Hann's Lavenders 💜
Closed channel
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Show more1 007
Subscribers
No data24 hours
+17 days
-930 days
Posts Archive
1 007
Untuk pemenang 2 contest tu, sabtu nanti saya umum okey? Sorry sebab lama sangat🥹
27 Feb 2024, 09:33
1 007
Btw, hai haii! Rindulah nak spam sini wkwkwkwkw! Harini cam okey sikit sbb tadi terserempak dengan sorang budak ni dekat mall. I miss him😭
Rasa kosong ni ada sebab saya rindukan budak2🥲 Tak sabar nak bukak sekolah!
Finally, today i gain my energy sikit!🥰
27 Feb 2024, 09:33
1 007
Random #skyaria
"Knock knock!"
"Apa dia?"
Dingin.
"Knock knock!"
"Apa dia, Aria? Aku ada kerja lagi ni."
"Knock knock! Mahukan perhatian!"
Dengan selamba badaknya, Aria menyanyikan sebaria lagu itu. Tapi, dia tidak berbohong. Memang sekarang ni, Aria inginkan perhatian Sky.
"Nanti boleh tak? Aku sumpah banyak kerja sekarang ni."
Sky masih tidak melayan. Dia mahu siapkan kertas kerjanya malam ini juga. Lusa dah nak kena bentang,mahu dia tak gelabah?
Aria mencebik apabila sekarang ini, kertas kerja itu yang lebih menarik perhatian Sky.
"Isy kau ni! Suka hatilah! Nanti kalau kau tengok ulangan, aku bagi tahu dekat kau daripada A sampai Z apa yang jadi dekat episod tu!"
Bam!
Aria hempas pintu. Sky angkat kepala dengan dahi yang berkerut. Mata memandang kalendar di atas meja. Hari ini, hari isnin. Sekarang, pukul sepuluh malam.
"Ulangan?"
Jeda.
"Oh damn it!"
Lekas Sky bangun dari kerusi lalu pecut ke ruang tamu. Drama melayu Astro Ria dah start!
***
Sky kaki drama melayu😁🫶
27 Feb 2024, 09:31
1 007
Salam nisfu sya'ban, lavenders 💜✨
Semoga setiap amalan kita, diterima Allah. Malam ni, malam mustajab berdoa🤍🫶✨
24 Feb 2024, 07:01
1 007
Random #KeelAdaQai
"Keel..."
"Iya, sayang..."
"Orang nak baca buku..."
Melihat keadaan Qai yang sudah serupa orang tak mandi seminggu, terbit rasa kasihan pula. Tapi itulah, dah sakit macam ini pun, sibuk lagi nak baca buku.
"Nak baca buku apa?"
"Hikayat Sang Kancil!"
Keel tarik senyum. Buku itu diambil dari bilik bacaan. Kemudian, punggung dihenyak ke atas katil.
"Bangun kejap."
Keel betulkan kedudukan Qai. Ditarik bantal isterinya lalu dia tegakkan pada kepala katil. Disuruhnya Qai bangun dan bersandar pada bantal itu. Keel rapatkan jaraknya, sebelum dia menarik Qai masuk ke dalam pelukan. Kain untuk lap hingus yang Qai pegang sedari tadi diambil. Buku diberi.
"Nah, bacalah. Orang tunggu sampai awak tidur."
"Terima kasih!"
Seronok Qai membaca buku yang baru dia beli dengan tenang. Kedua-dua tangan pun boleh pegang buku tanpa halangan. Kalau hidung terasa gatal dan dia hendak bersin...
"Achooo!"
Laju tangan Keel membantu memicit-micit hidung isterinya untuk keluarkan hingus. Tanpa ada rasa geli.
"Bila awak nak tidur ni?"
"Sikit lagi. Orang nak habiskan bab ni."
Lagi, Keel tarik senyum. Sedar tak sedar, mereka berdua terlelap dalam keadaan itu.
