Halatuju Pendidikan🔰
Open in Telegram
Anda lepasan SPM! STPM! STAM! Matrikulasi! Diploma! Asasi! Setaraf!? Kemana halatuju anda? Nanti nak sambung belajar apa? 🌹mobile.twitter.com/twtpendidik 🌹any questions? Join our Group Telegram @halatujuselepasspm 🔰Since 2017
Show more8 012
Subscribers
No data24 hours
+177 days
+4930 days
Posts Archive
8 012
Repost from Higher Education Squad 🇲🇾
+1
📝 #MATRIKULASI
🚩. Rayuan Matrikulasi:-
🔗 https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
• Dekat bahagian catatan nak tulis apa? Tulislah berkaitan keputusan akademik korang atau minat yang membolehkan pertimbangan diberikan kepada anda untuk menyertai matrikulasi.
•Contoh: "Saya berharap pihak matrikulasi dapat mempertimbangkan keputusan rayuan saya memandangkan gred subjek perakaunan saya kekal A+ sepanjang pengajian di tingkatan 4 & 5. Minat yang mendalam dalam bidang ini membuatkan saya bertekad menjadikan matrikulasi sebagai pilihan utama".
🚩. Tukar Kolej / Jurusan
🔗 https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index_tukarpro.cfm
• Keutamaan pertukaran akan diberikan kepada pelajar yang sakit, kembar atau ibu bapa yg bertukar kerja tertakluk kepada kekosongan tempat di kolej berkenaan. Pelajar dikehendaki menekan butang setuju terima terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran.
ˏˋ [ JOIN @UPU_ONLINE ]. ❞
8 012
Repost from Higher Education Squad 🇲🇾
📝 #MATRIKULASI
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
12 Perkara Penting Tentang
Tawaran ke Matrikulasi 2024❗️
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Wajib Baca Panduan Pendaftaran:
t.me/upu_online/12133
📌1. Layari https://matrikulasi.moe.gov.my klik butang setuju terima, muat turun dokumen penting. Rayuan juga boleh dibuat di pautan sama. Dokumen yang perlu dicetak adalah seperti berikut:
- Panduan Pendaftaran
-Surat Tawaran
- Borang Perjanjian Pelajar (2 set)
- Maklumat Pelajar
- Lampiran Surat Beranak dan Kad Pengenalan
- Borang Rekod Kesihatan
- Borang Elaun Murid Khas (bagi pelajar OKU)
- Borang Senarai Semak Dokumen (mungkin akan dibekalkan oleh kolej masing-masing)
-Pengakuan Bebas Dadah
-Surat AkuJanji Pelajar
-Akuan Pendapatan
-Pengesahan Pendapatan
-Akuan Persetujuan Ibubapa
**Sediakan dokumen simpanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
📌2. Buat Pembayaran Yuran Pendaftaran di Kaunter BSN atau secara atas talian mengikut jumlah yang ditetapkan
📌3. Buat pendaftaran di Kolej Matrikulasi Masing-masing secara atas talian mulai 20 Jun - 30 Jun 2024.
📌4. Bayaran Yuran Pendaftaran:
🔺SAINS SDS & SES SEM 1: RM599
🔺SAINS SES SEM 3: RM284
🔺KEJURUTERAAN SDS: RM599
🔺AKAUN SDS: RM546
🔺JPPro SDS: RM546
📌5. Permohonan pertukaran jurusan sains ke akaun boleh dimohon kepada pengarah kolej masing-masing. Manakala pertukaran lain dimohon di laman web matrikulasi.
📌6. Pelajar boleh memohon pertukaran kolej sekiranya mempunyai sakit kronik, adik beradik di kolej lain, & pertukaran waris pelajar dari semenanjung ke sabah sarawak atau sebaliknya.
📌7. Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran kecuali atas masalah kesihatan, kemalangan dan lain-lain masalah atas pertimbangan kolej.
