en
Feedback
Cerita Emas Dengan Saiful 🤗

Cerita Emas Dengan Saiful 🤗

Open in Telegram

Beli Emas Terpakai / Gold Bar / Tebus Pajak Ar-Rahnu ( PG004664 ) wasap.my/60172018021/NakJualEmas

Show more
1 581
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-1630 days
Posts Archive
‼‼‼ Price Update ‼‼‼ Harga emas GAP baru sahaja dikemaskini TURUN sebanyak RM5 daripada RM654 kepada RM649.

𝟱 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝟭 𝗚𝗥𝗔𝗠 𝟭 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 Cara 1 Mulakan dengan niat yang jelas dan tekad yang kuat untuk konsisten menyimpan sekurang-kurangnya 1 gram setiap bulan. Anggap simpanan ini sebagai “forgotten saving” — simpan, dan biarkan ia berkembang untuk masa depan. Cara 2 Setiap kali terima gaji, terus asingkan untuk beli 1 gram emas tanpa terlalu memikirkan harga semasa. Dahulukan simpanan, kemudian barulah berbelanja. Disiplin ini nampak kecil, tapi impaknya besar. Cara 3 Jangan tunggu duit lebih baru nak mula. Selagi ada kemampuan, walaupun sedikit, teruskan beli emas minimum 1 gram. Konsisten itu lebih penting daripada jumlah besar sekali gus. Cara 4 Mulakan simpanan secara berterusan melalui akaun emas seperti GAP dengan sasaran 1 gram sebulan. Dalam masa yang sama, manfaatkan peluang seperti EPP10X untuk memiliki gold bar 10 gram secara lebih terancang. Cara 5 Apabila simpanan mencecah 5 gram, beri ganjaran kepada diri dengan keluarkan gold bar 5 gram atau 1 dinar. Ia bukan sekadar emas fizikal, tetapi pembakar semangat untuk terus konsisten menyimpan. Apabila kelima-lima cara ini diamalkan dengan disiplin, insyaAllah kita akan mula nampak perubahan yang positif terhadap kewangan kita. Kita simpan emas hari ini bukan untuk orang lain, tetapi sebagai dana kecemasan dan perlindungan kewangan untuk diri sendiri pada masa hadapan. #publicgold #simpananemas

Kita nak menabung emas, beli tanpa tengok harga. Menabung adalah rutin, bukan hanya nak raih keuntungan semata. Keuntungan kenaikan harga adalah bonus bagi yang menabung. Kalau kemampuan kita menabung RM100 sebulan, beli sahaja emas setiap bulan RM100 tanpa peduli harga emas segram berapa. Kalau harga emas RM200 segram, beli RM100 dapatlah 0.5 gram. Setahun ada 6 gram. Kalau harga emas RM400 segram, RM100 dapatlah 0.25 gram. Setahun ada 3 gram. Kalau harga emas RM600 segram, beli RM100 dapatlah 0.1666 gram, setahun dapatlah hampir 2 gram. Kenaikan dan penurunan harga emas tak jejaskan kemampuan kita menabung sebab kita dah set dalam RM. Bezanya adalah banyak atau sikit gram yang kita dapat. Ada orang menabung emas ikut gram. Contoh target setahun ada 12 gram. Maka tanpa tengok harga, tanpa peduli harga, dia tetap beli dengan konsisten segram sebulan. Atau ada orang target simpan 5 dinar untuk pergi umrah dalam masa 2 tahun. 5 dinar beratnya 21.25 gram. Maka sebulan dia akan beli lebih kurang 0.9 gram tanpa peduli berapa pun harga emas. Kalau harga naik, dia kena keluarkan lebih banyak duit. Kalau harga turun, dia keluarkan kurang sedikit. Tapi percayalah, mereka yang menabung emas fokus pada gram akan cepat capai matlamat. Biasanya kalau target 2 tahun untuk dapat 5 dinar, mereka akan capai kurang dari tempoh tu. Bila harga rendah sedikit, mereka ni akan beli emas tu lebih sikit. Bila harga tinggi, mereka takkan berhenti. Hasilnya matlamat tabungan akan di capai lebih cepat. Bila kita faham tentang tabungan emas, orang cakap apa pasal emas pun kita senyum. Harga naik kita senyum sebab dah ada gram emas yang dibeli terdahulu. Harga turun pun kita senyum sebab berjaya beli kembali pada harga yang pernah tinggalkan kita.