20 Feb 2024, 10:52
1 007
Btw, i found peace bila membaca semula. Mental bajaku gi bercuti, saya bercuti dgn membaca🤣
17 Feb 2024, 03:28
1 007
Hello korang! Saya ada buat ig untuk review dan rant buku sebab cam semak semua nak compile dalam 1 akaun😭
Nak susun feed paling malas jadi saya buat keputusan untuk buka akaun ig baru. Jemputlah follow kalau sudi! Saya tengah rant cinta, untuk sekali lagi by kak lila vee! Sumpah emo ya. Gue stress🥲
17 Feb 2024, 03:27
1 007
Saya ni pelupa. Baru nak masukkan cerita wattpad dalam list contest surat. Maklumlah, semua anak tiri dekat situ HAHAHAHAHAH😭
16 Feb 2024, 23:07
1 007
Ni macam random tapi if only... saya tak serius menulis lepas spm dulu, maybe sekarang saya dah lepas iv kaunselor berdaftar dan tunggu result iv? Hshshshs! Banyak mnde berlaku hari ni dan persoalan what if always bergema dalam kepala otak. Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada sekarang cuma entah. Biasalah manusia, penak sikit hshshsh! 😭
I might take some rest kot sampai habis bulan 2 ni sebab mental bajaku macam tak nak beri kerjasama dengan saya. Mental bajaku tetiba kata dia nak gi bercuti untuk recharge jadi saya pun auto takde semangat nak hidup HAHAHAH!🥲
Saya akan schedule messages pasal giveaway and contest. Pemenang pula, kalau saya dah okey nak on media sosial, saya akan announce 28/2 tu. Kalau tak, awal bulan 3 saya announce pemenang ya🥹🫶
Jadi, yang mana nak join kuiz atau contest, jangan lambat2 tau! Kuiz tutup esok, contest tulis surat 20/2. Contest surat tu nanti saya akan baca lepas dah tutup😁
Macam tiber kan. Semalam huhu haha dengan korang, hrini tiber jiwa terbantai. Tu orang kabo, jangan suka sangat. Nanti nangis tak berlagu🥲
#oversharing
16 Feb 2024, 03:31
1 007
Btw, buat yang dah pernah baca angel, korang nak baca cite abadi wiya in revamp version atau nak baca cite adam & hawa(anak abadi wiya) terus? Pilih pat, nak start taip ni HAHAHAHA!
15 Feb 2024, 08:12
1 007
Macam biasa, akan ada karangan anniversary daripada saya! Heheheh! So, here we go! Know-know 3 tahun yeee perghh!
Pesanan buat lavenders yang masih ada, tak kira lama atau baru, terima kasih sebab bertahan dengan saya dari tak ada apa-apa, sehinggalah ada sebijik novel dan bakal ada lagi sebijik. Tanpa korang yang setia ni, saya takkan ada apa yang saya ada sekarang.
Masa saya buat channel ni, saya bukanlah sesiapa dekat wattpad(sekarang pun sama hshshsh)! Dan saya hanya inform pasal channel ni di wattpad saja. Lama sikit lepas tu, bru saya bagitahu dekat instagram. Saya selalu kata yang saya terharu dengan orang² yang join channel saya sebab mereka sudi cari update saya sampai ke sini. Dan hari ini, saya akan ulang hal yang sama.
Terima kasih sebab sudi cari saya sampai ke sini dan bertahan dengan saya selama 3 tahun ini! Walaupun banyak mnde random yang tak berkaitan penulisan(but im sure banyak je pasal penulisan🤣), terima kasih sudi baca dan reply! Channel ni mcm tempat curhat kedua saya dah. Yang pertama? Mestilah sejadah, agituu HAHAHAHAH!
From 0 to 1.1K subscribers hari ini, saya berterima kasih kepada semua tak kira yang masih ada tau yang pernah join channel ini. Terima kasih sebab ada dalam journey saya, yang jadi satu kumpulan manusia yang namanya saya boleh letak dalam semua penghargaan karya saya! Semoga nama miszhann atau hana, akan selalu ada dalam ingatan kalian sebagai penulis yang cuba menyampaikan hal yang baik-baik ya?
Kalau satu saat nanti awak semua dah berkumpul di syurga tapi tak nampak saya, tanyakan saya dekat Allah ya? Semoga kita ada rezeki nak berkumpul dan main2 di syurga, lebih lama dari selama-lamanya!
Semoga tangan alam maya kita saling berpegang erat tanpa menyakitkan sesama kita!
Terima kasih, lavenders ku sayangg!!!💜💜💜
#lavendersturns3
15 Feb 2024, 07:20