📌8. Minggu pengurusan pelajar baharu atau orientasi akan diadakan pada 1 Julai - 4 Julai 2024. Daftar secara fizikal mengikut ketetapan yang dibuat kolej masing-masing.
📌9. Sediakan Salinan berikut WAJIB disahkan oleh pihak-pihak yang dibenarkan sahaja (sediakan salinan lebihan untuk kegunaan akan datang).
- Salinan Surat Beranak
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa
- Salinan Slip Keputusan SPM (jika perlu)
- Salinan Sijil Kokurikulum (jika perlu)
📌10. BORANG PERJANJIAN PELAJAR WAJIB DIISI DENGAN TULISAN TANGAN PADA KEDUA-DUA SET. SETELAH SEGALA BUTIRAN DIISI, ANDA PERLU PERGI KE KAUNTER LHDN UNTUK MATIKAN SETEM. KENAPA? KERANA INI ADALAH BUKTI BAHAWA PERJANJIAN YANG DIISI ADALAH SAH. Setem LHDN boleh juga dimatikan di pejabat tanah, pejabat pos yang terpilih atau Pejabat Majistret. Makluman berkaitan pengisian Borang Perjanjian Pelajar akan dimaklumkan lebih lanjut oleh pihak kolej.
📌11. Sediakan gambar berukuran pasport untuk pengisian semua dokumen yang memerlukan gambar. Pastikan anda memakai pakaian formal untuk mengambil gambar.
📌12. Pastikan anda membuka akaun bank yang betul mengikut kolej yang anda ditempatkan. Rujuk panduan pendaftaran yang disediakan.
Semak dokumen mengikut Borang Senarai Semak yang dibekalkan oleh pihak kolej. PASTIKAN SEGALA MAKLUMAT DIISI DENGAN JELAS DAN LENGKAP.
Selamat Maju Jaya! 🤔
ˏˋ [ JOIN @UPU_ONLINE ]. ❞
8 012
Repost from Higher Education Squad 🇲🇾
📢 #MATRIKULASI
Panduan Pendaftaran Pelajar Program Matrikulasi KPM Sesi Akademik 2024 / 2025.
💡Credit: @ldyawti
ˏˋ [ JOIN @UPU_ONLINE ]. ❞
8 012
🎓 [SEMAKAN KEPUTUSAN CALON JAYA KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI]
Sukacita dimaklumkan bahawa, semakan Keputusan Calon Jaya Program Matrikulasi ialah pada;
📅 Tarikh: 20 Jun 2024
⏰Jam: 10.00 pagi
Link Semakan;
🔗 https://matrikulasi.moe.gov.my
Bagi pelajar yang berjaya:
👉 Daftar Dalam Talian: 20 - 30 Jun 2024
👉 Daftar Secara Fizikal: 30 Jun/ 1 Julai 2024
Tarikh Rayuan Kemasukan;
📅 20 - 30 Jun 2024
Tarikh Keputusan Rayuan;
📅 5 Julai 2024
Tarikh Daftar Kolej Rayuan;
📅 11 - 12 Julai 2024
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-88844083 atau emel mohon.matrik@moe.gov.my
#matrikulasi #lepasanspm
8 012
+2
🎓 [PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA POLITEKNIK BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025]
Sukacita dimaklumkan bahawa kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik kini dibuka!