Nak beli emas, daftar akaun emas Public Gold dulu PERCUMA! Untuk Daftar Akaun Emas *PERCUMA* Klik di sini 👇 https://tr.ee/a2
Nak beli emas, daftar akaun emas Public Gold dulu PERCUMA! Untuk Daftar Akaun Emas *PERCUMA* Klik di sini 👇 https://tr.ee/a2JcufeAGs

Design terkini: Classic! Emas dalam capsule, boleh pegang dan gigit! Mudah di pajak!

“Apa itu Public Gold dan macam mana nak beli emas?” Public Gold ialah pengeluar emas terbesar di Malaysia yang jual emas 999 secara direct kepada pelanggan — tanpa orang tengah. Maksudnya: ✔️ Harga ikut pasaran semasa ✔️ Beli emas online dan offline ✔️ Boleh beli serendah RM100 ✔️ Boleh simpan dalam akaun emas atau beli terus emas fizikal secara tunai ✔️ Spread rendah 6-9% sahaja ✔️ Upah sangat murah ✔️ Jaminan belian semula emas ✔️ Kaedah belian emas patuh syariah Nak beli emas, daftar akaun emas Public Gold dulu PERCUMA!

Lihat Carta dan Baca Serta Fahamkan 🤗👆, Nak Mula Simpan Emas Bermula Serendah RM100 ? PM Saya Sekarang wa.me/60172018021 👌
Lihat Carta dan Baca Serta Fahamkan 🤗👆, Nak Mula Simpan Emas Bermula Serendah RM100 ? PM Saya Sekarang wa.me/60172018021 👌

#TabungEmas SENARIO BULLISH EMAS? 1. Jangkaan Senario Selamat. Harga bergerak mendatar akan ada turun sedikit dengan julat harga sekitar RM680 – RM705 Pasaran “cool down” selepas rally panjang 2. Senario Bullish. Jika sentimen global kekal tegang banyak sangat nak perang. Harga boleh uji semula RM720+ seperti semalam.Tetapi kenaikan biasanya tidak lurus, ada turun-naik kecil Jangkaan saya: Sideways ke bullish ringan, bukan jatuh besar. 3. Harga emas naik cantik sejak awal bulan Dari sekitar RM615 → tembus hampir RM720 4. 1–2 hari ni nampak turun sikit, Ini bukan jatuh, cuma pasaran ambil ruang bernafas Apa maksudnya? 5. Lepas naik laju, emas memang akan pause sekejap. Ini Normal. Sihat. Bukan signal panik. Jangkaan terdekat kita: 6. Harga main sekitar RM680 – RM705. Sama ada bergerak mendatar atau naik perlahan-lahan semula 7. Nasihat ringkas untuk pembeli emas: • Simpan emas → teruskan • Jangan tunggu harga “cantik sangat” • Beli sikit-sikit, konsisten • Fokus gram, bukan emosi 8. Orang rugi emas sebab tunggu harga sempurna. Orang untung emas sebab mula simpan. 9. Simpan emas ni maraton, bukan pecut Tenang. Konsisten. InsyaAllah selamat. 10. Emas tetap mahal disemua zaman, jika kita kata dulu murah. Ia harga zaman itu, kini kita tetap rasa ia mahal 'sebagaimana harga dulu dulu'. Kredit : Azizul Azli Ahmad

Nasihat saya, jika ada tunai yang banyak, bolehlah beli sekilo-sekilo dan simpan minimum 5 tahun. Jika tidak mampu, belilah sedikit demi sedikit. Satu gram sebulan pun sudah okay asalkan konsisten. Cukup seribu bulan, dapat lah simpan 1kg emas. Kerana 10 tahun akan datang, nilai simpanan berbentuk mata wang akan terus menyusut, namun nilai emas insya-Allah akan terus meningkat. Jadikan simpanan emas sebagai ikhtiar pencen kita, agar hidup lebih sejahtera tanpa perlu meminta-minta.

