ž, π—•π—¨π—žπ—”π—‘ π—žπ—œπ—§π—” 𝗦𝗒π—₯π—”π—‘π—š π—π—˜ π—£π—”π—‘π——π—”π—œ . Tanya diri kita, agak-agaknya boleh tak kita sebagai pemilik bisnes bangunkan bisnes ini sorang-sorang? Betul ke pasukan impian turun dari langit atau terbentuk secara kebetulan? . Sia-sia je nanti, berserabut terkejar sana sini, sebab diri rasa hebat sangat nak gerakkan bisnes tanpa pasukan kita. . Ingat, tanpa pasukan kita, siapa lah kita. Tanpa mereka bisnes kita tak kan boleh terbang tinggi. . Dah tanya diri masing-masing? . Nak tahu APA KATA IBU. Jom tonton video ini. . #ibuhanim #annemsleadership Tonton video di bawah : https://www.facebook.com/706993842/posts/10158620359298843/?d=n

𝗦𝗧𝗔𝗙 π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯ π— π—”π—¦π—¨π—ž 𝗦𝗬𝗔π—₯π—œπ—žπ—”π—§? . Kadang-kadang penat nak handle staf yang keluar masuk ni. Tapi sebelum kita nak ambil staf, kita ikut tak struktur yang betul ambil staf? . Adakah mereka jelas dengan hala tuju mereka dalam organisasi kita? . Adakah kita dah sediakan SOP, Guideline, Work Instruction yang betul pada mereka? . Adakah mereka benar-benar faham dengan perjuangan kita di dalam organisasi ini? . Jika anda nak staf bersama-sama berjuang dalam organisasi kita, jom dengarkan video ini ok. . #ibuhanim #annemsleadership

photo content