Tarikh Permohonan;
📅 13 Jun - 22 Julai
Mulai Sesi Akademik 2024/2025, Permohonan dibuka kepada pelajar Lepasan;
✅ Diploma Politeknik
✅ Diploma Lanjutan Politeknik
✅ Diploma Kolej Komuniti
✅ Asasi TVET
✅ Asasi Unversiti Awam
✅ Matrikulasi KPM
Link Permohonan;
🔗 http://ambilan.mypolycc.edu.my
8 012
🎓 [SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 TAHUN 2024 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA]
Semakan Keputusan Tawaran kemasukan serta Rayuan Permohonan Murid ke Tingkatan Enam (STPM) Semester 1 Tahun 2024 akan dibuka mulai;
📅 21 Jun - 01 Julai 2024
Semakan tawaran boleh disemak menerusi pautan yang berikut:
🔗 https://sst6.moe.gov.my/
Tarikh Lapor diri ke sekolah adalah pada 1 Julai 2024 bagi negeri Kumpulan A & B
8 012
[SEMAKAN LAYAK TEMU DUGA DAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) BAGI LEPASAN SPM & STAM]
Sukacita dimaklumkan bahawa,
Semakan layak Temu Duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) PISMP 2024 Bagi kemasukan lepasan SPM & STAM ialah pada;
📅 Tarikh : 13 Jun 2024
⏰ Jam: 5:00 petang
Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang;
🔗 https://pismp.moe.gov.my
8 012
Repost from STUDENT CONFESSION
+2
Hai min nk share satu bank/ewallet ni best gila buat bayar untk online payment tapi dapat cashback. better korang sign up juga sbb card dia pun cantik.
kalau nk daftar boleh guna code min ni
Hi, I use GXBank to help me save, spend and grow my money smarter. It's real easy and safe. Get Rm8 when you link your DuitNow ID with us.
Referral Code:
e50d7e4046e5c794805gc618b7dc0d9e
link ni jgn lupa click tau
https://gxbank.onelink.me/hSCE/rddhh1a7
8 012
Repost from STUDENT CONFESSION
+2
Hai min nk share satu bank/ewallet ni best gila buat bayar untk online payment tapi dapat cashback. better korang sign up juga sbb card dia pun cantik.
kalau nk daftar boleh guna code min ni
Hi, I use GXBank to help me save, spend and grow my money smarter. It's real easy and safe. Get Rm8 when you link your DuitNow ID with us.
Referral Code:
e50d7e4046e5c794805gc618b7dc0d9e
link ni jgn lupa click tau
https://gxbank.onelink.me/hSCE/rddhh1a7
8 012
PERMOHONAN UPUONLINE FASA 2 SESI AKADEMIK 2024/2025
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan UpuOnline Fasa 2 Sesi Akademik 2024/225 dilanjutkan sehingga;
🗓️ 10 Jun 2024 (Isnin)
⏰ Jam 12.00 Tengahhari
🌐 Maklumat lanjut, sila layari https://upu.mohe.gov.my/
8 012
🎓 [PERMOHONAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR & JORDAN) SESI 2024/2025]
Sukacitanya dimaklumkan bahawa, permohonan kemasukan pengajian ke Timur Tengah di Mesir & Jordan ambilan sesi 2024/2025 dibuka mulai;
📅 4 Jun - 28 Jun 2024
Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang
🔗 : https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.
8 012
🎓 [FASA PENGEMASKINIAN UPUOnline® LEPASAN SPM BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025]
Pemakluman Terkini Fasa kemaskini bagi Lepasan SPM akan dibuka bermula;
📅 1 Jun 2024 | Jam 12.00 Tengahhari
SEHINGGA
📅 9 Jun 2024 | Jam 5.00 Petang
Tapisan syarat Khas Program Pengajian hanya disediakan kepada calon;
✅ Kategori A, SPM 2023 (Tahun Semasa) yang telah memohon pada FASA 1 sahaja.
Calon yang memohon pada FASA 2 diingatkan agar membuat SEMAKAN syarat Khas Program Pengajian di e-Panduan sebelum membuat pilihan program pengajian di UPUOnline®️.
8 012
🎓 [PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN ENAM BAGI KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS) DAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU (SMAP LABU) SEMESTER 1 TAHUN 2024]
Permohonan Tingkatan Enam Ke KISAS & SMAP Labu dibuka mulai;
📅 27 Mei hingga 7 Jun 2024.