Emas bukan skim cepat kaya. Beli hari ini, esok terus kaya, tidak. Emas bukan begitu cara mainnya. Ada waktunya kita terpaksa menyidai emas bertahun-tahun kerana harganya statik, tak naik-naik. Tapi di situlah bezanya orang yang faham emas dengan orang yang hanya mahu cepat untung. Emas ialah instrumen penyimpanan nilai paling selamat, kerana nilainya berdiri sendiri. Tidak seperti wang kertas yang nilainya bergantung kepada sistem, penawaran dan permintaan. Pada tahun 2020, harga emas sekitar RM220,000 sekilogram. Hari ini, harga jualannya sudah mencecah RM620,000 sekilo. Naik hampir RM400,000 dalam tempoh 5 tahun. Bayangkan jika seseorang menyimpan 5 kilo emas, keuntungannya hari ini sudah sekitar RM2 juta. Kalau kita perhatikan, hari ini emas memang nampak mahal. Namun hakikatnya, emas akan menjadi lebih mahal pada masa hadapan. Dijangka hujung tahun ini harga emas boleh mencecah RM700,000 sekilo, dan menjelang 2030, tidak mustahil ia pergi kepada RM1 juta sekilo.

Harga emas melonjak tinggi pagi ini! Namun jika anda konsisten menabung setiap bulan, kita akan untung dari DCA - Dollar Cost
Harga emas melonjak tinggi pagi ini! Namun jika anda konsisten menabung setiap bulan, kita akan untung dari DCA - Dollar Cost Averaging Technique Average cost saya sejak menabung dlm GAP cuma RM397.28 Ilmu simpan Emas ialah 👆, Average Price 🤗 sebab tue bagi penyimpan tegar mereka tidak terkesan dengan harga naik atau turun. Sebab mereka fokus pada konsistensi menyimpan walau dengan RM100 sahaja sebulan 💪. Nak mula Menyimpan Emas ? wa.me/60172018021

𝟏𝟎 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝟭. 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝘂𝗶𝘁 Emas bukan aset biasa. Ia adalah duit sebenar yang telah digunakan ribuan tahun merentas tamadun. Nilainya diterima di seluruh dunia dan tidak bergantung kepada mana-mana kerajaan atau sistem perbankan. 𝟮. 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝗲𝗻 Emas tidak beri dividen atau faedah bulanan. Fungsinya bukan untuk gandakan duit, tetapi untuk menyimpan nilai dan melindungi kekayaan daripada inflasi dan susut nilai mata wang. 𝟯. 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗮𝗱𝗮 ‘𝘀𝗽𝗿𝗲𝗮𝗱 𝘃𝗮𝗹𝘂𝗲’ Harga beli dan jual emas tidak sama. Spread ini ialah kos simpanan emas. Sebab itu emas tidak sesuai untuk beli-jual jangka pendek, tetapi sangat baik untuk simpanan jangka sederhana dan panjang. 𝟰. 𝗚𝗼𝗹𝗱𝗯𝗮𝗿 / 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗷𝗮𝗸 Emas fizikal seperti goldbar dan dinar boleh dijadikan aset kecairan apabila perlu duit, sama ada melalui pajak gadai patuh syariah atau jualan semula. 𝟱. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀 Simpan emas tanpa matlamat akan mudah dijual ikut emosi. Tetapkan tujuan seperti dana kecemasan, pendidikan anak, kahwin atau persaraan supaya simpanan lebih berdisiplin. 𝟲. 𝗕𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 Barang kemas mempunyai kos upah dan reka bentuk yang tinggi. Nilai susut apabila dijual. Ia lebih sesuai untuk pemakaian, bukan sebagai simpanan nilai. 𝟳. 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗲𝗺𝗮𝘀 Emas ialah pelindung nilai, bukan pengganti sepenuhnya duit. Simpanan terbaik ialah seimbang antara tunai, emas dan aset lain mengikut keperluan hidup. 𝟴. 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 Menunggu harga “paling murah” selalunya menyebabkan kita tak mula langsung. Beli emas secara konsisten lebih penting daripada meneka harga pasaran. 𝟵. 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 Emas berfungsi sebagai simpanan kecemasan. Ia dijual bila perlu, bukan kerana panik harga turun atau ikut sentimen pasaran. 𝟭𝟬. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗷𝗮𝗸 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗲𝗹𝗮𝗸 𝗖𝗧𝗢𝗦 & 𝗖𝗖𝗥𝗜𝗦 Emas bukan untuk menambah hutang. Jadikan emas sebagai pelindung kewangan, bukan cagaran untuk berhutang yang akhirnya membebankan rekod kewangan.