Sila dapatkan borang dan syarat permohonan melalui kod QR atau terus ke https://bit.ly/3K0Q5qA?r=qr
8 012
🎓 [PENGAMBILAN CALON TINGKATAN ENAM TAHFIZ (STPM TAHFIZ) DI SMKA DAN SABK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN TAHUN 2024]
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Murid Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk memohon ke Tingkatan Enam Tahfiz (STPM Tahfiz) bagi ambilan Julai 2024 yang ditawarkan di Pusat Tingkatan Enam seperti berikut:
🏫 SMK Agama Putrajaya, Putrajaya
🏫 SMK Agama Kedah, Kedah
🏫 SMK Agama Kerian, Perak
🏫 SMK Agama Maahad Muar, Muar, Johor
🏫 SMK Agama Tok Bachok, Kelantan
SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan
🏫 SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah
🏫 SMK Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab, Sarawak
🏫 Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu
Permohonan Dibuka mulai;
📅 27 Mei 2024 - 02 Jun 2024
Syarat Permohonan;
https://sst6.moe.gov.my/upload_file/SYARAT%20T6%20SMKA.pdf
Permohonan boleh dibuat melalui portal yang berikut;
🔗 https://sst6.moe.gov.my
🔹@halatujuspm
🔹@halatujuselepasspm
🔹@bakalmahasiswachannel
🔸@upu_online
#stpmtahfiz
8 012
🎓 [PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN ENAM (PRA-UNIVERSITI) STPM & STAM SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU TAHUN 2024]
Kemasukan ke :
🏛 Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA)
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
🏛 Sekolah Menengah Agama Maarif (SMAM)
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
🏛 Sekolah Menengah Agama Al-Falah (SMAAK)
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
📅 Tempoh permohonan :
28 Mei 2024 (Selasa) Jam 4.30 petang
sehingga
18 Jun 2024 (Selasa) Jam 4.30 petang
Kepada calon-calon yang berminat dan menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat melalui laman web :
http://smaonline.terengganu.gov.my/
Jangan lepaskan peluang ini!
🔹@halatujuspm
🔹@halatujuselepasspm
🔹@bakalmahasiswachannel
🔸@upu_online
#stam #stpm #terengganu
8 012
🎓 [SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2024/2025]
Calon yang memohon Program Pengajian Pendidikan (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) boleh melayari URL Universiti Awam terlibat seperti dibawah untuk membuat semakan. Semakan bermula pada;
📅 31 Mei 2024 (Jumaat)
🏛 UPSI : https://kemasukan.upsi.edu.my/
🏛 UTHM : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/
🏛 UiTM : https://online.uitm.edu.my
🏛 UMS : https://smp.ums.edu.my/SemakanUMS
🏛 UKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan/prasiswazah
🏛 UM : https://kemasukan.um.edu.my
🏛 UPM : http://intake.upm.edu.my/temuduga
🏛 USIM : https://etasjil.usim.edu.my
🏛 USM : https://pohon.usm.my
🏛 UTM : https://jpt.utm.my
🏛 UUM : http://uum.edu.my/kemasukan
🏛 UNIMAS : https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
🏛 UIAM : https://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga/
🏛 UniSZA : https://www.unisza.edu.my/tawaran/
8 012
Repost from Higher Education Squad 🇲🇾
📢 #SPM
SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2023
Tempoh semakan semula keputusan SPM 2023 akan bermula
🗓 Tarikh : 27 Mei - 26 Jun 2024
Semakan semula keputusan boleh dibuat seperti tatacara di dalam rajah.
📍 e-Lembaga Peperiksaan
🔗: https://elp.moe.gov.my
ˏˋ [ JOIN @UPU_ONLINE ]. ❞
8 012
Repost from Higher Education Squad 🇲🇾
📢 #SPM
SEMAKAN KEPUTUSAN SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2023
Keputusan SPM 2023 akan dikeluarkan bermula
🗓 Tarikh : 27 Mei 2024
🗓 Hari : Isnin
⏰ 10:00 pagi
Semakan keputusan boleh dibuat dengan cara :
📍 Atas Talian
🔗: http://myresultspm.moe.gov.my
📍 Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
SPM<jarak>No.KP<jarak>Angka Giliran dan hantar kepada 15888
ˏˋ [ JOIN @UPU_ONLINE ]. ❞
8 012
TERUNTUK CALON SPM 2023 🌹🎓 ,
Luangkanlah masa anda hanya 5 minit membaca ini sambil berdoa.
Bismillahirrahmannirahim,
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, permudahkanlah urusan ku ketika hari keputusan SPM pada tarikh keramat 26 Mei 2024 yang ianya pada hari esok dan beberapa jam lagi. Ya Allah, berikanlah aku khabar yg baik2 dan hindarilah aku dari mendapat khabar yang buruk2.
Ya Allah, aku berdoa semoga aku dan rakan seperjuangan SPM ku yang lain agar melihat dengan tenang dan mudahkanlah urusan diri kami, tiada Semoga dengan usaha kami sepanjang 5 tahun persokalahan dapat memebuahkan hasil serta memperolehi keputusan SPM yang lulus dan cemerlang serta mendapat sijil SPM.
Kami berharap dapat mencapai kejayaan bersama dan melanjutkan pelajaran untuk mencapai cita-cita masing-masing . Ya Allah, berkatilah ilmu yg telah guru-guruku beri kepadaku dan rahmatilah kehidupan pemeriksa kertas kami.
Ya Allah biarkan aku ingin menangis air mata kegembiraan semasa hariku mengambil keputusan bersama ibubapaku, rakan-rakanku dan guru-guruku . Lindungilah mereka ini kerana mereka telah banyak membantuku sepanjang peperiksaan berlangsung. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi, makbulkanlah doa kami ini.
Ya Allah aku hanya ingin yang terbaik buat diriku, ibubapaku, guruku, sahabatku, serta untuk agama dan negaraku. Jika keputusan yang keluar itu samada ia baik atau buruk.. kau jadikanlah ia baik untuk diriku setimpal dengan usahaku.. berikanlah kekuatan kepada aku pada hari keputusan.. kuatkanlah imanku dan berikan aku keredhaan.. Aku inginkan yang terbaik dariMu kerana Engkaulah yang paling Terbaik.. Amiin amiin Ya Rabbal Alamin.. 🌹✨
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Kongsikan doa ini dengan rakan-rakan seperjuangan SPM anda
Pesanan buat calon SPM 2023. perbanyakkan solat hajat dan solat taubat.. Insha Allah semuanya akan dipermudahkan. "Sesungguhnya Allah akan memberi yang lebih baik berbanding yang engkau minta dari-Nya"
Semoga semua calon SPM 2023 mendapat keputusan yg cemerlang. Selamat Maju Jaya buat semua pelajar SPM 2022 ❤️🎓🔥 Aamiin.....😊
8 012
🔥 UNIVERSITY VOLUNTEERS NEEDED 🔥
Want to give back to the community ? Join our school project volunteer team !
We are looking for enthusiastic and committed individuals to join us in our mission to develop quality youth for a better nation.
ALL ABOUT INDUSTRIAL EXPLORATION 2024
A school project held exclusively for SPM Leavers in choosing their future career path.
What will you gain by joining us?
🌟 Meaningful volunteering experience
🌟 Opportunities to enhance your skills in communication and leadership
🌟 Expand your network
🌟 E-Certificate
LIST OF JOBSCOPES AVAILABLE ARE :
📍Admin
📍Media & Virality
📍Modules & Activities
📍Finance Manager
📍Transport & Venue
📍Public Relations
Don't miss this opportunity. Be a part of the team today! 🤩
Click the link below to register 👇🏼👇🏼
https://forms.gle/MSFogUUVtVwTU4XNA
For any inquiries, please contact:
(Sis Aisyah: 0195935165)
